Tag: UMNO yang

AHLI PARLIMEN UMNO JUMPA AZMIN DAPAT KONTRAK RM53 JUTA?

Kumpulan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput mengadakan perjumpaan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali di rumahnya baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mula menerima habuan masing-masing. Habuan yang diterima dikatakan adalah dalam bentuk kontrak pembangunan infrastuktur bagi kawasan Parlimen masing-masing. Difahamkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO itu telah diberikan kontrak […]

AHLI PARLIMEN UMNO JUMPA AZMIN, TERMASUK HISHAMMUDDIN, DIGUGUR CALON PRU15?

Tanpa menyebut nama secara khusus, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pemimpin parti itu yang cuba berpaling tadah tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU akan datang. Mereka itu, berdasarkan perkembangan semasa, pastilah antaranya adalah 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa secara sulit dan tanpa pengetahuan parti dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, baru-baru ini. […]

AZMIN NASIHAT MP UMNO JANGAN LOMPAT PARTI, ADAKAH INI BERMAKNA BELIAU MAHU TUBUH PARTI BARU?

Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad memberitahu, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Azmin Ali kepadanya, Ahli-Ahli Parlimen BN yang berjumpa dengannya mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah tuju dan mereka tidak tahu sama ada mahu kekal atau melompat parti. Kemudian, 15 Ahli-Ahli Parlimen BN tampil menafikan mereka ada meluahkan hasrat mahu keluar UMNO kepada Azmin, manakala […]

BOHONG AZMIN MEMALUKAN TUN M, LOGIKNYA BUAT APA MP UMNO BERJUMPA BELIAU JIKA MEREKA MAHU KELUAR PARTI?

Setelah semalam tujuh Ahli Parlimen BN tampil menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa mereka pernah menyuarakan rasa hilang keyakinan kepada UMNO dan berhasrat keluar parti, hari ini menyusul lagi lapan orang berbuat demikian. Lapan Ahli Parlimen berkenaan, termasuk Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Shahidan Kassim (Arau), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Hasbullah […]

17 MP PERLU SEGERA BUAT PILIHAN – KEKAL DALAM UMNO ATAU LOMPAT PARTI?

Tujuan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO yang diketuai Hishammuddin Hussein dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali akhirnya didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menjelaskan, beliau diberitahu oleh Azmin bahawa 17 Ahli Parlimen UMNO berkenaan mengadu tentang UMNO yang ketika ini sudah hilang arah tuju. “Saya tanya Azmin apa dia bincang, dia kata orang […]

JAWATAN PM BUKAN HARTA PERIBADI TUN M, BUANG MASA SAJA UNTUK SESIAPA – SELAIN ANWAR – BERANGAN-ANGAN NAK JADI PM8

Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri. Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya. Pelbagai cara boleh dilakukan […]

AHLI PARLIMEN UMNO KHIANATI PRESIDEN DAN MUAFAKAT NASIONAL?

Sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang dipercayai diketuai bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein dikesan mengadakan perjumpaan sulit malam tadi di kediaman Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Pertemuan itu dikatakan bukan saja untuk menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad untuk terus berkhidmat dengan lebih lama, malah bertujuan memintas peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, seterusnya menjadikan Azmin sebagai […]

EHH..EHH…SABARLAH SIKIT MAIL…PH ADA MASA LAGI 3 TAHUN 4 BULAN, KENAPA PERLU BUBAR PARLIMEN SEKARANG?

Berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob menggesa agar Parlimen dibubarkan dengan segera. Kata beliau, kekalahan itu menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan. “Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukanlah yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands, diikuti Semenyih dan Rantau. “Majoriti kekalahan […]

PEJA TERBUKTI MASIH TEBAL DNA UMNO, PERBUATANNYA UMPAMA MENGUTUK ISTERI SENDIRI DI DEPAN AWEK BARU

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. “Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita. “Saya buat itu pelan-pelan tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ni”. Di atas adalah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sebuah […]

PAS OH PAS….LEBIH BAIKLAH TAK PAYAH DATANG BERKEMPEN KE TANJUNG PIAI!!!

Ketika PRK Cameron Highlands di mana calon BN adalah daripada UMNO yang beragama Islam, manakala calon PH adalah DAP yang bukan Islam, Pas telah mengeluarkan fatwa wajib menyokong calon yang ada sifat keagamaan. Justeru, Presiden Pas, Hadi Awang meminta pengundi Islam termasuk mereka yang bukan Islam agar tidak memilih calon dari DAP itu. “Kita minta […]

INI PULA DITUJUKAN KEPADA PAS DAN ‘ENAM JAHANAM’ UMNO

Semalam Anwar Ibrahim telah mengulas tentang mereka yang bercita-cita mahu memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Jawapan beliau itu boleh diimbas kembali di sini – https://shahbudindotcom.net/2019/10/25/harap-harap-mereka-mudah-faham.html Hari ini beliau menjawab pula mengenai pendirian Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan kepada Tun Mahathir agar terus menggalas tanggungjawab sehingga tamat […]

KERAJAAN PINTU BELAKANG SUATU PENGKHIANATAN, PEMIMPIN PH TERLIBAT HARUS DIAMBIL TINDAKAN

Kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah PH yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta merangkumi keanggotaan daripada Warisan daripada Sabah. Kemenangan PH dalam dalam PRU14 lalu adalah berasaskan sokongan rakyat yang mahukan perubahan dengan menyingkirkan BN yang telah berkuasa sejak lebih 60 tahun lamanya. Dengan kedudukan PH sebagai kerajaan yang telah diiberi mandat oleh […]

APA SEBENARNYA GERAKAN HISHAMMUDDIN UNTUK HALANG PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR?

Berikut adalah antara petikan kata-kata Anwar Ibrahim di Parlimen semalam ketika menjawab celahan Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan berkaitan peralihan kuasa ketika beliau membahaskan Belanjawan 2020:- “Saya harap kalau Kinabatangan tandatangan, sign ke arah (pihak) ini, jangan sign yang lain. “Ini masalahnya nak ikut sangat Sembrong…Semua karut. “Semua ini kadang-kadang nak survive diri, nak […]

BIAR SAJA MCA TANDING DI TANJUNG PIAI….

Sekali imbas ternampak kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mahu UMNO meletakkan calonnya seperti menggambarkan keyakinannya bahawa Bersatu mampu memenangi PRK Tanjung Piai yang dijadual pada 16 November depan. Kata beliau, PH mempunyai peluang lebih baik untuk menang dalam pilihanraya itu jika berhadapan dengan calon UMNO. “Banyak masalah di situ… kita (PH) berpendapat kita bergantung kepada […]

MAHATHIR PENYUMBANG TERBESAR PERPECAHAN MELAYU

Antara perkara yang disentuh Tun Mahathir Mohamad dalam amanatnya di Kongres Maruah Melayu semalam adalah tentang perpecahan orang Melayu dalam politik. Katanya, oleh sebab politik Melayu sekarang ini berpecah kepada enam kumpulan, tiada mana-mana parti mampu mendapat sokongan melebihi 50 peratus. Akibatnya, tambah beliau, mereka terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk mendapatkan kemenangan. “Kita sendiri […]

KONGRES POLITIK DAN CARI MAKAN?

Banyak pihak, sama ada yang hadir sendiri atau tidak, rata-rata menyifatkan Kongres Maruah Melayu semalam sebagai sesuatu yang gagal dan tidak mengubah apa-apa mengenai kedudukan orang Melayu. Sebaliknya, kongres tersebut lebih dilihat bermotif politik dan cari makan semata-mata dengan mempergunakan orang Melayu sebagai alatnya. Walaupun sebelum ini dikatakan kongres itu adalah anjuran empat buah universiti […]

MASIH ADAKAH MARUAH KONGRES MARUAH MELAYU ESOK?

Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu di Shah Alam yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai pemberi amanatnya. Walaupun kongres tersebut dianjurkan oleh empat universiti, tetapi dalang di belakang tabirnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat parti menyertai Bersatu. Menurut sumber, mesyuarat awal berkaitan kongres itu mula-mula dipengerusikan oleh Mustapha […]

TUN M DIJANGKA AKAN MENANGIS DI PENTAS HIMPUNAN MARUAH MELAYU

Kongres Maruah Melayu yang selama ini banyak dispekulasikan di media sosial akhirnya sah akan dilangsungkan pada 6 Oktober depan di Stadium Melawati, Shah Alam. Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga sudah disahkan akan hadir dan bakal menyampaikan amanat Melayunya pada kongres tersebut. Dijangkakan sekurang-kurangnya seramai 15 ribu umat Melayu akan hadir dalam kongres itu nanti. […]