Tag: PRU

MAHU COMEBACK, ADAKAH MAHIADDIN SEDAR SIAPA DIRINYA?

Dua hari lalu Mahiaddin Md Yasin melontarkan keyakinan Perikatan Nasional atau PN mampu melakukan comeback atau kemunculan semula dalam PRU akan datang. Untuk itu, tegasnya lagi, beliau akan terus mengetuai PN dalam PRU15 nanti. “Pada masa itu, PN dan saya sebagai pengerusinya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya. “Insya-Allah, dengan izin Allah dan sokongan rakyat, […]

JIKA SOKONGAN 114 TIDAK PALSU, TIADA SEBAB ISMAIL SABRI PERLU TAKUT BERDEPAN UNDI PERCAYA

Sebagaimana kita semua sedia maklum, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan 114 Ahli Parlimen yang dimilikinya. Dikira daripada 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang, jumlah 114 itu adalah lebih tiga undi daripada majoriti paling minimum sebanyak 111. Dengan sokongan 114 itu, jika benar ia asli dan diperolehi dengan cara betul, tidak ada […]

JIKA BEGINILAH PERANGAI PEMIMPINNYA, MEMANG WAJIB UMNO DITUMBANGKAN SEKALI LAGI

Belum pun sampai sebulan UMNO beroleh kembali kerusi Perdana Menteri yang gagal dipertahankan sejak 2018, lagak dan gaya lama pemimpinnya sudah mula menjadi bualan semula. Kalau dulu, bersama keangkuhan bahawa UMNO tidak mungkin kalah pilihanraya, lagak dan kesombongan mereka yang bergelar pemimpin bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia sudah menjadi tontonan yang merata di mana-mana, […]

KABINET BESI BURUK, ISMAIL SABRI GAGAL FAHAMI KEBENCIAN RAKYAT

Melihat senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob pagi tadi, kesimpulan paling jelas ia langsung tidak menampakkan sebarang perubahan dan pembaharuan. Seolah-olah kabinet yang dibentuknya ini tidak lebih merupakan kesinambungan daripada kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin sebelum ini. Kalau dulu ia dinamakan kerajaan PN, susunan kabinet Ismail Sabri ini […]

ABAH AKHIRNYA REBAH…

1. Mesej dalam artikel ini ditujukan kepada rakan-rakan MP saya dari semua blok di atas keperluan bahawa semua kami perlu membuat keputusan kritikal menyokong calon PM di kalangan 220 MP yang akan menentukan untung nasib rakyat yang kini menderita. Pilihan kita adalah demi suara rakyat dan bukan demi habuan kita, setelah kita menyokong calon yang […]

SIFAT TERTUTUP MAHIADDIN LEBIH MUDAH MEMBAWA JATUHNYA KERAJAAN PN

Sepertimana pernah saya tulis sebelum ini, terdapat pemimpin Bersatu sendiri mengakui kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin sekarang memang sedang terumbang-ambing dan tidak mustahil akan terbalik jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini. Antara punca keadaan itu ialah kegagalan Mahiaddin sendiri tampil dengan segera dan pantas menjawab sebarang isu yang timbul dan yang menjadi pertikaian […]

PN MENUJU KEJATUHAN, PEMIMPIN BERSATU PUN YAKIN DEMIKIAN

Melihat kemarahan netizen terhadap kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin sekarang sepertinya kerajaan PN ini sedang menuju kejatuhan dan bakal tumbang dalam PRU akan datang. Meskipun Najib Razak juga pernah dibenci sebelum PRU14 lalu, tetapi apa yang berlaku kepada Mahiaddin ternampak lebih parah daripada itu. Di media sosial, di mana lebih separuh daripada jumlah rakyat negara […]

MUHYIDDIN MUNGKIR JANJI – NAJIB

Antara yang didedahkan oleh Presiden UMNO dalam ucapan PAU minggu lepas, ialah perjanjian kerjasama untuk penubuhan Kerajaan PN sebelum ini adalah kerajaan perlu membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU awal tahun ini. Dengan syarat tersebut, MKT UMNO ketika itu bersetuju menyertai PN dan melantik Perdana Menteri dari PPBM. Sejak awal lagi syaratnya ialah Parlimen hendaklah dibubarkan […]

JANGAN SAMPAI TIMBUL GELARAN ‘KLUSTER PELAHAP JAWATAN’….

Untuk kesekian kalinya, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah terus membuat saranan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang memegang jawatan dalam kerajaan harus segera meletakkan jawatan. Katanya, selepas putus hubungan dengan Bersatu dimuktamadkan dalam PAU kali ini, mereka tiada pilihan lain lagi selain perlu mengundurkan diri. “Presiden UMNO menegaskan sekali lagi dalam ucapannya apa […]

MUHYIDDIN TAK AKAN JADI PM LAGI SELEPAS PRU15 – TUN MAHATHIR

1. Kata Perdana Menteri Pilihan Raya akan diadakan apabila darurat ditamatkan kerana masalah wabak COVID-19 sudah selesai. 2. Muhyiddin percaya Perikatan Nasional (PN) akan menang pilihan raya kerana ia sudah buat persediaan. Bendera dan sepanduk sudah ditempah dan agihan kawasan antara Bersatu, PAS dan UMNO sudah dirunding. 3. Bagi Muhyiddin hanya terdapat satu masalah yang […]

SELEPAS RAMAI LOMPAT KELUAR, MALAM TIDAK SELAMANYA GELAP BUAT PKR

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) kini benar-benar diuji ketahanannya. Jika Keadilan diibaratkan sebuah kapal, maka bahtera Keadilan kini sedang dilambung ombak dan dipukul badai di lautan yang bergelora. Masakan tidak. Dalam masa dua minggu di bulan Mac 2021 ini sahaja, Keadilan telah hilang tiga orang Ahli Parlimennya yang meninggalkan parti dan melompat menyokong Kerajaan Perikatan Nasional […]

PENDIRIAN UMNO TOLAK PN ADALAH PENDIRIAN AKAR UMBI – NAIB PRESIDEN

Kebelakangan ini terlalu banyak sekali gesaan untuk UMNO memikirkan semula pendiriannya untuk tidak mendukung Perikatan Nasional pada PRU ke 15. Pelbagai alasan di gunakan terutama sekali retorik perpaduan ummah bahawa seolah-olah UMNO mengabaikannya. UMNO tidak pernah mengabaikan kepentingan ummah barang seketika pun. UMNO lah yang merintis jalan perpaduan Melayu memerdekakan negara. UMNO lah yang menerima […]

TITAH AGONG BENAR PARLIMEN BERSIDANG BERMAKNA PRU SEGERA BUKAN LAGI KEUTAMAAN

Meskipun sudah dua hari berlalu, tapi belum terdengar lagi apa-apa kenyataan atau respon daripada Muhyiddin Yassin dan mana-mana menteri kabinet kerajaan berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong membenarkan sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat. Berbeza ketika Agong mengisytiharkan perkenan baginda mengenai perlaksanaan darurat sebelum ini, tidak sampai berapa jam saja kemudiannya Muhyiddin terus mengadakan perutusan khas […]

PN SUKAR MENANG PRU15, PH DAN BN DIJANGKA RAIH LEBIH BANYAK KERUSI

Persoalan yang mula menjadi bualan sekarang ialah mampukah Muhyiddin Yassin dan PN menang PRU15 akan datang, lebih-lebih lagi setelah masuknya Gerakan ke dalam gabungan itu? Meskipun ada beberapa penganalisis mengatakan PN berpeluang cerah, malah disebut mampu meraih kemenangan dua pertiga dalam PRU15 nanti, secara kasarnya semua itu terlalu sukar, bahkan hampir mustahil dapat dicapai. PN […]

JIKA TIADA PAU 31 JANUARI NANTI, UMNO TAK HARUS BERTANGGUH LAGI BERTINDAK KELUAR KERAJAAN

Sehingga ini belum ada kepastian lagi sama ada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 31 Januari depan ditangguhkan atau diteruskan. Sementara PKP 2.0 yang dilaksanakan di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekarang akan berakhir pada 26 Januari, perintah darurat pula berkuatkuasa sehingga 1 Ogos. Dalam hal ini, jika PKP dilanjutkan lagi selepas 26 […]

UMNO MESTI DIELAK DARIPADA ‘DIMAMPUSKAN’, JANGAN SAMPAI SEJARAH UMNO DIMATIKAN BERULANG LAGI

Walaupun desakan UMNO ketika ini mahu PRU segera seolah-olah menggambarkan parti itu tidak sabar dan begitu yakin mampu berkuasa semula, tujuan sebenarnya lebih daripada itu. Tujuan utama UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan keluar daripada kerajaan PN ialah lebih untuk mengelakkan parti itu daripada “dimampuskan” secara perlahan-lahan. Selama 10 bulan berada dalam kerajaan PN […]

PRU SEWAKTU COVID MEMANG TAK OK, TAPI TUKAR KERAJAAN OK

Berikutan kebimbangan meningkatnya semula kes Covid19 dalam negara, sementelah banyak negara lain dalam dunia juga menunjukkan trend yang sama, mengadakan PRU dalam waktu terdekat ini dianggap tidak sesuai sama sekali. Untuk itu, ramai tidak setuju dengan keputusan UMNO mahu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin dan keluar daripada PN bagi tujuan mengasak kerajaan agar mengadakan PRU […]

PRU TAK SELESAI MASALAH

1. Tuntutan UMNO untuk adakan PRU suku pertama tahun 2021 adalah tidak wajar dan tidak munasabah. Kenyataan itu antara keputusan yang dibuat dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi UMNO. 2. Ketidaktentuan politik negara memerlukan kesembuhan jangka panjang dan sebaiknya ialah menunggu sehingga pembubaran wajib 2023. Pemulihan memerlukan demokrasi diperkukuhkan semula melibatkan reformasi pilihanraya, reformasi parlimen dan reformasi […]

SEBAIK PARLIMEN DIBUBAR, BEBERAPA PEMIMPIN UMNO DIJANGKA LOMPAT SERTAI BERSATU

Apakah Muhyiddin Yassin tidak berasa bimbang dengan penolakan UMNO secara besar-besaran untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang sebagaimana dizahirkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian parti itu sekarang ini? Barangkali ramai yang dalam hati bertanyakan soalan tersebut, terutama melihatkan Muhyiddin seolah-olah relaks saja dan tidak melompat langsung dengan gelombang yang sedang berlaku. Tidak bimbangkah beliau […]