Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

MEMANG PATUT NAJIB BERASA KECEWA

Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membenarkan permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan kewujudan titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan rumah, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan kecewa dengan perkembangan yang berlaku.

Rayuan Peguam Negara itu kemudiannya ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan selama dua hari, bermula 1 Julai akan datang.

Kekecewaan Najib itu dimaklumkan oleh ketua pasukan pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika bercakap dengan pemberita di perkarangan mahkamah.

“Dia (Najib) kecewa dalam erti kata bahawa ini akan melambatkan lagi proses mahkamah. Sebab ia dah berlarutan selama setahun empat bulan.

“Kita pun dah tahu dan amat jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) iaitu Sultan Pahang telah pun memgesahkan memang ada titah adendum yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara di rumah itu,” kata Shafee lagi.

Kekecewaan Najib sebagaimana disampaikan Shafee itu memang ada asasnya, tetapi dirasakan kekecewaan itu bukan sangat kerana keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Peguam Negara tersebut.

Sebaliknya, kekecewaan Najib difahami lebih disebabkan tindakan Peguam Negara mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan titah adendum itu wujud dan semakan kehakiman sepatutnya boleh terus didengar berdasarkan keputusan tersebut.

Tambahan lagi,  ketika perbicaraan di Mahkamah Rayuan sebelum ini, selain kewujudan titah adendum itu disahkan wujud melalui sepucuk surat daripada Istana Pahang, pihak pendakwa pula langsung tidak membantah mengenai wujudnya titah adendum berkenaan.

Tindakan Pejabat Peguam Negara atau pendakwa yang langsung tidak membuat cabaran itu telah membuatkan hakim Mahkamah Rayuan  berasa terganggu lantaran menurut hakim berkenaan lagi, mahkamah telah bersedia untuk mendengarnya.

Dalam hal ini, kenapa pula setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusannya, baru pihak Peguam Negara mahu merayu?

Maka, kekecewaan Najib memang berasas dengan mengambil kira Jabatan Peguam Negara adalah jabatan yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Lagi pun, jika kita masih ingat, Azalina Othman Said (sekarang berjawatan Menteri dalam hal ehwal undang-undang dan reformasi institusi) pernah berucap dalam perjumpaan membela Najib di Dewan Merdeka, WTCKL ada menyebut lebih kurang – Peguam Negara adalah lantikan Perdana Menteri dan mesti ikut cakap Perdana Menteri.

Kekecewaan kedua Najib tentunya ialah terhadap UMNO yang sekarang nampaknya makin menyepi daripada membela dirinya.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO yang pernah disanjung dan dicium tangannya oleh sebahagian besar pemimpin UMNO ketika beliau berkuasa dulu, Najib tentu saja amat terluka dengan apa yang diperlakukan kepadanya kini.

Yang nyata, bagaimana UMNO membela Najib amat jauh berbeza dengan bagaimana PKR membela Anwar Ibrahim ketika beliau di dalam penjara dulu.

Lebih mengecewakan Najib tentunya kerana pemimpin yang menjadi Presiden UMNO sekarang adalah sahabat yang lama bersamanya dan pernah menjadi Setiausaha Politiknya selama beberapa tahun.

Walaupun ketika Najib berkuasa, saya banyak mengkritik beliau melalui tulisan dan buku, namun saya turut simpati dengan apa yang dialaminya kini.

Cuma, saya masih tertanya-tanya – sampai bila Najib mahu terus berasa kecewa dan dikecewakan sebegini rupa? – ShahbudinHusin 29April2025.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
29 April 2025 10:11 am

Masa jadi Menteri PN, dia paling haprak tak perform, hanya perderah solo award 5G kpd DNB/Ericsson.
Sampai bini pung bawak masuk mtg Kementerian, Sakaw berjemaah anak beranak le.
Sekarang kemain lagi byk komen dasar2 PMX termasuk inisiyatif ceasefire Myanmar oleh PMX. Dia jadi Menteri Luar dulu main teloq je ikut Atok.

Beri semua pelajar peluang maksimum potensi, kata Saifuddin
Beri semua pelajar peluang maksimum potensi, kata Saifuddin

1 HOUR AGO

Danish Raja Reza

Share
Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah berkata pendemokrasian ilmu bermakna memastikan peluang sama rata, bukan hasil serupa.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x