Tag: yang

HUSAM SAH LETAK JAWATAN NAIB PRESIDEN AMANAH

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diadakan pada 6hb September lepas telah meluluskan permohonan Datuk Husam Musa untuk melepaskan jawatan Naib Presiden AMANAH. Permohonan perletakan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai. Memandangkan kebolehan […]

TIDAK ADA ALASAN UNTUK KEFANATIKAN AGAMA

Saya bertegas menentang retorik fanatik agama atau kaum yang terus memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia. Ahli Parlimen Pasir Puteh YB Nik Muhammad Zawawi Salleh yang memberi komen terkait kitab Injil baru-baru ini adalah sikap yang kurang bijak, tidak peka dan mencerminkan pemahaman Islam yang rendah etika tatkala berbahas dengan penganut-penganut agama lain, dalam konteks ini ia […]

TERTEMBAK KAKI SENDIRI – PROJEK RUNDING TERUS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DILULUS ERA BN

1) Dalam “pendedahan” oleh Menteri Kewangan PN pada hari ini, Kementerian Pengangkutan semasa pentadbiran PH dikatakan telah meluluskan 4 projek secara rundingan terus dan nilai projek yang paling tinggi ialah dari Kementerian Pengangkutan. 2) Saya cuma nak bentangkan fakta supaya fakta tersebut boleh berbicara sendiri. 3) Projek yang dimaksudkan ialah Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Berkembar […]

MN PECAH ATAU PN TERPECAH?

Kerajaan yang memerintah sekarang adalah Perikatan Nasional atau PN, walaupun ia belum lagi didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang sah. Meskipun UMNO dan BN adalah kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam PN, tetapi ia sudah mengesahkan tidak akan menyertai PN selepas didaftarkan nanti. Setujunya UMNO dan BN berada dalam PN adalah semata-mata sehingga habis tempoh Parlimen PRU14, […]

KAJIAN SEGERA DIPERLUKAN UNTUK PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Meski pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ditangguhkan hingga awal tahun depan, kerajaan mesti segera mengkaji pendekatannya untuk membantu masyarakat Bumiputera dengan menghapuskan dasar yang hanya memperkaya gerombolan elit dan para petinggi politik. Di Parlimen hari ini, saya mendesak kerajaan untuk menyiasat dan mendedahkan bagaimana berbilion saham dan tanah Bumiputera telah hilang lantaran dari ketirisan dan […]

APAKAH MENGAMBIL WANG SECARA SALAH BOLEH BERTUKAR JADI HALAL JIKA TOLONG ANAK2 YATIM?

Kira-kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International, Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu bukanlah digunakan untuk tujuan peribadi. Bekas Perdana Menteri itu yang akan membuat rayuan terhadap keputusan bersalahnya di Mahkamah Rayuan dengan demikian menyifatkan hukuman terhadapnya sebagai “amat […]

MORATORIUM TAMBAHAN DIUMUM PM TAK DIJAMIN AUTOMATIK, RAMAI TAK DAPAT MANFAAT

Saya ambil maklum pengumuman Perdana Menteri berhubung pelanjutan terpilih moratorium bank selama 3 bulan. Pelanjutan ini adalah bermaksud untuk memanfaatkan rakyat yang sedang kesempitan, terutamanya mereka yang telah kehilangan kerja dan punca pendapatan akibat Covid-19 dan PKP. Kepada mereka yang gajinya terkesan, bank-bank akan menawarkan pengurangan dalam pembayaran pinjaman. Langkah ini akan memberi kelegaan kepada […]

GUNAKAN PAMPASAN GOLDMAN SACHS UNTUK TEBUS BON 1MDB

Usaha Pakatan Harapan dalam isu 1MDB telah berjaya membuahkan hasil, di mana sejumlah besar dana yang diseleweng ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak telah dibawa kembali ke Malaysia. Namun, usaha ini tidak harus terhenti di sini. Sebelum ini, Malaysia telah memperolehi US$620 juta (RM2.6 bilion) daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Terbaru, bank […]

PERISYTIHARAN HARTA SUATU KEPURA-PURAAN, ADAKAH HISHAMMUDDIN MENTERI PALING MISKIN?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat perisytiharan harta anggota-anggota pentadbiran kerajaan. Ia boleh diperolehi menerusi laman khas berikut – https://mydeclaration.sprm.gov.my Menurut SPRM, pihaknya sehingga kini menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan termasuk perdana menteri, menteri kanan, menteri, dan timbalan menteri. Sebelum ini, di Dewan […]

APA LAGI YANG MAHATHIR CARI?

Barangkali ramai yang terfikir-fikir, mungkin juga ada yang pening kepala memikirkannya, dalam usia menuju 95 dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi Tun Mahathir Mohamad masih bermati-matian untuk memegang jawatan tersebut buat kali yang ketiga? Apa lagi konon ikrarnya kali ini hanya mahu jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja. Malah, apabila […]

MUHYIDDIN CACA MARBA?

Dalam mesyuarat Bersatu semalam, ramai yang kehairanan apabila tersiar laporan tentang empat Ahli MPT meninggalkan mesyuarat yang sedang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin. Tindakan mereka itu dikatakan berpunca kerana rasa tidak puas hati terhadap perbincangan yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut, terutama berkaitan pemecatan Tun Mahathir Mohamad serta empat yang lain dan tentang penubuhan PN secara […]

USAHA MENJATUHKAN MUHYIDDIN ADALAH GERAKAN YANG WAJIB DISOKONG

Ternampak ramai yang masih berbelah bagi tentang usaha untuk mengembalikan PH sebagai kerajaan, tidak kira sama ada melalui usul undi tidak percaya atau penyerahan Akuan Bersumpah atau SD kepada Yang Dipertuan Agong. Bagi penyokong Perikatan Nasional atau PN, khususnya daripada UMNO dan Pas yang tidak diundi untuk menjadi kerajaan dalam PRU14 lalu, mereka nampaknya cukup […]

SATU LAGI PETANDA PENUBUHAN PN TIDAK AKAN JADI KENYATAAN

Di bawah ini adalah kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi di laman Facebooknya berhubung lantikan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan menerajui GLC dan agensi-agensi kerajaan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UMNO mengucapkan tahniah kepada wakil-wakil rakyat dari kalangan UMNO, MCA, MIC dan PAS yang dilantik menjadi Pengerusi atau ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC, GLIC, suruhanjaya serta agensi dan institusi-institusi milik atau berkaitan […]

KEDUDUKAN MUHYIDDIN MAKIN TAK MENENTU, BILA2 MASA BOLEH DIJATUHKAN

Kedudukan PN sebagai kerajaan yang meletakkan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, dari sehari ke sehari, jelas menunjukkan ia semakin kucar-kacir dan tidak menentu. Berbeza dengan mana-mana kerajaan sebelum ini yang biasanya diasak oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkannya, sebaliknya PN tidak henti-henti digugat oleh UMNO yang merupakan blok terbesar dalam gabungan itu sendiri. Tidakkah ini sebenarnya […]

RAKYAT MUAK CERITA2 POLITIK, CARA MUHYIDDIN MENYINDIR DAN MULA RIMAS TERHADAP UMNO

Setelah hampir dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri melalui pengkhianatan tebuk atap kepada PH, Muhyiddin Yassin tak semena-mena berkata, rakyat kini sudah muak mendengar cerita-cerita politik. Katanya, rakyat lebih ingin tahu apa yang dilakukan kerajaan terhadap mereka dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang ini. “Saya dalam kerajaan, sejak awal saya duduk di kerusi PM saya tak […]

UMNO HANYA PERALAT MUHYIDDIN, IBARAT HABIS MADU SEPAH DIBUANG

Membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tentang kedudukan parti itu dalam PN serta hubungannya dengan Bersatu dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kesimpulan paling mudah untuk difahami ialah ia hanya sehingga tarikh Parlimen dibubarkan saja. Sebaik saja Parlimen dibubarkan dan untuk menghadapi PRU15, UMNO akan segera meninggalkan PN serta mengucapkan “bye bye” kepada Muhyiddin dan […]

DAPAT RAMAI MENTERI ‘SAKIT’, SAKIT MUHYIDDIN PUN BERTAMBAH SAKIT

Semua orang tahu Muhyiddin Yassin adalah seorang yang tidak berapa sihat berikutan pernah menjalani pembedahan kanser di bahagian pankreasnya pada Julai 2018 lalu. Susulan itu, beliau seterusnya menjalani pula rawatan kimoterapi sebanyak lapan kali bagi mengembalikan kesihatannya. Sejak itu, Muhyiddin kelihatan menyusut berat badannya, malah kelihatan cengkung berbanding sebelumnya. Banyak mesyuarat kabinet turut tidak dapat […]