Tag: Sidang Parlimen

TITAH AGONG DIDERHAKAI LAGI, SIDANG KHAS PARLIMEN BERUPA TAKLIMAT MENTERI 26 JULAI INI WAJAR DIBOIKOT

Sidang Parlimen yang sebenar akhirnya ditetapkan selama 15 hari bermula 2 September 2021. Meskipun titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah sangat jelas tentang keperluan Sidang Parlimen diadakan dengan segera dan secepat mungkin, Mahiaddin Md Yasin selaku Ketua Majlis Parlimen nampaknya tetap dengan kedegilan kepada rancangan asalnya sebelum ini bahawa Parlimen hanya boleh dibuka […]

SIDANG PARLIMEN LIMA HARI PATUT DITOLAK, MAHIADDIN MASIH CUBA DERHAKA TITAH AGONG?

Kerajaan PN akhirnya setuju untuk mengadakan Sidang Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang Dipertuan Agong agar Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021. […]

WALAU CIRIT-BIRIT, MAHIADDIN HANYA TINGGAL ADA DUA PILIHAN

Keseriusan dan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk memastikan agar Sidang Parlimen dapat diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan sesungguhnya memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Sehingga ini sudah tiga kali baginda bertitah berkenaan perkara tersebut, selain memanggil menghadap ketua-ketua parti, mengadakan perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu dan […]

BUKAN SAJA MAHIADDIN, SELURUH KABINET PUN RASA-RASANYA BAKAL KENA CIRIT-BIRIT JUGA SELEPAS INI….

Sejak subuh tadi telah heboh dengan perkhabaran melalui aplikasi Whatsapp tentang Mahiaddin Md Yasin yang dikatakan telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di ibukota. Laporan itu menyebut Perdana Menteri diserang sakit secara tiba-tiba dan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan mulai petang semalam. Begitu pun, tidak disebut masalah kesihatan apa yang sedang dihadapi Mahiaddin […]

APA GUNA MAHIADDIN BERBANGGA ADA PENGALAMAN 40 TAHUN JIKA JIWA MASIH PENAKUT MACAM PERTAMA KALI JEJAK KAKI KE PARLIMEN?

Keabsahan Perdana Menteri dan kuasanya dalam menasihati Yang Dipertuan Agong nampaknya terus menjadi pertikaian ramai menjelang Sidang Parlimen yang bakal diadakan setelah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Begitu pun, bila tarikh Sidang Parlimen itu bakal diadakan belum lagi diketahui kerana kerajaan dilihat terus mahu melengah-lengahkanya lagi. Dalam kenyataan bersama Speaker Parlimen dan […]

MEMBERI TEMPOH 14 HARI MENUNJUKKAN UMNO JUGA TIDAK BEGITU FAHAM ERTI ‘SEGERA DAN SECEPAT MUNGKIN’

UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin untuk membuka langkah mengadakan sidang Parlimen sebagaimana yang disarankan oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Dalam kenyataan selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik UMNO, Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kegagalan melaksanakan titah Raja-Raja Melayu adalah perbuatan menderhaka serta tidak menghormati institusi Istana. […]

PEMBODEK DAN PENGAMPU PUN MULA LARI, TANDA MAHIADDIN TAK DAPAT NAK DIPERTAHANKAN LAGI

Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri nampaknya semakin sukar untuk dipertahankan lagi. Berikutan sikapnya yang hanya sekadar mengambil maklum titah Yang Dipertuan Agong berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, beliau kini bukan saja terus ditekan oleh kian banyak pihak, malah terlihat penyokong serta pengampunya juga sudah mula mengalihkan sokongan. Kalau sebelum ini tekanan […]

KERAJAAN PN ADALAH KERAJAAN DERHAKA

Sudah lebih tiga hari berlalu sejak Yang Dipertuan Agong menzahirkan pandangan tentang perlunya Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin, sehingga ini masih belum kedengaran lagi sebarang respon positif daripada pihak kerajaan. Yang ada hanyalah kenyataan media Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sebelum ini yang kesimpulannya sekadar mengambil maklum saja titah Agong itu. Apakah cukup dengan […]

ISTANA NEGARA ULANGI PERLUNYA SIDANG PARLIMEN SECEPAT MUNGKIN, MAHIADDIN JANGAN DEGIL LAGI

Setelah kenyataan media berkaitan hasil Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun lalu yang antara lain mahukan Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin seperti telah diderhakai oleh seorang menteri kabinet, Takiyuddin Hassan dan sekadar diambil maklum saja oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin, Istana Negara hari ini mengeluarkan poster […]

IDEA PARLIMEN HIBRID CUMA WAYANG PN – NAJIB

Sebenarnya ini adalah satu wayang yang tak berapa bermakna bagi mengurangkan tekanan ke atas kerajaan PN untuk sambung parlimen setelah Darurat terbukti gagal segagalnya melawan Covid. Biar saya jelaskan. Katakanlah kerajaan perlu masa 14 hari untuk “kaji” laksana sidang Parlimen secara hybrid. Katakanlah selepas kaji 14 hari, kerajaan bersetuju untuk bersambung parlimen secara hibrid. Namun […]

JIKA KONGRES PKR SECARA MAYA PUN TAK DIBENARKAN MKN, JANGAN MIMPILAH SIDANG PARLIMEN HIBRID JADI KENYATAAN!!!

Dalam satu perkembangan yang dianggap mengejutkan dan di luar jangkaan, PKR telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara atau MKN dan makluman lisan Pendafrar Pertubuhan (ROS) agar menangguhkan Kongres Nasional parti itu yang dijadual berlangsung esok, 6 Jun 2021. Arahan daripada MKN itu diterima pada jam 6.21 petang semalam, 4 Jun 2021. Arahan terbaru MKN […]

BOLEHKAH PERUBAHAN NADA TAKIYUDDIN DIPERCAYAI SEDANGKAN ORANG KANAN MAHIADDIN SENDIRI BERKERAS TIDAK MAHU PARLIMEN BERSIDANG?

Sebelum ini iaitu pada 3 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan secara tegas berkata, kerajaan telah memutuskan menolak sidang Parlimen daripada diadakan ketika tempoh darurat. Kata beliau, ada alasan perundangan dan ada alasan dari segi sains dan data untuk menangguhkan dahulu persidangan Parlimen. Takiyuddin menambah, antara alasan bagi menangguhkan persidangan Parlimen dari […]

BUKAN SAJA MUHYIDDIN, SELURUH JEMAAH MENTERI TURUT DIKIRA DERHAKA KEPADA AGONG

Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Oleh yang demikian, titah baginda, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat. Seterusnya, Agong bertitah, perkenan baginda terhadap proklamasi darurat […]

TITAH AGONG BENAR PARLIMEN BERSIDANG BERMAKNA PRU SEGERA BUKAN LAGI KEUTAMAAN

Meskipun sudah dua hari berlalu, tapi belum terdengar lagi apa-apa kenyataan atau respon daripada Muhyiddin Yassin dan mana-mana menteri kabinet kerajaan berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong membenarkan sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat. Berbeza ketika Agong mengisytiharkan perkenan baginda mengenai perlaksanaan darurat sebelum ini, tidak sampai berapa jam saja kemudiannya Muhyiddin terus mengadakan perutusan khas […]

TUN M DAN ANWAR SUDAH ADA CUKUP NOMBOR UNTUK JATUHKAN MUHYIDDIN

Sebagaimana yang sedia dimaklumi, Muhyiddin Yassin hanya mempunyai sokongan sebanyak 113 daripada 222 Ahli Parlimen pada pembukaan Sidang Parlimen 18 Mei lalu. Bermakna, kelebihan yang ada pada Muhyiddin hanya dua undi saja. Ini adalah kedudukan majoriti paling kecil dan paling lekeh pernah dikecap oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Lebih daripada itu, kelebihan hanya dua […]

MUHYIDDIN TERBUKTI PENAKUT, SUDAH TIGA KALI MENGELAK DAN MENGUBAH-UBAH SIDANG PARLIMEN

Hanya kira-kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata-mata kerana takut hilang jawatannya. Pertama, sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, beliau telah menangguhkan tarikh asal Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 9 Mac kepada 18 Mei. Ketika itu, jika Sidang Parlimen tidak diubah […]

MUHYIDDIN TAKUT, SAH TIADA SOKONGAN MAJORITI?

Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja. Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan. Sebelum ini, selepas Titah Diraja, Parlimen dijadualkan akan bersidang selama sehari yang antara lain untuk pembentangan rang undang-undang dan menyelesaikan […]

KENAPA PARLIMEN DITANGGUH SAMPAI 70 HARI? ADAKAH INI BUKTI MUHYIDDIN MASIH TAK CUKUP MAJORITI?

Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac ini telah sah ditangguhkan kepada 18 Mei depan. Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau telah menerima surat makluman berkenaan tarikh baru untuk sidang ketiga Parlimen ke-14 daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam. Sehubungan itu, tegas beliau, tiada sidang Parlimen pada 9 Mac ini dan tarikh […]

“TERIMA HAKIKAT, WAWASAN 2020 GAGAL, PERANG BASMI KEMISKINAN GAGAL”

Sungguh sedih Sidang Parlimen penggal ketiga tahun 2019 yang bermula pada 7 September, iaitu empat hari sebelum pembentangan Belanjawan Negara 2020 oleh Menteri Kewangan pada Jumaat 11 September 2019 isu memerangi kemiskinan menjadi fokus perbahasan di parlimen. Sepatutnya tahun 2020 adalah tahun Malaysia menjadi negara maju seperti yang diimpikan oleh Wawasan 2020 sejak 30 tahun […]