
Sempena 1 Syawal 1441H ini yang merupakan hari kemenangan bagi umat Islam, diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini tak kira di mana juga anda berada.
Sesuai dengan sambutan lebaran tahun ini masih dalam suasana diancam wabak Covid-19, sambutan Hari Raya kali ini tentu saja disambut dengan serba kesederhanaan.
Tetapi, dalam kesederhanaan itu, sama-samalah kita mengekalkan kasih sayang terhadap keluarga, teman-teman dan sesama insan.
Juga tidak lupa, sayangilah negara ini, meskipun mungkin ada di antara kita berbeza cara dan pendekatannya.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua.
SHAHBUDIN HUSIN
24 Mei 2020.
Leave a Reply