Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PEGANG JAWATAN DALAM SYARIKAT KERAJAAN NEGERI, LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP MENTERI

Satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali kerana didakwa masih memegang jawatan pengarah dalam syarikat milik kerajaan negeri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Abdul Malik Hasim mengesahkan menerima laporan itu dan memaklumkan pengadu telah memberi keterangan.

“IPD Nilai ada menerima laporan polis terhadap YB Armizan dan keterangan pengadu telah diambil pada 3 Mac 2025, jam 10.56 malam. Dan hanya satu laporan sahaja yang dibuat,” katanya kepada Malaysiakini.

Laporan dibuat aktivis politik, Tandiko Dalusin yang meminta pihak polis menyiasat pelanggaran Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan oleh Armizan.

“Mana mungkin seorang ahli parlimen tidak mengetahui hal sedemikian rupa. Adakah Armizan mahu mencabar undang- undang serta Perlembagaan Persekutuan?”

“Apakah YB Armizan lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia?” soalnya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini.

Dalam laporan itu, Tandiko berkata tindakan Armizan memegang jawatan dalam syarikat bercanggah dengan Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.

“Ini jelas tidak beretika dan boleh mendatangkan pandangan negatif serta persepsi buruk rakyat kepada YB Armizan Mohd Ali sendiri. Dan mungkin akan berlaku kepentingan peribadi (conflict of interest) dalam hal ini,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Armizan bagi mendapatkan respons.

Semalam, Pemuda Bersatu (Armada) Sabah mempersoalkan kedudukan Armizan sebagai menteri.

Ini selepas semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 1 April 2025 mendapati Armizan masih merupakan pengarah dalam syarikat Common Tower Technology Sdn. Bhd. (common Tech) yang dilantik mulai 1 Februari 2023.

Ketua Armada Sabah, Hisyam Hazaril Azman berkata perkara itu menimbulkan konflik kepentingan dan melanggar Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Hisyam, pengakuan Armizan bahawa dia sebelum ini memegang jawatan dalam lembaga pengarah anak syarikat negeri, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), turut menimbulkan konflik kepentingan memandangkan ketika itu dia merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).

Mengulas lanjut, Tandiko berkata kelakuan Armizan sangat jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara ketiga dan keempat iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Justeru saya mohon PDRM menyiasat YB Armizan secara adil dan saksama sama seperti rakyat biasa tanpa membeza-bezakan antara rakyat atau menteri,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/739153

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

6 responses to “PEGANG JAWATAN DALAM SYARIKAT KERAJAAN NEGERI, LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP MENTERI”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    DR MAZA SEKOLAHKAN PUAK YG BINA RUMAH IBADAT HARAM & JUGA YG BERSEKUTU DGN PUAK² ITU…😅

    https://youtu.be/KY0faLjpj5E?si=czimIG5hAVitv9FJ

    ADA LEBIH 1,200 NETIZEN TAMPIL MENYOKONG DR MAZA, MUFFI PERLIS ..😂

    HA HA HA.. SELAIN MENYOKONG DR MAZA, PARA NETIZEN JUGA TURUT MELEMPAT CERCAAN, MAKI HAMUM & MENGANJING PUAK RUMAH IBADAT HARAM TU DAN JUGA KEPALA² MUNAFIQ YG BERSEKUTU DGN PUAK ITU…🤣

    🤣😂😅😆😄😃😀
    KAH KAH KAH KAH

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Ratu Porno buat serkap jarang lagi kali ini momok DAP kerana nyanyian lagu Negeri Perak dalam Bahasa Cina diSRJK.

    Dia dan Chegu Bard dah lama kering poket tadak upah dari PN kerana semua isu nak tunggang mampus, makan tuan balik kena sapu planta kat muka2 depa.

    Memang Ratu Porno mengaku dibayar upah oleh PN utk burokkan Kerajaan Perpaduan dan PMX.

    Dah sama senget spt Abah senget turun naik Mahkamah.

    BEBERAPA LAMA DULU AKU DAH KATA RATU NAGA NI TAK SEKOLAH-.Isu Lagu Negaraku Dinyanyikan Dalam Bahasa Cina??
    https://wrlr.blogspot.com/2025/04/beberapa-lama-dulu-aku-dah-kata-ratu.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 05, 2025
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    UMNO-PH teguh, gugat kedudukan PN

    HAZELEN LIANA KAMARUDIN
    03 April 2025 01:44pm

    https://www.sinarharian.com.my/article/720863/berita/politik/umno-ph-teguh-gugat-kedudukan-pn

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      HA HA HA… TEGUH???😂
      HI HI HI.. GUGAT KEDUDUKAN PN??🤣

      KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
      (100 ribu juta billiun trilliun kali..)!
      🤣😂😅😆😄😃😀🤣😂😅😆😄😃😀🤣

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Muhyiddin mohon Mahkamah Tinggi dengar kes Jana WibawaV Anbalagan

    04 Apr 2025, 09:03 PM
    Bekas perdana menteri berkata kes itu libatkan soalan undang-undang yang rumit dan wajar didengar hakim berpengalaman.2
    SHARES

    1

    1

    0

    0

    Total Views:317
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2Fcf0819ac-muhyiddin-yassin-kl-high-court-5.webp&w=3840&q=75
    Muhyiddin Yassin didakwa salah guna kuasa sebagai perdana menteri untuk mendapatkan RM232 juta pada 2021 untuk partinya, Bersatu.
    KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan agar perbicaraan kesnya yang melibatkan pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram didengar di Mahkamah Tinggi di sini.Dalam permohonan yang difailkan hari ini, Muhyiddin berkata kes itu melibatkan persoalan undang-undang yang rumit, khususnya berkaitan beberapa peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Beliau berkata persoalan undang-undang tersebut wajar didengar oleh hakim berpengalaman, sambil menambah bahawa kes itu turut meraih perhatian umum memandangkan ia melibatkan seorang bekas perdana menteri.
    Muhyiddin turut menegaskan bahawa permohonan tersebut tidak akan prejudis mana-mana pihak.
    Ketua Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengesahkan permohonan tersebut telah difailkan dan memaklumkan kepada FMT bahawa salinan dokumen mahkamah telah diserahkan kepada mereka.
    Perbicaraan kes Muhyiddin sebelum ini telah ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen untuk didengar pada 11 tarikh bermula September hingga Januari tahun depan.
    Wan Shaharuddin, yang mengetuai pihak pendakwaan, berkata sehingga 30 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu. Antara saksi termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz dan ahli perniagaan terkenal Syed Mokhtar Albukhary.
    Muhyiddin, 77, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan salah guna kuasa sebagai perdana menteri berkaitan program Jana Wibawa dengan tujuan memperoleh RM232 juta untuk partinya, Bersatu, pada 2021.
    Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.
    Selain itu, beliau turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Mac 2023 atas dakwaan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta. Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Apa lah soalan undang2 yang rumit jika dah Sakaw, Curi, Sedut duit negara melalui anak beranak?

      Menantu cabut lari luar negara dari SPRM dengan duit Sakaw beratus juta kerana takut kaitkanb Abah pun rumit jugak undang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x