BARU NAZRI SEDAR TERUKNYA NEGARA INI….SEKARANG MARAHLAH PADA NAJIB ATAU ZAHID HAMID!!

Marah benar Nazri Aziz dengan keputusan pihak polis yang tidak semena-mena tidak membenarkan debat antara beliau dengan Tun Mahathir Mohamad diadakan pada 25 Mac ini.
Macam-macam perkataan yang keluar daripada mulutnya – kenapa polis tidak membenarkannya, sejak bila hak individu boleh dihalang oleh pihak lain, negara ini adalah negara demokrasi dan bukan negara polis, tindakan polis tidak betul, debat itu adalah berbentuk wacana, bukan perhimpunan aman, kenapa polis lebih memihak kepada NGO yang membuat laporan berbanding dirinya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas , saya sebagai menteri bukan mahu menghasut dan macam-macam lagi.
Sebagai pemimpin yang terkenal dengan sifat lantang dan berani, Nazri memang berhak meluahkan rasa marahnya ketika ini. Mungkin beliau memang mahu berdebat dengan Tun Mahathir, tetapi sekarang cubaannya untuk menunjukkan keberanian seperti dihalang oleh pihak polis.
Tetapi, sabarlah Chief…jangan marah kepada pihak polis. Pihak polis hanya menjalankan tugas dan jika mahu marah juga kerana tidak dibenarkan berdebat, orang yang sepatutnya Nazri marah ialah Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.
Meskipun sebelum ini Zahid Hamidi dan Nur Jazlan Mohamed dilaporkan sudah membenarkan debat itu untuk diadakan, pihak polis mungkin mendapat arahan lain daripada Menteri Dalam Negeri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri itu agar permit polis tidak dikeluarkan.
Tidak mungkin pihak polis pandai-pandai sendiri berbuat demikian tanpa merujuk kepada sesiapa. Kemungkinan besar ada arahan atasan yang diterima mereka.
Alasan keselamatan, menganggangu ketenteraman awam dan tempoh memohon permit kurang daripada 10 hari barangkali hanyalah ciptaan semata-mata.
Jika pun itu antara alasan pihak polis tidak mengeluarkan permit, tetapi andainya Zahid selaku TPM dan Menteri Dalam Negeri benar-benar mahu debat itu diadakan, beliau tentu boleh campurtangan untuk mempermudahkannya.
Kalau perkara sekecil permit pun menteri tidak boleh selesaikan, macam mana mahu berjuang membantu rakyat dalam hal-hal lain yang lebih besar?
Kalau faktor keselamatan pula, keselamatan  apa yang dibimbangkan sangat oleh pihak polis terhadap debat itu sedangkan muatan dewan hanya 800 orang saja? 
Himpunan Bersih di Dataran Merdeka yang dihadiri ratusan ribu manusia lagi dapat dikawal oleh polis, apalah sangat dengan hanya 800 orang atau sekali ganda daripada jumlah itu?
Soalnya, adakah Zahid campurtangan dan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri atau beliau lebih mahu menjaga nama dan imej Najib semata-mata?
Jadi, yang patut Nazri belasah ialah rakannya sendiri iaitu Zahid Hamidi kerana jika beliau mahu campurtangan, pasti debat itu akan menjadi kenyataan. Apa yang berlaku sekarang seolah-olah Zahid tidak mahu menggunakan kuasanya.
Kalau Nazri berani lagi, beliau juga patut belasah Najib sendiri. Kepercayaan umum mengatakan Najib adalah paling tidak gembira dengan debat itu kerana isu-isu yang dibahaskan adalah secara langsung berkaitan dirinya.
Lebih membimbangkan Najib kerana lawan Nazri berdebat itu ialah Tun Mahathir. Beliau mungkin dapat mengagak Nazri hanya menjadi “makanan”  saja kepada Tun Mahathir dalam debat itu dan akhirnya jika ia diadakan pasti lebih memburukkan lagi namanya di mata rakyat.
Maka, untuk mengelakkan semua itu, ada kemungkinan Najib sendiri yang meminta Zahid agar jangan memberikan permit kepada debat itu. Zahid pula, disebabkan ingin menjaga hati bossnya dan mahu dilihat timbalan yang setia, lantas tanpa banyak soal bersetuju saja dengannya.
Kemungkinan lain ialah Najib juga boleh menyampaikan kebimbangannya itu kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan arahan seterusnya disampaikan terus kepada Polis Perak.
Secara mudahnya, jika Nazri benar-benar ingin marah….marahlah kepada Najib atau Zahid Hamidi atau kedua-duanya sekali. Mereka inilah yang boleh menjadikan debat itu menjadi kenyataan atau sebaliknya.
Namun, dalam keadaan ini, apa yang Nazri seharusnya sedari ialah negara kita kini sedang diurus dengan teruk oleh Najib selaku Perdana Menteri. Semua perbincangan dan perbahasan mengenai 1MDB dan dana RM2,600 juta yang melibatkan Najib khususnya, sama sekali tidak akan diberikan “sijil halal” untuk diadakan.
Di Parlimen tidak boleh ditanyakan soalan, dalam mesyuarat UMNO dilarang dibincang, laporan audit diOSAkan, menteri yang bertanya akan dibuang, pegawai kerajaan yang menyiasat ditekan, dipindah atau dipencenkan, bahkan beberapa yang lain turut ditangkap dan dilokapkan. Semua tentang 1MDB seolah-olah “haram” untuk diperkatakan.
Oleh itu, jika Nazri tidak berlakon dan benar-benar marah sekarang ini, apa yang patut dilakukannya demi menjaga namanya  ialah dengan segera meletakkan jawatan daripada UMNO dan kerajaan. 
Tiada guna lagi beliau terus berada dalam sistem yang teruk, banyak yang tidak dipersetujuinya dan tidak lagi memihak kepadanya sebagai individu yang bebas dan merdeka. 
Tetapi, jika semua kemarahan Nazri itu hanyalah lakonan dan semata-mata untuk menunjukkan dirinya konon-konon masih jantan, barangkali dalam hatinya paling lega ketika ini kerana tidak perlu lagi membiarkan dirinya menjadi “makanan” kepada Tun Mahathir.
Jika tiada lakonan, pilihan bagi Nazri hanyalah meletakkan jawatan dan beliau akan dikenang sebagai betul-betul berani dalam perjuangannya. (ShahbudinHusin 21/03/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:46 pm
Subscribe
Notify of
guest

90 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
22 March 2017 10:38 am

Bnyk gila komen kwn nk tmpng skaki ler… gni debat ni wyng mcm ruu355.. ada fhm smua.. tghh pura2 mrah, mcm tu ler nazri bingai ni… achir kita rkyat smua kna game ngn umno..

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 9:13 pm

5 Tahun Lynas Beroperasi: Membuktikan Guan Eng Pembohong.https://youtu.be/c78uy3vk1HM Dengar lah pembohongan Tokong Lim Guan Eng mengatakan Lynas adalah sebuah kilang nuklear yang akan meletup dan membunuh semua orang! (Sebenarnya, dia tidak berkata “membunuh semua orang” tetapi akan memberi kesan kepada semua orang) Kilang Lynas telah beroperasi hampir 5 tahun, kita semua kini tahu ia adalah pembohongan besar… Langkawi Tetap Bebas Cukai, Tiada GST: Mahathir Berbohong Lagi Bagi Menimbulkan KebencianMahathir berbohong lagi dalam blognya semalam dengan tuduhan yang direka untuk menakut-nakutkan dan menimbulkan kebencian di kalangan penduduk Langkawi di mana beliau adalah ketua bahagian parti Pribumi disana. Tidak ada siapa yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 9:15 pm
Reply to  Anonymous

Mahathir Pembohong! Malaysia Tidak Pernah Di Panggil Asian Tiger Selama 22 Tahun Dia Jadi PM Dan Sekarang Kedudukan 57/179 Indeks Persepsi RasuahRupa-rupanya grafik propaganda PENIPUAN BESAR Mahathir sedang menular sekarang ini. Mahathir patut berhenti dari berbohong. Penipu sebenar. Orang tua nyanyuk yang boleh di ikhtiraf sebagai penipu bersiri yang tertua di dunia abad ini. — Rujukan: https://portalpakdin.wordpress.com/2017/02/22/mahathir-kata-malaysia-jadi-kucing-beliau-cemburukan-najib-bawa-ekonomi-malaysia-mengatasi-negara-asian-tiger/ Asian Tiger: https://en.wikipedia.org/wiki/Four_Asian_Tigers Tiger Cub: https://en.wikipedia.org/wiki/Tiger_Cub_Economies Transparency International: http://www.transparency.org/news/feature/corruption_perceptions_index_2016#table KERAJAAN DAP PULAU PINANG BERBOHONG MENGENAI PENGURANGAN HUTANGDAP Pulau Pinang sekarang defensif dan berterusan perlu menjelaskan berkaitan propaganda penipuan mereka yang dijaja sekian lama mengenai hutang Penang telah berkurangan sebanyak 95% disebabkan oleh dasar… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 11:09 pm
Reply to  Anonymous

Kesian….kesian…kesian……copy paste la byk2.. Tak ada sape minat nak baca. Post la Kat mykemut utk bacaan puak2 kome ye.apa pun kalo partai barang naik @ BN kalah, ramai la yg akan jd penghuni penjara sg buloh dan harta benda sumer dirampas kepada DYMM agung. Pasti kan partai barang naik@ BN jgn kalah.. Jangan!!!! Kikikiki

# tangkap AG afundi
# tangkap barua JASA
# tangkap barua singapork
# tangkap barua komunis
# tangkap barua losemah

Ini Kali lah
Kita benamkan BN
Kita ubah PM najib

Cubit pipi Nora danish cikit.. Emmm alahai..

Tajul
Tajul
22 March 2017 5:11 pm
Reply to  Anonymous

"Nora bagi.. 5 bintang!"

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 6:43 pm

Kepada pengomen2 pro Tun…..please saudara2ku yang bijaksana ,dimanakah anda semua?…usah sembunyi lagi keluarlah saudara2ku memberi komen diblog2 untuk memariahkan lagi suasana kerana PRU14 pun mungkin tak lama lagi.Ayuh marilah kita semua bangkit bersama Tun!!..

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 6:39 pm

Pondan Pdg Rengas ni elok bertanding atas tiket bebas PRU14 di Pdg Rengas kalau rasa diri betul2 hebat… Jadi MP berpenggal2 tapi tak deliver apa2 pun kat sana… macam haram jadah!!!!!

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 4:00 pm

tunggu 7 4 2017 pulak
ini baru punay wayang
jadi tak jadi belum tentu tapi
itu tarikh dah pileh

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:52 pm

Selagi belum ditanya malaikat kematian dialam kubur selagi itulah manusia boleh berbohong kepada manusia lain.Apakah dihukum sebat beratus kali semasa hidup didunia gara2 berbuat salah, adakah bila kamu sampai dialam barzakh, kamu sudah masuk syurga gara2 hukuman maksimun ala ade bawang yang diterima semasa hidup didunia.Dunia jadi sempit dan menjalani kehidupan yang tidak berkualiti disebabkan kuasa itu dipegang oleh orang politikan tiada kualiti kemanusian.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 4:04 pm
Reply to  Anonymous

Ruu355 umpama pasport ke syurga…debat bukan budaya kita(umngok be end)

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 4:05 pm
Reply to  Anonymous

Undi PAS dapat pas masuk syurga, bidadari menanti woo!!! Di jamin oleh ustaz hadee al merengi.. Klu mu tak pangkah PAS mu kafir harbi.. Faham molek2 tu.. Kikikiki..

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 4:21 pm
Reply to  Anonymous

Adakah Ade bawang al-merengi kuasa sepenggal boleh jamin manusia-manusia yang dihukum dengan teruk semasa hidup didunia bahawa manusia-manusia itu tersebut sudah dapat pasport masuk syurga ???

Adakah ade bawang al-merengi boleh jamin manusia kleptokrasi gagal dihukum didunia boleh masuk syurga???

Untung jual orang dari jual unta.

Zack Armstrong
Zack Armstrong
21 March 2017 4:21 pm
Reply to  Anonymous

Betul tu syurga pas di golok dan jln hamzah

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:35 pm

Kenapalah macai umgok bodoh sangat??? Cuba tanya diri sendiri tanpa menunjukkan kebodohan diri, kalau kamu menguasai pihak yang berkuasa, adakah perlu kamu membogelkan diri membuka pekung didada???macai oh macai..macai boleh gelak sakan tapi gelak bodoh piang berdosaatau gelak santai kerana tidak perlu tanggung dosa fitnah.cakap banyak pun tak guna.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:48 pm
Reply to  Anonymous

Partai Barang Naik @ BN dh mengelupor. Dgn satu bendera PH akan gempur habis2an kubu kuat mereka. Dosa partai barang naik dgn satu isu saja barang naik cukup untuk mereka berkubur… Nasihat ikhlas bila parlimen di bubarkan utk Pru 14..baik lari kuat2 ke negeri sejuk dan minta suaka politik krn konpam passport akan kena batal dan semua aset di Malaysia akan dirampas untuk DYMM agung.. Kikikiki..

Zack Armstrong
Zack Armstrong
21 March 2017 4:20 pm
Reply to  Anonymous

Presiden parti ni lah yg kata mereka sentiasa mendengar denyutan hati rakyat.
Mencuri lagi hak rakyat adalah

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:20 pm

Lega wooo ..nasib baik polis tahan. Kalau tak habis tun. Chief nikan hebat. Paling berani kalau banding dengan menteri lain yg ada ni. Gaya pun ada. Bini pun ramai dengarnya. Lawyer lak lagi tu. Kalau on debat ..kesian tun. Bukan tun akan kalah tapi kesian tun nak kena dengar cakap nazri sakai tu. Nazri ni sebenarnya jangan dilayan langsung. Org yg kurang ajar ni kita biarkan Allah swt je yg selesaikan. Pasti ada pembalasan. PRU akan datang pun dia pasti kalah. Lepas tu kau tengoklah dia cakap sorang2 …

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:41 pm
Reply to  Anonymous

He he.. Well said bro!!! I cannot agree more with you. Dulu tak ada satu lambang pun menang 2 ribu lebih sikit, skrg pakatan ada satu bendera dan lg tersusun utk gempur dgn isu ekonomi yg menghimpit pengundi mau tumpor mike yeop.. Konpam tersembam mike Pru 14..ini Kali lah… Cubit cikit pipi Nora danish.. Kikikiki

Anonymous
Anonymous
22 March 2017 5:31 am
Reply to  Anonymous

23.41 ..jgn cuba2 nak picit nora danish tu. Itukan chief junior punya. Sat lagi dia cari samseng babab kau nanti ..hahaha

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:59 pm

DAP PERLU RISAU APABILA MAHATHIR MENGAKU DIA PAKAR U-TURNBUKAN sekadar persepsi lagi apabila netizen menggelar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai ‘Juara U-turn’ sebelum ini. Dalam sebuah majlis ceramah parti berkenaan di Bangi pada sabtu, Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa dirinya merupakan seorang yang memiliki kepakaran dalam membuat tindakan serta keputusan yang berubah-ubah, atau ‘U-turn’.Sebelum ini, para netizen yang sedar akan sikap ‘lidah bercabang’ dan pembohongan Dr Mahathir telah mengecamnya di media sosial kerana seringkali membuat ‘U-turn’. Hasil daripada pengakuan dari tuan punya tubuh ini, penulis merasa timbul satu persoalan yang ingin benar mahu ditujukan kepada pihak DAP dan… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:24 pm
Reply to  Anonymous

Komen panjang lebar tapi tetap tunjukan bodoh piang.pernah dengarkah pihak berkuasa yang akan menentukan apa yang akan disiarkan untuk tontonan rakyat jelata? Komen bodoh untuk tatapan orang bodoh, tiada apa2 kebaikkan untuk orang celik/faham keadaan yang sedang berlaku.apa2 pun cash is king.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 6:39 pm
Reply to  Anonymous

Mengapa walaun2 tak sudah2 risaukan tentang TunM DAP dan PH,,,,Tak kah walaun semua sedar pas akan ghaib dari pentas politik dek kerana pemimpin2 nya IQ rendah lagi tamak utk duniawi semata,,,walaun juga harus ada rasa bimbang kalau2 penganut2 nya akan kembali ka alam asal nya di dalam gua untuk mengasingkan kelompok mereka dari bermuafakat dengan masyarakat yang berin
ovasi dan bertamaddun terutama untuk selamatkan negara

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 10:46 pm
Reply to  Anonymous

Apa yg kau merepek ni Labu????? Intelligent and smart people deliver their messages in a very brief and concise manner. You think people have the time to read your unintelligible comment????

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 11:18 pm
Reply to  Anonymous

Ahem.. Encik..encik.. Labu jgn sebut arr..

Labu Labi

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:56 pm

“TIME BOMB” MENUNGGU PAKATAN HARAPAN MENJELANG PRU14Seperti yang kami ulas kan sebelum ini di beberapa artikel kami, menjemput Tun Mahathir kedalam kandang bakal menyusahkan pembangkang , nampak nya andaian kami semakin betul. Umpama memikul biawak hidup itu lah perumpaan nya. Tun Mahathir yang kami kata kan dari awal tiada kesetiaan kepada sesiapa atau apa apa pun melainkan matlamat nya sendiri sahaja. UMNO yang puas di pergunakan dan dijadikan parti untuk kepuasan diri memperkayakan anak beranak dan para kroni pun oleh di tinggalkan begitu sahaja hanya sebab matlamat peribadi “perjuangan belum selesai” nya. Ia hanya selesai sebaik sahaja anak nya Mukhriz… Read more »

Zack Armstrong
Zack Armstrong
21 March 2017 4:17 pm
Reply to  Anonymous

Mr tong sam pah

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 4:28 pm
Reply to  Anonymous

Mr Tong Taek Low

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:52 pm

GERAK GERI MAHATHIR SEOLAH-OLAH DIA LEBIH SAYANGKAN DAP BERBANDING PPBMSejak menjalinkan hubungan baik dengan parti rasis dan cauvinis DAP, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dikatakan sering kali lebih mempromosikan parti yang didominasi bangsa Cina itu berbanding parti yang diterajuinya, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ini kerana dikatakan ada ahli yang menyertai parti Bersatu masih menyimpan keahlian UMNO, kerana berasa tidak yakin dengan Bersatu lalu jika apa terjadi mereka boleh kembali masuk ke dalam UMNO. Terbaru di Johor, Mahathir telah menyatakan kesilapan dirinya selama ini memburukkan DAP, kerana beliau lah yang menyebabkan nama DAP menjadi begitu buruk dan menakutkan… Read more »

Zack Armstrong
Zack Armstrong
21 March 2017 4:17 pm
Reply to  Anonymous

Mulut mr tong sam pah memang busuk

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:46 pm

Pelik, Kenapa DAP Begitu Prihatin dengan PASPAS hanya boleh menang besar dalam pilihan raya jika bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan, kata Lim Kit Siang. Veteran DAP itu berkata, rekod menunjukkan, jika PAS memasuki gelanggang secara bersendirian, parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen. Sebaliknya, kata Lim, PAS menang paling banyak kerusi parlimen apabila bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk DAP. “Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1959, paling banyak kerusi dimenangi PAS apabila bersendirian ialah 13 kerusi,” katanya dalam kenyataan. “PAS menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum… Read more »

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:58 pm
Reply to  Anonymous

Alih tiang gol. Tu je la balaci najip mampu buat.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 5:53 pm
Reply to  Anonymous

Tak usah nak sebut lagi pasal pas,,,banyak buang masa bincang parti pas yang bakal hilang ghaib dari persada politik dan penganut nya akan kembali masuk semula ke alam asalnya didalam gua,,,,kikikikikikiiii

Smart Pomen
Smart Pomen
21 March 2017 2:27 pm

Ape pun kite tunggu je. Tak lame. Tak kisah la debat ke , wawancara ke, minum teh tarik kat london ke, eh, silap. Program minum petang ke, Janji 4 mata akan bertemu. Kita tgk siapa yg kena.

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:57 pm
Reply to  Smart Pomen

Kalau dah payah bebenor, buleh je buat kat bengkel abg Pomen je kan? Bgtau saya nnt saya dtg nak dengor (buleh saya servis Kereta sekali alang2)

Smart Pomen
Smart Pomen
21 March 2017 6:24 pm
Reply to  Smart Pomen

Bleh, no problem, nanti saye siapkan tempat. Nak servis kereta pun bleh. Yg pro tun ade special offer. 90% diskaun. Tapi yg pro blah sane ade gak offer. Cuma 2.6% je. Ok la, dari mintak double.

Smart Pomen
Smart Pomen
21 March 2017 6:29 pm
Reply to  Smart Pomen

Tapi kalau pakai velfire dgn Audi tu kena beli filter sendiri ye. Bukan ape, tak mampu la nak belikan dulu. Mampu tengok je. Tapi kalau nak yg made in china boleh la.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:43 pm

Tak payah teropong pakai buluh & kelapa…dah tau debat kansel punya.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:39 pm

Nasi lemak pondan boleh la buka cawangan di padang rengas

Lojo
Lojo
21 March 2017 1:27 pm

simple……..
Berani kerana benar.
Takut kerana salah.

Dari kecil lagi kita diajar bahasa kiasan ini…..

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:20 pm

PEMBANGKANG PENIPU Kilang Lynas di Gebeng kini sudah 5 tahun beroperasi tanpa sebarang insiden. Tahap radiasi adalah purata 0.65 mSv/y di kilang manakala dos radiasi di Kuantan adalah pada 1.19 mSv/y – kedua-duanya di bawah 20 mSv/y had dos tahunan yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). "Ringkasnya, dos radiasi yang seorang individu alami daripada menonton televisyen tiub sinar katod (CRT) yang popular pada 60-an ke 90-an adalah lebih tinggi daripada tahap dos di kilang Lynas. Ungkapan seperti MUTANT, SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG, RADIOAKTIF Dan sebagainya digunakan. Sekarang macai Pakatan sunyi sepi mengenai Lynas. Mungkin kita boleh bertanya kepada… Read more »

Mizie Kutar
Mizie Kutar
21 March 2017 1:45 pm
Reply to  Anonymous

🙈🙉🙊…21:20 mencegah tu lebih baik dari merawat.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:48 pm
Reply to  Anonymous

Kau gebang la apa sekali pon…bila kredibiliti dah masok longkang, org tak caya. Itulah nasib bn , harap undi org kampong jer larr

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:48 pm
Reply to  Anonymous

.
.

Kat German dan Jepun pun kilang boleh bocor..

Kesan nya cukup menakutkan.

Najib ni suwey.. tunggu lah .

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:54 pm
Reply to  Anonymous

Pedulikan je berok bodoh bin bahalol 2120 tu

Tgh2 lawan bola tetiba je dia jadi org gila belari ke hujung padang nak cabut tiang gol nak bawak lari

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:19 pm

2106 DAN 2108…SEMBANG KENCANG TAKDE LER …TAPI NAMPAK MACAM KAU…NII..TUHAN DAH TUTUP HATI DAN IMAN KAU…SEBAB BANYAK MAKAN BENDA HARAM DAN BUAT BENDA HARAM..NASIHAT IKHLAS..BANYAKKAN SEMBAHYANG TOUBAT..SOLAT ISTIHARAH..MINTA DIBUKA PINTU HATI DAN DIBERI PETUNJUK
DAN HIDAYAH DAPAT MELIHAT KEBENARAN..AMIN…..

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 4:25 pm
Reply to  Anonymous

2119, ko mmg Lobai jual agama dan kingcin jampi..sedap2 boleh ukur iman orang. Tiket syurga pun ko jual blackmarket yer?

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:10 pm

Kan dsh ramai cakap debat tak mungkin dibenarkan

Najib takkan bebarkan sentuh isu 1 mdb…kalo nazri nak lawan baling gelas najib tak kisaah…

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:08 pm

2057,benang basah tu…agak2 la. Tak ada mu langsong la ko ni! Sembang kencang…akui sj la , cuba check celah kangkang ko tu..ada lagi tak? Kesian

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:06 pm

20.18,20.25 dan 20.51
Cuma baca utusan dan tonton tv3,hujah langsung tiada HOTS-high order thinking skills
Jika ambil STPM,sure gagal paper Pengajian Am
Bodoh habis,tak kasihan dgn diri sendiri ke?,…

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:57 pm

DEBAT NAZRI-MAHATHIR: NOTHING2HIDE PUN POLIS LARANG, DIA TETAP DATANGITULAH kisahnya pun – polis larang. Masa program Nothing2Hide dulu pun itu juga ceritanya (polis larang) tapi penyokong Mahathir tetap jadikan ketidakhadiran itu sebagai alasan untuk memaki hamun Perdana Menteri dengan macam-macam gelaran – nak sebut pun takut berdosa dengan Tuhan. Yang puak ini tak tahu, polis bukan sahaja memaklum kepada Perdana Menteri supaya jangan datang, polis juga memaklumkan kepada Mahathir supaya jangan datang. Bila tahu dari penganjur dan polis yang Perdana Menteri tidak datang setelah dilarang, Mahathir tetap terjah untuk tunjuk terer. Sebetulnya dia dah tau Perdana Menteri tak datang –… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:13 pm
Reply to  Anonymous

Masalahnye najib pengecut..najib takot cerita 1 mdb menambah besar kemaluanye..

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:50 pm
Reply to  Anonymous

Kepala butoh Bapak kau la anon 2057 oi

Nothing to hide tu program dah nak mula, audience dah penuh, Tun M dh ada, alih2 ada sekor robocar poli yg tetiba dtg tgh2 dewan batalkan program. Najip langsung xnampak muka.

john doe
john doe
21 March 2017 9:46 pm
Reply to  Anonymous

Betul bro Tajul.

Ini namanya nak putar belit tapi fakta pun tak betul.

Bingai tahap gaban.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:51 pm

TAK PAYAH SEMBANG PASAL PATUH UNDANG-UNDANG LA… BAWA SAJALAH DR. MAHATHIR DEBAT DENGAN NAZRI DI PADANG RENGAS 25 MAC NANTI!!!Perdebatan antara Nazri Aziz dan Dr. Mahathir yang dijangka pada 25 Mac ini, secara undang-undangnya telah terbatal apabila Polis Perak tidak memberikan kebenaran dan permit untuk perhimpunan perbahasan tersebut. Dan seperti biasa, para pentaksub dan penyokong Mahathir pun melolong-lolong macam anjing nampak hantu sambil menyorak-nyorak kononnya Nazri takut dan UMNO kecut sehingga perlu menggunakan polis untuk membatalkan perdebatan tersebut. Polis Perak memberikan beberapa sebab, termasuklah kelambatan oleh pihak penganjur iaitu Karangkraf (Sinar Harian) walaupun sebelum ini sangat berpengalaman dalam penganjuran sebegini.… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:31 pm

Ha ha ha ha…. 20.18….hang cakap apa ni…. Buta perut pun ada bengong pun ada… Tulih panjang awat rasa pandai sangat… Nak tergelak takut cramp perut tengok geng bijan cuba taichi…. Poodah dei

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:25 pm

MIMPI NGERI BUAT PH ADALAH PEMBAHAGIAN KERUSI PRU14 – PENGANALISISPakatan Harapan (PH) akan menghadapi masalah besar dalam isu pembahagian kerusi bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) kelak. Itu rumusan penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr. Shamsul Adabi Mamat. Menurutnya, penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selaku sekutu terbaharu PH – pembahagian kerusi melibatkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM akan menjadi lebih sukar. Ini kerana PKR dan DAP sudah pasti tidak akan menyerahkan kerusi masing-masing berbanding PAN yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding di setiap kerusi milik Pas pada PRU-14 nanti. “PH dijangka akan… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:25 pm
Reply to  Anonymous

Ape yg susahnye…bagi dun selangor ph dah selesai bagikan kerusi pru…

Orang luar plak yg sibok…profedsor ni dah tsnye majlis presiden PH?

Bersatu akan tumpukan kawasan ramai ahli umno tetapi margin kemenangan umno 2000 undi…tak de nasalah besar pon….najib yg takot…

Smart Pomen
Smart Pomen
21 March 2017 2:21 pm
Reply to  Anonymous

Indon bancuh simen please. Tiang gol goyang.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 3:11 pm
Reply to  Anonymous

Mimpi ngeri talian hayat chief perompak makin tenat.

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:45 pm
Reply to  Anonymous

"Ya pak saya udah ada ni. Nggak bisa simen pak posmen, bos saya simpan dedak aja.. Bisa ya pak saya guna'in dedak ganti simen"

..kata indon yg dipanggil abg posmen tadi huhu..

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:22 pm

DEBAT DIHALANG, NAZRI KECEWA TAPI TETAP AKAN TUNGGU KEHADIRAN MAHATHIRAhli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan tetap akan hadir pada sesi debat bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini meskipun ia tidak dibenarkan polis. Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kecewa dengan keputusan turut mengharapkan Dr Mahathir akan tetap hadir pada sesi perdebatan tersebut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dianggap sebagai hanya satu wacana dan bukan perhimpunan aman. “Saya harap Tun Dr M pun pada 25 Mac ini akan datang, saya akan datang dan pergi ke tempat itu.… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:43 pm
Reply to  Anonymous

action marah kut….he he Kalau tak jadi pun bukan salah dia. Water face pun tak drop…selamatlah konon….

diny yusof
diny yusof
21 March 2017 3:59 pm
Reply to  Anonymous

Macam mana ni Sdra Budin ?? Jadi ke tak jadi ? Persiapan telah pun saya buat .. anak saudara telah pun bersetuju untuk memandu pada Sabtu ini … maklumlah perjalanan agak jauh bagi saya . Kalau betul betul di batal , betullah tekaan saya . Ketua Penjilat Najib tidak akan sekali kali memberi lampu hijau . Dia risau mama hipo haramkan dia balik ke Negeri Sembilan . Ketua Penjilat Najib juga khuatir Itu Zahid Komidi kasi kansel lesen perniaagan senjata milik anaknya . Itu Pahlawan Hasnan bilang takut tercetus kekacauan . Kita dah kata , kita ni manusia bertamadun .… Read more »

john doe
john doe
21 March 2017 9:38 pm
Reply to  Anonymous

Saya memang tidak mempunyai perancangan utk pergi spt pak Dini tapi saya dah pun khabarkan kpd isteri saya bahawa kalau berkesempatan saya mahu pergi tapi nampaknya tiada perancangan yang diperlukan lagi. Ini chief Padang Rengas serupa hantu pun ada, dia yang tuan rumah jadi dialah kena pastikan majlis boleh diteruskan tanpa sebarang halangan. Kalai polis dah kata tak boleh walaupun alasan polis tu memang tak logik tapi itu dah jadi halangan sah. Kalau Tun M pergi dan kemudian beliau atau penyokong yang hadir kena tangkap pasal engkar arahan polis, tak ke gila namanya tu. So, ajakan Nazri yang dia akan… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:22 pm

Keh4
Alasan kartun debat dibatalkan.
Rupanya ada juga yg tak bertelor.

Mizie Kutar
Mizie Kutar
21 March 2017 12:21 pm

riak muka macam nak tinggalkan UMNO je…

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 6:33 pm
Reply to  Mizie Kutar

Elok juga tu tinggalkan umno, bertanding atas tiket bebas kat Padang Rengas kalau rasa diri betul2 hebat…

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:18 pm

DEBAT RISIKO UNTUK MAHATHIR ,ITU SEBAB PUAK MAHATHIR CUBA GAGALKANDari awal portal kami sudah ,memberi tahu Mahathir di hadapan rakyat tidak sama dengan Mahathir di belakang rakyat. Misal nnya nya pada isu siastan FOREX Bank Negara beliau akan menyatakan “siasat lah saya” atau “saya tidak takut” namun sebalik nya menggunakan Gurkha nya untuk menghubungi pihak tertentu untuk berusaha membatal atau mengagalkan nya, Apa yang Mahathir lakukan ada lah dengan cara ,menggunakan pihak lain, maka jika terbocor dia akan cuci tangan dan menyatakan dia tidak tahu menahu. Itu cara Mahathir. Pada isu 1MDB siapa yang tahu tiba tiba Mathias Chang dan… Read more »

Salwah Abdat
Salwah Abdat
21 March 2017 12:35 pm
Reply to  Anonymous

Najib atau MO1 lagi besar punya penakut dan puaka mentekedarah wang Negara dan Rakyat Malaysia….!!

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:03 pm
Reply to  Anonymous

CINA DAP BUAT LAPORAN SPRM, TUN DR. MAHATHIR ADA KEKAYAAN RM1.194 TRILLIONFriday, 11 December 2015 Ada satu perkembangan yang menarik…. Siapa individu yang bernama Abdul Hamid yang tiba-tiba mendapat perhatian luar biasa hari ini, terutama daripada DAP? Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming segera menggunakan isu yang dibangkitkan itu dengan segera membawanya ke pengetahuan SPRM menerusi laporan yang dibuat. Dalam kenyataan medianya, Chong Zhemin berkata laporan SPRM itu dibuat kerana dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid bahawa Mahathir menyerang Najib kerana Najib telah menghalang Mahathir daripada membawa masuk dana berjumlah… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:17 pm
Reply to  Anonymous

Polis gelak baca citer ko madey irang terkayer…hahaha

Zack Armstrong
Zack Armstrong
21 March 2017 1:30 pm
Reply to  Anonymous

Sampah drp Mr Tong Sam pah

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:15 pm
Reply to  Anonymous

Siapa yang lari angkat kaki masa program Nothing To Hide? Padahal masa tu Tun Mahathir masih ada di tempat yang sama menunggu Najib datang. Tapi bila tahu Tun Mahathir ada di situ, Najib tak jadi hadir ke program Nothing To Hide dan terus pergi angkat kaki. Ini satu kejadian yang satu Malaysia tahu. Siapa yang OSAkan Laporan Audit 1MDB? Ada laporan tapi diOSAkan. Untuk apa dan kenapa tidak boleh dilaporkan secara terang-terangan kepada rakyat Malaysia? Kenapa perlu dirahsiakan? Siapa yang selalu lari dari topik 1MDB dan derma 2.6b? Sehingga tak boleh didebatkan di Parlimen oleh pembangkang. Bila didebatkan di Parlimen… Read more »

Smart Pomen
Smart Pomen
21 March 2017 2:17 pm
Reply to  Anonymous

Tuan budin. Awak punya blog banyak sampah la. Jaga la skit. Bertaburan, lepas tu panggil indon bancuh simen, suruh simen tiang gol. Kalau indon bancuh simen kat kolam mancing, panggil bangla pulak.

mat sawang
mat sawang
21 March 2017 2:47 pm
Reply to  Anonymous

sampah 21:03.
sib baek aku takmampuih sbb tepilanjat…kalu hang mampuih alhamdulillah.
ckp mlayu hang takmao dengaq .ckp cina juga hang pi dengaq. ..mmg sebijik mcm amno haramjadah barua cina.
kalu madey ada duit byk. mcm hang kata.najib plk halang tak bg msk.
ini boleh mendatangkan kemarahan..
baik pulak najib halang duit nak msk. kalu hang nak tau abd hamid tu olang mlayu punya pak tiri pak penakan. tak cari alamat tak mkn.

sbbtu mlayu kena juai.walau pong mlayu jd bapak-bapak dan kepala bapak dlm negara malaisa.

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 2:49 pm
Reply to  Anonymous

Kalau betul Mahathir ada duit trilion, dah lama dulu lagi point ni disebut oleh kumpulan penyangak ni. Mula-mula mereka korek pasal BMF tapi bila Mahathir buktikan laporan CIA mukasurat 4 kata PM di masa tu tak terlibat, mereka berhenti sebut tentang BMF. Kemudian mereka gali lagi cari pasal Forex pula. Masa meletup tentang BMF tu kita tak dengar tentang duit trilion ni. Baru sekarang cerita duit trilion ni timbul. Alangkan duit 2.6b pun boleh dikesan dan ada money trail, inikan pula duit trilion. Duit trilion tu sudah tentu sekarang ni disimpan di salah satu bank-bank di dunia, sebab tidak mungkin… Read more »

Salwah Abdat
Salwah Abdat
21 March 2017 2:53 pm
Reply to  Anonymous

Ada ke logik Najib besar punya buaya konon enggan terima masuk dana Tun M yang bernilai RM 1.94trillion,,kalau betul ada dana tersebut nescaya Najib lah orang yang pertama mencurinya..!!

Salwah Abdat
Salwah Abdat
21 March 2017 3:01 pm
Reply to  Anonymous

Anon 21.03 banyak nonton cerita cartoon…….!!!

diny yusof
diny yusof
21 March 2017 3:40 pm
Reply to  Anonymous

Anon 21:03 ni nonton cerita " Wolf of Wall street " banyak kali sangat .

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:40 pm
Reply to  Anonymous

WTF punya statement mak enon 2018 ni? Dah gila babi ke gamaknya?

Kpd Mak enon 2103, tak cukup purba lagi artikel tu. Lain Kali sila lampirkan artikel daripada zaman jepun. Dapat statement dari zaman kesultanan melayu Melaka lagi bagus. Tak karang tak nampak pulak bodoh nya kau.

Sebab skg geng2 amno blumba2 menunjukkan kebodohan agar dapat post menteri.

Malaysiabaru
Malaysiabaru
21 March 2017 12:13 pm

Boss

Bukak setakat teruk tapi

HANCUR!!! JAJANAM !!!

Cilaka punya najib umno jual Negara !!

Komunis dah control

Singapok dah sapu semua hartanah di klcc

Thai Siam budha dah sapu semua Tanah di Penang seabab

Duit sing dollar dah jatuh sebab najib jadi ejen sengapok

Cilaka

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:10 pm

.

.

Nazri tahu apa akan jadi pada dia selepas ini. Dah lah debat tak jadi kena pulak tindakan berupa pengajaran kepada yang lain.

Dalam hal ini ada juga bodoh nya Nazri yang menyangkakan 1MDB bersih dan tidak menyalahi peraturan kewangan.

Padahal banyak negara telah mengambil tindakan ke atas pelaku yang berkaitan dengan 1MDB.

Nampak nya Nazri nak sekolah pemimpin UMNO yang begitu takut dengan berdebat.

Kamal
Kamal
21 March 2017 1:54 pm
Reply to  Anonymous

Ini Nazri punya skrip drama da…. dia yg sebenarnya suruh polis jangan benarkan berdebat… kmdn purak2 marahkan polis…. piirrraaah

radi
radi
21 March 2017 4:15 pm
Reply to  Anonymous

Setuju dgn pendapat sdr kamal. Semuanya ikut skrip politik dumno. Tak de nya berani nazri ni berdebat dgn tun. dari awal lagi rakyat dpt menilai…

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 12:04 pm

I have noted of late umno spokesman all over peninsula and sabah are curiously and suspiciously silent. Not mmuch attack on oppositions.

I like an english phrase, "there is calm before the storm".

Sign of big tsunami?????

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 11:59 am

It boils down to najib and rosmah. Sedangkan lapuran AG diOSAkan apatah lagi open debate.

So all the excuses for not holding the debate were essentially stage acts. Nazri and the gang knows. At least blame it on the police.

Nazri….proven you are a loose cannon.

Salwah Abdat
Salwah Abdat
21 March 2017 12:28 pm
Reply to  Anonymous

Jika mahu debat boleh di teruskan juga di Thailand atau Singapura sewa Dewan go ahead,,buat live streaming……!!

Anonymous
Anonymous
21 March 2017 1:27 pm
Reply to  Anonymous

Kikikiki.. Wayang baik punya. Finale nya pak polisi yg rupanya penjahat Kikikiki.. Apa pun pasca Pru 14 kita akan ;

# tangkap AG afundi
# tangkap barua JASA
# tangkap barua singapork
# tangkap barua komunis
# tangkap barua losemah

Ini kalilah
Kasi tumbang barang naik BN
Kita ubah PM najib

Ini Kali lah Kikikiki.

Tajul
Tajul
21 March 2017 4:33 pm
Reply to  Anonymous

Oklah Abang pulis sekalian

Pekata debat tu buat kat padang merbok

Semua datang misti pakai baju purple – lain kaler takleh

Yg bceramah wajip pakai serban (sbb nazri dogoi)

Penonton wajip pakai kopiah putih

Hantar permohonan 30 hari awal

Takkan tak lulus jugak kot..

john doe
john doe
21 March 2017 9:43 pm
Reply to  Anonymous

Keputusan ini buat saya tertanya tanya adakah debat ini dianjurkan di tempat terbuka?

Kalau di tmpt tertutup takkanlah ia satu 'perhimpunan'.

Tak perlu susah hati.

Cuba sekali lagi di Pulau Pinang ataupun Selangor dan buat di dalam dewan tertutup. Tapi itu pun sia-sia saja sebab di PWTC pun genera UMNO cabut.

Inikan pula macai bingung.

Kesimpulan sudah dibuat iaitu sama ada Nazri memang penakut pondan baling gelas tak pecah ataupun Najib yang halang sebab takut dirinya dilondehkan sekali lagi.

Kot mana pun hanya buktikan UMNO di bwh Najib memang nak melingkup.