UMNO mengesahkan terdapat seorang individu yang sebelum ini menjadi pemegang amanah parti masih enggan menandatangani dokumen pelepasan walaupun pemegang amanah lain sudah berbuat demikian.
Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, individu yang dilantik sebagai pemegang amanah sepatutnya melepaskan tanggungjawab itu setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan.
“Ada individu masih enggan berbuat demikian, walaupun tiga pemegang amanah lain sudah menandatangani dokumen pelepasan,” katanya kepada media di Kuantan, Pahang, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti itu.
Tanah tersebut ialah tapak yang sebahagiannya menempatkan Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Ahmad Zahid menjelaskan, sebuah firma guaman telah mengeluarkan surat bagi mendesak individu terbabit untuk berbuat demikian, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.
“Telah ada surat dari firma guaman untuk beliau melepaskannya tetapi hingga sekarang individu berkenaan enggan menandatangani dokumen berkenaan,” jelasnya lagi.
Semalam, media melaporkan UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti itu.
Saman difailkan Setiausaha Kerja UMNO, Mohd Sumali Reduan, selaku plaintif menerusi firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 6 Mac lalu.
Mereka menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan.
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili UMNO dilaporkan berkata, pada pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, mahkamah menetapkan 2 Mei untuk pengurusan kes selanjutnya.
Dalam saman itu, UMNO memohon satu perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftarkan atas nama empat tokoh dipindahkan kepada nama parti.
Permohonan itu dibuat mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.
Empat individu yang menjadi pemegang amanah bagi tanah berkenaan ialah Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Sanusi Junid.
Tun Daim dan Sanusi sudah meninggal dunia, manakala yang hidup ialah Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam.
Disebutkan oleh Zahid Hamidi bahawa tiga individu telah menandatangani surat pelepasan dan hanya seorang enggan berbuat demikian.
Antara Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam, kebarangkalian individu yang tidak menandatangani pelepasan itu ialah Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali dan bekas Presiden UMNO.
Kenapakah Tun Mahathir masih enggan menandatangani surat pelepasan tersebut, sedangkan beliau tiada kaitan lagi dengan UMNO? – ShahbudinHusin 11April2025.
Politik Fitnah dan Kedangkalan Pembangkang: Cabaran Terbesar Reformasi Malaysia Baharu
Harapandaily
April 12, 2025
Oleh: Dr. Shah Nor bin Basri
Sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15, Malaysia menyaksikan perubahan besar dalam landskap politik dan ekonomi. Dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda reformasi negara kini tertumpu kepada pemulihan institusi, pengukuhan ekonomi dan pembinaan semula keyakinan rakyat terhadap tadbir urus.
Namun, di sebalik usaha ini, muncul satu halangan besar: pembangkang yang semakin terperangkap dalam budaya politik fitnah, kedangkalan wacana, dan ketiadaan alternatif dasar yang membina.
Politik Persepsi Mengatasi Fakta
Di era digital, politik persepsi menjadi senjata utama pembangkang. Platform seperti TikTok, Facebook, dan Telegram dijadikan medan menyebarkan maklumat tidak sahih — termasuk tuduhan liar terhadap Perdana Menteri kononnya tunduk kepada agenda luar, meminggirkan Melayu-Islam, dan menggadai maruah negara.
Sebagai contoh, satu kajian oleh Centre for Independent Journalism (CIJ) menunjukkan peningkatan mendadak dalam penyebaran dis/misinformation berkait politik di media sosial sejak 2023, dengan lebih 60% daripadanya bersumber daripada akaun pro-pembangkang [1]. Ini menunjukkan satu usaha terancang untuk mencipta persepsi, bukan membina wacana berasaskan fakta.
Gangguan Terhadap Agenda Reformasi
Dalam tempoh kurang dua tahun, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif: reformasi subsidi bersasar, pelaburan strategik dalam sektor digital dan tenaga boleh diperbaharui, pengukuhan institusi perundangan, dan rangka kerja Ekonomi MADANI yang menggariskan 10 anjakan sistemik negara [2].
Menurut Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2024, Malaysia mencatat pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM329.5 bilion pada tahun 2023 – peningkatan ketara berbanding RM264 bilion pada tahun sebelumnya [3]. Namun, pencapaian ini sering diperkecilkan oleh pembangkang yang lebih gemar memainkan isu-isu picisan seperti pakaian menteri, doa dalam khutbah, atau video manipulatif.
PAS: Politik Retorik, Gagal Bawa Solusi
Antara watak utama dalam politik retorik ini ialah PAS. Dalam banyak kenyataan Presiden dan Ahli Parlimennya, mereka gagal membaca struktur dasar negara yang sedang dibina. Misalnya, dalam sesi Parlimen November 2023, seorang Ahli Parlimen PAS mendakwa subsidi bersasar “menzalimi rakyat”, tanpa menyentuh realiti ketirisan RM17 bilion setahun akibat subsidi pukal, seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri berdasarkan laporan audit dalaman kerajaan [4].
Presiden PAS pula dalam beberapa ucapannya terus memainkan naratif kerajaan “tidak Islamik” dan mengungkit istilah “kerajaan kafir” — walaupun hal itu jelas bertentangan dengan prinsip maslahah dan maqasid syariah dalam pengurusan negara [5].
Ketiadaan tawaran dasar yang jelas, selain retorik populis dan sentimen keagamaan yang sempit, mencerminkan kegagalan PAS berperanan sebagai pembangkang yang berfungsi dalam demokrasi moden.
Keilmuan: Teras Demokrasi Berfungsi
Dalam demokrasi yang matang, keilmuan menjadi asas utama kepada legitimasi dan keberkesanan dasar. Namun pembangkang — terutama PAS — gagal memanfaatkan forum seperti Parlimen untuk membahas dasar secara berfakta. Laporan The Third World Quarterly menyatakan bahawa pembangkang berkesan adalah yang mampu memeriksa, menyemak dan mencabar dasar berdasarkan hujah ilmiah, bukan emosi atau manipulasi persepsi [6].
Rakyat tidak memerlukan pembangkang yang hanya mengkritik demi populariti. Mereka mahu suara yang rasional, kritikal dan bertanggungjawab.
Politik Nilai vs Politik Kebencian
Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten menekankan bahawa kritikan adalah dialu-alukan, tetapi fitnah dan manipulasi adalah pengkhianatan terhadap negara. Beliau mengangkat konsep politik nilai — yakni politik yang berasaskan integriti, ilmu dan kesejahteraan rakyat — sebagai antitesis kepada politik kebencian yang kini menjadi sandaran pembangkang tertentu [7].
Kerajaan Perpaduan, meskipun tidak sempurna, menunjukkan keazaman untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi — dan ini menuntut kestabilan politik serta pembangkang yang rasional, bukan reaksioner.
Kesimpulan: Rakyat Perlu Bijak Memilih Suara Yang Membangun
Malaysia sedang meniti fasa kritikal dalam usaha pembinaan semula negara. Namun usaha ini boleh tergendala sekiranya suara-suara kedangkalan terus diberikan ruang dominan.
Sudah tiba masanya rakyat menuntut pembangkang yang cerdas, bukan yang hanya menjaja mimpi dan ketakutan. Pembangkang yang membawa solusi, bukan sekadar slogan. Dan yang berani berdepan fakta, bukan berselindung di sebalik kebencian.
Jika PAS dan parti pembangkang lain gagal berubah, maka mereka akan terus tenggelam dalam arus Malaysia baharu — arus yang dipandu oleh keilmuan, profesionalisme dan politik bernilai tinggi.
Sumber Rujukan:
Dr Shah Nor Basri merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan
AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 12, 2025
Share
ULANG KISAH NI SUPAYA WALAUN DAN CAI INGAT SIKIT KEGAGALAN 33 BULAN.
Hamzah Zainudin & Tuan Ibharim Tuan Man turun ke kg Sg Baru kunun nak dengar rungutan penduduk ? Dah habis isu kaum & agama nak tunggang ? 🤣
Hampa tau dak sapa yg beri nilai pampasan RM400/kaki utk tanah Kg Sg Baru ? Jawapannya kerajaan Muhyiddin Yassin lah… PM8 ketika itu selepas langkah Sheraton tebuk atap!
Apa cara kerajaan perikanan nasional & pas ketika itu utk ambil tanah penduduk Kg Sg Baru…ha, cuba jawab……
Nah…ini faktanya! 👇
Arahan untuk mengambil tanah tersebut di lakukan di bawah Akta pengambilan tanah diwartakan pada 21 Jun 2021 mengunakan kuasa penuh darurat.
Masa itu tiada (sidang) parlimen dan seluruh Malaysia bawah perintah darurat. Bulan Jun itu pun bawah Total Lockdown PM8. 🤣
Utk makluman, sebelum Najib jatuh dlm PRU14 tahun 2018, Najib sendiri dh tawarkan RM400/kaki. Kemudian di takdirkan PH menang pd PRU14 tersebut…Mahathir naik jadi PM7, PH dh tawarkan RM850/kaki tetapi Najib ketika itu kata PH tawarkan murah, alasannya tanah sekitar KLCC harganya RM3000/kaki.
Bila di desak, PH cuba runding dan tambahkan lagi RM150…menjadikannya RM1000/kps.
Kemudian tebuk atap berlaku, berlaku perubahan politik drastik…Muhyiddin (PN+Pas) batalkan harga RM1000/kps yg PH dh tetapkan, turun jauh hanya tinggal RM400/kps saja. 🤣🤣😂
Sapa menteri wilayah persekutuan ketika PM8 ketika itu ? Jawapannya, Syahidan Kassim yg kini berada dalam lubuk parti pas bersama Tuan Ibharim Tuan Man. 🤣
Lepaihtu…puak tebuk atap dan penyakau nih tunjuk alim kunun turun padang nak bela penduduk Kg Sg Baru.
Weh, Penyakau Nasional…pi jalan dah!
Hampa bukan nak bantu rakyat pun, hanya lebih nak cari point apa nak guna utk pilihanraya kecil Ayer Kuning pd 26 April 2025 nih. Nak kocak selumatnya, nanti dh kritikal…mulalah tunggang isu kaum & agama. 😂
Deris sagon kata…bagi kita 5 hari, kita akan ubah semua. Dah dapat tebuk atap, 5 hari pun masuk longkang. Hat yg ada parti lebai sendiri yg naikkan judi dan keluarkan air arak baru jenama Timah.
Projek Janawibawa, habih bagi pd apek cina jual perabot. Itu belum lagi kes RM6 juta masuk akaun peribadi hasil songlap projek Janawibawa. 😅
Ketika Lockdown pun anaknya sorok minyak masak paket lebih 50 tan dalam gudang. La baru nak cakap tolong rakyat…🤣
AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 12, 2025
Share
Mat Qazaf PAS Aloq Setaq, Afnan cadang berarak perhimpunan besar-başaran nak tunggang URA mesti terkejut dog sebenarnya protes keatas 2 Muallap PAS kesayangan Hadi yang lelong murah Tanah Kg Melayu.
Tak habis2 terkantoi tembak bontot sendiri bila nak guling PMX ikut wala kepada doh cukup jumeloh Hadi.
Malu lah Pejwang tahi kucing Melayu dan Islam! Bodoh dan bengong percuma gratis.
NI YANG HEBATNYA PN.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 12, 2025
Share
Menteri, KPN dah perjelas isu Samsuri tapi Pemuda Pas masih adu domba https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhceJGhWgss3zPekTSbg4Cqf6RX6-Jkb9hdaB9ncg1AlD6c3X0SYM11YlVlfAM4piR40evGDW3_SQgrKCGHhQmK9Lrjl0rSBIqRRU1IysMX6N8oE8-ata7vsAbRSDAfDy9xzi0AWXViamIQ-l086GPlknqyQQ6Wtmp-8iGUXNwg1NWwQgPxg-gGPgvai6w AMMAAAA- ANA MULLAI YELLEK Harapandaily April 11, 2025 Walaupun Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN) sudah memberi penjelasan berhubung dakwaan Menteri Besar Terengganu dikenakan pemantauan Pegawai Kawalan Perjalanan (TCO), Pemuda Pas dilihat masih memilih untuk mengadu domba. Menerusi kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan melabel pemimpin pembangkang dengan status TCO menimbulkan persoalan besar tentang arah tuju pentadbiran negara. “Apakah perbezaan pandangan politik kini dianggap satu bentuk ancaman keselamatan? “Tindakan sebegini bukan sahaja tidak berasas, malah mencerminkan penyalahgunaan kuasa… Read more »
Bekas pensyarah PhD tak semesti bijaksana jika butir asas, keliru definasi antara TCO dan SPK. Ini sama mcm keliru undang2 asas Petroleum 3 Batu Nautikal. Padan Rakyat Terengganu bagi markah F Flunk sebagai MB. Kang doh malu besar? Dr Sam tak tarik balik kenyataan TCO, kata pembantu FMT Reporters – 12 Apr 2025, 12:25 PM Nasir Abd Razak menyifatkan catatan tular mendakwa Ahmad Samsuri Moktar memohon maaf kepada PM, menteri dalam negeri dan ketua polis negara sebagai ‘fitnah jahat’.3 SHARES 2 1 0 0 Total Views:127 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2F1277b3c1-ahmad-samsuri-mokhtar-bernama-240324.webp&w=3840&q=75 Semalam, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa beliau diletakkan bawah perintah kawalan… Read more »