Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

AKTA URA: KEBIMBANGAN ORANG MELAYU ADA ASASNYA – HASSAN KARIM

Kebimbangan orang Melayu terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) mempunyai asasnya sendiri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kebimbangan mereka berasas selepas melihat apa yang berlaku dengan nasib penduduk Kampung Sungai Baru iaitu bersebelahan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Satu contoh di hadapan mata orang Melayu ialah nasib penduduk-penduduk Melayu yang merupakan pemilik rumah dan tanah di Kampung Sungai Baru yang bersebelahan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Kawasan tersebut juga terletak bersebelahan segi tiga emas Kuala Lumpur yang menempatkan KLCC dan Menara Berkembar Petronas.

“Persoalan yang saya ingin kemukakan, adakah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan harta rakyat tidak boleh diambil secara paksa kecuali dengan pampasan yang mencukupi telah dilaksanakan di Kampung Sungai Baru itu?

“Inilah yang dibimbangi oleh orang Melayu. Mereka takut kejadian di Kampung Sungai Baru itu berlaku di tempat-tempat lain di bandar apabila akta Pembangunan Semula Bandar akan berkuat kuasa nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, banyak yang berlaku sebelum ini melibatkan pengambilan tanah oleh kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah Tahun 1960 mengakibatkan kedudukan rakyat begitu lemah daripada segi hak pemilikan.

“Justeru itu dengan adanya satu lagi akta yang berkaitan pengambilan hartanah atas nama pembangunan semula bandar telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan rakyat,” katanya.

Pada Selasa lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan, RUU PSB dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini.

Katanya, ketika ini ia dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin yang memberikan maklum balas rancangan tersebut, menyifatkan akta URA sebagai menindas dan menekan orang Melayu.

Jelas Abdullah, akta itu membuka ruang yang luas kepada pemaju dan kerajaan untuk mengambil alih tanah dan kediaman rakyat, kononnya atas nama pembangunan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan URA sebagai taktik halus untuk mengusir orang Melayu dan India miskin dari kawasan bandar.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa undang-undang sedia ada sudah memadai bagi tujuan pembangunan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari pula berkata, jika dilaksana akan membolehkan kerajaan serta pemaju mengambil tanah dan rumah rakyat walaupun pemilik asal tidak bersetuju sepenuhnya.

“Persetujuan 75 peratus pemilik unit dalam sesebuah bangunan sudah mencukupi untuk membolehkan pengambilan tanah berlaku.

“Apa terjadi kepada 25 peratus yang tidak bersetuju? Dipaksa mengalah.

“Persoalannya, sejak bila prinsip demokrasi membenarkan suara majoriti menindas hak minoriti? Sejak bila kerajaan boleh memaksa pemilik melepaskan rumah mereka tanpa persetujuan mutlak? Oh, tapi jangan risau – semuanya atas nama ‘kemajuan’,” soal ahli Parlimen Pasir Mas itu. – MalaysiaGazette

Sumber – https://malaysiagazette.com/2025/02/25/laksana-akta-ura-kebimbangan-melayu-berasas-hassan/

3.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
27 February 2025 9:42 am

HIPOKRIT PN PAS. 

 
SR

Apabila Nuar Musa cakap pasal “Urban Renewal” pada tahun 2020 (semasa PN jadi kerajaan), tiada kedengaran Melayu akan merempat.

comment image

Tapi bila Nga Kor Ming cakap benda sama (semasa PN jadi pembangkang), terus ratib “Melayu dah nak merempat dah”.

Betul lah orang tua-tua kata.. “Melayu kapak Melayu dan Melayu halau Melayu”.

Depa sendiri buat ‘akta’ untuk halau Melayu keluar dari bandar. Bila dah hilang kuasa hilang jawatan depa lah terpaling nak jadi hero!!

#HipokritPN

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 27, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
27 February 2025 9:40 am

Pakar ekonomi hidung berhingus tukang angkat bag terlupa Boss dia hanya dok gomol gaji Bute jadi pasu bunga berhias sambil dok wirid nama natang 2 kepada musuh politik.
JAWATANG TAK KEJAR, TAPI MAKANG GAJI BUTE AMBIK

 
Najib Bakar

“Presiden kami tak kejar jawatan PM macam Presiden kamu.”

“Oh ye ke? Cuba tanya dia.”

“Tok garu, Tok garu dok behi nok jadi PM kang?”

“Kite kene sedo kene pahang. Pemandu teksi perlu dibantu menambah pendapatan. Orang jawa makan tempe. Tempe dibuat dari kacang soya.”

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 27, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
27 February 2025 9:44 am
Reply to  Anonymous

KAH.. KAH.. KAH…. 

 
Najib Bakar

Patutlah Syahir Sulaiman taknak namakan orang PAS sendiri jadi PM11.

Akta Pembangunan Semula Bandar yang depa terlibat sama masa 33 bulan pun gagal difahami.

Perancangan Kerajaan melalui penjawat awam untuk Akta tu dari 2013 semasa zaman PM Najib lagi.

Zaman Zuraidah diteruskan, zaman Perikatan Nasional pun diteruskan.

Kalau betul akan halau orang Melayu, masa kamu 33 bulan dalam Kerajaan buat apa?

Tidoq? Main teloq?

Tak paham satu hapah pun? Buang karan dok dalam Parlimen.

Nak bagi PAS jadi PM?

Macam suruh beruk masak nasik. Cih.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 27, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
26 February 2025 4:44 pm

LAPORAN PAC…JAWAPAN FAKTA   Jawapan Fakta Mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2023 dan Kerugian Agensi Persekutuan Walaun PAS dan PN cuba menggunakan laporan ini untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan Madani, tetapi mereka tidak mendedahkan keseluruhan fakta sebenar. Berikut adalah penjelasan fakta sebenar berdasarkan laporan LKAN 2023: — 1. Kerugian RM2.66 Bilion Itu Hanya Melibatkan 40 Syarikat Subsidiari, Bukan Agensi Utama ✔ Agensi utama seperti KWSP, LTAT, Tabung Haji, FELDA, dan KWAP tetap mencatat keuntungan besar secara keseluruhan. ✔ Kerugian ini hanya melibatkan sebahagian kecil pelaburan dalam syarikat subsidiari tertentu, bukan seluruh organisasi. — 2. KWSP Tetap Mampu Bayar… Read more »

Anonymous
Anonymous
26 February 2025 4:42 pm

PATUT LA…

 

Patutlah Syahir Sulaiman taknak namakan orang PAS sendiri jadi PM11.

Akta Pembangunan Semula Bandar yang depa terlibat sama masa 33 bulan pun gagal difahami.

Perancangan Kerajaan melalui penjawat awam untuk Akta tu dari 2013 semasa zaman PM Najib lagi.

Zaman Zuraidah diteruskan, zaman Perikatan Nasional pun diteruskan.

Kalau betul akan halau orang Melayu, masa kamu 33 bulan dalam Kerajaan buat apa?

Tidoq? Main teloq?

Tak paham satu hapah pun? Buang karan dok dalam Parlimen.

Nak bagi PAS jadi PM?

Macam suruh beruk masak nasik. Cih.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, February 26, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
26 February 2025 2:14 pm

Di sebelah sini (PH-BN) Calon PM berdasarkan merit peribadi, ketokohan dan kebijaksanaan Anwar Ibrahim telah terbukti dengan kemantapan ekonomi negara dan pengiktirafan kuasa luar kepada Malaysia hari ini. Tiada tokoh buat masa sekarang sehebat Anwar dari segi ilmu agama dan juga ekonomi. Anwar harus terus memimpin negara.

Di sebelah sana pula (PN) satu-satu yang paling layak menjadi PM ialah Hadi. Hadi juga mempunyai “pengalaman luas” sebagai Duta Khas ke Timur Tengah dulu. Pernah jadi MB dan juga sebagai pemimpin No 1 PAS.

Anonymous
Anonymous
26 February 2025 2:48 pm
Reply to  Anonymous

I agree. But definitely not Hadi. At the moment no leader can do better than Anwar Ibrahim. Nazri is right. The rakyat see no capable person to lead the country other than Anwar. Anwar has good religious credentials and excellent economic acumen. The recipes needed in the Malaysian context.

Mahiadin? Hadi? Hamzah? …. ? None in PN is good enough.

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x