Tag: tindakan

JIKA TAK SETUJU DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN, LETAKLAH JAWATAN DAN BUKAN BUAT VIDEO RAKAMAN!!

Setakat ini sekurang-kurangnya dua orang menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dzulkefly Ahmad telah tampil memberi reaksi tidak setuju dengan keputusan JPA menamatkan pemberian elaun kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain dalam pengambilan baru perkhidmatan awam bermula tahun depan. Sementara Menteri Kesihatan hanya mengeluh dengan ciapan “Aduhh” di laman Twitternya, Menteri Belia […]

KENAPA BEGITU BERSUNGGUH? ADAKAH PENUDUH KES ANWAR GAGAL UJIAN POLIGRAF?

Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan tanpa sebarang keputusan, pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim. Setelah penuduh, Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan dan kemudian dibawa menjalani ujian poligraf, pihak polis kini mahu melebarkan lagi siasatan untuk mengenal pasti di mana Anwar berada pada […]

SELEPAS NAJIB BERSUMPAH LAKNAT, KEPERLUAN KINI JADI LEBIH TINGGI UNTUK KES ALTANTUYA DIBUKA SEMULA

Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu. Lafaz sumpah beliau adalah:- “Wallahi, wabillahi, watallahi. “Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang […]

MAHATHIR TAK HORMAT MAJLIS PRESIDEN PH, MASIHKAH BADAN ITU BERFUNGSI?

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan melalui media antarabangsa tentang keputusannya mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020 adalah perbuatan yang jelas tidak menghormati Majlis Presiden PH. Harus disedari bahawa kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah berdasarkan keputusan serta konsensus badan tersebut. Walaupun tidak disebut secara spesifik bila tarikh peralihan […]

MASA SUDAH TIBA ANWAR MENGENEPIKAN ‘SABAR TAHAP DEWA’ DALAM DIRINYA

Setelah Azmin Ali dan penyokongnya memboikot sekitar 80 peratus perjalanan Kongres Nasional Keadilan di Melaka dan kemudian menganjurkan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur petang semalam, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kini nampaknya tidak banyak pilihan lagi di tangannya. Sudah sampai masanya untuk beliau bertindak tegas dan mengenepikan “sabar tahap dewa” yang selama ini ada dalam […]

CETUS PERGADUHAN AGENDA BERTERUSAN MALUKAN ANWAR DAN LEMAHKAN PKR, TAK MUSTAHIL BERLAKU LAGI DI KONGRES ESOK

Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras, termasuk pecat keahlian, selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK, ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian. Ini kerana, beliau kini tidak boleh bertolak ansur lagi terhadap mana-mana pihak yang cuba melemahkan parti serta cuba memalukannya. Setelah diperolehi bukti-bukti, pelaku dan […]

BURUK PERANGAI GENG PINTU BELAKANG DALAM PKR TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERTERUSAN

Dari sehari ke sehari, buruknya perangai kumpulan serpihan dalam PKR yang diketuai Azmin Ali semakin terdedah satu demi satu. Daripada semua perlakuan itu, ketaksuban kumpulan serpihan ini hanyalah semata-mata rakusnya mereka kepada kuasa dan jawatan. Demi kerana ingin mengejar kuasa dan tingginya jawatan itu, semua perkara mahu dilakukan melalui pintu belakang dengan tidak memperdulikan peraturan […]

AHLI PARLIMEN UMNO JUMPA AZMIN, TERMASUK HISHAMMUDDIN, DIGUGUR CALON PRU15?

Tanpa menyebut nama secara khusus, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pemimpin parti itu yang cuba berpaling tadah tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU akan datang. Mereka itu, berdasarkan perkembangan semasa, pastilah antaranya adalah 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa secara sulit dan tanpa pengetahuan parti dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, baru-baru ini. […]

BAYANGKAN KALAULAH HARI INI AZMIN ADALAH PRESIDEN PKR….

Berlakunya pergeseran dalam kepimpinan PKR antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang berterusan sehingga hari ini, salah satu faktornya barangkali adalah kerana tidak tercapainya hasrat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk menjadi Presiden parti itu. Sesuai kerana sudah dinamakan sebagai calon PM8, hasrat Anwar mengambil alih teraju kepimpinan PKR daripada Dr. Wan Azizah Wan Ismail […]

GENG AZMIN MAKIN MELAMPAU, ANWAR MESTI SEGERA BERTINDAK TEGAS

Pemulauan dan sabotaj Geng Azmin terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR nampaknya semakin parah serta melampau. Bermula dengan memulaukan mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu dan ia masih berterusan sampai sekarang, perkembangan akhir-akhir ini memperlihatkan tindakan mereka semakin tidak boleh diterima. Selain memulaukan mesyuarat, Azmin bersama penyokongnya turut mengeluarkan kenyataan berterusan […]

KALAU PKR TAK PILIH BULU, ZURAIDAH PUN PATUT DIPECAT JUGA?

Walaupun tidak menghadiri mesyuarat MPP PKR semalam, Zuraidah Kamaruddin terus membebel melalui media berhubung keputusan yang dibuat oleh parti itu. Semalam PKR membuat keputusan memecat dua ahlinya, temasuk seorang Ahli MPP, Zakaria Abdul Hamid dan seorang lain yang bernama Ismail Dulhadi. Pemecatan itu berikutan cadangan yang diusulkan oleh SPRM berkaitan kes rasuah yang dihadapi oleh […]

HISHAMMUDDIN PARASIT UMNO, AZMIN PEROSAK PH – KEDUA-DUANYA MESTI DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN

Dalam suatu tindakan cepat dan pantas, Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, malam tadi. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali berkata, siasatan itu dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pertemuan yang menjadi perbualan ramai itu. Selepas siasatan, tambah beliau, tindakan […]

PERALIHAN KUASA – ADAKAH JANJI MULUT DAN JANJI POLITIK BOLEH DIMUNGKIRI?

Ada dua perkara berbeza yang perlu difahami berhubung janji peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim yang berterusan menjadi perbualan ramai di sepanjang masa. Pertama, janji yang telah disepakati dalam Majlis Presiden PH itu menetapkan Anwar adalah pengganti tunggal kepada Tun Mahathir. Oleh kerana ia keputusan konsensus, bermakna janji itu turut dipersetujui oleh […]

TINDAKAN TARIK OUTRIDER NAJIB TIDAK UNTUNGKAN PH

Saya tidak menyokong Najib Razak, bahkan menjadi antara penyumbang kepada kejatuhannya. Sejak 2011, selain menulis dan menerbitkan enam buah buku yang mengkritik dan membelasah Najib, saya juga telah menulis beribu-ribu artikel dalam blog ini bagi tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat agar menjatuhkan beliau dan menumbangkan UMNO serta BN. Banyak tindakan dan keputusan Najib sebagai Perdana Menteri […]

“TUN M KUTUK LAWAN POLITIKNYA, TAPI DALAM MASA SAMA BERTINDAK SEPERTI MEREKA”

1. Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam. 2. Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlaksanan pentadbiran beliau dan membidas kritikan terhadapnya khususnya daripada UMNO dan pemimpinnya. 3. Satu petanda yang tidak baik dan malang bagi sebuah negara apabila PM menjuruskan sidang medianya membalas kritikan terhadapnya malah mengutuk […]

AZMIN SUDAH HILANG KELAYAKAN RASMI KONGRES PARTI?

Sayap Pemuda dan Wanita PKR diberitakan sedang dalam dilema sama ada mahu menjemput Azmin Ali atau tidak untuk merasmikan kongres mereka hujung tahun ini. Mengikut tradisi, perasmian kongres Pemuda dan Wanita PKR adalah dirasmikan oleh Timbalan Presiden. Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa dan perangai Azmin Ali yang seolah-olah tidak setia dan hatinya tidak lagi bersama PKR […]

SEBAB ITU KITA JANGAN TERLAMPAU BERSIKAP PERKAUMAN….

Berikutan akhirnya BN meletakkan calon MCA di Tanjung Piai, bukan saja UMNO, malah Pas yang merupakan rakan kerjasamanya juga menerima kecaman serta kritikan daripada pelbagai sudut. UMNO didawa tunduk kepada kaum Cina, UMNO bukan pejuang Melayu, MCA lebih hebat daripada UMNO, kempen BMF atau Buy Muslim First jadi tidak bermakna dan macam-macam lagi serangan bertalu-talu […]

INI PULA DITUJUKAN KEPADA PAS DAN ‘ENAM JAHANAM’ UMNO

Semalam Anwar Ibrahim telah mengulas tentang mereka yang bercita-cita mahu memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Jawapan beliau itu boleh diimbas kembali di sini – https://shahbudindotcom.net/2019/10/25/harap-harap-mereka-mudah-faham.html Hari ini beliau menjawab pula mengenai pendirian Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan kepada Tun Mahathir agar terus menggalas tanggungjawab sehingga tamat […]