Tag: PRK

TERCAPAI JUGA HASRAT MUHYIDDIN MAHU DARURAT, TAPI MAMPUKAH IA MEMBUAT BELANJAWAN TIDAK DITOLAK?

Hasrat terpendam hati Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat terlaksana juga akhirnya setelah cadangan kerajaan berkaitan perkara tersebut telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong semalam. Begitu pun, tidak seperti cadangan asal yang tolak oleh Agong sebelum ini, darurat yang dibenarkan ini hanya untuk menangguhkan PRK Batu Sapi saja. Berbeza dengan rancangan asalnya, darurat yang ditolak itu […]

KENAPA TIDAK MUHYIDDIN SAJA YANG UMUM BERSATU TAK BERTANDING DI BATU SAPI?

Dua parti utama di Sabah, BN dan PBS sudah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK Batu Sapi pada 5 Disember depan. Ia sebagai menyahut seruan untuk mengurangkan kemungkinan menularnya semula Covid19 jika Warisan yang akan mempertahankan kerusi tersebut dicabar dan seterusnya berlaku aktiviti kempen dan perhimpunan orangramai. Dua anggota PN iaitu Star dan LDP turut […]

BURUK BENAR JADINYA BILA PERANGAI PH AKHIRNYA TAK UBAH MACAM UMNO DAN BN

Dalam kehangatan kempen PRK Tanjung Piai yang sedang berjalan sekarang, tidak seperti beberapa pilihanraya sebelum ini, PH yang sudah menjadi kerajaan kali ini nampaknya turut ghairah memberi sumbangan wang tunai kepada pengundi. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada SRJK (C) Pei Chio, Kukup Laut, Tanjung Piai. “Tak […]

TUN, JANGANLAH CUBA PERBODOHKAN RAKYAT?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan beberapa menteri mengumumkan peruntukan pembangunan menjelang pilihanraya kecil di Tanjung Piai. Katanya, pengumuman itu tidak ada kena mengena dengan cubaan mendapatkan undi dan cuma kebetulan dengan adanya pilihanraya kecil di kawasan itu. “Memang menjadi amalan kerajaan, pengumuman mengenai sesuai projek atau peruntukan dibuat dari semasa ke semasa. “Kerajaan […]

WALAUPUN PELIK, PERKAHWINAN UMNO DAN PAS ADALAH BAIK UNTUK RAKYAT

Impian  yang sekian lama dinanti-nantikan dalam politik negara ini ialah wujudnya sistem dua parti yang seimbang serta menjadikan proses semak dan imbang dalam kerajaan nampak lebih berkesan. Melalui kewujudan sistem dua parti di mana kerajaan yang bertukar ganti lebih mudah berlaku setiap kali pilihanraya diadakan, sesiapa juga yang menjadi kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik […]

PAS DAN UMNO KAHWIN JUGA AKHIRNYA, TAPI RASA-RASANYA BOLEH BERTAHAN BERAPA LAMA?

Bermula semalam UMNO dan Pas diisytiharkan telah berkahwin secara rasminya. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mengumumkan perkara tersebut selepas selesai mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan rombongan lima pemimpin Pas yang sudi bertandang buat pertama kali memijakkan kaki ke Menara Datuk Onn, PWTC. Rombongan pemimpin Pas itu diketuai oleh Tuan Ibrahim Tun Man, manakala UMNO yang […]

MEMBANTU MELAYU BUKAN AMALAN PERKAUMAN

Di mana salahnya apabila Azmin Ali menggesa agar kerajaan tidak lagi apologetik dalam melaksanakan janji yang melibatkan orang Melayu dan Bumiputera? Dalam gesaan seterusnya susulan kekalahan PH di Semenyih, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, “kerajaan harus berani dan tidak perlu gundah gulana untuk menunaikan janji kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan sebahagian daripada […]

KERETAKAN BN BERI KELEBIHAN KEPADA PH DI RANTAU

Kemenangan BN di Semenyih dan semakin eratnya hubungan antara UMNO dan Pas kebelakangan ini nampaknya tidak mendatangkan kegembiraan buat MCA dan MIC. Kedua-dua parti mewakili kaum Cina dan India itu semalam mengeluarkan kenyataan bersama secara mengejut yang membayangkan kemungkinan untuk mereka meninggalkan BN dan mencari gabungan baru untuk disertai. Berikutan BN telah ditolak pada rakyat […]