Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

‘UMDAP MANTAP’ BELUM CUKUP MANTAP

Pada PRU15 lepas, BN yang bertanding secara solo berjaya memenangi kerusi Dun Ayer Kuning dengan memperolehi sebanyak 9088 undi.

PN pula ketika itu memperolehi 6812 undi.

Dalam PRK Ayer Kuning semalam, BN yang sudah bergabung dengan PH berjaya memperolehi sebanyak 11065 undi berbanding PN yang meraih 6059 undi.

Walhal, jika undi BN dan PH pada PRU15 lalu digabungkan (9088 + 6875), jumlahnya ialah 15,963 undi.

Malangnya undi selepas BN dan PH bergabung dan bekerjasama hanyalah 11065.

Meskipun kemerosotan itu turut disumbangkan oleh peratusan keluar mengundi yang rendah, tetapi kejatuhan sokongan itu terlihat lebih ketara berbanding yang dialami PN.

Jumlah undi itu tidak sepadan dengan kerjasama PH/BN yang sudah lebih dua tahun terbentuk.

PN, di sebalik peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini hanya 58.07 peratus, tetapi penurunan undi gabungan itu hanyalah 816 saja.

Dengan jumlah undi yang diperolehi BN itu, cita-cita Menteri Besar Perak untuk meraih 18000 undi turut jauh tersasar.

Itu pun dengan majoriti pemimpin PH/BN yang berjawatan dalam kerajaan turun berkempen bersama gula-gula pilihan raya sebagaimana yang diberikan oleh Nga Kor Ming kepada pengundi Ayer Kuning.

Dengan keputusan PRK ini, Dun Ayer Kuning dan negeri Perak adalah sasaran yang semestinya akan diberi perhatian oleh PN pada PRU16 akan datang.

Berbekalkan 26 kerusi Dun yang dimenangi pada PRU15 lepas daripada 59 kerusi keseluruhan di Perak, PN sudah pasti tidak akan berdiam diri begitu saja selepas ini.

Apa yang menarik dalam PRK Ayer Kuning ini ialah buat pertama kali slogan UMDAP disahkan kewujudannya.

Ia disahkan melalui laungan tiga kali “UMDAP Mantap” oleh Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang turut disertai sejumlah ahli Pemuda BN.

Sepatutnya dengan laungan dan pengesahan “UMDAP Mantap” itu yang memberi erti UMNO sebagai tunjang BN dan DAP yang memiliki kerusi terbanyak dalam PH sudah bekerjasama erat lagi mantap, undi yang dipeolehi BN jauh lebih meningkat lagi.

Kalau pun tidak berjaya sehingga 18000 atau 15000 undi, sekurang-kurangnya bolehlah dapat sehingga 13000 undi.

Sayangnya, bersama laungan “UMDAP Mantap”, hanya 11000 undi saia berjaya diperolehi oleh calon BN.

Secara langsung bermakna, “UMDAP Mantap” belum lagi benar-benar mantap untuk menjamin kejayaan pada PRU16 akan datang.

Barangkali perlu selepas ini pemimpin UMNO pula turut melaungkan slogan “UMDAP Mantap” dengan lebih kerap lagi dan janganlah biarkan pemimpin DAP saja melaungkannya.

 Malah, jika boleh, sediakan jugalah selepas ini topi dan baju T yang bertulis “UMDAP Mantap” untuk dipakai penyokong kedua-dua parti.

Ini baru betul-betul mantap. – ShahbudinHusin 27April2025.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

16 responses to “‘UMDAP MANTAP’ BELUM CUKUP MANTAP”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Hadiah Babi masuk gulai kawah PN Hadi!

    Berahim Ali, Barua Atok Saka yang jadi Penasihat SG4 PAS bagi nasihat politik percuma kepada Hadi dan PAS punca kalah PRK Ayer Putih. Hadiahkan BABI percuma kepada Hadi, Deris, Mat Sagon Darat Pasir Mas, Man Kastam dan Mezoh Minyak Masak kerana masa perintah Perak, Man Kastam Exco Pertanian lulus paling banyak kandang Babi baru. Senjata makan Tuan.

    PN, tambahnya, terlalu ghairah dengan memainkan sentimen ‘UmDAP’ untuk timbulkan kebencian orang Melayu kerana Umno bersekongkol dengan DAP dan ditambah pula dengan isu ladang babi.

    “Isu UmDAP dan babi jadi isu utama (adalah) strategi bodoh dan bangang. Permainan politik sentimen sahaja sudah ketingalan zaman kerana anak muda generasi sekarang dan zaman AI (kecerdasan buatan).

    “Isu ini BN untung percuma kerana PN secara tidak disedari membantu pengundi Cina benci PN manakala undi Melayu Umno akar umbi kekal tidak berubah walaupun berbagai isu yang Umno hadapi,” katanya dipetik Malaysiakini.

    PN terus dalam penafian

    23 MINS AGO
    Hishamuddin Aun
    Share
    Gabungan pembangkang mengada-adakan alasan untuk tutup kekalahan daripada terima kenyataan.

    hishamuddin-aun
    Pada Rabu, tiga hari menjelang PRK Ayer Kuning kelmarin, Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa berseloroh berkata penduduk di DUN berkenaan belum pernah merasa dipimpin calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN). Kerana itu, kata timbalan presiden PAS, mereka tidak tahu apa kekurangannya diwakili Barisan Nasional (BN) selama sembilan penggal berturut-turut sejak 1986.

    Namun, sebagai menjawab pelawaannya untuk merasai sendiri macam mana ‘berwakil rakyatkan’ calon PAS sebagaimana di negeri lain, pengundi Ayer Kuning sebaliknya memberi calon BN Mohamad Yusri Bakir kemenangan dengan majoriti lebih besar dibandingkan dengan PRU15 lalu.

    Maknanya bukan setakat pengundi berkenaan tak pernah merasa, malah mereka tak ingin pun diwakili PAS dengan memberikan mesej lantang dan keras apabila memenangkan Yusri (11,065) dengan majoriti 5,006 undi ke atas calon PAS Abdul Muhaimin Malek (6,059) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS (1,106).

    Pada PRU15, calon BN Ishsam Shahruddin menang dengan 9,088 undi dan majoriti 2,213 dalam pertembungan lima penjuru ketika itu. Majoriti yang diraih Yusri kelmarin dua kali ganda lebih besar daripada itu. Apa kata Tuan Ibrahim selepas keputusan itu? Peratusan keluar mengundi yang rendah — 58.07% berbanding 74.85% lebih dua tahun lalu — menyumbang kepada kekalahan calon PN.

    Jadi, calon BN menang dengan majoriti yang meningkat itu adalah hasil peratus keluar mengundi yang berbeza ke atau macam mana?

    “Kita tahu setiap kali PRK diadakan, peratusan keluar mengundi sangat rendah dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sepatutnya mengambil tindakan supaya ia dapat mencerminkan realiti sebenar tahap sokongan,” katanya. Dah SPR pula dipersalahkan.

    Bukan sekadar timbalan presiden PAS itu yang mengada-adakan alasan, malah rakan-rakan kepimpinannya dalam PN turut berada dalam penafian. Sambil mempertahankan PAS masih berjaya mengekalkan jumlah undi pada pilihan raya sebelum ini (sebenarnya merosot 753 undi), Tuan Ibrahim nampaknya tidak dapat menerima kekalahan.

    Daripada menganalisis punca kekalahan Muhaimin, Naib Presiden PAS Idris Ahmad sebaliknya sinis mempersoalkan 18,000 undi yang disasarkan Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad kerana apa yang dicapai Yusri kurang 6,935 undi darpada sasaran berkenaan.

    Ini pun satu hal juga kerana orang yang menyindir itu adalah dari pihak yang kalah — terbalik pula jadinya. Lagipun ia sudah dijelaskan Saarani bahawa sasaran 18,000 undi itu berdasarkan peratusan keluar mengundi 75% daripada hampir 32,000 pengundi, sebaliknya hanya 58% yang keluar.

    Idris nak ikut sibuk BN tidak menang sebesar diharapkan itu kenapa sedangkan calon partinya sendiri kalah 5,000 undi yang sepatutnya dicari jawapannya secara terperinci di samping beliau tidak berpuas hati dengan mendakwa mendakwa berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan pada PRK itu.

    “Kalau BN tak guna (jentera kerajaan), itu luar biasa dan itu berita. Sebab itu pada saya kita tak nak buat laporan, buang masa tapi rakyat boleh menilai,” katanya.

    Rasanya macam dah berulang kali kita dengar, apatah lagi PN kalah dua PRK berturut-turut di Nenggiri dan Mahkota sebelumnya.

    Tak lengkap rasanya kalau tidak ditelaah apa pula alasan Sanusi Nor — ketua pengarah pilihan raya PAS pusat yang tiba-tiba mengisytiharkan dirinya memiliki darah Cina tapi mahu riwayat politik DAP di negara ini ditamatkan bermula di PRK Ayer Kuning.

    Secara keseluruhan, katanya, sokongan terhadap PN tidak merosot dan hanya menurun kira-kira 800 undi sahaja — seolah-olah jumlah itu kecil dibandingkan dengan 6,059 undi yang diraiih calonnya.

    “Dengan merosotnya peratusan keluar mengundi (58.07%), undi kita kekal cuma kurang 800, keputusan yang bagus saya rasa,” katanya. Bagus pada penilaiannya tetapi tetap kalah juga.

    Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Annuar Musa harus lebih kelakar dengan hujah kononnya kekuatan sokongan Pakatan Harapan-BN sudah melemah walaupun gabungan itu masih menang. Ini didasarkannya kepada majoriti PH-BN pada PRU2022 sebanyak 9,046 undi (satu kesilapan kerana majoriti ketika itu 2,213 undi) sudah menyusut 4,030 kepada 5,016 undi kali ini. Sebetulnya majoriti PH-BN meningkat sebanyak 2,803 undi.

    Apa yang Annuar turut terlepas pandang ialah PN sekadar mengatasi BN dan PSM di pusat daerah mengundi (PDM) di Kampung Tanjong Keramat. Malah, calon PSM berjaya mengatasi calon PN di tiga PDM iaitu Banir Utara, Kampung Coldstream dan Ayer Kuning Selatan.

    Penganalisis Azmi Hassan dari Akademi Nusantara menyimpulkan majoriti lebih besar diraih BN-PH menunjukkan kerjasama dua gabungan itu berhasil di Perak, yang secara berkesan menolak dakwaan PN bahawa pakatan itu tidak berfungsi dengan baik.

    Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berpendapat pergantungan besar kepada PAS dan retorik memperjuangkan isu Melayu mungkin menyumbang kepada kekalahan calon PN di samping menambah strategi PN kurang berkesan kepada pengundi Melayu sederhana dan demografi pelbagai etnik di Ayer Kuning.

    Tapi, tinggalkan pengamatan paling tajam kepada Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Ibrahim Ali yang merumuskan kesombongan pemimpin PN yang gagal mendapatkan maklum balas dari segi strategi dan isu daripada pemegang taruh sebagai punca kekalahan calon parti itu.

    PN, tambahnya, terlalu ghairah dengan memainkan sentimen ‘UmDAP’ untuk timbulkan kebencian orang Melayu kerana Umno bersekongkol dengan DAP dan ditambah pula dengan isu ladang babi.

    “Isu UmDAP dan babi jadi isu utama (adalah) strategi bodoh dan bangang. Permainan politik sentimen sahaja sudah ketingalan zaman kerana anak muda generasi sekarang dan zaman AI (kecerdasan buatan).

    “Isu ini BN untung percuma kerana PN secara tidak disedari membantu pengundi Cina benci PN manakala undi Melayu Umno akar umbi kekal tidak berubah walaupun berbagai isu yang Umno hadapi,” katanya dipetik Malaysiakini.

    “Rakyat memilih kestabilan apabila beri kepercayaan kepada BN di Ayer Kuning, terutama di PDM (Kampung Coldstream) yang tidak pernah dimenangi sepanjang lapan pilihan raya sebelum ini,” kata Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani.

    “Jadi apa yang kita nak cakap, kerajaan perpaduan ini adalah kerajaan baharu dan sudah tentu ramai syak wasangka. Namun, tugas kita adalah menunjukkan kepada masyarakat apa sahaja perbezaan politik, paling penting negara kita stabil,” tambahnya.

    Pada analisis akhirnya, PN hendaklah tidak terus memberi alasan, sebaliknya menerima hakikat kekalahan mereka seperti ‘talkin’ diungkapkan Saarani sebagai menjawab ‘talkin’ Idris dalam Ceramah Grand Finale PN pada Khamis lepas.

    “Saya nak jawab bacaan talkin yang dibaca oleh Ustaz Idris (Ahmad), terimalah bahawa BN menang 11,065 undi itu benar, terimalah hakikat bahawa mereka kurang undi daripada PRU15 itu benar, bahawa orang Ayer Kuning menolak mereka itu benar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Riang Ria Aidilfitri Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Perak Bersama Menteri Besar di Ipoh pada Ahad.

    Apakah kepimpinan PN mahu mendengar? Terserahlah.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Bala kifarah PAS kalah semua PRK2.

    Niat Hadi dan REEFORNUSI, Panglima Perang PAS nak talkinkan UMNO diPRK2, Allah SWT terbalikkan PAS pulak ditalkinkan kalah semua.

    Lihat video dibawah, REEFORNUSI kelihatan tisu lembik bila kupas PAS kalah Ayer Kuning mcm ayam dogol jadi bacul hilang tercabut taring.

    Post-mortem PAS kalah demi kalah disemua PRK, siapa mesti tanggungjawab:

    a. Nenggiri – Muallap Nuaq Musa dan Taki Black Friday kerana pilihan calon luar tabiee
    b. Pelangai – Tutiman kerana nak tutup Kasino Genting Highland, ehsan keluarga Bossku
    f. Kuala Kubu Baru – Mat Sagon Fadzli kerana cetus kelayakan BM Calon DAP dan Taki Black Friday qazaf kepada PMX
    g. Mahkota – Jemin Semburit dan SU Pol dia Hilman Adham yang terlibat kes minum arak bebas dan rogol mabok kerana taktik tikam belakang BERSATU dan buat kerja syok sendiri
    h. Ayer Kuning – REEFORNUSI, Deris, Mat Sagon Fadzli, Taki Black Friday, Man Kastam, Hadi dan Mezoh Minyak Masak. Semua senjata makan tuan dari nganjing PMX/DAP dihari nama calon, kelayakan agama tipu, ceramah Babi dan tangguh Haji utk menang Parti Tunggang Agama.

    Secara konsisten, bila Hadi ajar anak buah suruh hina dan fitnah Qazaf kpd PMX, Allah turun bala kifarah PAS kalah semua!

    RAGUNYA SANUSI

     https://wrlr.blogspot.com/2025/04/ragunya-sanusi.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 28, 2025
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Askar impot upahan PN berpaling tadah mengaku fakta BN menang Ayer Kuning kerana sumbangan strategik PH khususnya DAP.

    Juara2 kampong PAS dari Hadi, Taki Black Friday, Muallap Broker Menara KL Nuaq Musa, Deris, Man Kastam, Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas Fadzli semua patut bawak balik sekoq Babi sorang sbg hadiah.

    Lebih pekdoh mereka tumpu nak selesai pentadbiran SG4 yang hidup segan, mati tak mahu.

    Nak mundur pilih PAS, pengundi2 Ayer Kuning tak nak mundur dan tak maju spt SG4!

    Murray Hunter

    Ayer Kuning by-election: BN’s tactical victory amidst PAS’ stagnation and PSM’s emerging appeal

    P Ramasamy
    Apr 27, 2025

    https://substackcdn.com/image/fetch/w_1456,c_limit,f_auto,q_auto:good,fl_progressive:steep/https%3A%2F%2Fsubstack-post-media.s3.amazonaws.com%2Fpublic%2Fimages%2F83437e7d-8c26-478b-9192-65d85f794df4_800x480.png

    The tightly contested by-election in Ayer Kuning has concluded, with the Barisan Nasional (BN) candidate emerging victorious, doubling the majority compared to the 2022 general election.

    As anticipated, government resources and the full weight of state machinery played a significant role in assisting the BN’s UMNO candidate to secure the seat.

    Meanwhile, the Perikatan Nasional (PN) candidate from PAS garnered over 6,000 votes, a noticeable decline of about 800 votes compared to their 2022 performance.

    This drop is telling in a constituency with a Malay majority, where PAS, despite its stronghold status, struggled to expand its appeal.

    The third-force candidate from Parti Sosialis Malaysia (PSM) achieved a commendable performance, securing 1,106 votes — effectively doubling their previous showing. Much of this improvement came from disgruntled Indian voters who, dissatisfied with the dwindling patronage politics of the MIC, found a fresh alternative in PSM.

    BN’s victory was significantly aided by the inertia of PAS, whose political strategy remained stubbornly exclusionary. Rather than reaching out to Chinese and Indian voters, PAS fixated on narrow communal narratives — including irrelevant issues like pig farming and river pollution — which alienated potential non-Malay support.

    It was this inability to broaden its appeal that allowed BN’s UMNO candidate to appear as the relatively better option for the Chinese electorate.

    Despite underlying skepticism toward UMNO, the Chinese and Indian communities were not prepared to give PAS — a party perceived as divisive — the benefit of the doubt. There was scant evidence to suggest PAS had any serious intention of embracing a more inclusive, multiethnic vision for Malaysia.

    PN and PAS’s apparent indifference to Malaysia’s 40 percent non-Malay population was palpable. Despite forming non-Muslim wings, the parties have yet to convince the broader electorate of their commitment to a pluralistic Malaysia. It is, therefore, not surprising that many Indian voters, albeit with lower turnout rates, leaned toward the PH-BN coalition, viewing it as the “lesser evil.”

    In areas like Simpang Tiga near Bidor, the familiar presence of out-of-constituency voters and the traditional offering of mutton curry dinners — a hallmark of MIC’s old patronage network — may have swayed some Indian votes back towards BN. Nevertheless, the influence of such tactics appears to be waning.

    While MIC’s patronage model persists, it is clearly in decline. The surge in support for PSM during this by-election suggests that a segment of the Indian electorate is seeking more principled, progressive alternatives. However, PSM’s continued heavy reliance on class-based politics, without sufficiently addressing core issues of nationality, ethnicity, and religion, remains a strategic constraint on its broader appeal.

    An interesting feature of the by-election was the relatively low Chinese voter turnout — a trend seen in recent by-elections. For those Chinese voters who did participate, the stark choice between BN and PN pushed them to opt for BN as the safer, if imperfect, alternative. Notably, the DAP, once a fierce opponent of UMNO, devoted its efforts to organizing dinners to bolster Chinese support for the UMNO candidate — a move that signals the pragmatic, if uncomfortable, political realignments taking place.

    Ultimately, by-elections often reflect localized sentiments rather than broader national trends. While UMNO might claim a temporary resurgence in Ayer Kuning, questions remain about the sustainability of its support base in the longer term. Whether this “burning bright” phase for UMNO will endure or fade quickly is a story yet to unfold.

    KTemoc at 10:24 pm

    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Masaalah najis ditinggal dari pentadbiran 2018 hingga pertengahan 2022!
    Maknanya najis dibawah 3 PM: Atok Saka PM7, Abah PM8 dan Mail Bera PM9.

    Yg sah 3 bekas Menteri PN ini patut disalahkan Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Rina Harun.

    Ada hati PN dan Atok nak letak beban kepada PMX!

    Memang patut Khalid Samad saman sampai bangkrap Agen PN, Artis Rafidah Ibrahim!

    Isu Kg Sungai Baru tak selesai kerana ramai hanya pandai bercakap, kata Johari
    Isu Kg Sungai Baru tak selesai kerana ramai hanya pandai bercakap, kata Johari

    YESTERDAY

    FMT Reporters

    Share
    Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani persoalkan peranan ahli politik dan ‘peguam-peguam percuma’ ketika penduduk berurusan dengan pemaju.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2Fa7db8b0b-johari-abdul-ghani-fb-270425-1.webp&w=1200&q=75
    Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani membidas kelompok yang mengelirukan masyarakat kerana tidak memahami isu Kampung Sungai Baru. (Gambar Podcast Utama Buletin TV3)
    PETALING JAYA: Situasi di Kampung Sungai Baru masih belum selesai kerana isu tersebut dimainkan kelompok orang yang hanya mahu bercakap tetapi tidak memahami permasalahan sebenar.
    Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani membidas kelompok berkenaan, mempersoalkan peranan ahli politik dan ‘peguam-peguam percuma’ ketika penduduk berurusan dengan pemaju.
    Beliau menyifatkan situasi di Kampung Sungai Baru sebagai ‘nasi sudah jadi bubur’, memandangkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula telah diwartakan, sebahagian besar penduduk telah berpindah, dan geran-geran telah diberi kepada pemaju.

    “Pada ketika itu — 2018, 2019, 2020, 2021 dan pertengahan 2022 — apa yang berlaku pada masa itu? Maksudnya tidak ada pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan perkara ini dan mereka ini ada jawatan menteri dan wakil rakyat,” katanya.
    Johari berkata demikian dalam audio siar Buletin TV3 malam tadi bagi mengupas isu Kampung Sungai Baru.

    ADVERTISEMENT

    https://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webphttps://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webp

    Beliau turut membidas kelompok yang mengelirukan masyarakat kerana tidak memahami isu tersebut.
    “Sekarang banyak peguam percuma datang. Peguam percuma datang ini dah bertahun-tahun dah, satu pun tak jadi,” katanya.
    “Semua Tik-Tok ni tak boleh pakai. Ini cerita nak selesaikan masalah masyarakat. Kalau nak pakai Tik-Tok, mati tak boleh selesai,” tambahnya.
    Mengupas kronologi isu di situ, Johari menjelaskan bahawa pemaju tidak boleh buat projek tersebut kerana hanya 67% sahaja bersetuju dengan tawaran pemaju.

    “Bila orang dah pindah 67%, dia dah tahu dah yang baki ni 33% tak setuju, dia gunakan Akta Pengambilan Tanah,” katanya.
    Bagi Johari, menteri Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat berkenaan sepatutnya yakinkan penduduk yang sudah bersetuju supaya tidak berpindah selagi urusan dengan kelompok yang tidak bersetuju belum selesai.
    “Dia kena cakap, ‘anda jangan pindah dulu walaupun anda dah setuju nak buat benda-benda — okay bagus — bagi saya selesaikan 33% ini’. Barulah betul.”

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Harap YDPA Sultan Johor bertitah murka.
    Boleh PMX arah KDN dan ROS, parti dogol ini diharamkan pakai dan tunggang nama Islam kerana lagak lebih teruk dari Zionis jadi ancaman kepada Melayu dan Islam.

    Hancuss bila tapak pimpinan Arwah TGNA diambil alih oleh Mamat doh cukup jumeloh gilo kuaso.

    JAHAT PUAK NI

     Alif Jamil

    Campur tangan Pemimpin PAS terhadap pilihanraya Singapura sangat memalukan. 

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinpVYa85LdQaiyeCaVvs8xLybVnWHOWKDPp2PtqooqJnel4Mx79fNcwmNubNoOmhiXHdyCEyTqvl97iXoYsOC2KGOPD03Zf6PNebiW_1A_H9e6mpbh66JnQR1V7J7yTdgi8SLKfAUmHwFnvYuXfnZSLKDiMlX08CtrZ_xbsfpkIQZQ4-HjH2pKEtCiMrU/s320/1000021453.jpg

    Ini sekaligus memberi tamparan buruk terhadap imej politik Malaysia dek kerana perangai pemimpin PAS ni.

    Baru pegang jawatan dlm parti pun dah gatal tangan nak kacau pilihan raya negara orang?

    Hari ini disahkan sendiri oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) Singapura bahawa 2 nama ini : 

    1. Datuk Iskandar Abdul Samad (Bendahari Agung PAS)

    2. Mohamed Sukri Omar (Ketua Pemuda PAS Selangor)

    Didakwa campur tangan dalam Pilihan Raya Umum Singapura (GE2025) dengan memuat naik komen² politik tentang Singapura di Facebook.

    Akibatnya ?

    Dikenakan sekatan rasmi bawah Seksyen 61N Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA) Singapura.

    Arahan menyekat hantaran politik mereka dikeluarkan oleh kerajaan Singapura sendiri.

    Ini bukan benda kecil nih. 

    Dalam konteks Singapura, campur tangan asing dalam politik adalah kesalahan besar. 

    Mereka sangat keras tentang kedaulatan dan kawalan politik dalam negara mereka adalah zero tolerance. 

    Menurut laporan Berita Harian Singapura, kedua² mereka dianggap melanggar sensitiviti politik negara jiran dan ianya satu kesalahan serius yang boleh dikenakan : 

    a. Penyenaraian hitam
    b. Larangan masuk
    c. Rekod buruk antarabangsa terhadap PAS.

    Persoalannya, kalau negara jiran pun dah tak percayakan PAS, macam mana nak tadbir Malaysia dgn slogan “Memimpin Bersama Islam”?

    Dah la rekod dalam negara penuh dgn politik : 
    1. Fitnah
    2. Caci maki
    3. Qazaf
    4. Menunggang agama untuk laba politik

    Sekarang ni sampai ke luar negara pun nak bawak budaya politik najis nih ?

    Bila agama dijadikan perisai untuk kerakusan kuasa beginilah padahnya. 

    PAS ni bukan saja dibenci rakyat sendiri, malah dihina dinegara luar. 

    Rakyat Malaysia khususnya orang muda kena buka mata.
    PAS ni bukan wajah Islam sebenar. 

    Mereka hanya segerombolan wajah tamak yang berselindung disebalik nama islam.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 27, 2025

    Share

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAS kalah sebab PUNAHSIHAT yang dilantik mereka tak beri air jampi….

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Nasihat ikhlas utk Budin, Walaun PN!

    Sah dapur tak berasap le:

    a. Akaun BERSATU kena sita dan Akaun Abah kena sita. Duit rojak Sakaw Abah yg dipegang Menantu dioffshore hanya nak bayar koş guaman.

    b. Semangat 96 dengan Presiden UMNO memang kena cantas kerana jadi Trojan PN. Tinggal nostalgia le.

    c. Nak arap Presiden Tepi UMNO dan PM Tepi PN, Mail Bera dah 9 kali keluar masuk SPRM tiap kali 8-9 jam interogasi, akaun Sakaw Keluarga Malaysia pung kena Sita sekali dgn Jongkong2 Emas. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya terjerat juga.

    d. Dah sendiri bakar Jambatan dgn PMX no return. Sejarah dah bukti berulang apa hukuman karma tikam belakang.

    e. Jadi partner podcast Zaid Ibrahim langsong tak masyuk. Sape nak dengar dan infaq Kutipan Tin Milo kepada dua ekoq tin kosong yg tadak kredibiliti ini dengan agenda hanya nak belasah PMX.

    f. Memang nasib Budin hanya peminta sedekah level Rohingya kerana tiada istiqamah dalam perjuangan.

    g. Padan muka le!

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tahniah, PAS kalahkan PSM!

    JENTERA BERSATU LEMAH DALAM MEMBANTU CALON PAS. 
     
    Jamzuri Ardani. 

    Lapuran kajian ILHAM CENTER mencatatkan jentera Bersatu sangat kurang dilihat membantu jentera PAS di PRK Ayer Kuning. 

    Apakah ini permulaan kepada pengakhiran sebuah kerjasama politik pembangkang? 

    Sedangkan lapuran yang sama menyebut jentera Amanah dan DAP sangat aktif berkempen membantu calon BN di PRK tersebut. 

    Hasilnya, semua PDM yang sebelum ni memihak kepada PH telah memberikan kemenangan padu kepada calon BN.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 27, 2025

    Share

  9. Anonymous Avatar
    Anonymous

    U/P Mezoh BERSATU Minyak Masak dan Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas, Fadzli!!!!

    SEMOGA NASIB MEREKA DIBELA.
     
    Arif Jamil

    PRK sudah pon berlalu. 

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEmIGaeq0vpWs8vQ6LO_lMPkOa-P2glGdAJmswRb3iT4lF8Pa2zCc3X0scmhD7bBZPQksZumMCKewXknKev2OxrkX_Sva4aLrhPEgl2zVlkIUpGu1vDNYLDkGxwlFZ5SwjyPMSW-3M9VPyowxp7pakh5jKXj5rs-oWlvEkAzL73wVHaf2nS1RazPaV5ow/s280/1000021398.jpg

    Namun , kehidupan tetap diteruskan seperti biasa.

    Harapanya , moga Perikatan Nasional khususnya PAS tidak lupa nasib sahabat mereka ini. 

    Mereka juga pernah berjuang bersama, berarak, dan diheret sekali dalam ceramah fitnah dan politik kebencian PAS. 

    Semoga Perikatan Nasional khususnya PAS kekal istiqamah dlm membela nasib mereka ini 🤲

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 27, 2025

    Share

  10. Bob Avatar
    Bob

    Setiap prk mcm tu lah keputusan nya.
    Janji menang.

  11. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Yolo, dengan Walaun3 yang bahalol dan bengong spt Budin, apa yg boleh diharapkan PAS?
    Masaalah teras PAS adalah dilemma mendalam Hadi kluk klek ANTARA nak berperang Perlembagaan Penjajah Kafir sehingga berlaku pembunuhan Memali ATAU nak jadi Penjajah Kafir raikan Perlembagaan sampai gilo kuaso doh cukup jumeloh 24/7 dan syok Gaji Buto dan Pencen/Elaun Buto.

    Dilemma menyebabkan PAS gagal pertahankan Islam walaupun jadi Kerajaan 33 bulan hanya jadi pasu bunga gagal Hudud, RUU355, Shariah hingga judi naik 22 kali dan ada Arak Baru Timah.

    Masaalah PAS adalah HADİ sendiri!

    PN gagal bergantung pada PAS, isu Melayu, kata penganalisis
    5 HOURS AGO

    Share
    Terlalu bergantung kepada PAS dan retorik memperjuangkan isu Melayu mungkin menyumbang kepada kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Ayer Kuning semalam.

    Laporan Lanjut:
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/04/27/pn-gagal-bergantung-pada-pas-isu-melayu-kata-penganalisis

  12. Anonymous Avatar
    Anonymous

    ‘UMDAP MANTAP’ BELUM CUKUP MANTAP27 April 2025
    Budin spt Walaun2 lain terkejut dengan sindrom kalah cari alasan nak sedap hati yg remuk. Maka keluarlah pelbagai statistik syok sendiri nak tutup KALAH!

    Hakikatnya, yang pahit nak telan adalah formula menang-menang gabungan UMNO-PH telah terbukti diempat PRK straight.

    Inilah igauan malapetaka kepada PN hingga PRU16, sehingga PAS dan BERSATU dah jadi cina buta dok rayu UMNO pecah dgn PH.

    Yg makin rumit adalah Langkah Kluster Penjara kepada pemimpin2 PN makin derah.
    Inilah bala kifarah bersubahat dgn Nika Gee Siew Yew dan rogol mabuk amalan minum arak bebas dan seks bebas.

    Roda impian berputar dari tuduhan Bekas Banduan Liwat!

    GIGIH NAK SEDAPKAN HATI BILA GAGAL DI AYER KUNING. 

    Fais Al Hajari

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3yTG-eWeqpJDqdxqBA3_R9vFDrMV8oQrJeaswmapmw60blaShqMxjqh5yRsVwyR0OMB-mU8W61NI6gcmmdqTBItu65zhzQ1M3O_ksjBJoxNjrcbpl9JHAUzLSlKh8VTst0xdho2qUtzTZObDSj950rZFzTt0mzdrNqtisD_nY8JCu6lAvT8T4BqaenJI/w206-h400/FB_IMG_1745742273430.jpg

     Dah kata sah, akan ada anak papa yang tersakiti dengan ulasan ringkas saya pasal PRK Ayer Kuning tu.

    Apa yang saya cakap tu salah ke? Saya tak reka fakta. Benda tu terpampang dalam keputusan undi. 

    Bahkan kalau kita relatifkan dengan penurunan turnout pun, BN masih hilang undi lebih 3k. Banyak tu! Manakala PN meningkat 300 lebih undi!

    Kita bukan nak pertahankan apa-apa – PN tetap kalah dan gagal menarik undi penyokong BN secara banyak ke PN – tapi semua serangan ke atas analisis ringkas saya ni sejadar nak tutup hakikat betapa BN – walaupun bergabung dengan PH – gagal dapat undi sepertimana sepatutnya.

    Ya, PN kalah beberapa PDM yang sebelum ini Pas pegang, tapi penigkatan undi PN di PDM2 lain memungkinkan undi mereka solid 6k walaupun dengan turnout yang kurang.

    Jadi satu soalan saya nak tanya, siapa yang cuba cover line ni? Siapa the biggest loser?

    Anda tahu jawapannya.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 27, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      İni cadangan terbaik kepada Budin sebagai terapi sindrom kalah PRK.

      Join lah Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas, Ahmad Fadzli berenang dalam Sungei Ayer Kuning nak hidu tahik Babi. Jangan lupa pakai Kopiah Putih nak bagi tuisyen politik kepada babi2.

      Ikut lah perangai REEFORNUSI dan anak buah dia Mat Qazaf Aloq Setaq Afnan, pakai Kopiah Putih utk sessi karaoke dgn anak2 dara Walauntit subuh hari, tayang motor mewah dan main permainan khurafat golf. İni gejala pitih REE dok abis!

  13. Anonymous Avatar
    Anonymous

    YDPA Sultan Johor mempunyai hubungan khas yang rapat dengan Pemimpin Singapura.
    Apa yg diperlukan segera adalah Titah Murka Baginda terhadap PAS yang biadap terhadap Singapura.

    Justeru, Kerajaan Perpaduan boleh segera batalkan pendaftaran PAS kerana salah guna dan tunggang İslam dalam mengejar kuasa politik Machiavelli kafir.

    Oleh kerana PAS hanyalah parti politik perangai yang lebih harbi dan tamak keduniaan, maka ROS haram sahaja singkatan Islam pada nama parti.

    Campur tangan Pas dalam pilihan raya Singapura: Ancaman kepada ASEAN
     

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgLl0LODWIR6FVb_B5KEwLvWm6IyyjnRaAuzTrBSGvIkvJFhef32KFNgMK6q13vgsY-tyTR7Ahetil4_xVbvISUbnDlZuLgagLknt2l9sJ-4V9MQbUpU-SnPcyZ7QlD7FafoNe5JZlHbcOhTtB_6eWB_LGtcYj8B0aZq9oy3Pa2UiWOypfVH2yeGugtvjI

    DR SHAHNOR BASRIApril 27, 2025
    Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura merupakan salah satu hubungan paling strategik dan kompleks di Asia Tenggara, berlandaskan sejarah, ekonomi, dan kerjasama serantau yang mendalam.
    Dalam konteks ini, tindakan segelintir pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang cuba mempengaruhi perjalanan pilihan raya di Singapura bukan sahaja biadab dari sudut diplomasi antarabangsa, malah mencerminkan ketidakmatangan politik yang boleh mencetuskan ketegangan diplomatik dan merosakkan solidariti ASEAN.
    Fenomena ini menimbulkan persoalan besar tentang tahap komitmen Pas terhadap prinsip asas hubungan antarabangsa, norma diplomatik, dan kepentingan nasional Malaysia dalam kerangka geopolitik serantau.
    Pencabulan Prinsip Tidak Campur Tangan
    Cubaan mana-mana pihak untuk mencampuri urusan politik dalaman negara jiran adalah pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip asas non-interference yang menjadi tunjang Piagam ASEAN (ASEAN Charter, 2007). Artikel 2(2)(e) Piagam tersebut menegaskan dengan jelas kewajipan negara anggota untuk menghormati kedaulatan dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
    Tindakan pimpinan Pas bukan sahaja mengkhianati semangat ASEAN, malah memperlekehkan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip antarabangsa yang telah sekian lama membentuk dasar luar negara ini.

     

    BAITULJANNAH
    Cari Pasangan Yang Berkongsi Nilai Anda
    Baituljannah membantu Muslim bertemu pasangan yang tepat untuk mereka
    MULA MENEROKA
    Sepertimana diingatkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Bernama, 2023), hubungan serantau mesti dipelihara berasaskan hormat-menghormati dan kesaksamaan kedaulatan.
    Cubaan mempengaruhi keputusan politik di Singapura bukan sahaja satu bentuk pelanggaran adab diplomatik, tetapi juga menandakan kecetekan pemikiran strategik pimpinan Pasyang gagal memahami kepentingan jangka panjang Malaysia di peringkat serantau.
    Ancaman Kepada Hubungan Dua Hala Malaysia-Singapura
    Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan dua hala yang kompleks melibatkan perdagangan bernilai lebih RM200 bilion setahun (Ministry of International Trade and Industry Malaysia, 2024), pelaburan, tenaga kerja, serta kerjasama keselamatan rentas sempadan. Ketegangan hubungan ini akibat provokasi politik tidak bertanggungjawab boleh memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, pelaburan, dan pergerakan rakyat kedua-dua negara.
    Sebagai contoh, Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang tenaga hijau, pertahanan siber dan pertanian yang dimeterai pada 2023 (Wisma Putra, 2023) merupakan bukti betapa pentingnya kepercayaan diplomatik antara kedua-dua negara. Mengheret hubungan ini ke dalam kancah politik sempit adalah tindakan berbahaya yang boleh mengorbankan kepentingan nasional demi keuntungan politik domestik jangka pendek.
    Mencemarkan Imej Malaysia Di Mata Dunia
    Malaysia selama ini berusaha keras membina imej sebagai negara sederhana (moderate state) yang mengutamakan diplomasi damai, menghormati undang-undang antarabangsa, dan menyumbang kepada keamanan serantau. Ketika Malaysia memegang Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, dasar luar Malaysia dipuji kerana konsisten menekankan prinsip “kesatuan dalam kepelbagaian” (ASEAN Chairmanship Report, 2015).
    Sebaliknya, tindakan pimpinan Pas membayangkan sebuah wajah Malaysia yang tidak menghormati sempadan kedaulatan, tidak peka terhadap norma antarabangsa, dan bersedia menggugat hubungan baik demi kepentingan politik sempit. Ini bukan sahaja menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, malah membuka ruang kepada negara-negara lain mempersoalkan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip ASEAN.
    Dalam dunia globalisasi hari ini, persepsi antarabangsa adalah aset strategik. Sebarang tindakan politik dangkal yang menjejaskan reputasi Malaysia akan memberi implikasi negatif kepada pelaburan asing, kerjasama perdagangan, dan hubungan strategik jangka panjang.
    Merosakkan Solidariti dan Kesatuan ASEAN
    ASEAN bukan sekadar sebuah organisasi serantau; ia adalah satu komitmen bersama untuk mempertahankan keamanan, kestabilan, dan pembangunan serantau. Deklarasi Bangkok 1967 dan Piagam ASEAN 2007 menggariskan bahawa negara anggota wajib menghormati kedaulatan dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman satu sama lain.
    Dengan cuba mengganggu proses demokrasi Singapura, Pas telah membuktikan dirinya sebagai elemen yang melemahkan solidariti ASEAN. Dalam era ketidakstabilan geopolitik global — dari ketegangan Laut China Selatan hingga ke ancaman perubahan iklim — rantau ini tidak mampu membiarkan tindakan tidak bertanggungjawab merosakkan kekuatan kolektif ASEAN.
    Pas, dalam keghairahan populisme domestik, gagal menunjukkan kepekaan terhadap keperluan diplomasi serantau yang bijaksana.
    Pas Perlu Cermin Diri: Gagal Tadbir Negeri Sendiri
    Lebih ironik, parti yang cuba mengajar negara lain tentang demokrasi ini sendiri gagal menunjukkan prestasi pentadbiran yang memuaskan dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya. Laporan Audit Negara 2024 menunjukkan pelbagai ketirisan kewangan, kelemahan pengurusan sumber air, dan peningkatan kadar kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.
    Apakah kredibiliti Pas untuk berbicara tentang integriti politik di negara lain sedangkan mereka sendiri gagal menunaikan amanah rakyat di negeri-negeri mereka? Inilah manifestasi hipokrasi politik yang perlu ditolak keras.
    Kesimpulan: Hormat Kedaulatan, Pelihara Persahabatan, Tegakkan Prinsip Diplomasi

    Pimpinan Pas perlu insaf bahawa hubungan antarabangsa bukanlah gelanggang politik murahan untuk meraih sokongan domestik. Hubungan Malaysia-Singapura adalah hubungan strategik yang memerlukan ketelitian, kebijaksanaan, dan rasa tanggungjawab tinggi.
    Malaysia harus terus mempertahankan prinsip diplomasi damai, menghormati kedaulatan negara jiran, dan memperkukuhkan solidariti ASEAN. Pencabulan prinsip ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mesti dikutuk dan ditolak secara tegas demi menjaga nama baik negara di mata dunia.
    “Diplomasi yang matang membina negara; politik sempit memusnahkan masa depan.”
    Penulis merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordanmembezakan antara agama dan kuasa.
    (*) Penulis merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan.
     

  14. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Patut pun PN terkucil lagiPatut pun PN terkucil lagi

    8 HOURS AGO

    Hishamuddin Aun

    Share
    Menang di pentas ceramah tapi tewas di peti undi sebaliknya BN raih keuntungan dengan majoriti berganda.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    Bersangka menang di pentas ceramah tapi tewas di peti undi, Perikatan Nasional (PN) hanya dapat menyalahkan diri sendiri kerana tidak pernah mahu belajar daripada kesilapan hingga mengalami kekalahan tiga PRK berturut-turut pada Sabtu.
    Calonnya Muhaimin Malek (6,059) kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) Yusri Bakir (11,065) dengan majoriti 5,006 undi — berbanding 2,213 pada PRU 2022– walaupun peratusan keluar mengundi lebih rendah, iaitu 58.07% berbanding 74.85%. Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) KS Bawani meraih 1,106 undi dan hilang wang pertaruhan.

    Pengerusi BN Zahid Hamidi barangkali memberikan kesimpulan terbaik bahawa PRK Ayer Kuning menunjukkan pengundi menolak politik kebencian dan sebaliknya memilih kestabilan, kemajuan serta kepimpinan berwibawa.
    “Kemenangan ini menjadi bukti jelas bahawa rakyat semakin bijak menilai,” katanya dalam catatan di X sambil berbesar hati kerana 10 daripada 11 pusat daerah mengundi (PDM) yang tewas kepada pembangkang pada PRU lalu kini kembali ke pangkuan BN.
    “BN dalam diam bermuhasabah dan membaiki kelemahan ketika ia dikutuk, diperlekeh dan dikatakan tiada taring. Yang diam itu telah bersuara di peti undi,” kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh di Facebook pula.
    Sudah jadi kelaziman di pihak yang menang, apa saja yang ia kata akan diterima sebagai benar belaka manakala pihak yang kalah – suka atau tidak – perlu menerima keputusan pengundi di sebalik apa pun alasan ditawarkan bagi mengubati hati sendiri.
    “Sokongan akar umbi kepada PN tidak terjejas walaupun diasak jentera kerajaan. Hakikatnya, PN kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000,” kata Pemuda PAS dalam kenyataan di Facebook.
    Cuma apa yang enggan dinyatakannya ialah undi BN sudah meningkat daripada 9,000 kepada 11,000 dan itu yang memberi perbezaan dalam menentukan pemenang kali ini.
    Pengerusi PN Perak Ahmad Faizal Azumu dalam menyusuli kenyataan sekadar menyedapkan hati sendiri berkata sokongan pengundi terhadap PN tetap kekal, sebaliknya BN-Pakatan Harapan (PH) semakin kehilangan kepercayaan rakyat kerana undi gabungan mereka merosot. Tapi bukankah peratus keluar mengundi pun merosot?
    Jawapan terbaik kepadanya dibuat Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad yang mengungkapkan: “Kemenangan calon BN menjadi bukti jelas sokongan pengundi terhadap agenda kestabilan yang dibawa kerajaan perpaduan selain mengutamakan keharmonian demi masa depan lebih baik.
    “Ia menggambarkan bagaimana pengundi Ayer Kuning ini cintakan perdamaian, tidak suka kepada provokasi, tidak suka cari gaduh, dan mereka menolak sesiapa juga buat fitnah,” tambahnya sebagai menyimpulkan itulah naratif dibawa pembangkang sehingga mengakibatkan kekalahannya.
    “Kemenangan ini membuktikan rakyat menolak politik berasaskan kebencian, permusuhan, memaki-hamun dan politik perkauman yang melampau,” kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dengan merujuk ia sebagai meneruskan kejayaan meraih sokongan rakyat selepas PRK Nenggiri (17 Ogos) dan Mahkota (28 Sept).
    Keputusan PRK semalam juga mengeyakan analisis Ilham Centre bahawa pengundi tidak lagi mahu mendengar janji-janji politik yang tidak realistik, sebaliknya mahu melihat janji yang mampu dilaksanakan secara objektif dan munasabah.
    “Mereka tidak lagi mudah menerima slogan retorik yang diketengahkan dalam ceramah kempen,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar dalam temu bual Astro Awani.
    Benar seperti dapatan badan penganalisis bebas itu, BN tidak menghadapi masalah besar untuk mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning kecuali meragui sasaran 18,000 undi, tambahan PRK lazimnya mencatat peratus keluar mengundi lebih rendah daripada PRU.
    Ini diperjelaskan Saarani bahawa sasaran raih sekurang-kurangnya 18,000 undi itu berdasarkan peratusan keluar mengundi 75% daripada hampir 32,000 pengundi.
    “Jadi kalau 75% maknanya 24,000 keluar mengundi. Kalau PN kekal dapat undi sekitar 6,000 undi, 18,000 undi itu kita punya. Itulah asalnya sasaran awal,” katanya pada sidang media selepas keputusan diumumkan.
    Pada penghujungnya, PN yang bunyinya gah di ceramah mega dan ceramah ‘grand finale’ – dilaporkan kurang dapat sambutan — rupa-rupanya tidak meninggalkan banyak kesan kepada pemilih daripada pelbagai naratif yang dibawanya.
    Seperti pandangan Pensyarah Program Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Yusri Ibrahim, antara kelemahan calon PN adalah kerana kerusi DUN Ayer Kuning bukan kawasan kubu PAS dan Bersatu seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
    Tindakan PN menggunakan isu ladang babi turut disifatkannya sebagai ‘senjata makan tuan’ kerana perkara tersebut sudah lama dibangkitkan masyarakat setempat di samping PAS dan Bersatu sendiri tidak melakukan sebarang tindakan berkesan untuk menangani isu itu ketika mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.
    Lebih buruk apabila PN menggunakan isu pencemaran najis babi tetapi diubah suai menjadi isu berbaur perkauman yang bertujuan meraih simpati pengundi Melayu pada ketika mereka berisiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu — Cina 21.99%, India 14.3% dan kumpulan lain 8.07%.
    Isu laungan ‘UmDAP mantap’ oleh pemimpin DAP Nga Kor Ming ketika berkempen juga nampaknya tidak berbekas, ditambah dengan serangan bertalu-talu terhadap DAP yang didakwa perosak perpaduan dan keharmonian kaum yang sekian lama terjalin di negara ini.
    Sambil itu pengundi Melayu (55.64%) turut diajak menolak BN — rakan DAP dalam kerajaan perpaduan sehingga sering digambarkan umpama lembu dicucuk hidung dan menurutkan saja kemahuan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu – sudah tidak laku. BN dapat tambahan 2,000 undi lagi.
    Jelas PN tidak belajar daripada kesilapan dalam PRK Kuala Kubu Baharu (11 Mei). Ketika itu Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengungkit isu pendidikan vernakular calon DAP Pang Sock Tao.
    Presiden PAS Hadi Awang pula mendakwa DAP yang lahir daripada PAP di Singapura mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik hingga boleh menyebabkan kekacauan di dalam negara.
    Naratif itu diulangi PN termasuk oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Nor yang mendakwa dirinya daripada keturunan Cina dalam ceramahnya di Ayer Kuning di sebalik mengetahui ada 7,000 pengundi Cina di DUN berkenaan.
    Barangkali tapi hanya barangkali, PN pun sudah tahu dari awal mereka tidak akan mampu menang.

  15. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Keputusan ini membuktikan bahawa rakyat lebih mahukan kestabilan politik, keharmonian antara kaum dan menjuarai agenda pembangunan berbanding retorik sempit yang memecah-belahkan perpaduan dan naratif jahat termasuk memainkan isu babi kononnya merekalah ‘juara’ alam sekitar.

    Isu 3R tidak lagi boleh dijadikan modal politik. Rakyat semakin cerdik. Lagi pun PMX punyai prestasi baik sebagai pemimpin negara.

    Cukuplah tunggang agama dan kaum, lepas tu tunggang isu babi pula…. lepas ni nak tunggang apa lagi? Kena tanya boss mereka yang berserban…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x