Zaman Tun M sebagai PM pasca PRU 2018, LGE sebagai Menteri Kewangan, wang petroleum Terengganu atas nama Wang Tunai Petroleum dibayar 2 kali setahun pada Mac dan September tapi dipotong 20% untuk bayaran hutang Terengganu dengan Pusat.
Zaman TSMY sebagai PM, wang petroleum Terengganu atas nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) dibayar penuh 2 kali setahun pada Mac dan September tanpa dipotong.
Zaman DSIS sebagai PM, wang petroleum Terengganu atas nama DKKP juga dibayar penuh 2 kali setahun pada Mac dan September.
Zaman PMX, wang petroleum Terengganu tak dibayar penuh kepada Kerajaan Negeri tapi Kerajaan Negeri perlu mohon kepada MOF.
Nak bayar gaji kena mohon, nak buat program kena mohon, nak buat projek pembangunan kena mohon termasuk nak bayar bonus kepada kakitangan juga kena mohon.
Ada permohonan yang diluluskan, ada yang diluluskan sebahagian sahaja, ada yang lulus bersyarat dan ada yang tak diluluskan.
Mudah sebut, penyaluran wang petroleum adalah berdasarkan permohonan atau 𝒃𝒚 𝒄𝒍𝒂𝒊𝒎.
Nak mudah faham lagi, duit petroleum Terengganu ada tapi dipegang oleh MOF dan Kerajaan Negeri perlu minta bila nak guna. Tapi minta pun bukan semestinya dapat.
Untuk lebih jelas lagi, duit minyak Terengganu yang sepatutnya disalurkan terus oleh Petronas ke dalam akaun Kerajaan Negeri dengan jumlah 5% dari gross product 2 kali setahun sebagaimana perjanjian dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974, tapi hak Terengganu ini telah diambil oleh MOF.
Kemudian MOF mengenakan pelbagai syarat untuk kita dapatkan semula duit ini.
Dr Azman Ibrahim, Ahli Exco Negeri Terengganu.
Sumber – https://www.facebook.com/share/19zrPRQY2T/?mibextid=wwXIfr
Leave a Reply