Kekeliruan berkaitan peruntukkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kes Abang Botak.
1. Pelbagai ulasan dan komen netizen tentang kes Danial Abdullah Tan atau yg dipopularkan di media sosial sbgi abg botak yg telah mengaku salah melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta milik pengadu, Siew Chean Voon, 58 dan dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara.
2. Dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah Kianat yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.
3. Rata2 netizen tidak bersetuju dgn hukuman penjara setahun yg dikenakan dan dianggap sebagai keterlaluan. Ramai juga yg membuat perbandingan dengan kes Lee Chee Wee, 46 yg juga tular video dia meludah dan menumbuk pemandu bas kerana tidak memberhentikan bas ketika dia mahu menaikinya di Pulau Pinang. Dia hanya didenda sebanyak RM1,000 shj dan tiada hukuman penjara.
4. Namun ada peguam yg mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Majistret kerana berpendapat majistret tiada pilihan melainkan menjatuhkan hukuman penjara atas alasan peruntukan seksyen 427 hendaklah mengenakan hukuman penjara minima setahun.
5. Berkaitan dengan hukuman Majistret sebenarnya boleh hanya menjatuhkan hukuman denda di bawah seksyen 427 kerana peruntukkan seksyen tersebut menggunakan perkataan penjara minima setahun dan maksima lima tahun ATAU denda ATAU kedua2nya sekali.
6. Apatah lagi banyak kes sebelum ini yg HANYA hukuman denda dijatuhkan di bawah seksyen 427:
i) Oktober 2016 – Mohd Zaini Ariffin, 42 didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecahkan cermin penumpang belakang pemandu kereta jenis Toyota Vios milik Khairul Anuar Ali, 34, yang menyebabkan kerugian RM300.
https://m.malaysiakini.com/news/358694
ii) Julai 2017 – Wilson Maja Jana, 47 didenda RM8,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan cermin tiga kenderaan.
https://www.utusanborneo.com.my/2017/07/26/lelaki-didenda-kerana-laku-khianat-cermin-tiga-kenderaan
iii) Januari 2018 – A. Kalaivanan dituduh atas dua pertuduhan di bawah seksyen 506 dan seksyen 427 atas jenayah ugut dan kianat. Dia mengaku salah dan dikenakan hukuman denda RM1,500 atau penjara satu bulan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua didenda RM2,000 atau penjara dua bulan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/373487/didenda-rm3500-kerana-mengugut-khianat/amp
iv) April 2019 – Akibat amukan hingga menyebabkan kerugian RM1,000, seorang lelaki, 29, dikenakan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan.
https://sarawakvoice.com/2019/04/24/lelaki-amuk-guna-tukul-dihukum-rm2000/amp/
v) Mei 2019 – A Kishok dikenakan hukuman denda RM2500 di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan selepas mengaku salah memecahkan akuarium milik P. Arasu di sebuah rumah di Puchong.
https://www.msn.com/en-my/news/national/mi-segera-punya-pasal/ar-AAANm8W?li=AAAHftF
7. Kekeliruan ini perlu dijelaskan kerana saya juga ada terbaca komen netizen yg mencadangkan agar selepas ini jika ada kes2 sebegini berlaku maka jgn rosakkan kenderaan lain tetapi lebih elok gunakan kekerasan seperti menumbuk yg akan dikenakan hukuman yg lebih ringan.
8. Saya berpandangan hukuman penjara 12 bulan yg dikenakan adalah tidak wajar mengambil kira tertuduh tiada rekod jenayah, telah membuat pengakuan bersalah dan menyesal akibat tindakannya tersebut. Selain itu juga terdapat fakta wujudnya provokasi dari pengadu yg menghimpit motosikal tertuduh dan menunjukkan jari tengah yg menyebabkan tertuduh hilang pertimbangan. Apatah lagi tertuduh mempunyai keluarga dan dua anak yg masih kecil disamping hari raya aidilfitri hanya beberapa hari shj lagi. Pengakuan bersalah juga dapat menjimatkan masa Mahkamah dan majistret juga boleh memerintahkan tertuduh membayar gantirugi kepada pengadu.
9. Saya percaya beberapa org peguam yg mengendalikan kes2 jenayah telah tampil utk membantu Abang Botak membuat rayuan dan memohon penggantungan hukuman sehingga rayuan bagi membolehkan dia berhari raya bersama keluarga.
10. Walaupun kita marah dengan tindakan tertuduh yg gagal mengawal emosi namun kita juga mengharapkan agar keadilan diberikan kpdnya dengan sewajarnya.
Adnan Seman
Peguam
(Dipetik daripada FB Adnan Seman)