Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SYED SADDIQ HARUS SEDIA BERKONGSI BUTIRAN PERJANJIANNYA DENGAN KERAJAAN

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menerima peruntukan kewangan daripada kerajaan bagi kawasan Parlimen Muar yang djwakilinya tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadilah Yusof dan dilaporkan suatu perjanjian mengenainya kini sedang disiapkan.

Fadillah dilaporkan berkata, Syed Saddiq secara prinsipnya bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan kerajaan dan dijangka menerima peruntukan untuk kawasannya selepas draf perjanjian dimuktamadkan.

Walaupun menerima peruntukan daripada kerajaan adalah suatu berita gembira bagi Syed Saddiq, tetapi usaha beliau untuk memperolehi peruntukan itu tidaklah semudah disangka.

Di sebalik memberi peruntukan kewangan sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang adalah sebahagian janji dalam manifesto PH, bekas menteri itu terpaksa membangkitkan perkara tersebut berulang kali selama lebih dua tahun lalu dan mengadakan rundingan dengan Fadilah sehingga lima kali mengenainya.

Selain itu, sementara mendapatkan wang bagi menjaga kawasannya juga, Syed Saddiq turut menjadi model baju raya dengan memperolehi bayaran sebanyak RM1 juta daripada kerja tersebut.

“Saya sudah cuba berkali-kali (memohon peruntukan) namun tidak berjaya… sebab itu saya lari dan jadi model. 

“Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model.

“Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” kata Syed Saddiq.

Sebelum ini dilaporkan antara sebab blok pembangkang tidak diberi peruntukan untuk kawasan Parlimen masing-masing daripada kerajaan adalah disebabkan mereka tidak setuju dengan beberapa butiran dalam perjanjian yang diberikan.

Ada juga laporan mengatakan blok pembangkang tidak setuju kerana  mereka dikehendaki mengisytiharkan harta kepada kerajaan.

Namun dengan Syed Saddiq bakal menerima peruntukan kewangan daripada kerajaan tidak lama lagi, ada baiknya jika beliau nanti dapat berkongsi butir perjanjian yang ditandatanganinya.

Adakah di dalam perjanjian itu terdapat peruntukan mesti memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga habis penggal, tidak dibenarkan menebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan dan seumpamanya?

Sama seperti ketika PH menandatanfani MOU dengan PM9, Ismail Sabri Yaakob sebelum, butiran persefahaman antara kerajaan dan pembangkang tidak sama sekali dirahsiakan.

Dengan itu, elok benar jika Syed Saddiq dapat berkongsi butiran perjanjian tersebut.

Berdasarkan kandungan perjanjian antara kerajaan dengan Syed Saddiq yang dikongsi itu juga, ia barangkali boleh menjadi panduan yang berguna kepada blok pembangkang.

Apa-apa perkara yang blok pembangkang kurang bersetuju dengan perjanjian itu, maka mereka boleh membangkitkannya semula dalam rundingan seterusnya dengan pihak kerajaan jika mereka juga ingin beroleh peruntukan.

Misalnya, jika blok pembangkang tidak setuju dengan syarat mengisytiharkan harta, mereka boleh bertanya, adakah Ahli-Ahli Parlimen pro kerajaan turut dikenakan syarat yang sama?

Yang kedua, ketika MOU antara PH dengan PM9 sebelum ini, adakah syarat mengisytiharkan harta itu termasuk dalam syarat perjanjian?

Pun begitu, jika blok pembangkang terus menolak untuk berunding, pilihan mereka tidak lain melainkan haruslah berusaha lebih keras untuk mereka pula menjadi kerajaan selepas ini. ShahbudinHusin 10Mac2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

5 responses to “SYED SADDIQ HARUS SEDIA BERKONGSI BUTIRAN PERJANJIANNYA DENGAN KERAJAAN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Walaun PAS Tanaka Mustafa terpaksa jilat ludah sendiri hilang air muka puji melambung pencapaian kombo Madani PMX dan Rafizi bawa masuk pelaburan ARM ke Malaysia.

    Ini lah jawapan terbaik dari PMX kepada fitnah budak hidung berhingus BERSATU Mat Sagon Machang Wan Fasyhal yang PMX gagal memberi nilai tambahan kepada ekonomi sbg MOF!

    Kerajaan diakui kemudi ekonomi negara lebih baik, pembangkang puji usaha tarik ARM masuk melabur

     
    https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/03/Anwar-Rafizi-cip-e1741588094153.jpg

    Harapandaily
    March 10, 2025
    Seorang penulis Pas mengakui kerajaan Madani terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengemudi ekonomi negara dengan lebih baik.
    Dikenali sebagai Dr Tanaka Mustafa, beliau turut memuji perkongsian strategik antara Malaysia dan peneraju cip AI global, ARM Holdings Plc (ARM).

    “Apa yang PMX dan team Rafizi buat adalah untuk mengemudi ekonomi negara dengan lebih baik – mengikut cara yang mereka anggap lebih baik, lebih canggih dan lebih berdaya saing.

    “Mereka pun tidak gila untuk menjerumuskan negara kita kepada keruntuhan ekonomi, sebab mereka pun bukan nak memerintah satu penggal sahaja,” katanya dalam tulisan terbaharu hari ini.

    Beberapa artikel sebelumnya juga telah memuji dan menyokong sebahagian cara PMX mengemudi negara dan ekonomi serta menyifatkan perancangan-perancangan Rafizi yang semakin bagus.

    “Melobi ARM untuk masuk melabur dalam negara kita adalah salah satu benda yang bukan politician level kampung boleh fikir.

    “Malahan PMX pun tak akan fikir sampai ke situ. Datuk Seri Rafizi jenis kepala otak engineer, dan mungkin termotivasi pula dengan minat dan impian beliau juga.

    “Minat dia ini kita boleh tengok pada penganjuran program realiti “Innovathon”, yang beliau sendiri jadi juri.
    “Jadi, tak hairan dia sedang plan untuk projek mega berkaitan teknologi AI dengan permulaan libatkan ARM – yang rasanya dia akan follow sampai berjaya,” jelasnya.

    Untuk rekod, peluncuran kerjasama strategik dalam industri semikonduktor antara Kerajaan Malaysia dengan ARM Holdings Plc (ARM) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 5 Mac lalu.

    Rafizi menegaskan kerjasama dengan syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK) itu perlu berfokus kepada pemindahan ekosistem semikonduktor negara ini dari OSAT ke IP, membangunkan teknologi asli, dan membolehkan Malaysia meneroka bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan autonomi, serta internet kebendaan (IoT).

    Mengulas lanjut, Tanaka menyifatkan perancangan jangka panjang itu sebenarnya seolah-olah untuk membangkitkan Malaysia menjadi kuasa besar teknologi AI kelak.

    “Negara-negara rantau Asia Tenggara ni belum jelas lagi halatuju AI, sekadar nak jadi pengguna tu memang dah berlambak.

    “Hala tuju ekonomi kita pun kelak akan berorientasikan AI dan pengeluaran cip.
    “Bahkan mungkin dengan penemuan bahan mentah REE dalam negara kita sendiri, kita boleh cipta teknologi cip buatan kita sendiri menggunakan bahan REE sendiri, seterusnya digunakan dalam pembangunan teknologi AI kita sendiri.

    “Besar cita-cita, tetapi penuh dengan onak duri isu beras tempatan, santan mahal, dan sebagainya,” akui Tanaka lagi.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 10, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin frust menonggeng PN tak bokeh guling PMX lagi!

    Tengok muka Budin begitu pathetic sekali dlm podcast Zaid Ibrahim tajuk Banyak Benor Duit Mail Bera!

    Muko Zaid Ibrahim meme le muka boring Orang Kaya Kelate kedekut pahit tadak kerja buat dok salahkan seme bende kepada PMX.

    Ada gayo muko Budin frust meenonggeng ranap lagi satu langkah nak guling PMX kerana dah abis air lior basi Büdin dok tibai PMX tiap 2 hari tajuk baru tibai.

    Bukan sahaja dak lut tetapi yang parah sakit hati Budin adalah PMX makin laju perform je sehingga semua KPI2 Ekonomi Malaysia mencanak naik.

    Nasihat kepada Syed Saddiq jangan share MOU, biar PN menggelupor sendiri lagi pun duit Sakaw pemimpin2 PN boleh derah sahaja isi Tin Milo nak bantu peruntukan MP2 PN.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Kau ni menyebuk la Budin…lebih sudu dari kuah pula. Ini kerajaan madanon, ikut suka dia la nak letak syarat apa pun. Sabo sikit tunggu giliran Haji Marang jadi PM boleh tak? Kita tengok dia nak buat perkara yang sama atau tidak.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Kalu tengok 33 bulan jadi Kerajaan dulu şah tak buat apa2, dok makang gaji bute naik Vellfire jadi pasu bunga je.

      Tu yg terencat akal doh cukup jumeloh tak sabo nak guling Kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x