Jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan tertinggi dan teristimewa dalam negara ini.
Walaupun secara prinsipnya sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana keistimewaan dan ketinggian martabatnya, hanya sepuluh orang saja berpeluang menduduki jawatan tersebut sejak merdeka.
Pendeknya, jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan yang benar-benar terpilih dan penuh kemegahan.
Dengan itu, bukan setakat mereka yang menjadi Perdana Menteri saja yang berasa bangga kerana memegang jawatan itu, bahkan kaum keluarga, kenalan dan sesiapa yang dapat bekerja dengan Perdana Menteri juga sudah tentu “kembangnya” berbeza dengan orang biasa.
Penghormatan dan sanjungan masyarakat dengan mudah datang melimpah, malah orang yang sebelum ini tidak ketahuan pun boleh tiba-tiba menjelma serta merapatkan diri.
Begitulah adat dunia, di mana ada gula disitulah semut akan datang berkerumun.
Namun demikian, di sebalik kemegahan jawatan Perdana Menteri itu, tiga daripada sepuluh yang pernah memegang jawatan itu kini sedang melalui jalan pengakiran yang penuh berliku setelah mereka hilang kuasa.
Seorang sedang dipenjara, seorang yang lain sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dan seorang lagi dalam siasatan oleh SPRM.
Sama seperti nasib seorang bekas Perdana Menteri yang sudah masuk penjara, dua lagi bekas Perdana Menteri yang sedang dibicarakan dan dalam siasatan SPRM sekarang ini juga berkemungkinan akan masuk penjara akhirnya.
Jika perkara itu berlaku dalam waktu terdekat ini atau dalam tempoh dua tiga tahun akan datang, bermakna daripada sepuluh Perdana Menteri yang Malaysia pernah ada sejak merdeka, tiga daripadanya merasa masuk penjara apabila tidak lagi berkuasa.
Ertinya, jawatan Perdana Menteri bukan lagi sesuatu yang boleh membawa kemegahan yang berpanjangan kepada sesiapa yang berpeluang mendudukinya dan kepada mereka yang pernah mengelilinginya.
Berdasarkan trend itu, tidaklah memeranjatkan jika ada lagi bekas Perdana Menteri selepas ini, setelah mereka hilang kuasa, akan turut melalui situasi yang sama.
Walaupun seseorang itu mungkin cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada terlibat dalam salah laku ketika berkuasa, seringkali pula kuasa itu menjadi sesuatu yang melekakan mereka, tambahan lagi bila ada kuasa sebesar Perdana Menteri.
Lantaran itu, tanpa sedar atau mungkin disebabkan pengaruh pihak lain, mereka terjebak juga akhirnya.
Ketika ada kuasa memang seronok dan mengasyikkan, tetapi ketika bala datang menimpa, semua yang ada disisi akan mula menjauhkan diri.
Yang dulu selalu menampakkan wajah atau asal berjumpa mesti cium tangan, biasanya tidak lagi kelihatan.
Salah laku itu mungkin boleh ditutup atau didiamkan jika selepas mereka tidak lagi berkuasa, parti yang sama dapat meneruskan sambungan kuasa.
Kiranya parti yang berbeza mengambil alih kuasa, risiko untuk salah laku itu dikorek adalah besar sekali, waima sekecil mana sekali pun salah laku tersebut.
Untuk itu, sesiapa juga yang berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas ini atau kepada yang sedang berkuasa sekarang, ambillah perkara ini sebagai iktibar dan peringatan.
Tanamkan dalam fikiran dalam-dalam bahawa setakat ini, daripada sepuluh Perdana Menteri yang pernah memimpin negara ini, tiga daripadanya atau 30 peratus telah ditimpa keaiban setelah mereka hilang kuasa.
Barangkali tiada posisi jawatan lain di dunia ini yang menyaksikan 30 peratus bekas penjawatnya berakhir sedemikian rupa.
Tambahan lagi, selepas era kemegahan BN berakhir pada 2018, menukar parti dan menukar Perdana Menteri akan menjadi kebiasaan saja selepas ini. – ShahbudinHusin 08Mac2025.
Kalau parti yang kerusi Parlimen pun tak ada
boleh tentukan calon PM nak megah apa ke bendanya?
Kalau nak pingsan, nak cari duit billion belakang tv,
nak simpan duit dalam bilik tidur atau dalam akaun parti,
carilah Jambatan Tendong dulu.
PAS HANYA NAK JAWATAN MENTERI ? APA PAS BOLEH BUAT ?HINANYA PAS TAMAK KUASA.
Miqdad Zakaria
Hina sungguh PAS hari ini, ibarat seketul daging babi di dalam sekawah gulai lembu.
Sanggup melutut dan menjilat demi kuasa dan harta dunia.
😅😅
AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 09, 2025
Share
Semua sumber dana Sakaw kena Sita satu per satu. Terkantoi jugak Sheraton Move 2.0 PN akhirnya! JAWATAN PERDANA MENTERI BUKAN LAGI SUATU KEMEGAHAN, TIGA DARIPADA 10 SEDANG DITIMPA KEAIBAN8 March 2025 Kenapa Budin sekarang kelihatan cukup berdukacita frusto? Dah tawar hati spt PN ko bila ranap impian Langkah Malaysia Reset aka Sheraton Move 2.0 pada akhir 2025? 1 Mac dulu Budin cukup bersemangat dengan tajuk dibawah:BERUSIA LEBIH 100 TAHUN, MASIH BERDAYAKAH TUN MAHATHIR MENGGUGAT ANWAR?1 March 2025 Antara soalan yang kerap ditanyakan kepada saya sejak kebelakangan ini ialah – masih mampukah Tun Mahathir Mohamad menggugat atau menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada… Read more »
Saturday, March 08, 2025Former MP under probe over viral video linking Anwar, Saifuddin Nasution to Ismail Sabri case
Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain says police are investigating a former MP over a viral video allegedly containing defamatory claims about Prime Minister Anwar Ibrahim and Home Minister Saifuddin Nasution Ismail in connection with Ismail Sabri Yaakob’s corruption case. – Scoop file pic, March 8, 2025
Former MP under probe over viral video linking Anwar, Saifuddin Nasution to Ismail Sabri case
Cops investigating alleged defamation in high-profile corruption probe involving ex-prime minister
Scoop Reporters
Updated 3 seconds ago
8 March, 2025
5:56 PM MYT
KUALA LUMPUR – Authorities are investigating a video posted online by a former Member of Parliament, suspected of making defamatory remarks about Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail in connection with a corruption case involving Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said the probe began after a report was lodged by a representative of a non-governmental organisation (NGO) at the Dang Wangi district police headquarters at around 12.06 pm yesterday.
“We will seek assistance from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to identify the account owner.
“The case is being investigated under Section 500 of the Penal Code and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998,” he told Bernama today.
The video, which has since circulated widely, features the former MP allegedly making defamatory claims against Anwar and Saifuddin Nasution in relation to the corruption investigation involving the Bera MP, who is also the former prime minister.
Yesterday, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has completed questioning the doctor treating Ismail at a hospital in Selangor.
However, an MACC source clarified that the doctor is not considered a witness in the ongoing investigation into alleged corruption and money laundering linked to the former prime minister.
So far, 32 witnesses have provided statements, including four of Ismail’s former senior officers who were previously remanded and later released on MACC bail.
The media earlier reported that Ismail’s statement, originally scheduled for Wednesday, was postponed to today and later rescheduled to March 13 due to health concerns.
The former UMNO vice-president was admitted to a private medical centre after collapsing at his home on February 21.
On March 3, MACC chief commissioner Tan Sri Azam Baki confirmed that Ismail is a suspect in the corruption and money laundering probe following the discovery of approximately RM170 million in cash at a safe house during a raid.
Amid the probe, Anwar has urged all parties to refrain from making premature assumptions regarding the investigation involving Ismail.
He stressed that the matter should be left to the authorities to carry out a thorough and fair probe.
“The principle is to investigate without bias… I do not obstruct any action, but at the same time, no one should be judged before a transparent and just process is completed,” he told reporters after attending a breaking fast event at Parliament today.
Previously, Azam was quoted as saying that Ismail was identified as a suspect after MACC officers seized approximately RM170 million in cash during a raid on a safe house.
To date, MACC has recorded statements from 31 individuals and frozen 13 bank accounts valued at around RM2 million, all of which remain active.
Investigators have also seized approximately RM170 million in various foreign currencies, including Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc, and Yuan. Additionally, 16 kilogrammes of pure gold bullion, estimated to be worth nearly RM7 million, were seized. – March 8, 2025
KTemoc at 7:15 pm
Share
Lepas PRU16 nanti, bilangannya akan bertambah menjadi empat. Kalau sekarang tiga daripada sepuluh, maka nantinya akan jadi empat daripada sebelas.
RUU parlimen baru kemarin lulus skrang suda praktik ka?
ayo yo u………terlalu bersemangat ha