Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PASAL APA NAK KALUT DENGAN SERUAN TANGGUH PERGI HAJI OLEH HAJI HADI?

Ramai orang tiba-tiba rasa sensitif dan melompat dengan kenyataan Presiden Pas, Haji Hadi Awang yang menyeru umat Islam agar mendahulukan kemenangan dalam perjuangan politik berbanding menunaikan haji ke Mekah.

Walhal, apa yang dinyatakan oleh Haji Hadi itu itu adalah berdasarkan sirah perjuangan Rasulullah sendiri.

“Utamakan kemenangan politik. Nabi ketika nak tunaikan haji pun…baginda mendahulukan kemenangan politik daripada tunaikan haji dan umrah.

“(Ia) boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh ditangguh,” katanya ketika berceramah di Ayer Kuning dua hari lalu.

Pendapat Haji Hadi agar umat Islam mengutamakan kemenangan politik berbanding pergi ke Mekah selain berdasarkan sejarah perjuangan Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyah, ia juga pernah dipersetujui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada tahun 2012 sebelum ini iaitu menjelang PRU13 hendak diadakan.

Allahyarham Nik Aziz pada ketika itu bersetuju jika penyokong parti PAS membatalkan dahulu untuk menunaikan haji jika PRU13 diadakan pada musim haji.

Katanya, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10 hijrah sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke-6 kerana ibadah itu boleh ditangguhkan pada bila-bila masa kemudiannya jika ada kepentingan lain yang lebih utama hendak didahulukan.

Dalam hal Perjanjian Hudaibiyah yang diutamakan Rasulullah itu, ia adalah perkara perkiraan politik yang perlu diutamakan yang mana ia boleh disamakan dengan PRU atau PRK pada ketika ini.

PRU hanya diadakan lima tahun sekali, manakala PRK pula bila ada sebab-sebab tertentu seperti kematian wakil rakyat dan sebagainya, sedangkan haji boleh diadakan tiap-tiap tahun dan umrah pula bila-bila masa.

Dengan itu,  apa yang peliknya dengan pendapat Haji Hadi itu, sampaikan selain orang politik PKR, Jakim dan Ikim pun turut melompat sama?

Kepada orang PKR dan penyokong kerajaan, kenapa semasa Nik Aziz setuju dengan penangguhan mengerjakan haji pada tahun 2012 dulu, semua diam saja?

Tiba-tiba nak bantah sekarang sebab apa – sebab ada ilmu atau sebab politik?

Lagi pula, walaupun Haji Hadi mengeluarkan kenyataan itu ketika berkempen di Ayer Kuning, beliau bukanlah memberi arahan, sebaliknya hanya sebagai seruan atau pendapat semata-mata.

Cuma, kalau kita sayang dan cinta kepada Rasulullah, eloklah diikut apa yang baginda pernah lakukan itu.

Selain itu, dalam konteks PRK Ayer Kuning, pengundian akan berlangsung pada 26 April manakala penerbangan pertama jemaah haji Malaysia hanya akan bermula pada 29 April.

Ertinya, seruan atau pendapat Haji Hadi itu tiada kesan pun kepada jemaah haji Ayer Kuning yang hendak pergi ke Mekah pada tahun ini.

 Makanya, pasal apa nak kalut dan melompat?

Ada elaun melompat ke? – ShahbudinHusin 21April2025.

3 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

5 responses to “PASAL APA NAK KALUT DENGAN SERUAN TANGGUH PERGI HAJI OLEH HAJI HADI?”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Kerajaan PN adalah SG4 kerana BERSATU talk cock sahaja semua PAS sapu SG4.
    Malangnya SG4 hanya terkenal dengan Arwah2.

    REEFORNUSI make Kedah great tinggal angan2 syok sendiri Mat Jenin.

    Terbaru, Terengganu bakal menyusul negeri Arwah dengan bakal2 jugak!

    RAKYAT TERENGGANU BAKAL DIKENCING LAGI…

    Kenapa Semuanya ‘Bakal’ di Terengganu? Sudah bertahun-tahun kita mendengar pelbagai pengumuman megah berkaitan pembangunan di Terengganu. Dari pusat pembuatan pesawat, kilang makanan ternakan, pelaburan ladang ayam berteknologi tinggi, sehinggalah kepada hasrat menjadi pengeluar rusa Timorensis terbesar. Namun yang menjadi tanda tanya ialah satu perkataan yang sering berulang dalam setiap pengumuman tersebut, ‘BAKAL’

    Terengganu bakal jadi itu, bakal jadi ini – tapi sampai sekarang, banyak yang masih tinggal
    dalam bentuk wacana, bukan realiti.
    Penggunaan istilah bakal bukanlah asing dalam dunia media dan politik. la adalah gaya
    bahasa selamat yang membawa harapan, tetapi tidak menjanjikan apa-apa. Dalam erti kata lain, jika projek tersebut tidak menjadi kenyataan, tidak akan ada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan kerana yang disebut hanyalah ‘BAKAL’ bukan ‘AKAN’. Ini menjadi satu cara halus untuk menanam harapan di kalangan rakyat tanpa perlu memberikan komitmen penuh.

    Di sebalik semua pengumuman itu, banyak projek sebenarnya masih dalam peringkat awal-
    ada yang baru selesai kajian kebolehlaksanaan, ada yang menanti kelulusan bajet, malah ada yang bergantung kepada pelabur luar yang belum tentu komited. Birokrasi lambat, proses tender yang panjang, dan kadang-kadang masalah dalaman seperti tanah, alam sekitar, atau ketidaktentuan ekonomi turut melambatkan pelaksanaan projek-projek ini. 

    Tambahan pula, musim pilihan raya sering menjadi waktu emas untuk pengumuman bersifat bakal. la berfungsi sebagai umpan untuk meraih keyakinan rakyat – menggambarkan kerajaan negeri atau wakil rakyat sebagai pihak yang aktif, progresif, dan berwawasan. Namun selepas pilihan raya berlalu, pengumuman itu senyap begitu sahaja. Apa yang tinggal hanyalah cebisan tajuk berita lama dan papan tanda projek yang berkarat di tepi jalan.

    Terengganu juga sering dijadikan tapak eksperimen kerana kedudukannya yang strategik, tanah yang murah, dan suasana negeri yang aman. Namun dalam banyak kes, projek yang dirancang indah atas kertas gagal diterjemahkan dalam bentuk fizikal. Sama ada kerana kekangan kewangan, perubahan dasar kerajaan, atau tiada kesinambungan pelaksanaan, akhirnya projek-projek itu kekal dalam kategori ‘BAKAL’.

    Jika semua yang diimpikan itu benar-benar menjadi kenyataan, Terengganu hari ini sudah tentu menjadi sebuah negeri yang jauh lebih maju – dengan sektor aeroangkasa, pertanian moden, minyak & gas, serta pelancongan berteknologi tinggi yang pesat berkembang.

    Namun, rakyat tidak boleh hidup dengan harapan semata-mata. Sudah tiba masanya janji-janji bakal ditukar kepada tindakan nyata.
    Terengganu tidak boleh terus dibuai oleh angan-angan yang tidak berpenghujung.

    #terengganu #malaysia #bakal #di #kencin #lagi
    #TeguhPertahan #majuterengganuku

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 22, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Undi PAS dapat fitnah, auta, Penyakaw dan kalu ikut Barua Atok Tamrin Ghaffar, Abah jadi PMXI Kerajaan Nika Gee Siew Yew.

    Tangguh haji, tangguh umrah pergi undi – setuju?Tangguh haji, tangguh umrah pergi undi – setuju?

    2 HOURS AGO

    Mohsin Abdullah

    Share
    Apabila Hadi Awang seru umat Islam mengutamakan ‘kemenangan Islam’ dalam landskap politik negara, beliau sebenarnya bercakap mengenai kemenangan PAS.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Fa8fd859b-mohsin-abdullah-columnist-100524-1.webp&w=640&q=75
    Sekilas pandang pada tajuk anda sudah tentu tahu what this article is all about. Ia mengenai seruan Presiden PAS Hadi Awang kepada umat Islam supaya mengutamakan pilihan raya daripada mengerjakan haji dan umrah.
    Sebenarnya beliau sudah beberapa kali membuat seruan sedemikian khususnya menjelang pilihan raya dan juga selepas pilihan raya. Kira-kira lima minggu selepas PRU15 Hadi merungut “malangnya orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60% — menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah”. Ini saya petik daripada surat terbuka beliau kepada ‘jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi’ yang disiarkan dalam ruangan Minda Presiden oleh media rasmi PAS. Hakikatnya ramai umat Islam beri keutamaan kepada haji dan umrah. Untuk rekod Perikatan Nasional yang dianggotai PAS tidak menang PRU15.

    Menjelang pilihan raya enam negeri yang dijalankan serentak pada 2023, Hadi mengingatkan umat Islam termasuk jemaah umrah dan bakal haji tentang ‘dosa besar’ tak mengundi.
    Baru-baru ini semasa berkempen menjelang PRK Ayer Kuning di Perak, sekali lagi Hadi bercakap perkara sama. Beliau mahu umat Islam tunda dulu naik haji kerana kemenangan politik lebih utama.
    Penerbangan pertama ke tanah suci untuk musim haji tahun ini dilapor dijadualkan pada 29 April — tiga hari selepas PRK Ayer Kuning. Ertinya jika bakal haji mahu mengundi memang sempat. Namun biasanya beberapa hari sebelum berangkat jemaah haji sudah beri fokus pada ibadah yang akan didirikan di tanah suci. Perkara dan urusan lain selain ibadah are far from their mind.
    Mengapa Hadi kata apa yang beliau kata? “Nabi (Muhammad) nak tunaikan haji pun … nabi mendahulukan kemenangan politik daripada haj dan umrah. Ia boleh ditangguhkan, kemenangan politik tidak boleh ditangguh,” kata beliau pada majlis ceramah kempen calon PN di Tanjung Keramat, Perak beberapa hari lalu.
    Untuk memperkukuhkan hujah, Hadi sering mengutarakan peristiwa Rasulullah dihalang melaksanakan umrah sehingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah. Ada agamawan pula berkata Rasulullah terhalang secara fizikal bukan kerana strategi politik.
    Saya kerdil dalam soal agama. Bukan level saya mengulas pandangan Hadi dan para agamawan dalam soal Islam. Cuma bagi saya Hadi membawa peristiwa zaman Rasulullah ke dalam konteks politik tanah air masa kini seolah-olah mahu disamakan pilihan raya Malaysia dengan medan perang Nabi Muhammad menentang musuh Islam.

    ADVERTISING

    Pada hemat saya apabila Hadi menyeru umat Islam mengutamakan ‘kemenangan Islam’ dalam lanskap politik negara, beliau sebenarnya bercakap mengenai kemenangan PAS. Bukan sesuatu yang baharu, aneh atau memeranjatkan kerana untuk sekian lama PAS melabel diri sebagai parti Islam yang perjuangkan Islam, sehingga ada dalam kalangan penyokong percaya PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
    Bagi saya umat Islam yang memilih untuk mendirikan ibadah haji atau mengerjakan umrah, politik zaman ini tidak boleh disamakan dengan situasi zaman nabi. Politik sekarang tidak suci seperti politik zaman Rasulullah jika istilah politik boleh digunakan.
    Berdasarkan itu sudah tentu umat Islam yang berpeluang ke tanah suci akan memilih mengerjakan ibadah, bukannya menyertai ‘perang politik’ menerusi peti undi. Saya yakin mereka termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri, melainkan golongan yang benar-benar wala’ pada parti dan pemimpin.
    Kesimpulannya. Saya percaya ramai umat Islam tahu dosa jika tidak berjuang untuk Islam cuma mereka tidak setuju perjuangan politik masa kini dikaitkan, apa lagi disamakan, dengan perjuangan Islam seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan para sahabat.
    Seperkara lagi. Diulangi kata Hadi tangguhkan haji dan umrah dan beri keutamaan pada pilihan raya. Kita tahulah apa yang Hadi mahu pengundi lakukan. Bagaimana jika yang tangguhkan haji atau umrah dan beri keutamaan kepada pilihan raya itu tidak undi PAS? Apa agaknya kata Hadi?

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    SINAR akhbar pro-PN sendiri laporkan pencerobohan tanah rizab Kerajaan dinegeri PAS Kedah bawah Panglima Perang PN diAyer Kuning, Kaki Lebong No. 1 Hadi RERFORNUSI.

    Bukan Lombong Emas diRaub Pahang tetapi Lombong Biji Timah diSg. Petani Kedah!

    Ayuh Walaun2 Walauntit jom ramai serbu.

    Jangan undi PAS Parti Auta SeMalaysia.

    MANA SANUSI NAK LETAK MUKA. KA MEMANG TAK TAU MALU.

     https://wrlr.blogspot.com/2025/04/mana-sanusi-nak-letak-muka-ka-memang.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 21, 2025
    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    SEOLAH LETAK KOPIAH DI KEPALA LUTUT: KENYATAAN HADI TAK KENA PADA TEMPAT.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNrAdLTcBq0ig1LQYzoMCaMqNdwSk5ICAyBsUIfb8QMqM7Rc-YlDwsT-KWd2Fry5AXaEXEBf4LT_ijdi5XYhU5SEqyZaFdTo0zpjZ4jRDzgey8ajmpib3pAjqyOKzIr1gEK-xvfPXiHKIJjbb9dGZyNA_7TsxohlU3IWLaPZUyO8DhbK9WxgyMLx7LB0o/s320/FB_IMG_1745240889847.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0lPerwPe9oojS9xPaWxyEgwG_KbrN7EvYybrxhhFeoraL73X2YpMsndHF7Xgv0XJsbfBDMNtsc01kbW3BetknN4bSvpIop-vbDFNAWi_eDttZ03Y4iAXc0zKR_KG4q4URTgrFeJqDDTPlD2lU8YFtJ6rj0hXN0qx8biIY4YnvHDh1ZfGCeZONgGGfHjQ/s280/FB_IMG_1745240893552.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAmJdFwJmxaAVw282CiCbWlQ5mGhmKAMbfvwFC0cuOkjORLquIOapv5duC3C9z9TsBdSkpYykwb8QGjcnKlBFGdgrNPYe22eD43sMganUc-MOoUebLstywicm14DOS_TK1poP2D3WBdT_h3bGlLmaTgvoo-hMFwoGZP7xgrPuH8t24hDqkmQ_VC3cBZHE/s280/FB_IMG_1745240897943.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXvdJGvhJwmwY_I4kQRtug6MNRqN8OiVxyELtfFHlVAnNPTqLRq1hrFrzenrp3dbcxCSFcNxREvdzYVri6d3AwkSL7An5J50Y_EfSQdNKnlZyEla-or7cwBSXkK822EGtgmfNPy-_z3GJOKkrFo5k65Ir6aR76b4HASJoeA47mMd7zNSrGI4uNRQunp3c/s280/FB_IMG_1745240917235.jpg

    Kenyataan Hadi akan makan diri.
    Ya, tidak dinafikan tentang ibrah yang diambil dari sirah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

    Menyamakan sirah Rasulullah SAW dihalang laksanakan UMRAH dengan PRK Ayer Kuning sangat tidak tepat.

    Adakah Hadi gusar (sehingga keluarkan kenyataan), tentang kemungkinan ada pengundi PAS boikot tidak mahu keluar mengundi?

    Ataupun Hadi risau PAS akan kehilangan sokongan lebih teruk di Ayer Kuning berbanding PRN sebelum ini?

    Janganlah memperdagangkan ugama demi kepentingan sendiri. Di PRK Ayer Kuning PAS dan PN gagal seawal hari penamaan calon lagi. Selain itu penampakkan GAGAL terus kelihatan.

    ▪︎ GAGAL tarik sokongan dan dapat kecaman apabila naikkan sepanduk ntah apa-apa.
    ▪︎ GAGAL ketengahkan calon yang betul-betul berwibawa.
    ▪︎ GAGAL mainkan isu ladang khinzir apabila netizen naikkan semula cerita Razman ketika jadi exco tak buat apa-apa tindakan berkaitan ladang khinzir di ayer Kuning.
    ▪︎ GAGAL apabila pemuda PAS main sentimen cadangkan penyelesaian isu ladang babi dengan meminta orang kampung terjun sungai yang ada saliran tahi khinzir.

    ▪︎ GAGAL kerana jentera PAS/PN tak sepadu dan semantap gabungan jentera BN/PH.
    ▪︎ GAGAL tarik sokongan Melayu dan TOTAL LOST dalam strategi tarik sokongan bukan Melayu.

    Dalam bab tarik sokongan bukan Melayu, Calon PAS/PN,Abdul Muhaimin Malek sedang terbelenggu dengan cabaran menarik sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi muda. Strategi kempen yang terlalu menumpukan kepada isu-isu nasional dan retorik agama tidak cukup untuk menyaingi pendekatan inklusif BN-PH. 

    Manakala dalam bab gabungan BN-PH menunjukkan kerjasama yang mantap.Kehadiran jentera bersama dan penyelarasan kempen yang berkesan telah meningkatkan keyakinan pengundi terhadap kestabilan perpaduan yang mana pengubdi yakin akan ada kesinambungan pembangunan di Ayer Kuning selepas 24 April ini. 

    Gabungan BN-PH semestinya berjaya mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, yang memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya.

    Berbalik kepada kenyataan Hadi, dek kerana gagal panaskan isu ladang babi dan gagal (seperti mana dinyatakan di perenggan ata), maka PAS tiada jalan lain selain jual dan jual agama. Kali ini jual Ibrah sirah perjanjian Hudaibiyah. 

    Hudaibiyah yang saya belajar semasa di SMKA Falahiah dulu adalah perjanjian damai. Umat Islam kena sabar dan kuatkan iman, kurangkan kemarahan. Dalam sirah itu Rasulullah Saw ajar kita bagaimana urusan perjanjian dan persefahaman dengan orang bukan Islam. 

    Kita di Malaysia sangat harmooni, situasi tidak sama dengan kejadian semasa perjanjian Hudaibiyah.

    Mungkin Hadi ingat kenyataan-kenyataan seperti itu akan meyakinkan pengundi untuk bertukar selera dengan memilih PAS/PN pada PRK ini? Saya ingat tidak sama sekali. Ini kerana dalam satu ucapan calon Abdul Muhaimin jelas mengatakan mereka perlu menang bukan kerana kebajikan rakyat tapi hanya satu tujuan iaitu ingin menjatuhkan kerajaan negeri dan menggugat kerajaan persekutuan. 

    – JK

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 21, 2025

    Share

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Senarai Auta PAS semasa jadi Kerajaan PN 33 bulan:

    a. Ternakan babi, semua ekor babi selamat semasa Razman jadi Exco Pertanian kerana Razman kata pengusaha2 babi dah buat pelaburan besar

    b. Hudud, Shariah dan RUU355, siapa yang desak adalah bisikan syaitan

    c. Nak hapus PTPTN, hanya tinggal hapus riba

    d. Royalti Minyak, PAS kelu bisu dan pekak badak

    e. Sebaliknya PAS tambah judi naik 22 kali dan perkenal arak baru Timah

    f. Kerajaan PN adalah PAS raikan Kerajaan Nika Gee Siew Yew

    PARTI AUTA SEMALAYSIA. TAK CAYA ? JOM DENGAR …LOGIK NI WOIII..BUKAN AUTA.
     

    https://wrlr.blogspot.com/2025/04/parti-auta-semalaysia-tak-caya-jom.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 21, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x