Tag: saya

MAHATHIR KOMITED LEPAS JAWATAN SEPERTI DIJANJIKAN – ANWAR

Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari Port Dickson. Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa. Saya bangkitkan isu tersebut kerana ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari UMNO dan sebilangan kecil dari KEADILAN sendiri yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sehingga akhir penggal. […]

MAHATHIR TERDESAK, GAMBAR LAMA TERPAKSA DIKITAR SEMULA?

Semalam, mula-mula keluar spekulasi di sebuah portal berita berkenaan kemungkinan pengaturan politik baru yang berteraskan Melayu bakal dibentuk tidak lama lagi. Dikatakan ia melibatkan usaha membawa masuk Pas ke dalam kerajaan yang bertujuan untuk menahan kemaraan DAP dan untuk menidakkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8. Kemudian, Tun Mahathir Mohamad sebagai reaksinya kepada berita berkenaan […]

SELEPAS NAJIB BERSUMPAH LAKNAT, KEPERLUAN KINI JADI LEBIH TINGGI UNTUK KES ALTANTUYA DIBUKA SEMULA

Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu. Lafaz sumpah beliau adalah:- “Wallahi, wabillahi, watallahi. “Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang […]

MENGAPA MAHATHIR SUKA CAKAP BERBELIT-BELIT?

Semakin hampir ketibaan tempoh matang dua tahun peralihan kuasa, kata-kata atau kenyataan Tun Mahathir Mohamad nampaknya makin berbelit-belit dan kian sukar difahami. Apakah ia disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau semakin lupa dan tidak ingat lagi kepada janji lama? Walaupun masih mengatakan nama Anwar Ibrahim sebagai penggantinya untuk mengisi kerusi PM8, ekor kata-kata sering menimbulkan […]

“IA FITNAH, PADA TARIKH TERSEBUT SAYA SIBUK BERKEMPEN DI PRK PORT DICKSON”

Saya telah menerima laporan yang dibuat oleh individu bernama Muhammed Yusoff Rawther melalui media massa dan media sosial. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut. Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Ghandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan […]

APA MAKSUD AMARAN ANWAR “JANGAN UJI SAYA”?

Di Konvensyen PKR Perak semalam yang dihadiri lebih 3,000 orang dan di ketika parti itu sedang berdepan kemungkinan ada dua kongres berasingan hujung minggu ini, Anwar Ibrahim melontarkan amaran agar jangan ada sesiapa cuba menguji kesabarannya. Presiden PKR itu berkata, selagi bergelar presiden, beliau bertanggungjawab untuk membina kekuatan parti dan dalam masa yang sama menghormati […]

PERSEFAHAMAN PM7 DAN BAKAL PM8

Hari ini saya mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Dalam pertemuan tersebut saya telah memohon persetujuan Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu. Pertamanya, pendirian Tun Dr Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh […]

PEJA TERBUKTI MASIH TEBAL DNA UMNO, PERBUATANNYA UMPAMA MENGUTUK ISTERI SENDIRI DI DEPAN AWEK BARU

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. “Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita. “Saya buat itu pelan-pelan tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ni”. Di atas adalah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sebuah […]

AMBOIII….BERLAGAKNYA MENTERI INI!!

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, tiada undang-undang khusus di Malaysia menghadkan pemberian sumbangan oleh seorang menteri kepada sekolah pada waktu pilihanraya. “Tak ada undang-undang di negara kita menyatakan sama ada boleh atau tidak memberi wang semasa pilihanraya. “Saya menteri, saya boleh (memberi sumbangan) bila-bila masa,” katanya lagi. Salahuddin berkata demikian sebagai […]

CUMA SATU SAJA, JANGANLAH PONTENG MESYUARAT LAGI SELEPAS INI…..

Ada dua perkara menarik berlaku tentang Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali hari ini. Pertama, sejak sekian lama tanpa pencerahan, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk keluar atau meninggalkan PKR dan menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti lain. Ini kerana, katanya, kedudukan beliau adalah berdasarkan mandat yang selesa daripada ahli-ahli […]