Tag: Tun Mahathir

SELAIN MAHIADDIN YANG GILA KUASA, PUNCA MASALAH NEGARA JUGA KERANA MAHATHIR YANG SENTIASA KEMARUK KUASA

Di samping dibelenggu oleh pentadbiran kerajaan yang gagal sehingga hampir semua perkara dalam negara jadi celaru dan haru-biru, kita juga sebenarnya berdepan dua masalah pokok yang lain. Pertama, Mahiaddin Md Yasin yang bukan saja gagal dan tiada keupayaan kepimpinan di mana faktor tersebut memberi sumbangan paling besar kepada lahirnya kerajaan yang gagal, lebih buruk beliau […]

MAHATHIR DAN MUSLIHAT DI SEBALIK CADANGAN KERAJAAN ALA MAGERAN

Saya ingin mulakan tulisan kali ini dengan ketawa berdekah-dekah terlebih dahulu – kahkahkahkahkahkah… Saya ketawa kerana Tun Mahathir Mohamad akhirnya mengakui beliau telah mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dalam pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, petang tadi. Alasannya ialah oleh kerana Mageran telah berjaya mengatasi krisis politik dan ekonomi pada 1969 dahulu, beliau yakin kerajaan ala […]

SELAGI PIMPINAN ADA SIKAP MELAWAN SEPERTI SEKARANG, SUKAR UNTUK UMNO DIHARAMKAN, TAPI…..

Bolehkah UMNO diharamkan? Ini adalah antara isu yang menghantui UMNO sekarang ini, selain isu kedudukan hubungannya dengan Bersatu dan kemampuan untuk menang dalam PRU15 akan datang. Dengan banyak kuasa berada dalam tangan Bersatu dan parti itu diketahui umum tidak mungkin mampu bernafas selesa meneruskan pegangan kuasanya dalam negara jika tanpa kerjasama UMNO, tidak mustahil pilihan […]

SELEPAS DIBERIKAN NOTIS BANKRAP DAN SEBELUM JADI PAPA KEDANA, SEKARANGLAH MASA TERBAIK NAJIB JATUHKAN MAHIADDIN

Dalam tulisan atau luahan perasannya yang panjang lebar semalam, Najib Razak menganggap notis bankrap yang dikemukakan LHDN kepadanya adalah untuk mengaib dan mencemar reputasinya. Notis berkenaan juga, tambahnya adalah bermotif politik dan bertujuan mengawal musuh. Bekas Perdana Menteri itu seterusnya menggariskan tiga sebab ia dilakukan terhadapnya:- Pertama, undian dijalankan penyelidikan UUM dan Utusan TV melibatkan […]

MAHATHIR, MANUSIA YANG TAK BOLEH DIBUAT KAWAN….

Rasanya tidak perlu ditulis lebih lanjut lagi tentang pelbagai pendedahan mengejutkan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berkenaan Tun Mahathir Mohamad, dalam bukunya yang baru diterbitkan, Justice In The Wilderness. Daripada tindakan meletak jawatan, menolak permintaan Agong agar tidak berbuat demikian, mencadangkan namanya sendiri semula sebagai Perdana Menteri interim, tidak setuju dengan cadangan Agong agar […]

JIKA ZAHID HAMIDI TERLALU LAMBAT BERTINDAK, SEPERTI NAJIB DULU MELAMBAT2KAN TARIKH PRU14, UMNO AKAN KECUNDANG KALI KEDUA

Jika kita perhatikan, salah satu sebab UMNO kalah dan gagal mengekalkan kuasa dalam PRU14 lalu ialah kerana Najib Razak ketika itu agak berlengah-lengah dan lambat membubarkan Parlimen. Tun Mahathir Mohamad mula menarik sokongan terhadap Najib pada Ogos 2014, beliau keluar UMNO pada Februari 2016, melancarkan gerakan selamatkan Malaysia melalui Deklarasi Rakyat pada Mac 2016, memulakan […]

KEMBALI KEPADA BERSATU SATU-SATUNYA PILIHAN PALING SESUAI BUAT MAHATHIR

Hasrat pihak tertentu untuk membawa Tun Mahathir Mohamad kembali menyertai PH sebagaimana yang masih diusahakan sehingga sekarang diyakini akan terus menemui jalan buntu. Sementara Anwar Ibrahim telah menunjukkan keterbukaannya dengan mengatakan bekas Perdana Menteri itu boleh menyertai PH dengan syarat mesti patuh kepada prinsip perjuangan gabungan itu dan tiada agenda peribadi di sebaliknya, Tun Mahathir […]

TUJUH FAKTA MENYANGGAH MAHATHIR YANG MAKIN TUA MAKIN KEMARUK KUASA

Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa PH tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu jika tanpa penyertaannya dalam gabungan itu memberi beberapa kesimpulan tentang watak dan hati perut bekas Perdana Menteri itu. Pertama, ini memperlihatkan Tun Mahathir masih kemaruk untuk berkuasa semula, walaupun usianya sudah melebihi 95 tahun dan telah dua kali pernah menjadi Perdana Menteri. […]

SEDIAKAH MAHATHIR UNTUK BENAR2 TERBUKA?

Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa saja untuk bekerjasama termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, asalkan berpegang pada prinsip perjuangan gabungan itu. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, pihak yang diundang tidak boleh membawa agenda peribadi serta kerosakan ke dalam gabungan tersebut. “Itu saya serah pada PH. Siapa pun boleh undang, tapi perlu patuh pada […]

DESAKAN BERBAIK SEMULA BUKAN BERMAKSUD MAHATHIR MESTI JADI KETUA

Memang diakui kebelakangan ini wujud beberapa desakan agar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berbaik semula demi kepentingan bersama, khususnya untuk memungkinkan kemenangan PH atau blok pembangkang dalam PRU akan datang. Dari segi logiknya, walaupun PH boleh dikata mampu memenangi PRU15 dengan kedudukannya sekarang, tambahan jika UMNO dan Bersatu terus berbalah dan enggan mengalah dari […]

JANGAN BUANG MASA, CUKUPLAH SEKALI SAJA PH BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR

Bagi mereka yang mengikuti dan faham perjalanan politik Tun Mahathir Mohamad, rata-rata dapat merasakan perseteruannya dengan Anwar Ibrahim hanya akan berakhir apabila nyawa terpisah daripada jasadnya. Selagi bernyawa, beliau dipercayai akan terus bermusuh, sedaya upaya menyekat atau setidak-tidaknya mengganggu kemaraan politik Presiden PKR itu. Di sebalik Anwar diketahui memang sudah lama memaafkan Tun Mahathir, malah […]

INI SEMUA SERAMPANG EMPAT MATA MAHATHIR – HALANG ANWAR, SEKAT KU LI, BENAM NAJIB DAN KEKALKAN MUHYIDDIN

Bersama Tengku Razaleigh Hamzah, bekas musuh politiknya, Tun Mahathir Mohamad semalam mengadakan sidang media untuk menawarkan diri mereka menerajui negara dengan matlamat menjadikan Malaysia kembali sebagai “Harimau Asia”. Mereka juga sedia memberi khidmat secara percuma dan tidak mengharapkan sebarang gaji kerana bermatlamat hanya ingin menyelamatkan negara dan menolong rakyat melalui pengalaman yang dimiliki sebelum ini. […]

WALAUPUN AZMIN PENGKHIANAT, TAPI KATA2NYA MENGENAI ASAL-USUL PN 100% BOLEH DIPERCAYAI

Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH, malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Lantaran itu, hakikat bahawa beliau semakin dijauhi dan dibenci rakyat Malaysia tentu saja sesuatu yang wajar lagi munasabah. Dalam sebuah kajian tidak lama sebelum ini […]

MAHATHIR TERBUKTI SEMAKIN “SAKIT”

Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya. Ternampak Tun Mahathir kini […]

PM PILIHAN MAHATHIR SEMUANYA SALAH, YANG TAK DIPILIHNYA ITULAH CALON YANG TEPAT

Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad sering menyebut beliau adalah seorang yang tidak pandai memilih penggantinya. Entah kenapa, pilihan pengganti saya selalu saja salah, demikian lebih kurang kata-kata Tun Mahathir. Beliau menyebut perkara tersebut sebagai merujuk kepada Tun Abdullah Abdullah Badawi yang dipilihnya untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri pada 2003 dan […]

MAHATHIR JUARA PERPECAHAN, SATU SEN PUN TAK LAYAK BERCAKAP TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

Jika kita perhatikan, setiap kali ada terbuka ruang untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, setiap kali itu jugalah Tun Mahathir Mohamad akan muncul dengan serangannya terhadap Ketua Pembangkang itu. Semalam, beliau mendakwa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana gagal dalam menangani krisis ekonomi pada 1998 dahulu. Tetapi, sebelum Tun Mahathir lebih banyak lupa, bukankah […]

TUN MAHATHIR PM KALI KETIGA MALAPETAKA BUAT NEGARA…..

Sebetulnya saya sudah agak malas untuk menulis berkenaan Tun Mahathir Mohamad kerana bagi saya, beliau sudah patut disejarahkan dan tidak perlu lagi untuk terus diperkatakan. Untuk itu, bagi saya, tidak relevan lagi untuk saya menulis berkenaan dengannya. Tetapi, setiap kali Tun Mahathir bersuara, ramai kawan-kawan terus meminta saya menulis dan memberi pandangannya tentang apa yang […]

KUASA KETIGA – PEJUANG TIADA PELUANG

Sebelum mendaftarkan Pejuang secara rasmi, Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan parti itu tidak akan menyertai PH atau pun bergabung dengan PN. Katanya, Pejuang akan bergerak bersendirian berdasarkan hala tuju dan perjuangan parti itu untuk melawan rasuah, kleptokrasi dan penyelewengan dalam negara. Walaupun mengakui partinya tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya, tetapi Tun Mahathir yakin pihak yang […]

KELUARLAH TINGGALKAN BERSATU…..

Bagai air menderu ketika musim hujan melanda, begitulah umpamanya ahli-ahli Bersatu berduyun-duyun waktu ini meninggalkan parti itu. Daripada pimpinan di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan – hampir setiap masa ada saja berita pengumuman mereka yang keluar parti. Daripada mulanya hanya di Selangor dan Kedah, ia sudah pun mula merebak ke Perak, Johor dan lain-lain […]

TREND KELUAR PARTI JADIKAN BERSATU LEBIH MENGECIL, TERUS JADI MANGSA BULI UMNO

Sebaik saja Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam, ternampak sudah ramai mula membuat keputusan meninggalkan Bersatu. Antaranya termasuk beberapa Ahli MPT Pusat seperti A Kadir Jasin dan Tariq Ismail, pimpinan di peringkat bahagian dan mereka yang merupakan pejuang-pejuang asal Bersatu. Di Selangor, Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli bersama ahli-ahli jawatankuasa […]