Tag: yang

US$120 JUTA DUIT PINJAMAN KWAP KEPADA SRC INTERNATIONAL MASUK KE AKAUN PERIBADI NAJIB – SAKSI

Najib Razak menerima USD120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu. Pengarah Urusan Quantuma International Angela Barkhouse yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir memberi keterangan, bahawa wang itu masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri di Ambank […]

CAKAP SAJALAH TERUS-TERANG KUMPULAN KARTEL ITU IALAH AZMIN ALI

Adun Selat Kelang daripada Bersatu, Abdul Rashid Asari tampil mendedahkan sebab mengapa beliau mengambil keputusan menyokong Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Katanya, tindakannya bukan disebabkan kecewa kerana digugurkan sebagai Pengerusi Bersatu Selangor. Sebaliknya, Abdul Rashid mendakwa, tindakannya itu adalah disebabkan Bersatu Se­langor telah dikuasai “kumpulan kartel” dipimpin individu “baru sehari dua” menyertai parti itu. Beliau […]

APA YANG SYED SADDIQ HARAP LAGI DARIPADA MAHIADDIN?

Mahiaddin Md Yassin semalam mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama PN dalam jelajah ke seluruh negara yang bakal digerakkan gabungan tersebut. Kata beliau, Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN dalam jelajah ke seluruh negara mengenai isu-isu semasa nanti. Siri jelajah itu juga, tambah Mahiaddin, akan […]

JAMINAN MENTERI KDN PATUT DIBERIKAN TABIK AWAL DUA BELAH TANGAN

Jaminan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bahawa tidak akan ada campur tangan politik dalam kelulusan RoS berkaitan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan parti itu Sabtu lalu, tentu saja sesuatu yang melegakan. Jaminan itu bukan saja melegakan Bersatu, malah juga memberi kelegaan kepada rakyat yang mahu melihat politik negara ini sentiasa bersih dan tidak dikotori […]

WALAUN ADA DI MANA-MANA

Istilah walaun sering dikaitkan dengan Pas iaitu mereka yang menjadi penyokong tegar, teramat setia, taksub dan memiliki wala’ melampau kepada pemimpin utama parti tersebut. Golongan ini akan mempertahankan apa saja keputusan, cakap atau kata-kata pemimpin utama mereka itu. Secara umumnya walaun bukanlah perkataan yang diiktiraf secara rasmi, tetapi ia berasal daripada perkataan wala’ atau setia. […]

KILANG GOODYEAR TUTUP, KERAJAAN DISERU BUAT ANALISA SEGERA

Bekas menteri Rafidah Aziz menyeru kerajaan segera respons pada perkembangan sekitar rancangan penutupan kilang perusahaan Goodyear di Shah Alam. Rafidah berkata kerajaan harus himpun maklumat menyeluruh bilangan syarikat yang telah menghentikan operasi di Malaysia dan menganalisis faktor di sebalik penutupan itu. “Terkejut apabila terbaca berita tentang Goodyear, yang selepas sekian lama berada di sektor industri […]

WALAU PERLEMBAGAAN TELAH DIPINDA, ADUN BERSATU MASIH TAK TAKUT MENGALIH SOKONGAN

Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari hari ini menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Menerusi satu kenyataan, katanya, keputusan itu dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan. “Ini setelah saya meneliti ucapan DYMM Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang berada di landasan tepat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. […]

SRC MENJADI MEDIUM YANG DIMANIPULASI NAJIB – PEGUAM

Di bawah pengawasan Najib Razak selaku menteri kewangan, SRC International Sdn Bhd (SRC) menjadi mangsa penipuan besar-besaran oleh bekas perdana menteri itu, kata peguam syarikat terbabit. Membacakan kenyataan pembukaan dalam perbicaraan penuh hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Lim Chee Wee turut memetik kata-kata Najib sendiri mengenai syarikat SRC. Kata Lim, Najib […]

KOS PRK ADALAH ISU KECIL, RoS PERLU LULUSKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN BERSATU DEMI PERTAHAN IMEJ ANWAR

Terdapat sesetengah pihak seperti cuba menghasut Pendaftar Pertubuhan atau RoS agar menolak pindaan perlembagaan yang diluluskan Bersatu, Sabtu lalu. Alasan mereka, jika pindaan itu diluluskan, ia akan menyebabkan enam pilihan raya kecil atau PRK terpaksa diadakan yang pastinya akan mengakibatkan banyak perbelanjaan wang kerajaan perlu dikeluarkan. Kata mereka lagi, kos mengadakan PRK bukan ada harga […]

SEDIA HADAPI PRK, UMNO DISARAN SEGERA BUKA ‘WAR ROOM’ DI PARLIMEN ‘ENAM JAHANAM’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Ahmad Maslan mencadangkan Umno membuka “war room” di enam Parlimen milik Bersatu sebagai “persediaan awal”. Beliau yang juga ketua sekretariat war room Umno pusat berkata demikian susulan pindaan perlembagaan Bersatu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan yang diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung khas, semalam. Ahmad merujuk kepada […]

DARIPADA ENAM KERUSI LOMPAT, SATU DARIPADANYA SANGAT BERPOTENSI DIRAMPAS SEMULA, MAKA BIARKAN SAJA ADA PRK

Melalui perhimpunan agung khas yang diadakan petang tadi, pindaan perlembagaan Bersatu untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya mengalih sokongan secara individu kepada pihak lain berjaya diluluskan secara sebulat suara. Pindaan itu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan di mana melalui perbuatan mengalihkan sokongan itu, keahlian mereka dikira terbatal secara automatik. Usul pindaan yang dikemukakan […]

TERLANJUR DR. KHAIRUDDIN SUDAH DILANTIK KETUAI J-KOM, APA PULA CERITA KES GANGGUAN SEKSUAL DR. AGUS?

Semalam telah diumumkan secara rasmi Dr. Khairuddin Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi menggantikan tempat Dr Mohd Agus Yusof yang sebelum ini meletakkan jawatan berikutan kontroversi “video Wahab”. Khairuddin ialah bekas Adun Paya Jaras dan sekarang merupakan Setiausaha PKR Selangor. Sebelum menyertai PKR, beliau adalah ahli Pas yang memenangi kerusi Dun Paya […]

ELOKLAH DIADAKAN PRK DI ENAM KAWASAN LOMPAT SOKONGAN ITU…

Setakat ini tiga daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang melompatkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan perlembaan parti itu pada 2 Mac ini membuatkan mereka tiada pilihan lain. Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi […]

SIASATAN TAK DIHENTIKAN, SPRM SERAH KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK KEMBALIKAN KES ZAHID HAMIDI KE MAHKAMAH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengembalikan semula kes mahkamah membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi di sini, tahun lalu. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dilakukan terhadap kes membabitkan Timbalan Perdana […]

PENGERUSI BERSIH BEKAS PRESIDEN ABIM, SEBAB ITUKAH DEMO HANYA 100 PESERTA PUN DAPAT PERHATIAN SEGERA DARIPADA PM?

Berikutan tindakan Bersih mengadakan demonstrasi ke Parlimen Selasa lalu yang cuma dihadiri 100 peserta, banyak pihak, terutama yang pro Anwar Ibrahim, tampil mengecam dan memperlekeh gabungan pemantau pilihan raya itu. Bersih mengadakan demonstrasi berkenaan untuk menuntut kerajaan melaksanakan semua agenda reformasi dengan sesegera mungkin melalui tema #reformasi100peratus. Disebabkan hanya 100 peserta saja yang hadir, rata-rata […]

ANWAR PATUT SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN KEPADA RAFIZI

Akibat kejatuhan nilai ringgit, Anwar Ibrahim selalu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kini dihentam dengan teruk daripada segenap sudut, tak kira siang atau malam. Lebih teruk lagi hentaman itu kerana tindakan Anwar sendiri cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan media berkenaan kejatuhan ringgit itu, sebaliknya menyerahkan kepada Gabenor Bank Negara untuk menjawabnya. Di mata banyak pihak, […]

KENAPA TITAH AGONG TIDAK DIHORMATI?

Ketika merasmikan pembukaan Parlimen semalam, antara intipati titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ialah peringatan baginda kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa baginda tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Baginda bertitah, semua orang harus menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk dan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat […]

ANWAR YANG DIKEJAR JANJI

Semalam, Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menyerangnya sekarang berhubung kenyataan mahu menurunkan harga minyak yang pernah dibuatnya 20 tahun lalu. Ini kerana kata beliau, kenyataan ketika itu dibuat dalam keadaan yang tidak sama dengan sekarang. “Masa saya umum dulu ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok harga minyak turun’, harga minyak di Arab Saudi […]

KERAJAAN DICADANG SEGERA TUBUH MAJLIS PEMULIHAN EKONOMI

Satu majlis pemulihan ekonomi perlu dibentuk secara ad hoc oleh kerajaan bagi menangani isu-isu yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kekurangan bekalan barangan, kenaikan harga barangan, kos hidup bukan sahaja membimbangkan, sebaliknya turut menekan rakyat. Ini kerana, situasi yang berlaku sekarang sudah menekan […]