Tag: tun

ANTARA 2020, 2030 DAN 2050, TENTULAH 2020 PALING MUNASABAH UNTUK ANWAR JADI PM

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, tiada tarikh khusus ditetapkan berhubung peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada pengganti yang telah dipersetujui, Anwar Ibrahim. Kata beliau, tiada dokumen dalam PH yang menyebut mengenai tempoh masa itu. “Persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh. “Tahun 2020 ke, 2030 […]

ANWAR PM – JANGANLAH CEPAT NAK STRESS…

Nampaknya ramai yang stress, malah sesetengahnya kelihatan seperti mula seram sejuk macam nak demam bila semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menetapkan tarikh penyerahan jawatannya kepada Anwar Ibrahim. Kenyataan Tun Mahathir itu adalah susulan interbiu Bloomberg dengan Anwar Ibrahim di mana beliau menzahirkan keyakinan akan mengambil alih teraju pentadbiran negara pada tahun 2020 iaitu […]

CAKAP HADI AWANG TAK LAKU….

Walaupun Hadi Awang tetap cuba melobi, mengampu, membodek dan menjilat Tun Mahathir Mohamad agar terus berkhidmat sehingga habis penggal, tindakan itu nampaknya langsung tidak laku. Terbaru, Hadi berkata, Pas mahukan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal dan menolak kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri ke-8. Soalnya, kenapa Hadi sibuk-sibuk dengan urusan PH […]

BUKAN SAJA JOHOR, LAIN2 PH NEGERI PUN SAMA JUGA

Rasanya masalah ini bukan berlaku di Johor saja, tetapi di negeri-negeri lain pun sama juga keadaannya. Baik di negeri di mana PH menjadi kerajaan mahu pun mereka sebagai pembangkang, keadaannya sama saja. Tidak seperti sebelum PRU14 lalu, di mana PH negeri-negeri nampak aktif dengan selalu bermesyuarat dan beberapa negeri turut mengadakan konvensyen masing-masing, keadaan itu […]

“REFORMASI OMONG KOSONG, ANAK PM JUAL SAHAM KAUT UNTUNG”

1. Kerajaan baru menjanjikan reformasi dan perubahan khususnya dalam tatacara pentadbiran dalam menangani rasuah,salahguna kuasa yang menjadi budaya kerajaan lalu. 2. Saban kali PM menggariskan dan menekankan langkah2 yang akan diambil kerajaan baru dalam menangani rasuah dan salahguna kuasa ini.Terbaru dalam ucapan sembah takzim PM di majlis keputeraan DYMM Agong beberapa hari lalu. 3. Saya […]

SIAPA CALON PM, TPM PENYATUAN UMMAH?

Tujuan sebenar kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas PRU akan datang bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika diteliti, sudah ramai pemimpin kedua-dua parti yang berkata dengan maksud sedemikian. Misalnya, Mohd Kharuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah berkata, kerjasama UMNO dan Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen […]

SEBELUM PENYATUAN UMMAH JADI ANCAMAN, PERALIHAN KUASA TIDAK BOLEH LAGI DILENGAHKAN

Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur. Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif. Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka […]

BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA AKAN DIBAWA SEHINGGA KEPADA PM

Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan. Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar membatalkan rancangan tersebut. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang terkait secara langsung dengan UMT dan UNISZA akan mengemukakan surat bantahan tersebut. […]

AZMIN SUDAH JADI BEBAN, RAMAI MAHU BELIAU DIGUGURKAN DARIPADA KABINET

Rombakan kabinet adalah perkara yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ketika ini setelah ramai semakin sakit hati melihat gelagat beberapa menteri sejak 15 bulan yang lalu. Adalah dipercayai sekembalinya Tun Mahathir Mohamad dari lawatan rasmi ke Osaka, Jepun beberapa hari lagi, perkara itu pasti akan menjadi keutamaannya. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan, di ketika melawat Kemboja, kemudian […]

ADA MENTERI HANYA FIKIR UNTUK DAPAT PENCEN SEBELUM MATI

Malam tadi saya menikmati makan malam bersama beberapa kenalan yang antaranya adalah mereka yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim sejak zaman ABIM lagi. Dalam berbual-bual mengenai pelbagai isu dalam negara, termasuk politik semasa, tiba-tiba terkeluar cerita berkenaan perlakuan seorang menteri yang dirasa cukup memalukan perbuataannya. Menteri berkenaan dikatakan datang menemui Anwar dan meminta […]

APAKAH HILMAN MAHU AZMIN JUGA DIAMBIL TINDAKAN?

Apakah maksud Hilman Idham berkata demikian? Tidakkah beliau sedar bahawa Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz sudah pun diambil tindakan pecat keahlian oleh PKR? Lebih daripada itu, apakah Hilman lupa bahawa Haziq juga telah ditamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin? Jadi, apa lagi yang Hilman […]

APA NASIB HISHAMMUDDIN BERSAMA UMNO?

Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin dilaporkan sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan salah laku. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali yang mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun memberitahu, belum ada cadangan atau syor dibuat oleh badan itu kepada UMNO. “Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika […]

SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen. Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama. Seolah-olah […]