Tag: zahid hamidi

NAJIB, ZAHID HAMIDI SETUJU ATAU TIDAK MOU DENGAN PH, MASIHKAH ADA MASA DEPAN BUAT MEREKA SELEPAS INI?

Sebagaimana sebahagian besar daripada kira menyedarinya, bekas Perdana Menteri Najib Razak adalah pemimpin yang paling aktif memberi komen di media sosialnya berkaitan apa saja isu yang berlaku dalam negara dalam tahun-tahun kebelakangan sejak UMNO kehilangan kuasanya. Kadang-kadang reaksinya mencakupi lebih daripada satu sudut yang berbeza dan dimuatkan pula untuk bacaan rakyat hanya seketika selepas reaksi […]

PUSINGAN U ROS SUATU KEMENANGAN BUAT ZAHID HAMIDI, TAPI MENJADIKAN ISMAIL SABRI PM ‘LAME DUCK’

Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi. Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih dalam tempoh yang singkat daripada pembedahan baru-baru ini dan seterusnya dapat mempengerusikan mesyuarat MT UMNO sebaik saja keluar daripada hospital. Dengan keputusan terbaru […]

KES MAHKAMAH ZAHID HAMIDI, NAJIB CABARAN UTAMA MENANTI ISMAIL SABRI

Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini, beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya. Selain menguruskan pandemik Covid19 yang diharapkan rakyat pendekatannya berbeza dengan Mahiaddin Md Yasin dulu, ia juga adalah cabaran yang tentu saja tidak mudah dihadapi oleh Ismail Sabri yang merupakan sebahagian pasukan kerajaan […]

LETAK JAWATAN SEBAIK-BAIK PILIHAN BUAT MAHIADDIN, USAH CUBA LAGI MENDATANGKAN MASALAH KEPADA AGONG

Dari segi perlembagaan dan prinsip moral, kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini. Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO, dipercayai seramai 14 orang jumlahnya, pada peringkat awal ini sudah menandatangani surat akuan menarik sokongan terhadap kerajaan dan senarainya telah pun disembah maklum kepada Yang […]

ZAHID HAMIDI ‘DIBODOHKAN’ MENTERI2 UMNO?

Sehari sebelum sidang khas Parlimen semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media yang memberi arahan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinannya. Seterunya dalam kenyataan bertarikh 25 Julai itu beliau menegaskan, “Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan […]

ISMAIL SABRI – ALAT MAHIADDIN UNTUK PECAHKAN UMNO ATAU ALAT UMNO UNTUK CEPAT RAMPAS KERUSI PM?

Siapa sebenarnya Ismail Sabri Yaakob dalam perkelahian politik antara UMNO dengan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini? Pada awalnya, ketika nama beliau diumumkan secara mengejut sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa jam menjelang mesyuarat MT UMNO Rabu malam yang lalu, ramai yang melihat perlantikannya adalah untuk Mahiaddin meredakan suhu panas dan penolakan parti itu terhadapnya. Berikutan MT […]

JIKA MAHU MENANG PRU, JANGAN BERTANGGUH LAGI, UMNO MESTI SEGERA PISAHKAN DIRINYA DARIPADA KEGAGALAN PN

Ada pepatah lama menyebut, kerja bertangguh tidak menjadi dan kerja beransur tidak bertahan. Ia memberi maksud sesuatu kerja yang dilakukan secara bertangguh-tangguh tidak mungkin memberi hasil yang diharap-harapkan. Pesan orang tua-tua pula selalu mengingatkan, kerja yang bertangguh tanda tidak bersungguh. Maksud ingatan itu ialah jika kita bersungguh mahu melakukan sesuatu perkara, ia mesti dilakukan dengan […]

ZAHID HAMIDI SUDAH DIBERI MANDAT, LEBIH BAIK PENENTANGNYA CEPAT2 MASUK BERSATU

Di bawah ini ialah petikan berita daripada portal UMNO Online bertarikh 28 Mac 2021 berhubung ucapan Zahid Hamidi ketika menyampaikan penggulungan dalam penutup PAU2020 di Dewan Merdeka, PWTC. ———————————————————– Perwakilan telah bersetuju untuk memberikan mandat kepada presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menentukan tarikh penarikan diri parti dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), […]

MUSUH SEBENAR UMNO IALAH KLUSTER MENTERI, BUKANNYA BERSATU

Selaku Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kini memikul beban serta tanggungjawab paling besar dalam sejarah parti itu. Dibahunya terpikul tugas untuk memastikan UMNO kembali berkuasa setelah ia ditewaskan buat pertama kali pada PRU14 lalu. Berbanding Presiden UMNO sebelum ini yang hanya bertanggungjawab mengekalkan kemenangan dan mempertahankan kuasa, inilah kali pertama seorang peneraju parti itu perlu […]

ANTARA MANDAT PAU DAN TAKTIKAL ZAHID HAMIDI, YANG TAK DIFAHAMI, NAK TUNGGU APA LAGI?

Dua hari lalu Najib Razak meluahkan rasa tidak fahamnya mengapa BN masih lagi menyokong kerajaan PN, meskipun telah ditanggapi sebagai kerajaan yang gagal. Kata Najib, beliau sebenarnya segan untuk memberi sebarang komen tentang tanda pagar #KerajaanGagal yang menjadi trending di laman sosial Twitter kerana BN sendiri masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang dianggap […]

PEMILIHAN UMNO SUDAH DEKAT – JATUHKAN ZAHID HAMIDI MELALUI PERTANDINGAN, BERHENTI DESAKNYA LETAK JAWATAN

Ramai kini yang tampil bersuara menggesa agar Ahmad Zahid Hamidi berundur dan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO. Di samping segelintir mereka tidak yakin kedudukannya yang berdepan deretan kes mahkamah mampu memacu kemenangan, yang lain menggesa demikian kerana keengganannya tunduk membawa UMNO bekerjasama dengan Bersatu. Annuar Musa dan Shahidan Kassim yang kuat mengkritik Zahid Hamidi sekarang […]

TIDAK CUKUP SETAKAT PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN BERSATU, PAU SABTU INI MESTI JUGA BUAT KETETAPAN KELUAR KERAJAAN PN

Apa yang sepatutnya dilakukan Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini? Satu perkara yang jelas akan dilakukan UMNO ialah memuktamadkan putus hubungan parti itu dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang. Berdasarkan senario terkini, disebabkan isu putus hubungan itu adalah usul yang diluluskan oleh majoriti UMNO bahagian-bahagian dalam mesyuarat perwakilan masing-masing tiga bulan […]

ZAHID HAMIDI SERU JANGAN BIMBANG, MEREKA YANG MAHU GADAI UMNO HANYA ‘KUMPULAN KECIL’

Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang. Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan. Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar. Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh […]

SIAPA BAKAL LAWAN ZAHID HAMIDI? APAKAH PEREBUTAN PRESIDEN UMNO KALI INI ANTARA KLUSTER ‘NO BERSATU DENGAN ‘PRO BERSATU’?

Walaupun setelah Zahid Hamidi baru-baru ini memberi jaminan bahawa pemilihan UMNO akan tetap diadakan pada tahun ini sebagaimana dijadualkan, mengapa masih ada yang mendesaknya agar berundur? Mengapa mereka tidak mahu menunggu pemilihan UMNO yang dijangka pada bulan Jun atau Julai untuk menjatuhkan beliau? Adakah mereka yang mengidam jawatan Presiden UMNO masih ada rasa takut untuk […]

DESAKAN ZAHID HAMIDI BERUNDUR ADALAH TINDAK BALAS KARTEL MUHYIDDIN UNTUK BERSATU LEBIH MUDAH MENELAN UMNO

Desakan secara tiba-tiba yang muncul agar Zahid Hamidi berundur daripada jawatannya dengan jelas menunjukkan Muhyiddin Yassin dan kartel di sekelilingnya sudah mula bertindak balas terhadap Presiden UMNO itu. Ia tidak lain adalah disebabkan UMNO telah membuat keputusan melalui usul di peringkat bahagian-bahagian untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang. Walaupun MT UMNO telah […]

BAWA USUL KELUAR PN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO ADA RISIKO BUAT ZAHID HAMIDI

Seorang pemimpin Bersatu hanya tertawa kecil dengan keputusan mesyuarat MT UMNO malam semalam yang akhirnya tidak membuat apa-apa ketetapan untuk keluar daripada kerajaan PN. Sebaliknya, mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memutuskan untuk membawa usul hubungan tegang parti itu dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung yang dijadualkan pada 31 Januari ini. Ketua […]

UMNO JANGAN BERGANJAK LAGI, ANNUAR MUSA SUDAH MEMUDAHKAN MT BUAT KEPUTUSAN

Segala-galanya kini sudah terdedah secara terbuka dan bukan merupakan suatu rahsia lagi. Menjelang mesyuarat MT UMNO malam ini di mana parti itu akan membuat keputusan penting berhubung kedudukannya dalam kerajaan PN, Annuar Musa tampil mendedahkan tentang surat sokongan Zahid Hamidi yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kata Annuar […]

PERMOHONAN MAAF ZAHID HAMIDI ANCAM MASA DEPAN UMNO?

Walaupun krisis politik di Perak boleh dianggap sudah selesai dengan Bersatu dan Pas akhirnya setuju menerima Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar yang baharu, tetapi ia dibayar dengan harga yang mahal apabila Presiden UMNO, Zahid Hamidi terpaksa meminta maaf atas kekhilafan menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu melalui tipu daya undi percaya. Berikutan persetujuan menerima Saarani itu, […]

TOK MAT CABAR ZAHID HAMIDI PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN?

Entah kenapa, Presiden UMNO, Zahid Hamidi tiba-tiba saja mengungkit peristiwa lama ketika beliau mengambil cuti daripada tugas mengetuai parti pada 2019 dahulu. Ketika beliau bercuti itu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memangku tugas sebagai Presiden UMNO. Zahid Hamidi berkata, beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi […]

USUL PERCAYA ZAHID HAMIDI JELAS BERMAKSUD MUHYIDDIN SUDAH PERLU DIGANTI

Ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Zahid Hamidi yang turut menyentuh tentang perlunya PN sendiri membawa usul percaya terhadap Perdana Menteri bagi mengelakkan kedudukan Muhyiddin Yassin terus dipertikaikan, jika diperhalusi adalah ibarat hentakan ke kepala terhadap jawatan Perdana Menteri itu sendiri. Ini kerana usul percaya adalah sama maksudnya dengan usul […]