Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PESANAN DI PENGHUJUNG RAMADAN

Ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Sebagai umat Islam, perpisahan ini ternyata mengesankan kerana dengan beredarnya bulan penuh rahmah ini, maka segala kelebihan dan manfaat juga akan turut berlalu.

Ramadan bukan sahaja bulan yang diperintahkan untuk mengawal segalanya, malah Ramadan juga adalah medan dan madrasah kepada umat Islam dalam menyebarkan rahmah, dilebihkan amalan bersedekah dan ditingkatkan keprihatinan kita kepada mereka yang miskin dan melarat.

Alhamdulillah, saya berkesempatan melakukan Ziarah Mahabbah Ramadan menziarahi rakan-rakan dan teman-teman lama, juga turun ke bawah di Port Dickson mendengar rintihan dan keluhan warga, samada dari kalangan peniaga mahupun pembeli.

Namun, kita juga sedar bahawa masih banyak lagi yang wajar direncana dan diberi keutamaan dengan tekad yang jelas untuk meningkat taraf hidup dan kesejahteraan semua.

Semoga Ramadan kali ini menjadi bulan yang kembali memperkuat dan meneguhkan taqwa kita kepada Allah SWT sambil tidak dikesampingkan hubungan kita dengan masyarakat dan kaum yang lain.

Di saat sesetengah kelompok menganjurkan kebencian dan perpecahan, marilah kita melakukan yang sebaliknya dengan mengangkat semangat Ramadan memperkukuh kerukunan dan persaudaraan sesama manusia.

ANWAR IBRAHIM

3 Jun 2019.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

114 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
114
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x