Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

APABILA MENTERI KENA KETAWA…

Saya tidak pasti apa sebab sebenar mengapa berita mengenai seorang menteri yang beroleh gelaran Datuk baru-baru ini dberi emoji ketawa oleh sejumlah besar netizen di negara ini.

Dalam beberapa portal berita yang menyiarkan berita nengenai menteri berkenaan menerima gelaran Datuk itu didapati majoriti netizen memberi emoji ketawa kepadanya.

Lebih sadis, sebuah agensi di bawah menteri berkenaan sendiri yang menyiarkan ucapan tahniah kepada menteri tersebut turut dihujani emoji ketawa yang lebih ramai juga.

Kenapa sampai begitu sekali tanpa simpatinya sikap netizen kepada menteri berkenaan dan apa yang lawaknya apabila seorang menteri diberi gelaran Datuk?

Apakah berita itu lebih menggelikan hati netizen daripada menonton acara lawak jenaka?

Sebelum ini, ada juga beberapa menteri di bawah kerajaan madani menerima gelaran Datuk dan apabila beritanya disiarkan secara meluas di media, tidak pula didapati mereka itu diberi kebanjiran emoji ketawa yang begitu ramai.

Bahkan,  bersama menteri berkenaan diberi gelaran Datuk baru-baru ini, seorang menteri yang lain turut menerima gelaran juga, namun netizen nampaknya aman dan tenang-tenang saja.

Mengapakah hanya menteri berkenaan saja diberi kebanjiran emoji ketawa?

Sebelum-sebelum ini jika diperhati, tindakan netizen mengkritik dan mempersenda menteri bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.

Misalnya, Najib Razak pernah dipersenda dan diketawakan kerana mengatakan harga kangkung sudah turun harga.

Beliau dipersenda dan diketawakan lantaran kangkung bukanlah makanan keperluan bagi rakyat negara ini.

Seorang  menteri di era BN turut menjadi bahan persendaan dan ketawa netizen kerana mencadangkan agar rakyat memilih makan daging atau ikan berikutan kenaikan harga ayam ketika itu.

Menteri itu dipersenda dan dikrtiik hebat kerana ideanya itu dianggap songsang kerana harga daging dan ikan sebenarnya lebih mahal berbanding ayam.

Begitu pun, sama seperti Najib, menteri berkenaan tidak pula dihadiahkan kebanjiran emoji ketawa sebagaimana diterima menteri yang menerima gelaran Datuk baru-baru ini.

Mungkin antara sebabnya ialah kerana ketika itu perkembangan media sosial tidak semoden seperti sekarang ini.

Sekarang ini, kalau malas menulis sesuatu komen, tersedia emoji suka, ketawa, marah, terkejut, sedih dan sebagainya untuk netizen menzahirkan perasaan mereka.

Beberapa hari saya berfikir dan cuba bercakap dengan sejumlah kenalan berkenaan nasib menteri berkenaan, tetapi tiada seorang pun yang didapati memberi jawapan yang sama.

Semuanya memberi jawapan yang berbeza berdasarkan andaian masing-masing.

Ertinya, ada pelbagai sebab mengapa netizen dilihat cenderung menghadiahkan emoji ketawa kepada menteri berkenaan yang kini sudah bergelar Datuk dalam sebutan namanya.

Saya yakin menteri berkenaan sudah tentu boleh menilai sendiri mengapa netizen, setelah PH menjadi kerajaan sekarang dan beliau pula berjawatan menteri, selain lebih cenderung memberinya emoji ketawa, juga dilihat paling kerap dikritik dan dilibas balik atas beberapa kenyataannya kepada media.

Cumanya, dalam mengekang emosi yang mungkin terganggu berdepan emoji ketawa ini, menteri berkenaan kena ingat satu perkara – beliau sekarang menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen di mana dua orang menteri pernah kalah ketika bertanding sebelum ini.

Janganlah kerana kebanjiran emoji ketawa itu menjadikan beliau menjadi menteri yang ketiga ditimpa nasib yang sama. – ShahbudinHusin 10Mac2025.

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

7 responses to “APABILA MENTERI KENA KETAWA…”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Emoji yang menganjing emosi
    sampai Menteri jadi DJ tinggalkan kerusi

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pundek betul la…apasal tak cakap siapa menteri tu. Kalau takut nak letak nama tak usah tulis la ngok! Kalau kau tulis benda yang betul kenapa takut nak berterus terang!

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Monday, March 10, 2025MACC to record statements from 23 more witnesses in Ismail Sabri alleged money laundering probe

    https://www.malaymail.com/theme_malaymail/images/logo.svg

    MACC to record statements from 23 more witnesses in Ismail Sabri alleged money laundering probe

    https://cdn4.premiumread.com/?url=https://malaymail.com/malaymail/uploads/images/2025/03/10/264995.jpg&w=1000&q=100&f=jpg&t=6
    The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is set to record statements from 23 new witnesses as part of its investigation into corruption and money laundering cases linked to former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. — Picture by Hari Anggara

    Monday, 10 Mar 2025 6:12 PM MYT

    KUALA LUMPUR, March 10 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is set to record statements from 23 new witnesses as part of its investigation into corruption and money laundering cases linked to former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Berita Harian (BH) reported today that a source revealed the MACC is working to complete all interviews with the individuals involved before taking further action.

    The source also told the Malay daily that more than 30 witnesses are required in this case.

    “So far, 23 additional witnesses need to provide their statements. These are new witnesses in the ongoing investigation,” the source was quoted as saying by BH.

    BH understands that around four to five witnesses are currently having their statements recorded.

    Last Friday, investigators interviewed a doctor with the title Datuk at a hospital in Petaling Jaya who had treated Ismail Sabri. The MACC sought to assess the health condition of the Bera MP.

    It was previously reported that the MACC had summoned Ismail Sabri to have his statement recorded last Wednesday. The session was then postponed to Friday and has now been rescheduled to March 13 due to his health condition.

    KTemoc at 10:44 pm

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      İni cadangan mudah dari smart alec bagaimana Mail Bera boleh buat baik ‘do good’ dengan duit sakaw RM170 juta.

      Lupakan nak Tebuk Atap PN dan nak joli sakan perabih berah Keluarga Malaysia, tabur sahaja balık duit sakaw kepada yang berhak, Rakyat Malaysia.

      Tak perlu banyak MC sakit!

      Tuesday, March 11, 2025Urging Ismail Sabri to Do the Right Thing

      https://cdn.newswav.com/branding/logo/newswav.png

      Urging Ismail Sabri to Do the Right Thing

      10 Mar 2025 • 7:30 PM MYT

      https://cdn.newswav.com/ugc-assets/9-1680143830716-Untitled-design-(1).jpg
      Mihar Dias
      A behaviourist by training, a consultant and executive coach by profession

      https://imgproxy.newswav.com/1000×0,q50=/https://cdn.newswav.com/ugc-assets/51-1741588029090-28d27405-72cd-4f6f-8082-1f5d25b7a6fb-1741588028840.jpg
      Image Credit: Malay Mail

      Former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is unwell—again. We wish him a speedy recovery, of course. https://newswav.com/A2503_GyNdYU?s=A_dMVOiPz&language=en

      After all, carrying the weight of RM177,000,000 must be exhausting, especially when the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is eagerly awaiting a little heart-to-heart chat. https://newswav.com/A2503_GyNdYU?s=A_dMVOiPz&language=en

      The stress of recalling every sen’s origin must be quite the burden.

      But fear not! There’s a simple remedy that could work wonders. Imagine if, in a moment of divine clarity, he decided to distribute that RM177,000,000 equally among Malaysia’s 33,000,000 citizens. A quick calculation—clicks calculator—yields a life-changing sum of… RM5.36 per person!

      Alright, so it will not eradicate poverty. But hey, it might just cover a teh tarik and a roti canai at the mamak stalls. And who would say no to a free meal, courtesy of a former prime minister?

      But let’s think bigger. What if he donated it all—not just to the people, but to the needy, the homeless and the orphans?

      Surely, that would secure him a far more comfortable future, on earth and the hereafter.

      After all, Ramadan and Syawal are the best months for charity. Maybe this “hidden” money was revealed to test our faith. Could it be the long-awaited rahmat of Lailatul Qadar? A reward for patience, or a lesson in divine irony?

      And let’s not forget the hereafter. Generosity could ensure Ismail’s name is remembered for good—just like certain past leaders who suddenly discovered the joys of charity when they needed divine (and judicial) forgiveness.

      After all, Allah is Most Forgiving. And so, it seems, are some governments. We pray (and perhaps prat!) that someone finds both good health and a good deal—preferably one that doesn’t require an MC extension.

      Now, where do we queue for our RM5.36 duit raya? God bless you!
      KTemoc at 6:55 am

      Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Berlapang dadalah, MuhyiddinHishamuddin Aun

    11 Mar 2025, 08:00 AM
    Pengerusi PN patut fikirkan keperluan Ahli Parlimen pembangkang dapatkan peruntukan demi manfaat rakyat daripada pentingkan ego sendiri.3
    SHARES

    1

    1

    1

    0

    Total Views: 627
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    Dari PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei hingga PRK Mahkota pada 28 Sept tahun lalu, penolakan total Muhyiddin Yassin terhadap memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kekal konsisten tanpa sedikit pun bertolak-ansur.

    Melebihi syarat-syarat yang terkandung di dalamnya – atau ia sekadar dijadikan alasan — pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu terus mempersoalkan keikhlasan kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dalam menawarkan peruntukan berkenaan.
    Jika Ikhlas, ulanginya, peruntukan hendaklah diberi tanpa sebarang syarat yang mengikat. Jika tidak pula, kata Muhyiddin lagi, tidak mengapalah kerana pembangkang boleh terus hidup tanpa peruntukan seperti yang telah dilalui mereka sejak lebih dua tahun lalu.

    ADVERTISEMENT

    https://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webphttps://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webp

    “Kalau dia (kerajaan) ikhlas, dia tak payah buat MoU. Waktu zaman kerajaan PN mentadbir dulu semasa Covid-19, kita bagi peruntukan tanpa ada MoU, CSA (perjanjian keyakinan dan perbekalan) atau apa-apa perjanjian,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersatu di Kuala Kubu Baharu pada 21 April tahun lalu.
    “Tak ada, tak apalah Ahli Parlimen kita (pembangkang) berlapang dada. Tidak apa anda tidak berikan (peruntukan) kepada kami, kami boleh teruskan berjuang untuk rakyat… kami akan tolong buat apa yang termampu,” ulanginya pada perjumpaan dan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh individu di Kluang pada 20 Sept lalu.
    Tidak hanya PN pada 15 Sept lalu sebulat suara menolak MoU ditawarkan kerajaan – yang dilihat menutup pintu rundingan – malah Muhyiddin menegaskan pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang cadangan balas yang dianggapnya hanya membuang masa kerana kesudahannya didakwa akan tetap sama.
    Tawaran Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof pada 26 Feb lalu untuk kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa agar kedua-dua pihak dapat kembali ke meja rundingan turut dengan angkuh ditolaknya atas alasan pembangkang ada maruah dan pendirian.
    “Peruntukan itu untuk rakyat, bukan kegunaan peribadi. Masa saya jadi perdana menteri, saya beri semua (Ahli Parlimen) peruntukan. Persoalan sekarang sama ada mereka (kerajaan) ikhlas ke tak. Kalau mereka tak nak beri tak apa. Kalau nak bagi peruntukan, buat saja. Tak perlu tubuh jawatankuasa,” katanya.
    Tetapi itu hanya pendirian Muhyiddin yang tidak semestinya dikongsi ahli Parlimen pembangkang yang lain. Buktinya permintaan peruntukan terus dibangkitkan – secara tegas mahupun sinis – daripada wakil pembangkang seperti Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Shahidan Kassim, Tuan Ibrahim Tuan Man, Hamzah Zainudin hinggalah kepada timbalan pengerusi PN Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat.
    Tidak menghairankan jika ada yang mendakwa terpaksa berhutang – di sebalik gaji dan elaun ahli Parlimen boleh mencecah hingga RM40,000 sebulan – kerana mereka bukan orang senang seperti Muhyiddin. Ketika menjadi perdana menteri kelapan dari Mac 2020 sehingga Ogos 2021, beliau dikatakan membuat perisytiharan membabitkan gaji bulanan RM93,841.65 di samping memiliki aset bernilai RM10 juta hingga RM15 juta.
    Maka harus benarlah tanggapan andai Ahli Parlimen pembangkang tercari-cari kepada siapa kesalahan patut diletakkan sebagai punca mereka masih tidak mendapat peruntukan, ia sepatutnya dihalakan kepada Muhyiddin dan bukan sesiapa yang lain.

    Presiden Bersatu itu mungkin berdalih kononnya ketika menjadi perdana menteri beliau beri peruntukan kepada semua Ahli Parlimen. Rekod bagaimanapun menunjukkan Muhyiddin pada 28 Jun 2021 hanya meluluskan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen bagi melaksanakan bantuan bakul makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19 – dan bukannya dana pembangunan kawasan (CDF) sebanyak RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.
    Berlawanan dengan dakwaannya itu, pembangkang ketika Anwar Ibrahim menjadi ketuanya tidak pernah mendapat peruntukan sepanjang PN menjadi kerajaan sehinggalah mereka menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik sewaktu Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pada 13 Sept 2021.
    Apa bezanya pembangkang ketika itu yang sanggup tampil berunding berbanding keengganan PN ketika ini yang dilihat mahu terus memainkan naratif kerajaan Anwar zalim dan mengamalkan politik dendam? Bezanya ialah mereka sanggup mengetepikan ego demi mendapatkan peruntukan dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
    Sebaliknya, apa yang jelas ialah semakin pembangkang menolak syarat-syarat MoU dan jawatankuasa berkait peruntukan sejak Anwar mengambil alih Putrajaya, semakin terbuka pula PMX mempelawa mereka untuk kembali ke meja rundingan.
    “Tidak ada gunanya mengkritik bahawa syarat MoU terlalu ketat dan tidak adil jika tidak mahu duduk berunding. Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuaratlah dahulu, draf boleh dipinda. Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dulu,” kata perdana menteri pada Isnin.
    Terbaharu, Muhyiddin kata PN mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan dalam isu peruntukan pembangkang – MoU dikemukakan dianggap luar biasa dan ketat seolah-olah mereka terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.
    Namun, seperti disarankan Fadillah, PN patut menyatakan secara khusus bahagian mana yang dikatakan luar biasa dan ketat di samping menawarkan cadangan balas untuk dibincangkan.
    “Bagi kita tidak ketat. Kalau dikatakan ketat, apa? Apa juga cadangannya? Kalau (sudah) ditolak, tidak ada cadangan, apa nak dibincang?” soalnya.
    Atau seperti dibangkitkan oleh pengarah komunikasi Pemuda PKR Haziq Azfar, apakah Muhyiddin enggan mengisytiharkan harta atau enggan terikat dengan isu 3R (kaum, agama, raja-raja) yang kerap menjadi modal jajaan mereka.
    Pada penghujungnya, ini satu lagi peluang buat PN membuktikan keikhlasan mereka demi manfaat rakyat di kawasan yang mereka wakili daripada menggunakan naratif seperti Wan Fayhsal yang menggambarkan Machang mundur kerana kerajaan mengamalkan politik naungan dengan tidak memberi peruntukan.
    Di kemuncak penolakan PN terhadap MoU kerajaan Sept lalu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil menasihatkan Muhyiddin supaya lebih bersikap seperti negarawan dan mengambil pendekatan berlapang dada untuk duduk semeja berbincang.
    Ia bukan pun satu cadangan tidak baik sebenarnya.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin terpaksa hadam nganjing Walaun PN yang teramat kecewa Kerajaan Perpaduan dan PMX masih kekal lebih separuh penggal 24 bulan!

    Ketawa nganjing Walaun2 PN kerana rasa kecewa teramat yang Kerajaan Perpaduan dan PMX masih kekal selepas melepasi separuh penggal 24 bulan jadi Kerajaan mengatasi tempoh 22 bulan Atok PM7, 18 bulan Abah PM8 dan 15 bulan Mail Bera PM9.

    Jauh berbeza dengan ketawa Rakyat Malaysia bila Hadi diberi pingat Tan Sri semasa Kerajaan PN kerana jadi Duta Khas Timur Tengah dengan Gaji Buta!

    Lebih parah Rakyat Malaysia ketawa bila kedua2 PM PN ditangkap tangan berjeluk dgn ratusan duit Sakaw Dari Khazanah Malaysia!

    Hadam je le Budin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x