Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

DIKATEGORI SEBAGAI SUSPEK BERERTI ISMAIL SABRI HAMPIR PASTI BAKAL DIDAKWA

Petang semalam, tidak sampai dua jam sebelum waktu berbuka puasa di hari pertama bulan Ramadan, rakyat Malaysia rata-ratanya terkejut dengan kenyataan media SPRM berkaitan jumlah wang yang dirampas daripada bekas pegawai PM9, Ismail Sabri Yaakob yang telah direman sebelum ini.

Dalam kenyataan media itu dinyatakan jumlah wang yang dirampas ialah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa beserta jongkong emas seberat 16 kilogram yang bernilai RM7 juta.

Ertinya, nilai keseluruhan rampasan ialah RM177 juta.

Ertinya juga, angka RM150 juta dan RM100 yang diheboh-hebohkan sebelum ini adalah berita palsu semata-mata.

Berita sahihnya ialah RM177 juta.

Di mana-mana ramai yang memperkatakan mengenai nilai rampasan wang tunai serta emas yang dianggap sungguh mengejutkan itu.

Ada yang turut membandingkan dengan rampasan wang tunai ketika Najib Razak ditahan dan disiasat polis sebelum ini di mana jumlahnya ialah RM114 juta.

Bagaimanapun, wang tersebut sudah dipulangkan kepada Najib pada 17 Jun 2021.

Lalu, ada yang nakal memberi komen – Najib tidaklah lebih hebat kalau hendak dibandingkan dengan era Ismail Sabri berkuasa, meskipun Najib lebih lama merasa berkuasa.

Hari ini pula, dalam sidang media yang diadakannya, SPRM telah menunjukkan longgokan wang tunai berkenaan beserta jongkong emas yang dirampas itu.

Kali ini, selain rasa terkejut semalam masih belum hilang, rakyat Malaysia turut jadi terkedu melihat banyaknya wang yang dirampas SPRM itu.

Semua jadi hairan bagaimana wang sebanyak itu dan dalam pelbagai mata wang antarabangsa boleh disimpan oleh mereka yang pernah berkhidmat dengan Ismail Sabri?

Bagaimana ia diperolehi?

Dalam sidang media itu juga, KP SPRM, Azam Baki menyatakan bahawa Ismail Sabri akan disiasat selepas ini sebagai suspek dan bukan sebagai saksi berkaitan penemuan wang tunai dan jongkong emas itu.

Azam Baki turut menyatakan, Ismail Sabri akan dipanggil buat kali kedua pada Rabu ini untuk proses siasatan seterusnya.

Dengan perlembangan ini, adalah hampir pasti  bahawa masa depan bekas Perdana Menteri itu bakal penuh onak dan duri selepas ini.

Turun naik mahkamah barangkali akan menjadi rutin harian yang terpaksa dilaluinya.

Tidak mengejutkan juga jika empat bekas pegawainya yang  direman sebelum ini akan tampil sebagai saksi kepada SPRM kiranya Ismail Sabri didakwa di mahkamah nanti.

Kiranya didakwa nanti, Ismail Sabri akan menuruti jejak dua bekas Perdana Menteri sebelum ini – Najib dan Muhyiddin Yassin – yang merasa turun naik mahkamah setelah tidak lagi berkuasa.

Daripada segi penemuan wang tunai beratus juta pula, Ismail Sabri adalah bekas Perdana Menteri kedua selepas Najib yang membawa khabar sebegitu kepada kita. – ShahbudinHusin 3Mac2025.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
4 March 2025 9:21 am

Tolong jangan bagi duit kepada budak yang SRP pun tak lepas.
SPM pun tak ada sijil.
Bagi saja roti krim dan air sebotol 150ml 4 kali setiap hari. Life is easy peasy.

nak-subsidi
Anonymous
Anonymous
4 March 2025 9:11 am

Suspek sedang menganjing suspek 170 juta.

semakin-kabur-Jemin-berat-nanang
Anonymous
Anonymous
4 March 2025 9:13 am
Reply to  Anonymous

Suspek yang bersembunyi takut dianjingkan suspek lain

mat_vape
Anonymous
Anonymous
4 March 2025 9:15 am
Reply to  Anonymous

Suspek kempunan nak jadi TPM Pintu Belakang versi 2.
Kesian.

Samsuri-letak-jawatan
Anonymous
Anonymous
4 March 2025 5:11 am

ORANG TAK TAHU BAB SAHAM, NAK AJAR YANG MEMANG TAK TAHU. MESTI TAK SEKOLAH… 

 Joe DS

Walaon mengelirukan walaon lain yang memang tak tau apa.. 
Ni investor saham.. Trader bukan FDI… Saham biasalah ada jual dan beli untung withdraw ler.. 
Tapi zaman PN lagi teruk 4.1b..lu jual gua beli..

comment image

comment image

AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, March 04, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
3 March 2025 10:41 pm

DIKATEGORI SEBAGAI SUSPEK BERERTI ISMAIL SABRI HAMPIR PASTI BAKAL DIDAKWA3 March 2025

Tajuk ini dah jadi anti-klimaks kepada Bg Budin sendiri.

Ini kerana brp minggu lepas Bg Budin ada menulis tajuk Blog bahawa 2 bekas PM menolak mentah2 kenaikan bersasar tarif TNB kerana bakal membebankan B40, walaupun kenaikan tidak mensasarkan 85% Rakyat B40.

Terbukti lah kalau dicongak jumlah disakaw kedua2 PM dikembalikan semula kepada Khazanah Negara, mesti boleh bantu sabsidi Rakyat B40!

Licik jugak cita2 Malaysia Reset aka Sheraton Move 2.0 tetapi apa kan daya terkantoi oleh SPRM.

Anonymous
Anonymous
3 March 2025 8:40 pm

Ada wartawan bodoh tanya “ni siasatan terpilih ke?”

Soalan paling BODOH dari wartawan entah dari agensi berita mana….

Anonymous
Anonymous
3 March 2025 5:29 pm

Kes / Jenayah Nasional Terkini  Ubah Wang Haram: Ismail Sabri Kini Suspek, Bukan Saksi – SPRM 2 hours ago  ?fit=1536%2C1329&ssl=1 Ismail Sabri ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Damansara yang kini menjadi seorang suspek dalam kes pengubahan wang haram. KUALA LUMPUR, 3 Mar – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi suspek yang disiasat dan bukannya saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dijalankan agensi itu. Beliau berkata, antara tindakan yang dilakukan SPRM terhadap beliau ketika ini adalah meminta melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta… Read more »

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x