Tag: shahbudindotcom

DUDUK DALAM KERAJAAN TAPI KUTUK KERAJAAN, JANGAN SAMPAI RAKYAT JADI BOSAN

Esok MT UMNO akan bermesyuarat, mesyuarat pertama sebaik berakhirnya PAU2020 pada 28 Mac lalu yang telah memuktamadkan ketetapan putus hubungan dengan Bersatu. Sejak itu, perbalahan dalam UMNO ternampak kian ketara, terutama serangan daripada kluster menteri yang nampaknya tidak senang hati dengan keputusan tersebut. Lantaran itu, beberapa pemimpin kluster menteri menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan, suatu […]

JENIS APAKAH KERAJAAN YANG KITA ADA SEKARANG?

Sejak darurat dikuatkuasakan, Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin setakat ini telah melakukan empat pindaan undang-undang. Pertama – pindaan undang-undang yang membolehkan kompaun melanggar SOP dinaikkan sehingga RM10 ribu. Kedua – pindaan undang-undang berkaitan berita tidak benar berkenaan darurat di mana nilai samannya dinaikkan sehingga RM100 ribu. Ketiga – pindaan undang-undang yang membolehkan kerajaan menambah perbelanjaan […]

MAHIADDIN KINI LEBIH BAHAYA DARIPADA NAJIB, MENJATUHKANNYA SUDAH JADI SUATU KEWAJIPAN

Pada 31 Mac lalu, kerajaan telah mengemukakan pindaan Ordinan Darurat yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Pindaan itu memberi kuasa sepenuhnya kepada kerajaan untuk berbelanja tanpa had dan tanpa dibentang, dibahas dan dipantau oleh Dewan Rakyat yang diwakili oleh Ahli-Ahli Parlimen yang […]

JUDI – KENAPA SUARA PAS BERBEZA BILA SUDAH JADI KERAJAAN?

Selama ini, Pas selalu menampakkan mereka adalah parti yang paling kuat menentang judi. Semua judi, tidak setakat haram, bahkan mahu diharamkan terus operasinya oleh Pas. Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, perkara itu memang sesuatu yang wajar, malah cukup mulia. Ketika berada sebagai pembangkang, Pas bukan saja bercakap dan membangkitkan penentangan terhadap judi di Parlimen […]

ANTARA MANDAT PAU DAN TAKTIKAL ZAHID HAMIDI, YANG TAK DIFAHAMI, NAK TUNGGU APA LAGI?

Dua hari lalu Najib Razak meluahkan rasa tidak fahamnya mengapa BN masih lagi menyokong kerajaan PN, meskipun telah ditanggapi sebagai kerajaan yang gagal. Kata Najib, beliau sebenarnya segan untuk memberi sebarang komen tentang tanda pagar #KerajaanGagal yang menjadi trending di laman sosial Twitter kerana BN sendiri masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang dianggap […]

LUAHAN #KERAJAANGAGAL MUNGKIN TIDAK BERLAKU JIKA ANWAR DIBERI PELUANG TERAJUI NEGARA

Minggu lalu telah trending di laman twitter tanda pagar #KerajaanGagal sebagai luahan kekecewaan warga maya terhadap ketidakberhasilan kerajaan sejak lebih setahun lalu dalam menangani wabak Covid19. Perkembangan tersebut hadir ketika kerajaan dilihat terus gagal memerangi penularan Covid19 dengan kes harian kekal empat digit sejak bermulanya gelombang ketiga September tahun lalu – gelombang jangkitan yang juga dikaitkan […]

KES COVID19 TERUS NAIK, ADAKAH INI PETANDA KERAJAAN MELAYU/ISLAM TIDAK DIBERKATI TUHAN?

Entah angka sebenar atau rekaan, rakyat kini nampaknya makin keliru dengan kes Covid19 yang dilaporkan terus meningkat hari demi hari. Lebih-lebih lagi melalui angka yang ditunjukkan, tiada data lengkap disertakan mengenainya dan ini berbeza berbanding pengumuman harian semasa PKP 1.0 dahulu. Yang terdengar kemudian ialah adanya amaran di merata-rata bahawa bazar ramadan akan ditutup dengan […]

APAKAH MAHIADDIN TIKA INI SEDANG DISERONOKKAN DENGAN KAJIAN TIPU-TIPU, SAMA SEPERTI NAJIB DULU?

Realiti yang nyata dan nampak di depan mata, Mahiaddin Md Yasin ketika ini adalah Perdana Menteri paling tidak popular dan sangat dibenci. Di media sosial, luahan kebencian dan rasa tidak puas hati itu cukup ketara dan tidak perlu dianalisa lagi untuk memahaminya, termasuk laman sosial Mahiaddin sendiri. Pejuang maya yang menyokongnya yang sebelum ini sangat […]

EHH…JANGANLAH MENGAKU SUDAH TUA TUN, SIAPA PULA NAK JADI PM DARIPADA PEJUANG NANTI?

Kata Tun Mahathir Mohamad, beliau kini tidak lagi mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga kerana berasakan dirinya sudah terlalu tua. “Sekiranya saya masih muda, saya boleh menjadi Perdana Menteri lagi, tetapi saya sekarang berusia 95 tahun. “Saya rasa saya tidak seharusnya lagi menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga,” katanya kepada Bernama. Begitu pun, tambah […]

‘MENTERI NIKAH KAHWIN’ TERLALU KERAP TERPALIT KONTROVERSI, APA KATA DITUKAR JAGA ALAM SEKITAR PULA?

Apabila sejak semalam tular video mengenai Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal agama bersama beberapa individu yang lain menaiki jet mewah, khabarnya untuk penerbangan dari Riyadh ke Madinah, meski mengejutkan, tetapi ia tidaklah begitu menghairankan. Ini kerana beliau sebenarnya sudah begitu kerap terpalit dengan kontroversi yang tidak diperlukan […]

NEGARA TIADA WANG ADALAH PENGAKUAN MAHIADDIN TENTANG KEGAGALANNYA SENDIRI

Akhirnya Mahiaddin Md Yasin mengakui kerajaan PN pimpinanya tidak ada banyak wang lagi untuk berbelanja. Katanya, kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion untuk Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan yang telah diumumkan. “Sudah banyak kita belanjakan wang untuk tahun ini dan pada tahun lepas. “Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, […]

APA KATA JIKA ANWAR PUN MENGGUNA HUJAH YANG SAMA TENTANG ‘VIDEO HAZIQ?’

Ketua Penerangan PN, Azmin Ali melahirkan keyakinan rakaman audio yang bocor yang dikatakan perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim adalah rakaman yang sahih. Katanya, sebagai bekas pegawai yang pernah berkhidmat lama dengan Anwar sebagai Setiausaha Sulitnya, beliau yakin itu adalah suara Anwar. “Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan […]

BERSAMA BN, UMNO BERKUASA 60 TAHUN, KALAU BERSAMA PH, TIDAK MUSTAHIL MAMPU BERTAHAN 120 TAHUN

Tulisan ini ditujukan khusus untuk pemimpin, ahli dan orang-orang UMNO di seluruh negara. Ia bukan untuk menghasut atau meracun minda, tetapi agar mereka berfikiran lebih terbuka, tidak jumud serta menyedari bahawa dalam politik, yang penting adalah kuasa. Waima bagi parti yang melaungkan Islam siang malam pun, kuasa lebih mereka kejar akhirnya berbanding pahala. Kalau bukan […]

KALAU DENGAN PAS YANG MENGKAFIRKANNYA PUN UMNO BOLEH BEKERJASAMA, APA SANGATLAH DENGAN PH?

Meski rakaman audio bocor yang didakwa melibatkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih lagi merupakan misteri dari segi kesahihannya, di sisi lain sebenarnya ramai yang berharap hubungan baik yang dizahirkan melalui perbualan mereka berdua itu akan menjado kenyataan dalam politik untuk negara. Dalam erti kata lain, kebocoran audio itu telah […]

UNTUK ELAK ‘UMNO FOR SALE’, ZAHID HAMIDI KINI WAJAR UBAH FIKIRAN DAN TANGGUH PEMILIHAN PARTI

Walaupun Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji tidak akan menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini, perkembangan terbaru kebelakangan ini memperlihatkan beliau perlu membuat pusingan U dan mengubah fikirannya. Desakan demi desakan oleh kalangan kluster menteri yang muncul satu demi untuk menggesa pemilihan disegerakan adalah isyarat bahaya kepada masa depan UMNO. Mengubah fikiran […]

DUA MENTERI INI PASTI TIADA MASALAH MENGECAM SIAPA PELAKU ‘VIDEO HAZIQ’?

Kata Annuar Musa, beliau 100 peratus yakin rakaman audio yang tular yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim adalah tulen. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau telah mendengar audio perbualan itu lebih 10 kali dan bukanlah sukar untuk mengenal pasti identiti kedua-dua individu berkenaan. “Suara orang lain berlakon […]

PEMILIHAN UMNO SUDAH DEKAT – JATUHKAN ZAHID HAMIDI MELALUI PERTANDINGAN, BERHENTI DESAKNYA LETAK JAWATAN

Ramai kini yang tampil bersuara menggesa agar Ahmad Zahid Hamidi berundur dan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO. Di samping segelintir mereka tidak yakin kedudukannya yang berdepan deretan kes mahkamah mampu memacu kemenangan, yang lain menggesa demikian kerana keengganannya tunduk membawa UMNO bekerjasama dengan Bersatu. Annuar Musa dan Shahidan Kassim yang kuat mengkritik Zahid Hamidi sekarang […]

SELAGI PIMPINAN ADA SIKAP MELAWAN SEPERTI SEKARANG, SUKAR UNTUK UMNO DIHARAMKAN, TAPI…..

Bolehkah UMNO diharamkan? Ini adalah antara isu yang menghantui UMNO sekarang ini, selain isu kedudukan hubungannya dengan Bersatu dan kemampuan untuk menang dalam PRU15 akan datang. Dengan banyak kuasa berada dalam tangan Bersatu dan parti itu diketahui umum tidak mungkin mampu bernafas selesa meneruskan pegangan kuasanya dalam negara jika tanpa kerjasama UMNO, tidak mustahil pilihan […]

SEBELUM MAHU NAMAKAN CALON PM, TONJOLKANLAH DULU SIAPA NAK TANDING PRESIDEN UMNO?

Sana sini orang UMNO yang anti Ahmad Zahid Hamidi mula bersuara mahukan parti itu menyediakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang nanti. Serentak dengan itu, bergentayangan juga suara-suara menggesa agar pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak ditangguhkan. Kata mereka, dengan adanya pemilihan UMNO yang tidak ditangguhkan, maka calon […]