Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

‘CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG’ SLOGAN IKONIK WARISAN PAK LAH

Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam meninggalkan kesan mendalam kepada negara, khususnya dalam mengenang sumbangan Allahyarham terhadap kepimpinan yang berteraskan nilai, integriti dan pendekatan berhemah.

Memegang tampuk pemerintahan selama enam tahun, Allahyarham yang dikenali mesra sebagai ‘Pak Lah’ telah memperkenalkan slogan ikonik ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’, yang bukan hanya menjadi lambang pentadbirannya, malah turut mencerminkan aspirasi Allahyarham terhadap kemajuan negara dalam segenap bidang – pendidikan, teknologi, sains, pertanian dan pembangunan insan.

“Apabila kita berjaya mencapai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang, walau sekecil manapun bilangan kita, walau sebesar manapun perhimpunan, walau di bumi mana kita berada, walau di bawah langit mana kita bernaung, kehadiran kita akan dirasai dan diberi penghormatan,” begitulah petikan ucapan beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO ke-56 pada 2005.

Tidak mengamalkan pendekatan keras atau populis, Tun Abdullah memilih jalan membangunkan negara melalui kekuatan modal insan yang menekankan pendidikan, etika dan minda progresif sebagai kunci masa depan negara dan atas sumbangan itu, Allahyarham diangkat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelima itu, institusi pengajian tinggi dan kolej swasta berkembang pesat manakala sekolah dan pusat latihan perguruan diperhebat. Allahyarham percaya bahawa generasi muda yang dibekalkan dengan kemahiran serta nilai murni akan menjadi aset negara dalam dunia yang semakin kompetitif.

Hal ini sekali gus menghindarkan Malaysia daripada dilabel sebagai negara yang memiliki ‘infrastruktur kelas pertama’, tetapi ‘mentaliti kelas ketiga’.

Allahyarham juga terkenal dengan pendekatannya yang bersederhana, terbuka dan memilih untuk mentadbir dengan gaya tersendiri – tenang dan penuh hikmah.

“Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama saya,” itulah antara kata-kata keramat yang diucap Pak Lah pada awal pentadbirannya yang jelas mahu rakyat, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik bekerja bersama-sama beliau membangunkan negara.

Mengulas ‘gaya’ pentadbiran Allahyarham, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Abdullah tidah menggunakan pendekatan ‘menekan’, sebaliknya memberi ruang kepada pemimpin dan rakyat untuk menyerlahkan potensi mereka dalam membangunkan negara.

“Itulah maksud cemerlang. Apabila rakyat menunjukkan kecemerlangan bersama pemimpin, dari situ lahir gemilang apabila negara maju ke hadapan dan akhirnya terbilang apabila kejayaan itu menjadikan negara masyhur. Kesemua ini ada makna tersendiri dan moto ini untuk memberi motivasi kepada rakyat agar dapat dirangsang ke arah dimahukan,” katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penekanan kepada pembangunan modal insan yang dititikberatkan sepanjang pentadbiran Abdullah ialah perkara yang wajar dikenang.

“Dalam usaha membangunkan sesebuah negara, yang utama bukanlah mesin, bangunan, jalan raya atau prasarana semata-mata, tetapi insan itu sendiri. Bukan modal wang yang menjadi keutamaan, sebaliknya modal insan, iaitu nilai peribadi, sahsiah dan karakter yang membentuk jiwa negara.

“Itulah yang sering ditekankan oleh Allahyarham sepanjang kepimpinannya bahawa hanya dengan modal insan yang berkualiti barulah negara benar-benar mampu mencapai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Tun Abdullah membuka tirai pentadbirannya dengan menonjolkan sisi tegas beliau apabila melancarkan Pelan Integriti Nasional dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia, dengan matlamat memupuk budaya integriti dalam masyarakat serta menambah baik tadbir urus negara.

“Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika dan integriti,” katanya dalam ucapan bersempena dengan pelancaran institut integriti berkenaan.

Kegigihan Allahyarham memerangi rasuah turut dibuktikan dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2008 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), untuk memastikan institusi pencegahan rasuah lebih bebas, telus dan profesional.

Komitmen terhadap ketelusan pula diterjemahkan antaranya melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia bagi memperbaik pengurusan institusi itu.

Slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang bukan sekadar kata-kata, tetapi juga ialah prinsip hidup dan pentadbiran Pak Lah yang kini menjadi warisan abadi untuk generasi akan datang.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun selepas mengalami sesak nafas.

Sumber – Bernama.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

10 responses to “‘CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG’ SLOGAN IKONIK WARISAN PAK LAH”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Nasib sedih PN doh cukup jumeloh?
    GARA GARA TAK CUKUP JOMLAH
     Bukan kerana lagu dangdut “Gara2 Sebotol Minuman” tapi Gara2:
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCpgJfrIVYnjtOWCP3xaTNgwcEyFg08CzAHBt4PxDtD3DQcOiXFqFSMK0flefP0rFdYp-4irWY4wqMQ3S_LDDEh_uiHBl7YJfMsMf3dfH9trEzdltNMKcV-OwcOFEmin3wUZ18C4geyV-YgcN_1wp5WaN4MJsl5ApmfM9IiXeeLL1lZaTD6QiXuazDj2A/s320/FB_IMG_1744691278657.jpg
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibWX1NhnVyhIg8i2wGgWKmxZqLbVST8EUTVzXBCmwiG3563rEklmfDBdXokSVdP1qhGPN9ya59XMS3QqISiy30J0qrcYgkCNG7fLGXCrNj-o6RlHy1a_E3n-lkcG3qcIl_JKZKfseRs07d3a7cABor4Zf7Gm4NvQqFDx4FuBeSE40EG7XTcIzCGY-9ehA/s320/FB_IMG_1744691282321.jpg
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3oY-d7up2RVh8H6aOYfoZWXd6GMKZEawQCQY2tt5C2pQgI3pIeVGzvL4z2lt5zFfWSoRN-JpUH1iKaIsa4v0rmzufCVRFURyQCGnOffHsBYN565V5fcSKyzyrEaii_7j8wNgpfFZTX6NTqvmFjBagHIA8pukLd1EEYmudqGcoDUlpkkWr2d6k1BwrV2E/s320/FB_IMG_1744691270546.jpg
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW47UwdWJHldT0g-PuW1TWNhd_aFbuhwLgcArDF3pcNtUTeNjFT_-wh9JiBW7VE1C7gqVhZixWgGaeeGf70CsYXziETBO3J3qbe3kyQFAqE_qC9GvoGbaMFm7PuSQPapx4XcrmKXtXF4_7nmP7S88K56fpYJqxEjre94ViGDFtqz_kGlMGhi8WSSAes58/s320/FB_IMG_1744691274424.jpg
    1. Pengumuman Muhyidin dapat membentuk kerajaan & surat restu drp istana pukul 3 pagi.
    2. Kenyataan Hj Hadi sudah cukop jumlah.
    3. Kenyataan media PN mendapat 73 kerusi dan penipuan mendapat sokongan drp UMNO dan GPS.
    🤣🤣🤣
    Penyokong bersorak gumbira akhirnya kuciwa melampau menjadi aggressif tahap jurassic. Semua kesalahan & kelemahan pemimpin mereka di halakan kpd UMNO, DAP, PMX & Kerajaan.
    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 15, 2025
    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    İni permainan standard Kerala, mesti ada udang sebalik batu lah. Kena “take it with a pinch of salt”.
    Tahun sekitar 2015 adalah kemuncak kemarahan kepada Bossku dan UMNO kang, hanya 3 tahun sebelum sign Konsensus PH dongeng.

    Tak timbul tidak mahu lepas harta Umno, Dr M jawab isu pindah milik
    FMT Reporters

    15 Apr 2025, 10:19 PM
    Dr Mahathir Mohamad kata beliau tandatangan surat akuan bagi permohonan kebenaran untuk pindah milik harta pada 2015.3
    SHARES

    1

    1

    1

    0

    Total Views:169
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F12%2F99d7cbe9-4-tun-dr-mahathir-mohamad-rci-batu-puteh-pc-101224.webp&w=3840&q=75Dr Mahathir Mohamad kata saman pemula Umno bagi isu pindah milik sebidang tanah tiada kaitan dengannya.
    PETALING JAYA: Bekas presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad, berkata tak timbul beliau tidak mahu melepaskan harta parti kerana beliau tandatangan surat akuan bagi permohonan kebenaran untuk pindah milik harta, bertarikh 27 Okt 2015.Surat akuan itu, ditandatangani oleh beliau dan tiga pemegang amanah lain, dinyatakan dalam afidavit sokongan kepada saman yang difailkan oleh Umno, katanya.

    “Pada 28 Dis 2015, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meluluskan kebenaran pindah milik daripada pemegang-pemegang amanah tersebut kepada Umno.
    “Bagaimanapun proses pindah milik itu terbantut pada Mei 2017 kerana terdapat nama dalam geran hartanah tidak sama seperti dalam kad pengenalan,” katanya dalam kenyataan.
    Pada Jumaat, Presiden Umno Zahid Hamidi dilapor berkata seorang daripada empat pemegang amanah masih belum menandatangani dokumen pemindahan milik sebidang tanah di Kuala Lumpur.
    Menurutnya, firma guaman menghantar surat kepada individu terbabit untuk melepaskan pegangan itu tetapi individu itu masih belum berbuat demikian sehingga kini, lapor Berita Harian.
    Sehari sebelumnya, media melaporkan Umno memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepadanya.
    Menurut laporan, pemilik geran didaftarkan atas nama pemegang amanah iaitu Mahathir, Musa Hitam, Allahyarham Daim Zainuddin, dan Allahyarham Sanusi Junid.
    Menurut laporan, saman tersebut menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan sebagai defendan, dan perkara ini disorot Mahathir dalam penjelasannya.
    “Saman ini terhadap Pendaftar PTG Wilayah Persekutuan dan tiada kaitan dengan saya,” katanya.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    İni mesti lah jugak hasutan dari Geng Songkrang P Pinang!
    Samalah kes arwah diSG4 semua line clear hanya dinegeri DAP sahaja yang Islam dan Melayu terancam.

    Tengok Aloha Bogel dipulau Ganu, ingat berlaku diPhuket, Siam Kapir.

    Anwar bidas dakwaan Kristian cuba ‘ambil alih’ P Pinang
    Tan Chin Tung

    15 Apr 2025, 07:59 PM
    Perdana menteri juga tepis dakwaan kononnya pengaruh parti politik Cina ancaman kepada kerajaan.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Siapa makan cili akan rasa pedas!
    Rasanya, Kalimullah hanya dituju kepada seorang “fiercest distractor”.

    Apabila rumah dah siap, dia yg sibuk merobohkan!
    Hingga saat Arwah terlantar tenat, dia masih tembak pop-shot tanpa belas kasihan.

    Malaysia mungkin tak cukup baik terhadap Pak Lah, kata bekas penasihat
    FMT Reporters

    15 Apr 2025, 05:26 PM
    Kalimullah Hassan berkata, perdana menteri kelima itu mampu memaafkan orang dengan sangat mudah.2
    SHARES

    1

    1

    0

    0

    Total Views: 429
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2Fb6a3ee8d-kalimullah-hassan-n-abdullah-ahmad-badawi-instagram-150425.webp&w=3840&q=75
    Kalimullah Hassan (berbaju hitam) berkata, Abdullah Ahmad Badawi percaya bahawa Tuhan mengurniakan kepada Malaysia struktur berbilang kaum dan agama untuk memacu negara ke tahap lebih tinggi. (Gambar Instagram)
    PETALING JAYA: Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang pemimpin yang sangat pemaaf, kata bekas penasihatnya dalam catatan media sosial didedikasikan untuk bekas perdana menteri itu.Kalimullah Hassan berkata, Abdullah yang mesra dikenali sebagai Pak Lah mampu ‘memaafkan dengan begitu mudah’, menambah bahawa polemik bukan gayanya.
    “Malaysia mungkin tidak cukup baik terhadap kamu. Namun seperti yang saya beritahu seseorang …. Kamu sudah pun memaafkan semua orang yang menyakitkan hati kamu (dan kamu harap mereka maafkan kamu juga),” catatnya di Instagram.
    Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd itu juga berkata, Abdullah tidak pernah menghakimi sesiapa.
    Sedar kelemahan dirinya, Abdullah tidak pernah mula mengkritik seseorang, kata Kalimullah.
    “Malah, beliau tidak pernah mengkritik,” tambahnya.
    Menurut Kalimullah, Abdullah percaya dengan teguh bahawa Tuhan mengurniakan kepada Malaysia struktur berbilang kaum dan agama dengan suatu tujuan, iaitu untuk memacu negara ke tahap lebih tinggi.
    Secara berasingan, bekas menteri persekutuan dan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon mengimbau apabila Abdullah dilantik sebagai menteri pendidikan, beliau memainkan peranan penting dalam mencari penyelesaian bagi isu berkaitan pendidikan Cina.
    Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu juga berkata, semasa Abdullah dilantik sebagai perdana menteri pada 2003, beliau melulus dan melancarkan beberapa projek penting dalam menyokong pembangunan sosioekonomi negeri itu, termasuk Jambatan Pulau Pinang kedua, sistem bas Penang Transit dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
    “Kebaikan dan kemuliaan hati Pak Lah akan kita semua kenang. Beliau menunjukkan contoh yang sangat baik sebagai seorang pemimpin yang sangat baik dan prihatin,” tambahnya.
    Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun malam tadi, sehari selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana sesak nafas.
    Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang hari ini.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      YDPA dan PMX meraikan Presiden Xi Xinping keMalaysia, Atok Saka buat apa?
      Adakah SiTua Saka akan kata dia dihalang oleh PMX nak mencelah jumpa jugak Presiden Xi Xinping seperti dakwaan semasa lawatan Presiden Erdogan?
      Jika Punasihat SG4 ini nak diberi status negarawan VVIP terhormat, berlagaklah sebagai satu bukannya jadi mastermind tukang hasut dan batu api kepada Walaun2 SG4 nak guling PMX!

      Makin membuaklah dendam dan dengki dia, tengok YDPA dan PMX baik sahaja meraikan Jaguh2 Dunia Luar keMalaysia tanpa kelibat campur tangan dia.

      Presiden Xi tiba di Malaysia untuk lawatan negara
      Bernama

      15 Apr 2025, 07:38 PM
      Lawatan kali ini kunjungan rasmi kedua presiden China ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, terakhir pada 2013.4
      SHARES

      1

      1

      2

      0

      Total Views: 677
      https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2Fb4bc5d24-anwar-ibrahim-n-xi-jinping-bernama-150425-.webp&w=3840&q=75
      Presiden China Xi Jinping disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, hari ini. (Gambar Bernama)
      SEPANG: Presiden China Xi Jinping tiba di Malaysia hari ini untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan IbrahimLawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tuesday, April 15, 2025Muhyiddin cannot wash hands off Kg Sg Baru issue – Khalid

    https://www.malaysiakini.com/mk-small-logo.svg

    https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/04/1b356ecb2f5abd81c6398871b5a0a908.jpg=s800

    https://static01.newscdn.net/desktop/img/mk-small-logo-50.png

    Muhyiddin cannot wash hands off Kg Sg Baru issue – Khalid

    N Faizal Ghazali
    Published: Apr 15, 2025 11:52 AM
    Updated: 1:52 PM

    Summary

    • Former Federal Territories minister Khalid Samad has criticised Muhyiddin Yassin for trying to distance himself from the Kampung Sungai Baru land grab issue.
    • Khalid says Muhyiddin was leading the government when the then FT minister Annuar Musa invoked the Land Acquisition Act.

    INTERVIEW | Former prime minister Muhyiddin Yassin should not wash his hands from the controversy surrounding the Kampung Sungai Baru land acquisition in Kuala Lumpur, said Khalid Samad.

    According to the former Federal Territories minister, the land grab happened when Muhyiddin was leading Putrajaya and it must have been discussed in the cabinet.

    “Muhyiddin cannot absolve himself from responsibility by saying he was not involved in the matter, because he was the prime minister when (then Federal Territories minister) Annuar Musa invoked the Land Acquisition Act 1960.

    “I want to say that all Perikatan Nasional MPs, whether they are from Bersatu or PAS, cannot simply wash their hands off this issue because they were in Parliament when I objected to Annuar’s action in the Dewan Rakyat, to the extent that I had to debate Shahidan (Kassim) about Kampung Sungai Baru in the special chambers.

    “(But) they (PN MPs) who were in the dozens just kept quiet then,” said Khalid (above), who is also the Federal Territories Amanah chairperson.

    Khalid spoke to Malaysiakini during an exclusive interview in Shah Alam yesterday.

    https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/07/7f21b86636554f74fb9d92ff191a33f0.jpg

    On Sunday, Muhyiddin in a press statement denied involvement in the acquisition of Kampung Sungai Baru land, which occurred when PN was in power.

    Last week, PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man said he believed that parties involved in the land acquisition at Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur when PN was in power should explain themselves to affected residents.

    This came after residents claimed cabinet ministers from PN sided with the land developer instead of land owners during compensation negotiations.

    Tuan Ibrahim was among 23 opposition representatives who attended a briefing session with Kampung Sungai Baru residents affected by the land grab.

    Over 100 homeowners disagreed

    Commenting on the issue of redevelopment in Kampung Sungai Baru, Khalid said the plan was initially pursued by a developer who went to negotiate with home and land owners without involving the government.

    This happened between 2016 and 2017 when the federal administration was under BN leadership.

    Khalid said Titiwangsa MP Johari Ghani had at the time advised land owners to reject the developer’s offer as it allegedly did not have strong financial standing.

    According to Khalid, when he became the minister in charge in 2018, the land deal issue was already quiet to the extent that the land owners started asking questions about whether it would still go on.

    No clue about offer

    The former Shah Alam MP said, at the time, he did not know what offer the developer had made to the villagers and who among them had accepted the deal or otherwise.

    “However, after the Pakatan Harapan government 1.0 collapsed (in 2020) due to ‘tebuk atap’ (backdoor arrangement), Annuar took over as the FT minister and the process to redevelop Kampung Sungai Baru became active again.

    https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/09/b267b541c8b01fc76d56d421132183c5.jpg
    Former FT minister Annuar Musa

    “This went to the extent that Annuar invoked the Land Acquisition Act 1960, which gave the developer the right to the land despite over 100 land and homeowners having disagreed with the plan.

    “They were concerned with the developer’s financial ability and the possibility that the project would be abandoned. Because they disagreed with the offer, the owners were not given the replacement houses that were promised. And now they are demanding compensation, not another house,” he said.

    About 100 owners have rejected the offer and their houses were forcibly taken away using the land acquisition law, he added.

    Khalid said Annuar was later replaced by Shahidan Kassim as the minister, and the latter continued his predecessor’s plan by allowing the land acquisition process to be completed.

    He noted that the offer made to those who disagreed with the deal at that time was between RM450 and RM500 per square foot, as per valuation done by the Valuation and Property Services Department, which is a government agency.

    “This was very confusing and raised questions because when I was the minister, I announced land valuation for legally owned plots under the MAS (Malay Agricultural Settlement) status. The value was between RM650 and RM800 per square foot, depending on the location of the plot.

    “But all of a sudden, the value had gone down so much when the valuation was done for Kampung Sungai Baru, which at the time was not even under MAS status.

    “The issue about MAS status has only been raised recently, but if the land area was not under MAS status, the department should have assessed a higher value. But instead, the valuation was lower.”

    https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/07/85641485a927de4105157ad63364f3f2.jpg

    He stated that this was something that should be investigated, but still nothing has been done.

    Khalid said the opposition should stop pretending to be defenders of the villagers when they were the ones allegedly responsible for the problem.

    “You just kept quiet back then, both from PAS or Bersatu, either Muhyiddin, Tuan Ibrahim do not try to blame other parties or just one or two of their former ministers, when the fact is, they did not defend the villagers when they needed help,” he said.

    KTemoc at 1:43 pm

    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x