Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

KERAJAAN LANGGAR TIGA PRINSIP PILIHAN RAYA DI AYER KUNING – BERSIH

Bersih hari ini mendakwa mereka mengesan sekurang-kurangnya tiga pelanggaran prinsip pilihan raya bebas dan adil sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Tiga pelanggaran prinsip itu, kata NGO berkenaan, membabitkan penyalahgunaan sumber kerajaan serta taktik yang menjejaskan integriti proses pilihan raya dengan berkempen secara tidak adil. 

Antara kesalahan tersebut, katanya, membabitkan pengumuman bersyarat oleh kerajaan pusat melalui kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pada 12 April.

Pada majlis itu Ahmad Zahid berikrar bahawa projek pembangunan di Ayer Kuning akan diteruskan sekiranya calon BN menang pada Sabtu ini.

“Pengumuman bersyarat sebegitu merupakan satu bentuk penyalahgunaan sumber kerajaan untuk mempengaruhi undi secara tidak wajar oleh pihak kerajaan. 

“Taktik ini adalah taktik kotor yang sepatutnya tidak diulangi oleh kerajaan Madani yang katanya mengangkat slogan keadilan,” katanya.

Kedua, kata Bersih, pemberian duit raya semasa tempoh kempen semasa program ramah mesra anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Tapah, melibatkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Menurut Bersih menteri terbabit menyampaikan duit raya kepada hadirin.

“Walaupun melalui agensi kerajaan, pemberian sebegitu semasa tempoh berkempen dan di kawasan PRK boleh ditafsir sebagai bentuk pemberian yang mempengaruhi pengundi.

“Ia boleh menjadi kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Tambah Bersih, Putrajaya perlu mengambil pegajaran daripada petisyen pilihan raya yang menyebabkan keputusan pilihan raya bagi terbatal seperti bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman sebelum ini.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BN diwakili Setiausaha Umno Tapah, Mohamad Yusri Bakir, 54; manakala Pengerusi PN Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44; sebagai calon pembangkang. Seorang lagi pencabar ialah Timbalan Setiausaha Agung PSM, Bawani KS, 40.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, sementara pengundian awal hari ini.

Menurut Bersih, pelanggaran prinsip ketiga yang dikesan di Ayer Kuning ialah penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen seperti dapat dikesan semasa kehadiran Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, dalam program rasmi Town Hall Bersama Anak Muda di Kompleks Sukan Tapah.

Majlis itu turut dihadiri calon BN.

Kata NGO itu, apa yang berlaku jelas menunjukkan penyalahgunaan jentera dan kemudahan negara untuk berkempen memenangkan calon kerajaan. 

“Ini melanggar prinsip asas pemisahan antara kerajaan dan parti serta menyalahgunakan kelebihan sebagai penyandang jawatan untuk memberi kelebihan tidak adil kepada calon tertentu. 

“Bersih mempersoalkan tempat dan masa program itu dijalankan kerana kerajaan Perak sudah tentu sedia maklum bahawa majlis tersebut adalah ketika tempoh berkempen,” katanya.

Justeru Bersih menggesa agar SPR mengeluarkan garis panduan yang jelas kepada kerajaan Persekutuan, negeri dan semua pihak yang terlibat agar kempen pilihan raya berlangsung secara adil dan bersih.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/741027

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

20 responses to “KERAJAAN LANGGAR TIGA PRINSIP PILIHAN RAYA DI AYER KUNING – BERSIH”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pork Lobai tunggang Babi tapi masa Razman sendiri jadi Exco Pertanian Perak sekoq babi pun tak sentuh alasan depa dah buat banyak pelaburan Ladang Ternakan Babi.
    Ini sama mcm Pesta Bogel Aloha dipulau Terengganu sudah lebih 10 tahun berlaku, tiada tindakan kerana kepentingan sektor pelancongan Terengganu. Atau judi naik 22 kali dan Arak Timah dilancarkan zaman Kerajaan PN.

    Memang jadi Pembangkang tunggang sembang derah Melayu dan Islam terancam seme bende tetapi bila jadi Kerajaan terus buta, pekak dan bacul sindrom gilo kuasa sahaja. Hanya pasang niat dalam hati.

    Halal untuk Ana, Haram untuk Ente.

    Ladang babi modal terdesak PN, kata Saarani
    Ladang babi modal terdesak PN, kata Saarani

    59 MINS AGO

    Faiz Zainudin

    Share
    Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan pembangkang ketandusan modal kempen sebaliknya boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2Fa0e0a555-11_mb_perak_saarani_mohamad_tapah_moganraj_fmt_23042025-copy-15.webp&w=1200&q=75
    Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berwajib menyiasat dakwaan Sungai Bidor tercemar akibat ladang babi.
    TAPAH: Perikatan Nasional (PN) terdesak mencari kelemahan kerajaan Perak sehingga sanggup menggunakan isu ladang babi di luar kawasan untuk dijadikan modal kempen PRK Ayer Kuning.
    Menteri besar yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Saarani Mohamad, berkata tindakan itu bukan sahaja menunjukkan pembangkang ketandusan modal kempen sebaliknya boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.
    “Bila mereka (PN) mahu politikkan perkara ini (babi) dia cari sampai dapat, termasuklah melawat kawasan di luar DUN Ayer Kuning. Melaratlah lepas ini, pergi cari jalan rosak sampai ke Lenggong.

    “Akan bangkitlah (timbul isu), kerajaan Perak (tak baiki) jalan rosak di Lenggong walaupun yang mengundi di Ayer Kuning sahaja,” katanya ditemui media selepas seminar keibubapaan di Sekolah Menengah Sains Tapah.
    Terdahulu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad mendesak kerajaan negeri menjawab pendedahan kewujudan ladang babi di Kampung Poh, terletak kurang 5km dari kawasan PRK yang menjadi antara punca pencemaran Sungai Bidor.
    “Kami telah mengambil sampel dan menghantar ke makmal swasta bagi pengesahan, ujian mengesahkan efluen dilepaskan ke Sungai Bidor tercemar serta tidak dirawat.
    “Ini bercanggah dengan penjelasan exco dan kerajaan negeri pada sidang DUN iaitu semua penternak babi mematuhi Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1993 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009,” katanya.
    Idris juga menafikan tawaran calon PN Abd Muhaimin Malek untuk menghapuskan ladang babi haram jika menang PRK Ayer Kuning, Sabtu ini, gimik pilihan raya untuk meraih sokongan pengundi.
    Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berwajib menyiasat dakwaan tersebut.

    Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan untuk mengesahkan sama ada air sungai berkenaan tercemar atau tidak.
    “Biarlah jabatan kerajaan bertanggungjawab (melakukan siasatan)…cuma jangan politikkan sahaja,” katanya.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Jika Pork Lobai sendiri dijangkiti penyakit kemaruk gagal kawal nafsu hingga berlaku porno Jerman, apa yang nak diharapkan dari anak2 buah Walaun2?

    ADUN QAZAF PERTIKAI KETUA POLIS KELANTAN
     
    Syam Ghaz

    Timbalan Menteri Besar Kelantan dan YB Melor sedar ke tidak jenayah seksual di Kelantan ni meningkat saban tahun.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7RSVH3y3jdr_uKLDxUE2UVUa4MKQPZIKpq4-mFgB9yE1ki1RInCb_MN3D4Pcz_GlXC9AjE154gcJZTgJxd3BeujGp8JkGpcMMSS-idLqUQsYUx4DDREZ2y6VFZ9Co8-YKunP-ZD-istke1bRgtTbAgTuf4G5WHMyjPArANhEVR5tfzw8Yo5eSZKrfsR8/s320/FB_IMG_1745397035642.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8_zTVOU65k1U83xb3pWUXteKOuV1qgBGK578h-to_-F_xLry652yyjbLllS2GsqmwxOdqdchGGzgMbVsQbtprgSehn9PIoES394QiQbjQ1TXfp3C-NI92GgphpV3-nkh3G8GG9TIZmXUHDz-KMZAJUqqC-As5t6-fpLo4e4Ju1ES4NmBmd4mzib5XIAQ/s320/FB_IMG_1745397039284.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5rcyRI2xoeeCfPqMecdWD4kjSlQjEu7GkCuv9HxxOw1lbW92mzlZBtHUjkEemHdekadgNgSK-23nNdqx9GQjSfPz-TOxolFQ3vxKpY6waUzuTAzEKUvU_sy-e8u39UCArppE2ZTicuOlQDzbiW411b5ncU-r3I9Z1q-Bme9QRfMIH695yJFHZEkK-Pqc/s320/FB_IMG_1745397042030.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiagxpV_QK2GINf13c1FetHBnkbXvDAeGpAuEmedfqrSq_6THHdfd1_FvDInYd-GB1Jv2LkQtq8YLJH_MhzJfyNQK3siibGydoI20RMCdkhylfXFYoFPrchTjKMlN6vos7n5wazU7eWROYcTC2LbB72FoV_7wYLPqRVm8xIBvIDc7cMDlbkNAsb2kpbVeE/s320/FB_IMG_1745397049672.jpg

    Era PAS dalam Kerajaan Tebuk Atap 33 bulan pun Ketua Polis Kelantan kata benda yang sama.

    Tahun 2022, 2023, 2024, 2025. Semua meningkat, Lepas tu nak salahkan Ketua Polis Kelantan tahun ni sahaja? Punah PAS bubuh tok wakil tak waras.

    Nak salahkan polis atas kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan mendaulatkan Islam yang mereka laungkan adalah satu tindakan pak pandir!

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 23, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Kalu boleh nak letak beban kpd PMX dan DAP diatas masaalah seksual dan runtuh moral remaja negeri Kelantan lah.

      Pakar seks mungkin salahkan gejala terlebih minum air teh tarik bertahun2!

      Kena bincang diMuktamar lah!

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mail Bera beraya sakan raya beraneka fesyen baju Melayu gaya angan2 Presiden UMNO Tepi dan PM Tepi PN agenda nak repeat Sheraton Move Malaysia Reset.
    Yolo duit Keluarga Malaysia free bersepah kang.

    Abis le cuti perabih duit, time ngadap SPRM pulak le, ranap angan2 kalu kena dakwa Sakaw duit Rakyat masa Kerajaan PN spt Abah dan Pemimpin2 PN lain.

    KES RASUAH ISMAIL DIPANGGIL KHAMIS! ISU ROMBANKAN KABINET RESPOND DS ANWAR!

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan rakaman percakapan, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu, Khamis ini.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi rakaman percakapan kali ini, mengenai pengisytiharan harta yang dibuat bekas Perdana Menteri itu kepada SPRM mengikut Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009.

    “Datuk Seri Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM untuk meneruskan rakaman percakapan beliau,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-11 Tahun 2025 di Kuala Lumpur, hari ini.

    Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia, semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

    Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 23, 2025

    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    ‘Dia kritik boleh, pasal apa kita tak boleh pertikai ijtihad politik Hadi Awang?’

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjZ-jkWJXq8JEgWY9728kGlC3hNBM9Pt12hXNQF0rXP2SR2SbwET8XJsVAo20xwDARHd9wR8_AogNkcLU9VJLo_M9EPI_zluKvg_6W_vZPr0TCvfS0qphl1rQLgEs5KnF_l9nKCP10BTDYDkqh_5QGtpGUpFsFHq1KXwEhLZ-WivmXOS2iyQdrDQww9IwM

     Harapandaily
    April 23, 2025
    Penyokong tegar Pas memang umum dikenali sangat melenting apabila kenyataan politik Tan Sri Abdul Hadi Awang dikritik.

    Bahkan, mereka lazimnya mendesak pengkritik untuk segera mengucap dan bertaubat kerana kononnya telah menghina ulama dan agama Islam.

    Mengulas sikap taksub terhadap Presiden Pas itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abd Hadi menegaskan Abdul Hadi adalah orang politik sekaligus patut boleh dikritik.

    “Tan Sri Hadi Awang itu Presiden Pas. Pas ini parti politik. Kita pertikaikan ijtihad politik. Kita tidak pertikai ijtihad agama.

    “Kalau Hadi Awang boleh kritik orang lain, kenapa kita tak boleh kritik dia balik?
    “Ingat istimewa sangat ke?” bidas Wan Hadi menerusi TikTok beliau/

    Menurutnya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sepatutnya sudah tidak berada dalam kancah politik tanah air sekiranya merasakan diri begitu maksum.

    “Lepaskan jawatan dalam politik. Lepaskan jawatan sebagai Presiden. Barulah orang tak kritik dia.
    “Orang kritik, tegur dia sikit terus pengikut-pengikut dia suruh kita bertaubat, mengucap, balik kepada agama,” tambahnya.

    Watch on TikTok

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 23, 2025

    Share

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    KONTROVERSI UMDAP”😅

    https://youtube.com/shorts/66VjaZJH9Q4?si=uVXeG5XphlC202je

    WAK SAKAU PONOROGO KATA UMDAP TAK WUJUD…😂

    HA HA HA.. TAPI NGA KOR(MUNIS) MING & THE GANG KATA “UMDAP MANTAP“…🤣

    🤣😂😅😆😄😃😀
    KAH KAH KAH KAH

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      TOK MAT BELACAN PUN CAKAP MUNAFIQ SERUPA DGN WAK SAKAU…🤣

      https://vt.tiktok.com/ZSrsk1G3P/

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        AKMAL JUGA SERUPA DGN WAK SAKAU & TOK MAT BELACAN.. 😅

        https://vt.tiktok.com/ZSrtAo2PK/

        TAPI AL-FADZIL OSTAD KOR(MUNIS) MING CAKAP LAIN ..😂

        HI HI HI.. 3,2,1, UMDAP MANTAP! UMDAP MANTAP!!…🤣

        🤣😂😅😆😄😃😀
        KAH KAH KAH KAH

        1. Anonymous Avatar
          Anonymous

          MANA ADA UMNO DAH.. YG ADA CUMA UMDAP! TAK PAYAH MALU NAK MENGAKU WAHAI WAK SAKAU, TOK MAT & AKMAL OI…😂

          https://youtu.be/SX8GTF2CPT4?si=5FFBvLZ1Pcn4QvZ7

          HA HA HA.. 3,2,1, UMDAP MANTAP! UMDAP MANTAP!!…🤣

          🤣😂😅😆😄😃😀
          KAH KAH KAH KAH

          1. Anonymous Avatar
            Anonymous

            KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
            (100 ribu juta billiun trilliun kali..)!
            🤣😂😅😆😄😃😀🤣😂😅😆😄😃😀🤣

            1. Anonymous Avatar
              Anonymous

              BEST GILERR, LAGU “UMDAP MANTAP”😅
              https://vt.tiktok.com/ZSrW8XHw9/

              ADA HAMPIR 2,000 KOMEN NETIZEN DLM VIDEO INI…😂

              HA HA HA.. TENTANG BENTUK KOMEN² TU, KITA FAHAM² SAJA LAH, KAN..🤣

              🤣😂😅😆😄😃😀
              KAH KAH KAH KAH

              1. Anonymous Avatar
                Anonymous

                OWHH.. LUPA PULAK NAK SERTAKAN LIRIKNYA:🤣

                🎼UMDAP MANTAP UMDAP MANTAP🎵
                🎼PAP PAP PARA RARAP PAP🎶

                🎼SEMUA DAH TERANG LAGI BERSULUH🎵
                🎼TAK PAYAH LAGI BERDALIH MENGELUH🎶
                🎼TERIMA SAJA TAKDIR DAN KENYATAAN🎵
                🎼CINTA TAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN🎶

                1. Anonymous Avatar
                  Anonymous

                  UMDAP MANTAP UMDAP MANTAP🎵
                  🎼PAP PAP PARA RARAP PAP🎶
                  🎼UMDAP MANTAP UMDAP MANTAP🎵
                  🎼PAP PAP PARA RARAP PAP🎶

                  🎼ANAK KECIL KINI BERMAIN ROKET🎵
                  🎼HABIS SEMUA MELAYU KENA KLEPET🎶
                  🎼PAN-PAN DAH PASTI SEMAKIN KECEWA🎵
                  🎼KERANA SEKARANG TIMBALAN BARUA🎶

                  🎼UMDAP MANTAP UMDAP MANTAP🎵
                  🎼PAP PAP PARA RARAP PAP🎶
                  🎼UMDAP MANTAP UMDAP MANTAP🎵
                  🎼PAP PAP PARA RARAP PAP🎶

                  1. Anonymous Avatar
                    Anonymous

                    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
                    (100 ribu juta billiun trilliun kali..)!
                    🤣😂😅😆😄😃😀🤣😂😅😆😄😃😀🤣

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    ALAHAI LAH BG BUDIN OI..MCM TAK TAU JER..😅

    KALAU TAK RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA, BUKAN MADANON KETIMBANG LAH NAMANYA…😂

    HA HA HA..PUAK² MUNAFIQ TU MUNGKIN IKUT FATWA SANI BERUK HULU LANGAT:
    “INI KERA-JAAN KAMI, JADI IKUT SUKA KAMI LAH..”🤣

    🤣😂😅😆😄😃😀
    KAH KAH KAH KAH

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAS dalam Kerajaan PN 33 bulan hanya jadi pasu bunga berhias.

    Tak nampak batang hidung Hudud, RUU355 dan Shariah tetapi judi naik 22 kali dan Timah dilancar arak baru.

    Undi Pas & tangguh haji: Kalau Pas menang belum tentu Islam menang

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgua_bdCZ2nIQoZRCRelCA5pKL3L9Q7lkr_XUWGsyExtCe0yStfeXpuIT5g4zVc3cXCrQXg4Oqk-Kci5YQa6mQhgVmBOGiMMX_tHcYGzIRMT-bCKMDjUYOkO7nRRa8O9bXIeF9RcqQflEnNFzBaRFJwMfYKdCyWTiCjmytFMS1Xv-IGeicRHn0kT4ZJdww

     Harapandaily
    April 22, 2025
    OLEH AHMAD MURSI

    Hj Hadi dakwa “(Ibadah) Haji boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh tangguh. Islam mesti berkuasa.”

    Tapi Pas bukan ‘agama Islam’, tapi hanya parti ciptaan manusia sama seperti parti lain.

    33 bulan Pas jadi kerajaan tebuk atap dan Hj Hadi jadi duta khas, apa bukti ‘Islam telah berkuasa’. Ada nampak apa-apa yang luar biasa ke selain naikkan cabutan judi?.

    Zaman MADANI pula, tanpa retorik seperti Pas, lebih banyak inisiatif perkukuh agama Islam telah dibuat.

    Jika Pas dakwa undi Pas lebih penting daripada tunaikan Haji, itu hanyalah menunggang agama untuk naikkan pemimpin Pas yang tidak kompeten.

    Dengan tunggangan itu, Pas tidak perlu lagi bersaing atas dasar kebolehan calon dan kecekapan parti.
    Walhal, Islam anjurkan pilih pemimpin yang kompeten (Qawiy), bukan kaki ponteng atau makan gaji buta atau tidak Qawiy seperti pemimpin Pas, apatah lagi yang sedang uzur.
    “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah yang KUAT (KOMPETEN) lagi AMANAH.” — al-Qasas 28:26.
    Bila pemimpin tak layak dipilih atas nama agama, maslahah ummah terkorban. Objektif siyasah syar’iyyah gagal.

    Jika dikatakan, “Undi Pas itu Islam. Undi parti lain walaupun Islam — tak dikira Islam”, itu politik ala Khawarij.
    Jika kerana DAP dalam kerajaan, maka MADANI tidak lagi dianggap ‘Islam berkuasa’, Pas juga pernah 10 tahun menjadi kerajaan bersama DAP di Selangor.
    Cuma kini Pas dah jadi ‘pak turut’ parti GERAKAN. Itu sahaja bezanya.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 22, 2025

    Share

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    KERAJAAN BERDIAM ISU INI? 

    Kami Viral

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP-isRJHGuDkmsaOYuQlKbcP7rhgs3LdwfHemDd6J1QcnFocnZtnmQX1pQuIbOnvcOSZGB5yZWmVmPsXsaAB_e2pc9YnAiAIP1jjkL2YRis77dUEA3R0AmZC2B2uqwCtPKfbQmv8xiOXkaXiIR-b-PKv4bPc8jdf7XwTqESq3QJyPk2xgCkfmKRmA2oWM/s280/FB_IMG_1745325713746.jpg

     • Saya bimbang skandal penjualan Menara KL cuba ditenggelamkan oleh propaganda dan sentimen politik.

     • Isu ini melibatkan pengkhianatan amanah rakyat dan salah guna kuasa bernilai jutaan ringgit.

     • Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak didakwa merancang sogokan RM7.5 juta untuk percepatkan pengambilalihan Menara KL.

     • Sogokan didakwa dibuat RM500,000 setahun selama 15 tahun.

     • Menara KL yang menjana RM20 juta setahun dijual hanya RM3.8 juta ketika kerajaan berstatus caretaker.

     • Saya persoalkan mengapa Annuar Musa masih berdiam diri dan tidak tampil beri penjelasan.

     • Hydroshoppe turut didakwa di bawah Seksyen 17A SPRM — ini bukan kes kecil.

     • Ini soal amanah negara. Rakyat berhak tahu dan dapat penjelasan.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 22, 2025

    Share

  9. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pork Lobai main golf pulak. Mesti duit bersepah ni!

    DULU KUTUK ORANG, SOH MAIN PERMAINAN MURAH. SEKARANG KO MAIN GOLF PULAK NO….

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6mOb7GVmiUT-TVlXKkUyDxpWe5Es8PMwNFblJ5ZbFpPZIrSyb2eg5FXzWVGF-NHSe94apIT1W_KI2sTvzz9x9gLfAQh9Tnkp6WxdFuWjaMFxFvXakh4Jgn43zPe07UD3KyfawH0VM2wjvSyQuaMGPw3yXLFghEEFFBQNB5c2aBj1sAJl1SubW9-KS1RY/w400-h320/Sanusi-golf.jpg

     Dulu sembang ‘mainlah permainan murah’, kini MB Kedah dah hayun kayu golf

    Harapandaily
    April 22, 2025
    Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengundang kritikan dan sindiran orang ramai apabila berkongsikan aksinya bermain golf.

    Naib Presiden Pas berkenaan berkongsikan klip video beliau berdurasi 21 saat ketika menghayun kayu permainan itu yang dilihat dilakukannya pada waktu malam.

    Menerusi akaun TikTok beliau, difahamkan Sanusi bermain golf sebagai latihan kerana ada pihak membuat pertandingan sukan itu.

    Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengakui tidak biasa bermain golf sebaliknya hanya tahu menggunakan mesin rumput.

    Dema nak buat pertandingan golf pulak…

    “Kita ni tak besa katok kayu golf. Mesin rumput gheti la. Mari la belaja katokSat bola ghi kiri, sat bola ghi kanan. Cara tak besa, gitu laa dey..,” tulisnya dalam loghat Kedah.

    Untuk rekod, golf secara umum dikenali sebagai sukan mewah memandangkan yuran keahlian kelab boleh mencecah ribuan ringgit setahun.

    Peralatan golf seperti set kayu golf, kasut khas, dan bola juga adalah mahal serta yuran bermain (green fee) di padang golf juga tinggi terutama di kelab eksklusif.

    Rata-rata netizen menempelak Sanusi, 50, yang disifatkan cakap tidak serupa bikin memandangkan sebelum ini beliau pernah menyatakan tidak bermain golf.

    “Saya tak main golf tuan-tuan. Saya main ragbi. Bola ragbi murah saja. Satu bola ragbi boleh main 30 orang.

    “Jadi, mainlah permainan-permainan yang murah,” katanya dalam sedutan ucapan pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan yang tular di media sosial.

    Cemuhan terhadap Sanusi juga termasuk membandingkan pemimpin Pas itu dengan wakil rakyat DAP yang belum pernah nampak pula mereka bermain golf.

    “Karaoke pandai, masak pandai, bola pandai, golf pandai. Tambah bini pandai, spin pandai.. MB sempoi…

    “Kenyataan dulu akhirnya dah makan diri. Sedarlah Allah dah tunjuk satu demi satu.

    “Saya dulu orang susah tuan-tuan, orang miskin! Tapi itu dulu tuan-tuan… sekarang ana masuk parti lebai, bini boleh dua, walaun-walaun pun sayang saya,” demikian antara sindiran netizen di ruangan komen TikTok Sanusi.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 22, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Abam Nuar apa kurangnya. Golf tak main la…buang masa. Jadi abam naik kuda. Pinjam kuda Wan Zaleha. Sudah tentu kuda tu rasa janggal apabila ada benda mengkal ja kat belakang diye…diketisnya….bertopang la leher abam lepas jatuh kuda….kah kah kah….Sebelum ngata orang suluh muka bos awak dulu dalam cermin….

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Orang main golf pun nak kau politikkan. Kau orang ni dah tak ada modal ka…cheapskate blogger! Dah tak mampu nak jawab isu yang Budin tampilkan la tu…terus bawa lari tiang gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x