Tag: Tun Mahathir Mohamad

MAZLEE SEPERTI TAHU BAKAL DIGUGURKAN?

Baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamad berkata, semua parti dalam PH telah bersetuju agar beliau melakukan rombakan kabinet dalam waktu yang sesuai. Ia berikutan kritikan serta rungutan pelbagai pihak tentang prestasi sesetengah menteri yang dianggap lemah, tidak memuaskan dan kadangkala sengaja memperlihatkan kebodohan sendiri. Mengatasi semua menteri yang tidak dikehendaki dan wajib ditukar itu, Mazlee Malik […]

BOHONG AZMIN MEMALUKAN TUN M, LOGIKNYA BUAT APA MP UMNO BERJUMPA BELIAU JIKA MEREKA MAHU KELUAR PARTI?

Setelah semalam tujuh Ahli Parlimen BN tampil menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa mereka pernah menyuarakan rasa hilang keyakinan kepada UMNO dan berhasrat keluar parti, hari ini menyusul lagi lapan orang berbuat demikian. Lapan Ahli Parlimen berkenaan, termasuk Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Shahidan Kassim (Arau), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Hasbullah […]

17 MP PERLU SEGERA BUAT PILIHAN – KEKAL DALAM UMNO ATAU LOMPAT PARTI?

Tujuan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO yang diketuai Hishammuddin Hussein dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali akhirnya didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menjelaskan, beliau diberitahu oleh Azmin bahawa 17 Ahli Parlimen UMNO berkenaan mengadu tentang UMNO yang ketika ini sudah hilang arah tuju. “Saya tanya Azmin apa dia bincang, dia kata orang […]

BILA TUN M DAN ANWAR SALING MEMAHAMI, PENCARI PINTU BELAKANG TIDAK RELEVAN LAGi

Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad semalam, sekurang-kurangnya telah berjaya mengutarangkan panasnya suhu beberapa isu dalam negara. Ia termasuk berkenaan peralihan kuasa, desakan agar Perdana Menteri berundur dan berkaitan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kediamannya, baru-baru ini. Sehari sebelum itu, Tun Mahathir dilihat agar keras dan […]

JAWATAN PM BUKAN HARTA PERIBADI TUN M, BUANG MASA SAJA UNTUK SESIAPA – SELAIN ANWAR – BERANGAN-ANGAN NAK JADI PM8

Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri. Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya. Pelbagai cara boleh dilakukan […]

TUN, JANGANLAH BERDALIH LAGI TENTANG BILA NAK SERAH KUASA

Pagi tadi, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami pendarahan hidung sehingga sidang medianya terpaksa disingkatkan dan kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Walaupun beliau dilaporkan stabil dan tiada apa-apa perlu dibimbangi mengenai kedudukan kesihatannya, tetapi dalam usia menjangkau 95 tahun, jangankan berdarah hidung, luka di jari kelingking pun tetap membimbangkan. Apa lagi bagi mereka yang […]

UNTUK MAKLUMAN KHALID SAMAD, BUSUK IKAN BERMULA DARIPADA KEPALA

Dalam cubaan untuk mempertahankan Tun Mahathir Mohamad yang dipersalahkan banyak pihak berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beban kekalahan itu adalah tanggungjawab bersama. Menurut beliau, Tun Mahathir tidak patut dipersalahkan kerana keputusan dalam PH bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang, tetapi secara bersama dengan pemimpin lain. “Ia tanggungjawab bersama. […]

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 […]

PERALIHAN KUASA – ADAKAH JANJI MULUT DAN JANJI POLITIK BOLEH DIMUNGKIRI?

Ada dua perkara berbeza yang perlu difahami berhubung janji peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim yang berterusan menjadi perbualan ramai di sepanjang masa. Pertama, janji yang telah disepakati dalam Majlis Presiden PH itu menetapkan Anwar adalah pengganti tunggal kepada Tun Mahathir. Oleh kerana ia keputusan konsensus, bermakna janji itu turut dipersetujui oleh […]

HABIS, TUN M PERCAYA KU LI KE?

Berkata Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Tun Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Kata beliau, Tun Mahathir tidak akan berbuat demikian kerana tidak percaya kepada Presiden PKR itu. “Saya fikir beliau tidak mahu berikan kepada sesiapa yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana orang yang menggantikannya akan mencari salahnya di kemudian hari,” […]

ANWAR MAKIN KUKUH, PERALIHAN KUASA TAK DAPAT DIELAKKAN

Berdasarkan sambutan di konvensyen PKR negeri-negeri di mana sehingga ini hanya tinggal satu dua negeri saja lagi belum mengadakannya, apa yang terpapar nyata ialah kedudukan Anwar Ibrahim jelas semakin mantap dan kukuh. Beliau bukan saja mendapat sokongan dalam menerajui PKR, bahkan untuk menerajui negara selepas Tun Mahathir Mohamad. Melihat kepada intipati ucapannya yang banyak menjurus […]

TINDAKAN TARIK OUTRIDER NAJIB TIDAK UNTUNGKAN PH

Saya tidak menyokong Najib Razak, bahkan menjadi antara penyumbang kepada kejatuhannya. Sejak 2011, selain menulis dan menerbitkan enam buah buku yang mengkritik dan membelasah Najib, saya juga telah menulis beribu-ribu artikel dalam blog ini bagi tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat agar menjatuhkan beliau dan menumbangkan UMNO serta BN. Banyak tindakan dan keputusan Najib sebagai Perdana Menteri […]

DALAM PH, BUKAN KUASA PERDANA MENTERI MENENTUKAN PENGGANTINYA

Walaupun selalu menyebut akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana perkara itu merupakan konsensus bersama Majlis Presiden PH, tetapi Tun Mahathir Mohamad nampaknya terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkenaan dengannya. Jika sebelum ini beliau kerap berbeza-beza pendirian berhubung tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri, kini perrkara lain pula disentuhnya. Dalam interbiu terbaru dengan Financial […]

AZMIN, BAIKLAH LETAK JAWATAN DAN JANGAN LAGI MENYUSAHKAN PM!!

Belum selesai dengan kes “video Haziq” yang masih dalam siasatan polis, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali kini berdepan satu lagi beban baru yang jelas menyusahkan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Ini berikutan sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang […]

NGOK NGEK PERGILAH MAIN JAUH-JAUH…TUN M TETAP MAHU ANWAR, BUKANNYA AZMIN!!

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan yang disandangnya sekarang kepada Anwar Ibrahim. Dalam waktu yang sama, beliau juga menegaskan tentang komitmennya untuk berhenti sebelum PRU15 akan datang. Kata-kata Tun Mahathir ini tidaklah ada apa-apa yang pelik sebenarnya kerana ia sudah pun kerap diulang-ulangnya sebelum ini. Cuma, kali ini beliau […]

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, DAP ATAU PAS YANG PATUT TIADA?

Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara. Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media. Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini. Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah […]

ALHAMDULILLAH, TAPI JANGAN DILAMBAT-LAMBATKAN…..

Setelah sekian lama isu peralihan kuasa ini berlarutan tanpa ketentuan, Tun Mahathir Mohamad akhirnya setuju agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH. “Kalau nak bincang, boleh bincang dalam Majlis Presiden,” kata beliau. Perdana Menteri berkata, beliau setuju ia dibincangkan kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu. “….dan […]

INI PULA DITUJUKAN KEPADA PAS DAN ‘ENAM JAHANAM’ UMNO

Semalam Anwar Ibrahim telah mengulas tentang mereka yang bercita-cita mahu memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Jawapan beliau itu boleh diimbas kembali di sini – https://shahbudindotcom.net/2019/10/25/harap-harap-mereka-mudah-faham.html Hari ini beliau menjawab pula mengenai pendirian Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan kepada Tun Mahathir agar terus menggalas tanggungjawab sehingga tamat […]