Semua pihak digesa mengelak dan berhenti serta-merta daripada mengapi-apikan atau menyebarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian negara, tegas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terlibat dalam penyebaran berbentuk provokasi di media sosial.
null
Menurutnya, tindakan tegas melalui Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diambil bagi memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.
“Saya ingin menegaskan tindakan segelintir warganet yang menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan, dan mempersendakan agama di platform media sosial adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Tindakan tidak bertanggungjawab yang menjurus kepada perbuatan menghina agama dan sensitiviti kaum adalah suatu ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara.
“Saya dengan ini memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak lagi mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, tular di TikTok video seorang warganet membuat kenyataan mempersendakan ajaran agama Islam.
Tindakan itu juga turut dilakukan oleh warganet lain sehingga mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum di Malaysia.
Tambah Aaron, Kementerian Perpaduan Negara akan terus melaksanakan Kempen Cakap Baik-Baik serta menerapkan prinsip integrasi nasional faham, hormat dan terima melalui pelbagai program supaya dapat mendidik rakyat Malaysia dalam menghormati agama dan budaya penganut lain.
Tegasnya, tindakan provokatif yang tidak menghormati perasaan agama dan kaum lain boleh merosakkan keharmonian negara.
“Saya mengingatkan kepada mereka yang terlibat dalam tindakan sedemikian agar berhenti dan memikirkan kesan buruk yang boleh timbul daripada perbuatan mereka.
“Tindakan provokatif yang tidak menghormati perasaan agama dan kaum lain boleh merosakkan keharmonian negara kita,” katanya.
KENANGAN LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU – KUALA KRAI (PAKEJ BUKIT TIU – BERANGAN MEK NAB)
Ambo sempat 4-5 kali juga meninjau pembinaan Lebuhraya Rakyat di atas termasuk semasa perasmian letak kerja oleh arwah MB, YAB TGNA di Berangan Mek Nab. Dulu kawasan Hutan Simpan Bukit Bakar yang terlibat dengan jajaran LRKBKK adalah antara lokasi ambo memburu madu lebah hutan (Lebah Tualang).
Antara kenangan ambo yang paling melekat di kepala ialah:
1. Polemik pemilihan Syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Berhad sebagai kontraktor pertama pembinaan lebuhraya ini yang telah menimbulkan berbagai kontraversi dari semenjak awal penubuhannya sehinggalah kepada penamatan kontraknya.
2. Penubuhan Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd oleh sebuah GLC Kelantan yang kemudiannya mengambilalih peranan Syk Dae Hanguru untuk menyambung kerja kerja pembinaan lebuhraya rakyat sehingga berlaku Saman menyaman antara Dae Hunguru vs Baldah Toyyibah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
3. Kenangan terindah ialah apabila rombongan kami memasuki kawasan pembinaan tersebut selepas isu “curi balak” dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Bakar kononnya tersilap pelan jajaran/laluan yang kemudiannya cuba ditutup dengan isu salahguna Wang dalam Tabung Akaun Amanah Pembinaan LRKBKK yang dikatakan telah dilarikan oleh individu tertentu (nasib baik tak kena Saman).
Malangnya kenangan ambo itu tidak menjadi manis apabila penyudahnya bukan melihat lebuhraya itu siap, tetapi penyudahnya ialah ialah bebanan hutang rm60 juta…. Mungkinkah hutang pembinaan oleh syarikat ke 3 selepas Baldah Toyyibah??!?…. agak ambo jah tu.
Mengapa hutang sekecil itu tidak sempat diselesaikan semasa jadi kerajaan 33 bulan sedangkan ternyata kerajaan tebuk atap mempunyai lebihan wang yangbanyak seperti apa yang berlaku ke atas PM8 dan PM9 kerajaan tersebut??
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, March 06, 2025
Share