Tag: Timbalan Perdana Menteri

BUKAN TIDAK SABARNYA PENYOKONG ANWAR JADI MASALAH, TUN M YANG BERDOLAK-DALIK PUNCA SEGALA MASALAH

Dalam tulisan di blognya semalam, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin itu saja. Tambah beliau, campurtangan pihak lain boleh menjejaskan peralihan yang sudah dipersetujui itu. Mengimbas kembali episod 1998 di mana Anwar dipecat oleh […]

JAWATAN PM BUKAN HARTA PERIBADI TUN M, BUANG MASA SAJA UNTUK SESIAPA – SELAIN ANWAR – BERANGAN-ANGAN NAK JADI PM8

Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri. Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya. Pelbagai cara boleh dilakukan […]

PERSOAL PERALIHAN KUASA, TERMASUK GESAAN MELANJUT TEMPOH TUN M HINGGA HABIS PENGGAL ADALAH KHIANAT KEPADA PH

Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH, mereka tentu lebih maklum mengenai perjanjian itu kerana semua mereka hadir dalam Konvensyen PH di Shah Alam ketika mana perjanjian tersebut dimetrai […]

KERAJAAN PINTU BELAKANG SUATU PENGKHIANATAN, PEMIMPIN PH TERLIBAT HARUS DIAMBIL TINDAKAN

Kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah PH yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta merangkumi keanggotaan daripada Warisan daripada Sabah. Kemenangan PH dalam dalam PRU14 lalu adalah berasaskan sokongan rakyat yang mahukan perubahan dengan menyingkirkan BN yang telah berkuasa sejak lebih 60 tahun lamanya. Dengan kedudukan PH sebagai kerajaan yang telah diiberi mandat oleh […]

AWAL TAHUN 2020 SEBAIK-BAIKNYA MESTI SUDAH ADA TARIKH SERAH KUASA

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad tidak mahu menentukan tarikh sebenar untuk menyerahkan jawatan kepadanya. Menurut beliau, Tun Mahathir memberitahunya, soalan media yang berterusan tentang peralihan kuasa seolah-olah menggesanya segera meletakkan jawatan sehingga membuatkannya seperti seorang Perdana Menteri yang tidak berfungsi. “Tun Mahathir telah mengulangi kata-katanya, tetapi biasalah Tun Mahathir […]

TRAGEDI 1998 – KEKALAHAN TUN MAHATHIR, KEMENANGAN ANWAR

Khairuddin Abu Hassan, seorang pengampu dan pembodek Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini telah memberi amaran kemungkinan akan berulangnya Peristiwa 1998 berikutan desakan yang berterusan agar Perdana Menteri segera meletakkan jawatan untuk Anwar Ibrahim menggantikannya. Katanya, tindakan keterlaluan dan kurang ajar terhadap Tun Mahathir itu mungkin mendorongnya turun berkempen memberitahu tentang ketidaklayakan Anwar menjadi Perdana Menteri. […]

UNTUK KEFAHAMAN MUFTI PERLIS – PH TAK SAMA SEPERTI BN, TUN M TIADA KUASA TUKAR PENGGANTI

Ramai orang, termasuk Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin barangkali masih keliru dan tidak dapat membezakan antara sistem yang diamalkan oleh BN dan PH. Dalam BN, penentuan siapa menjadi Perdana adalah berdasarkan siapa yang menjadi Presiden UMNO. Presiden UMNO yang dipilih oleh perwakilan parti itu secara automatik adalah merupakan Perdana Menteri kerana UMNO merupakan parti […]

ANWAR PM PADA 2020 ADALAH HARAPAN RAKYAT MALAYSIA

Keyakinan Anwar Ibrahim bahawa beliau akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2020 sebenarnya adalah juga harapan bagi rakyat Malaysia. Selain beliau merupakan satu-satunya pilihan pengganti yang telah dijanjikan, lawannya yang menyasarkan jawatan yang sama jelas tidak lagi relevan ketika ini. Juga kata Anwar, “tiada tanda mana-mana parti akan memperkenal atau mempromosi dan melobi nama […]