Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

WARISAN PILIH BERGERAK SOLO HADAPI PRN

Mengakui berdepan kekurangan dari segi material, parti Warisan tetap yakin mengharungi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi dengan bergerak solo dan menawarkan kelebihan lain yang mereka miliki.

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, menegaskan keputusan tersebut di Lahad Datu, Sabah, malam tadi.

Katanya, tiada sebarang kerjasama dijalin Warisan dengan mana-mana parti untuk berdepan dengan pihak lawan apabila PRN Sabah dilangsungkan pada tahun ini.

Mohd Shafie menegaskan Warisan lebih selesa untuk bergerak sendiri berbanding menjalin kerjasama dengan parti lain, malah yakin mampu mencatat kejayaan yang diharapkan.

“Kita (Warisan) nyatakan tidak pernah ada perbincangan atau keputusan bergabung dengan mana-mana parti.

“Kita tawarkan keupayaan kita. Mungkin kita tidak banyak duit, tapi kita pemimpin orang Sabah di sini.

“Tidak kira bangsa, sama ada Kadazandusun Murut, Brunei, Kedayan, Bajau, semuanya di sini,” katanya dipetik BH Online hari ini.

Bekas Naib Presiden Umno itu dipetik sebagai berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu.

Untuk rekod, Sabah bakal mengadakan PRN kali ke-17 tidak lama lagi ekoran mandat terkini yang diperolehi kerajaan berakhir pada suku ketiga tahun ini. 

Kali terakhir negeri itu mengadakan PRN ialah pada 2020 dan Mohd Shafie merupakan ketua menteri ketika itu namun gagal memperoleh majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

PRN berkenaan diadakan beberapa bulan selepas kerajaan pusat yang ditadbir PH ditumbangkan melalui Langkah Sheraton.

Satu lagi parti utama di Sabah – BN – juga belum memutuskan sama ada perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak atau akan memilih langkah solo juga bagi berdepan dengan parti Gabungan Rakyat Sabah selaku kerajaan semasa.

Kata Mohd Shafie, sebagai parti berbilang kaum, Warisan yakin mampu mengulangi sejarah seperti pernah dicatat Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah memenangi PRN pada 1970-an hingga 1990-an.

Dia yang juga Adun Senallang menambah, jika mendapat mandat dan membentuk kerajaan negeri selepas ini, Warisan yakin mereka mampu mengangkat Sabah ke tahap yang lebih baik.

Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 73 kerusi.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/736749

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

8 responses to “WARISAN PILIH BERGERAK SOLO HADAPI PRN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    TERANCAMKAH RAMADAN KALI INI?

    Alhamdulillah hari ini 10 Ramadan, maknanya kita telah berpuasa 1/3 drp Ramadan, ada lagi 2/3 Ramadan menjelang kita berhariraya. 

    Setakat hari ini ambo tidak nampak apa apa yang terancam sepanjang 10 hari Ramadan ini, samada Islam itu sendiri yang terancam atau kita sebagai umat Islam yang teramcam. Kalau ada yang dia sendiri rasa teramcam,wallahu’alam.

    Setakat ini tidak ada masjid yang ditutup, tidak ada arahan melanggar syariat seperti mesti menjarakkan sof, bukan merapatkan sof, tidak ada sekatan untuk majlis iftor. 

    Bazar Ramadan pun nampak ok, tidak ada yang merungut barang yang dijual tidak laku, pembeli pun tidak ramai yang merungut barang mahal, tidak ada kempen kempen jangan membeli dengan penjual yang tidak solat atau tidak tutup aurat. 

    Apa yang lebih penting tidak ada sekatan atau halangan untuk orang bukan Islam sama sama merasai kemeriahan Ramadan dengan juadah berbuka yang berbagai bagai. 

    Semoga semangat Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik, kalau setakat rasa gelabah kerana ada pemimpin yang ada kaitan dengan kita disiasat SPRM kerana penemuan wang ratusan juga tu, kira ok la lagi, biasa la tu.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 10, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PENDEDAHAN PANAS! ISMAIL DENGAN KES RASUAHNYA APA KAITAN DENGAN PARTI PAS?

    Kerajaan yang mentadbir negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan bertunjangkan Barisan Nasional (BN) sebaliknya ia disokong oleh Perikatan Nasional (PN).

    Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan pimpinan Ismail Sabri wajar dilabel sebagai PN berpandukan kepada majoriti yang dimiliki oleh komponen parti berkenaan.
    “BN adalah minoriti sebaliknya PN yang dianggotai oleh Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah majoriti,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan mengatakan bahawa kerajaan Ismail Sabri adalah milik BN.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa perjumpaan tokoh masyarakat di sini pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
    Abdul Hadi berkata, BN sepatutnya menjelaskan kerajaan campuran yang dibentuk itu adalah PN.

    Katanya, hal ini kerana semua parti memainkan peranan mendukung PN dan bukan BN semata-mata.
    Sementara itu, Abdul Hadi memuji pentadbiran yang dipimpin oleh Ismail Sabri dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai kerajaan yang bersih kerana kedua-dua pemimpin itu tidak ada salah laku.
    Katanya, kedua-dua individu itu adalah Perdana Menteri terbaik dan Pas mendukung kepimpinan mereka.

    https://wrlr.blogspot.com/2025/03/pendedahan-panas-ismail-dengan-kes_10.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 10, 2025
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Mael noktahkan angan angan tebuk atap hadi awang….

      https://wrlr.blogspot.com/2025/03/mael-noktahkan-angan-angan-tebuk-atap.html

      AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 09, 2025

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Solo pingsan, tak solo pun tatap pingsan bah.
    Tok Kerala tak suruh kao masuk Semenanjung ka pecah undi?

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PANAS!! – ZAHID TIDAK DILAYAN DI TERENGGANU – APA KATA AKMAL SALEH? | DR…

    Bagaimana boleh suatu majlis Ramadan dihadiri oleh TPM Zahid Hamidi bagi menyampaikan bantuan kepada peneroka FELCRA di perkarangan Masjid di terengganu tidak dibenarkan oleh kerajaan PAS?

    Seorang TPM boleh dilayan sebegini rupa oleh sebuah negeri yang mencanangkan MB mereka Dr, samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri.

    Apa kata Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh. Kenapa tidak lantang bila Presiden kamu dilayan sebini rupa oleh Naib Presiden PAS ini?

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 09, 2025

    Share

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Syed Saddiq yang ‘street smart’Hishamuddin Aun

    09 Mar 2025, 09:00 AM
    Kesediaan tampil berbincang wakil kerajaan Fadillah Yusof dan hampir dapat peruntukan bezakan Ahli Parlimen Muar dengan yang lain.8
    SHARES

    2

    2

    4

    0

    Total Views:1,446
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    Ada perbezaan sangat ketara di antara ‘smart’ (pintar) dan ‘street smart’ (pintar jalanan) atau pandai bawa diri. Sambil orang yang dikatakan pintar itu tidak semestinya pandai bawa diri, orang yang pintar jalanan pula lazimnya cerdik dalam serba-serbi.
    Enjin carian di atas talian akan memberikan banyak tafsiran mengenai mereka yang pintar jalanan, antaranya seorang yang memiliki keupayaan untuk mengurus atau menangani situasi sukar atau berbahaya. Seorang yang pintar jalanan juga digambarkan memiliki kepekaan diri yang tinggi.
    Orang seperti itu tahu bagaimana untuk memilih perjalanan, berkomunikasi dan perilakunya pula adalah dalam cara yang tidak menarik terlalu banyak perhatian terhadap dirinya sendiri tetapi lazimnya dapat mengendalikan diri dengan jaya kerana telah banyak belajar untuk menyesuaikan diri tanpa orang lain berasa terancam.
    Individu yang pintar jalanan memiliki kefahaman yang praktikal terhadap persekitarannya yang digabungkan dengan skil menyelesaikan masalah yang tinggi, kebolehsuaian dan kecerdasan sosial. Lantaran itu, orang seperti ini pintar dalam membaca orang lain, bijak mengemudi dinamik sosial dan cerdik merebut peluang yang mungkin tidak jelas terlihat oleh orang lain.
    Jika diperhatikan seorang demi seorang daripada 222 Ahli Parlimen kita, segelintir mungkin memiliki ciri-ciri di atas tetapi seorang yang mungkin sedikit lebih tertonjol tidak lain daripada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Anda boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, terpulanglah.
    Sambil Ahli Parlimen di blok pembangkang di Dewan Rakyat rata-ratanya pintar – ini satu pengiktirafan kepada mereka — Syed Saddiq, 32, membuktikan dirinya berbeza apabila secara rasmi menarik diri sebagai penyokong kerajaan perpaduan pada 10 Sept 2023, antaranya atas alasan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.
    Dialu-alukan pendiriannya itu oleh pembangkang – keputusannya itu mengurangkan satu sokongan terhadap kerajaan perpaduan — beliau bagaimanapun tidak memilih menyertai barisan pembangkang, sebaliknya menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.
    Berselang hanya kira-kira seminggu selepas pengumumannya, Syed Saddiq mendakwa peruntukan yang sepatut diterimanya bagi kegunaan kawasan Parlimennya ditarik balik sejurus selepas tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan hasil pengesahan diperolehnya daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
    Marah dan kecewanya agak ketara tetapi tentunya pengasas parti MUDA itu tidak gelabah dan gegabah. Lagipun, beliau pernah menunaikan janjinya untuk membotakkan kepala pada 30 Dis 2020 apabila sasaran satu kempennya mengutip sumbangan membeli 100 komputer riba berjumlah RM200,000 untuk kawasan parlimennya tercapai.
    Ini disusuli satu lagi inisiatifnya #ThunderBOLD pada Februari 2021 yang berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM196,668 untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar kurang berkemampuan di Muar mengikuti kelas dalam talian.
    Sudah tentu banyak yang berlaku sejak itu tapi beliau memilih caranya sendiri – berlawanan dengan Perikatan Nasional (PN) yang sebulat suara menolak memorandum persefahaman (MoU) ditawarkan kerajaan untuk diberi peruntukan sama rata buat semua Ahli Parlimen.
    Barangkali tidak terfikir untuk dilakukan oleh Ahli Parlimen PN, Syed Saddiq menamatkan larian sejauh 200 kilometer dari Muar ke Bangunan Parlimen pada 1 Julai lalu yang berjaya mengutip hampir RM160,000 untuk disalurkan bagi projek manfaat rakyat di kawasannya.
    Acara larian selama empat hari digelar ‘Langkah Muar’ itu dianjurkan sebagai protes susulan wakil rakyat pembangkang tidak diberikan bantuan peruntukan RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.
    Dalam sidang Dewan Rakyat pada 9 Julai lalu, Anwar menimbulkan gamat apabila secara sinis menegur blok pembangkang supaya segera berunding mengenai peruntukan berbanding mengadakan acara larian untuk menuntutnya.
    Menjawab soalan Awang Hashim (PN-Pendang) yang menuntut peruntukan kepada pembangkang disegerakan, perdana menteri menjelaskan kerajaan tidak menetapkan syarat untuk menyokong beliau sebagai balasan mendapatkan peruntukan, sebaliknya “hanya berunding dan berbincang”.
    “Jadi saya menyeru kepada Pendang, kalau boleh sampaikan ini kepada semua wakil parti (agar) segerakan perbincangan supaya hal ini tidak lagi jadi isu yang memanaskan suhu di dewan ini. Tak payah berlari ke berjoging ke, tak payah… pergi runding, bincang selesai,” kata Anwar pada sesi pertanyaan perdana menteri (PMQT).
    Mengambil iktibar daripada saranan itu, Syed Saddiq – bukan sebahagian anggota pembangkang yang sebulat suara menolak MoU kerajaan pada 15 Sept lalu — memberi maklum balas terhadap surat dan e-mel Fadillah Yusof berkaitan permohonan peruntukan seperti disahkan timbalan perdana menteri pada 6 Nov lalu.
    Bekas menteri belia dan sukan itu sedar bahawa ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepadanya jika menurutkan pendirian Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang terus enggan berunding di samping menolak pembentukan jawatankuasa kerana “pembangkang ada maruah, ada pendirian” di sebalik kepentingan rakyat diketepikan.
    Di sebalik sudah lima kali berunding dengan Fadillah tetapi belum menerima perkembangan positif hingga bulan lalu – dalam tempoh itu beliau turut menjadi model baju raya dan berhasil mendapatkan sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar – Syed Saddiq tidak berputus asa.
    Berkat kesabarannya, Fadillah semalam memaklumkan bahawa draf perjanjian antara Ahli Parlimen Muar itu dan kerajaan bagi membolehkannya menerima peruntukan untuk kawasannya kini dalam fasa akhir selepas beliau bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan.
    Dalam bahasa mudahnya, Syed Saddiq akan mendapat peruntukan pembangunan kawasan (CSA) yang sekian lama dinantikannya tidak lama lagi.
    Ketika itu – tempohnya tidak dinyatakan secara khusus oleh timbalan perdana menteri – Syed Saddiq mungkin dapat menawarkan habuan raya buat penduduk di kawasannya sambil Ahli Parlimen pembangkang terus melopong gara-gara berdegil mahu mempertahankan maruah mereka.
    Barangkali inilah yang membezakan antara ramai yang ‘smart’ dengan seorang yang ‘street smart’ walhal mereka tidak boleh beranggapan bahawa Syed Saddiq – yang turut mengundi menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 pada 4 Mac lalu – sebagai sebahagian daripada mereka.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Syed Saddiq bikin Mezoh Minyak Masak meroyan sakan tergigit jari bila Syed Saddiq undi sokong Kerajaan Perpaduan untuk usul RUU Reformasi Perkhidmatan Parlimen.

      Ini contoh perangai yang patut dicontohi MP2 hidung berhingus PN supaya gertak kasi ultimatum kepada Pemimpin2 Top PN spt Abah, Hadi, Mezoh dan Taki.

      Samaada mereka Pemimpin2 Top PN korbankan duit sakaw mereka utk bantu dana peruntukan MP2 PN atau MP 2 PN herpaling tadah lawan arus sokong Kerajaan Perpaduan sambil peroleh peruntukan terus dari PMX!

      Baru terkangkang PN.

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Boring nak mampus propaganda PN nak guling Kerajaan Perpaduan dan PMX!

    Sempat tengok Podcast Zaid Ibrahim bersama Budin selasa lepas, tajuk Banyaknya Duit Ismail Bera.

    Memang 2 ekoq ni tadak kredibiliti politik. Zaid dah jadi kaki bodek Bossku perlu dibebaskan kerana tak bersalah mencuri duit Rakyat, manakala Budin maseh mengejar habuan politik dari sesiapa!

    Dua2 kelihatan frust menongeng apabila sumber terbaru Dana untuk Sheraton Move 2.0 PN beli MP2 terpancit lagi.

    Maka Podcast jadi propaganda boring nak mampus PN yang maseh tak berjaya nak guling Kerajaan Perpaduan dan PMX!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x