Tag: UMNO/BN

KHEMAH BESAR – UNTUK MEMAYUNGI NASIB RAKYAT ATAU BAGI MENEDUHKAN DIRI SENDIRI?

Ada pihak tertentu dalam PH nampaknya masih tak habis-habis bercakap soal khemah besar dan mahukannya jadi kenyataan, walaupun sambutan daripada pihak yang ingin dijemput itu kelihatan agak dingin. Kecuali Bersatu yang tampak ada sedikit respon dengan Presidennya, Mahiaddin Md Yasin menyatakan terbuka untuk berunding, tetapi Pas yang merupakan rakan sekutu dalam PN, terang-terang menolak untuk […]

DUA HALANGAN GANGGU ISMAIL SABRI CIPTA KEJAYAAN DALAM PRU15

Apabila MT UMNO membuat keputusan menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15, selain ia merupakan gambaran yang memperlihatkan kesepakatan parti itu, ramai juga yang melihatnya sebagai peluang lebih cerah untuk BN mengecap kemenangan. Diperkatakan bahawa dengan watak Ismail Sabri yang tidak kontroversi, tiada isu mahkamah atau keluarga yang menyusahkannya serta sikapnya […]

KANDUNGAN ‘PASLEAK’ BUKAN LUAR BIASA KERANA PAS MEMANG LAWAN UMNO – ANNUAR MUSA

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dokumen ‘PASLeaks’ yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata berdasarkan pemahamannya setelah meneliti dokumen itu, ia hanyalah catitan pemimpin PAS dalam mencari fakta mengenai pandangan beberapa pemimpin parti […]

LUPAKAN KHEMAH BESAR, MANFAATKAN KELEBIHAN RAFIZI UNTUK MENANG PRU15

Secara prinsipnya, tujuan khemah besar ialah supaya blok pembangkang dapat bertanding satu lawan satu menentang BN dalam PRU15 akan datang. Berdasarkan keputusan PRN Melaka dan Johor, pertandingan tiga penjuru – BN, PH dan PN – hanya akan menguntungkan BN serta lebih memudahkan gabungan tersebut meraih kemenangan. Maka, sebab itulah khemah besar itu tidak henti-henti didendangkan. […]

ISMAIL SABRI DAN TANGGUNGJAWAB MORAL YANG MENANTINYA

Berikutan Ismail Sabri Yaakob telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15, pemilihan beliau itu seharusnya diterima sebagai berita gembira oleh semua pihak yang mahu melihat berlakunya perubahan lebih baik dalam UMNO. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang berdepan 87 pertuduhan di mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram dan perbicaraan kes […]

BENARKAH ZAHID HAMIDI TIDAK BOLEH DIKALAHKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO?

Kalau kita berbual-bual dengan pemimpin atau ahli UMNO yang merupakan penyokong kepada Ahmad Zahid Hamidi, mereka tanpa ragu-ragu akan mengatakan Presiden UMNO itu sukar dikalahkan jika dilawan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Hujah mereka, selain Zahid Hamidi dianggap mempunyai lebih ramai penyokong berbanding Ismail Sabri, sokongan daripada penyokong-penyokong Najib Razak dikatakan lebih menguatkan lagi […]

UMNO AKHIRNYA AKUR ISMAIL SABRI PILIHAN TERBAIK UNTUK ‘DIJUAL’ KEPADA PENGUNDI

Daripada sudut yang lain, keputusan MT UMNO menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk menghadapi PRU15 adalah suatu pengiktirafan kepada kewibawaan serta kelebihan yang ada pada diri Perdana Menteri. Sekaligus ia menunjukkan, wajah Ismail Sabri juga yang dilihat sebagai aset yang laku di pasaran untuk dijual kepada pengundi bagi menjamin kemenangan. Kenapa tidak […]

KEPUTUSAN MT UMNO HANYA GULA2 MANIS UNTUK PAKSA PRU15 SEGERA, TAPI BUKAN JAMINAN ISMAIL SABRI KEKAL PERDANA MENTERI

Melihat kepada keputusan mesyuarat MT UMNO petang tadi, tiga daripada empat ketetapan yang diputuskan sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan adalah semata-mata bertujuan memaksa Perdana Menteri, Ismail Sabri agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera. Ahmad Zahid Hamidi selalu Presiden UMNO ternampak tidak boleh bersabar lagi mahu PRU15 diadakan sesegera yang boleh dan ia […]

BUAT APA LAGI UMNO NAK TUKAR CALON PERDANA MENTERI?

Selain berterusan menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan tarikh PRU15, UMNO juga difahami agak berbelah bagi untuk mengekalkan lagi beliau menerajui negara. Jika UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi benar-benar mahu Ismail Sabri terus kekal sebagai Perdana Menteri lagi selepas PRU15, tiada sebab sebenarnya untuk mereka menekan dan mendesak Perdana Menteri mempercepatkan pilihan raya. […]

SELAIN TIUP KEGHAIRAHAN AHLI2 PARTI, RAFIZI JUGA SEMARAKKAN SEMANGAT RAKYAT HALANG NAJIB KEMBALI

Rafizi Ramli baru saja mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan masih perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangannya dalam pemilihan parti itu pada Mei ini. Namun, di sebalik baru mengumumkan bertanding dan belum menang itu, beliau sekurang-kurangnya telah memberi dua sumbangan besar setakat ini. Pertama, kembalinya beliau aktif dan bertanding jawatan nombor dua […]

NAJIB SUDAH TAK RELEVAN, HANYA 4% MAHUNYA KEMBALI BERBANDING 21% SOKONG ISMAIL SABRI

Meskipun populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meningkat kebelakangan ini namun, hanya empat peratus pengundi mahu beliau kembali menerajui negara. Maklumat itu dikongsi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendakwa, data berkenaan merupakan dapatan kajian yang dilakukan pada akhir Februari lepas. Bahkan, dakwa Rafizi, Ahli Parlimen Pekan itu […]

NAMPAKNYA KECEWALAH MAHIADDIN….

Bertentangan dengan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa Mahiaddin Md Yasin bertemu ayahnya, Tun Mahathir Mohamad untuk mengajak kedua-dua parti bekerjasama menghadapi PRU15, Pengerusi Pejuang itu sebaliknya mengatakan tujuan Presiden Bersatu itu bertemunya adalah untuk meminta sokongan menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Pengesahan Tun Mahathir itu bertepatan dengan apa yang ditulis dalam blog ni pada 29 Mac […]

GENERASI MERDEKA HARUS AMBIL ALIH PIMPIN NEGARA INI

Apabila Ismail Sabri Yaakob yang berusia 62 tahun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lalu, ia adalah berita gembira buat generasi yang lahir selepas merdeka. Sementara di negara-negara lain sudah ramai pemimpin yang lebih muda daripada beliau dipilih mengetuai kerajaan, di negara kita inilah pertama kali generasi merdeka iaitu yang lahir selepas kemerdekaan negara pada […]

70 PERATUS PENGUNDI LEBIH FIKIR SOAL KEHIDUPAN DAN EKONOMI, TAK SEDIA PRU TAHUN INI

Apa yang barangkali sering tidak disedari oleh kita semua ialah daripada jumlah keseluruhan penduduk, mereka yang terlibat secara langsung dengan politik dengan menganggotai parti-parti tertentu adalah sekitar 20 peratus saja. Itu pun sebahagian daripadanya adalah merupakan ahli yang tidak aktif dan tidak memegang sebarang jawatan, malah ada juga yang dijadikan ahli sesebuah parti politik tanpa […]

KENAPA MYSEJAHTERA DIJUAL?

Pada 24 Mac 2022, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan Covid-19 kepada sebuah syarikat swasta. Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh cabinet pada tanggal 26 November 2021. Kebenaran telah diberikan oleh cabinet kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik MySJ Sdn. Bhd. melalui mekanisme runding terus untuk mengambilalih aplikasi […]

KECEWA LAGI NAMPAKNYA KLUSTER MAHKAMAH UMNO…

Tindakan pembangkang tidak menyokong usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat pada Rabu lepas dianggap tidak melanggar MOU dengan kerajaan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mesyuarat Kabinet semalam telah membincangkan perkara itu dan mendapati Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang menolak usul berkenaan tidak melanggar MOU yang dimeterai antara […]

RAKYAT LEBIH GEMBIRA JIKA PM TIDAK TUNDUK KEPADA DESAKAN UMNO

Berikutan gagalnya usul kerajaan berkaitan Sosma mendapat kelulusan di Dewan Rakyat minggu lalu, ia dengan segera diambil kesempatan oleh kelompok pro Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam UMNO untuk terus mendesak agar PRU15 diadakan dengan segera. Hujah mereka ialah gagalnya usul kerajaan itu dengan jelas memperlihatkan betapa tidak kukuhnya kerajaan sedia ada serta bagaimana buruknya […]

TIGA PRESIDEN PARTI ‘PESALAH’ UTAMA GAGALNYA USUL SOSMA DILULUSKAN PARLIMEN

Apa jua alasan berhubung gagalnya usul pelanjutan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma diluluskan di Dewan Rakyat Rabu lalu, harus diakui beban paling besar ialah terletak di pihak kerajaan sendiri. Sebagai kerajaan, sebarang usul yang hendak diluluskan mestilah bergantung terlebih dahulu kepada sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan untuk kelulusannya. […]