Tag: presiden umno

SEBELUM MAHU NAMAKAN CALON PM, TONJOLKANLAH DULU SIAPA NAK TANDING PRESIDEN UMNO?

Sana sini orang UMNO yang anti Ahmad Zahid Hamidi mula bersuara mahukan parti itu menyediakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang nanti. Serentak dengan itu, bergentayangan juga suara-suara menggesa agar pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak ditangguhkan. Kata mereka, dengan adanya pemilihan UMNO yang tidak ditangguhkan, maka calon […]

SELEPAS TUN FAISAL, KLUSTER MENTERI YANG DERHAKA PRESIDEN UMNO JUGA WAJIB DIAMBIL TINDAKAN

Mesyuarat MT UMNO malam tadi mengambil keputusan menggantung keahlian Tun Faisal Ismail Aziz selama enam tahun atau dua kali pemilihan atas kesalahan mengkritik Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Tun Faisal adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dan kini bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa. Annuar Musa juga didapati kerap melakukan tindakan […]

TOK MAT CABAR ZAHID HAMIDI PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN?

Entah kenapa, Presiden UMNO, Zahid Hamidi tiba-tiba saja mengungkit peristiwa lama ketika beliau mengambil cuti daripada tugas mengetuai parti pada 2019 dahulu. Ketika beliau bercuti itu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memangku tugas sebagai Presiden UMNO. Zahid Hamidi berkata, beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi […]

APA KEPUTUSAN POLITIK BESAR BAKAL UMNO LAKUKAN SUSULAN HUKUMAN TERHADAP NAJIB?

Sebaik keputusan bersalah dijatuhkan terhadap Najib Razak dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, suatu keputusan politik yang besar akan dibuat oleh parti lanjutan daripadanya. “Saya amat simpati dan berasa sedih bukan saja sebagai seorang Presiden UMNO, namun yang paling penting, […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

SELEPAS TUAN IBRAHIM, HADI AWANG DAN ZAHID HAMIDI PUN ‘JUAL’ NAMA ORANG SUDAH MENINGGAL DUNIA JUGA

Tidak cukup dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang “menjual” nama orang yang sudah meninggal dunia untuk mewajarkan kerjasama UMNO dan Pas, perkara yang sama rupa-rupanya berterusan lagi. Tuan Ibrahim semalam berkata, kerjasama UMNO dan Pas adalah selaras dengan kehendak bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Entah di mana ia dikatakan selaras […]

SIAPA CALON PM, TPM PENYATUAN UMMAH?

Tujuan sebenar kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas PRU akan datang bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika diteliti, sudah ramai pemimpin kedua-dua parti yang berkata dengan maksud sedemikian. Misalnya, Mohd Kharuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah berkata, kerjasama UMNO dan Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen […]

KALAU PENYATUAN NASIONAL, KENAPA HANYA ADA LOGO PAS DAN UMNO?

Projek kerjasama UMNO dan Pas yang sebelum ini bertemakan penyatuan ummah dilaporkan akan ditukar kepada penyatuan nasional. Menurut sumber, dengan penggunaan kalimah “ummah” ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata. “Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baru bagi piagam kerjasama Umno dan PAS yang akan dimeterai pada 14 […]

APA NASIB HISHAMMUDDIN BERSAMA UMNO?

Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin dilaporkan sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan salah laku. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali yang mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun memberitahu, belum ada cadangan atau syor dibuat oleh badan itu kepada UMNO. “Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika […]

ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah melepaskan kuasanya selaku peneraju parti itu kepada timbalannya, Mohamad Hassan. Bermakna semua kuasa Presiden UMNO adalah dipindahkan kepada Mohamad Hassan, manakala Zahid Hamidi hanya menjadi Presiden UMNO yang tidak ada kuasa. Sejak menyerahkan kuasanya itu, Zahid Hamidi mengumumkan beliau bercuti, tetapi tiada tempoh masa yang ditetapkannya. Semenjak […]