Tag: sepenggal

MAKMAL AS SAHKAN AZMIN DALAM VIDEO HAZIQ?

Semalam, selain merupakan hari terakhir bagi tahun 2019, ia juga merupakan hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia. Ini kerana harapan mereka untuk mengetahui dengan sahih dan rasmi berhubung siapa seorang lagi lelaki yang dikatakan mirip Azmin Ali dalam video Haziq, tidak menjadi kenyataan akhirnya. PDRM melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Huzir Mohamad pada 20 November […]

JANGAN LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA, 2020 ADALAH TAHUN PERALIHAN KUASA

Hari ini, 1 Januari bermulalah lembaran baru tahun 2020 di hadapan kita. Menoleh ke belakang, pada awalnya ketibaan 2020 ini adalah detik di mana kita sepatutnya menyambutnya dengan penuh gembira kerana Malaysia telah ditargetkan akan muncul sebagai sebuah negara yang maju. Malangnya, Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991 setelah berakhirnya Dasar […]

BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH JAWATAN PM KEPADA PH….

Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu. Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah. Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan […]

KENAPA ZAHID HAMIDI MASIH BERDIAM DIRI?

Di sebalik dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa bahawa wujud kekeliruan berhubung isu perletakan jawatan Apandi Ali selaku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, beliau nampaknya tetap tegas dengan keputusan tersebut. Apandi berkata, beliau akan mengutus surat perletakan jawatannya sebaik pulang dari luar negara. “Memang benar bahawa ibu pejabat UMNO belum menerima surat peletakan jawatan saya tetapi […]

BAIK PENYOKONG PH ATAU UMNO, KERAJAAN PINTU BELAKANG MESTI DITOLAK

Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat. Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pembangkang, maka sekali ia tiada kuasa sejak PRU14 lalu, para pemimpin UMNO seolah-olah hilang punca untuk mengurus parti dan diri […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

EHH…EHH…INI BUKAN MACAM NAK JUAL NEGARA KEPADA CHINA JUGA KE?

Aduhh….Zuraidah Kamaruddin ini menteri mana sebenarnya? Menteri untuk rakyat Malaysia atau menteri untuk rakyat negara China dan Hong Kong? Jika beliau menteri untuk rakyat Malaysia, kenapa beria-ia sangat nak menjual rumah kepada warga China dan Hong Kong? Rumah untuk rakyat Malaysia sendiri bagaimana? Pernahkah beliau bersungguh-sungguh seperti ini dalam memastikan rakyat Malaysia sendiri memiliki rumah […]

PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL?

Baru lapan bulan berada di Putrajaya, sejujurnya ketika ini sudah bermacam-macam rungutan boleh didengar berkenaan kerajaan baru Pakatan Harapan ini. Paling banyak menjadi bualan ialah berkenaan prestasi menteri-menteri yang dianggap tidak memuaskan, malah kadangkala di bawah “standard” yang sepatutnya. Lebih buruk, berbanding menteri-menteri daripada PKR, DAP dan Amanah, menteri daripada Bersatu yang dipilih sendiri oleh […]