Tag: politik

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

KENAPA PAS MASIH ‘JUAL’ NAMA NIK AZIZ, MENGAPA TIDAK GUNA NAMA HADI AWANG SAJA?

Pas nampaknya masih tidak ada keyakinan bahawa tindakannya menjalin kerjasama dengan UMNO benar-benar mendapat sokongan ahli akar umbinya. Sebab itu Pas tidak ada pilihan selain terpaksa menggunakan nama Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan tindakannya itu. Pas sedar nama Nik Aziz bukan saja masih kuat dalam pemikiran sebahagian besar ahli-ahlinya, maka nama beliau terus digunakan […]

SIAPA CALON PM, TPM PENYATUAN UMMAH?

Tujuan sebenar kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas PRU akan datang bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika diteliti, sudah ramai pemimpin kedua-dua parti yang berkata dengan maksud sedemikian. Misalnya, Mohd Kharuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah berkata, kerjasama UMNO dan Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen […]

BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA AKAN DIBAWA SEHINGGA KEPADA PM

Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan. Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar membatalkan rancangan tersebut. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang terkait secara langsung dengan UMT dan UNISZA akan mengemukakan surat bantahan tersebut. […]

ADA MENTERI HANYA FIKIR UNTUK DAPAT PENCEN SEBELUM MATI

Malam tadi saya menikmati makan malam bersama beberapa kenalan yang antaranya adalah mereka yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim sejak zaman ABIM lagi. Dalam berbual-bual mengenai pelbagai isu dalam negara, termasuk politik semasa, tiba-tiba terkeluar cerita berkenaan perlakuan seorang menteri yang dirasa cukup memalukan perbuataannya. Menteri berkenaan dikatakan datang menemui Anwar dan meminta […]

TIGA PILIHAN BUAT GENG KARTEL

Pendirian Anwar Ibrahim dalam menangani tindakan sesetegah pemimpin PKR yang tidak hadir mesyuarat sejak sekian lama yang kemudian disusuli dengan sebahagiannya menunjukkan perangai mengada-ngada, nampaknya cukup jelas dan tidak sukar lagi difahami. Hasrat mereka untuk mengadakan pertemuan secara berasingan dengannya tidak mendapat layanan sama sekali daripada Anwar. Kepada Azmin Ali yang dilaporkan telah tidak hadir […]

JAWAPAN KEPADA POLITIK KAUM DAN AGAMA YANG MELAMPAU

Politik perkauman dan agama yang selama ini menjadi mainan UMNO dan Pas barangkali tidak relevan lagi selepas ini. Ini berikutan persempadanan baru SPR yang akan menambah kawasan pengundi campuran sedang dilaksanakan dan mungkin menjadi kenyataan dalam PRU15 akan datang. Sekarang ini, daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, kawasan yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai campuran […]

APAKAH HILMAN MAHU AZMIN JUGA DIAMBIL TINDAKAN?

Apakah maksud Hilman Idham berkata demikian? Tidakkah beliau sedar bahawa Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz sudah pun diambil tindakan pecat keahlian oleh PKR? Lebih daripada itu, apakah Hilman lupa bahawa Haziq juga telah ditamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin? Jadi, apa lagi yang Hilman […]

MENGAPA TUN M TAK MENJAWAB APABILA DITANYA TENTANG SIJIL PALSU?

Bukan perkara yang biasa bagi Tun Mahathir Mohamad tidak menjawab atau mengelak daripada menjelaskan sesuatu perkara yang ditanyakan kepadanya. Biasanya, tanyalah apa jua soalan atau siapa saja yang ingin menanyakan soalan kepadanya, pantang bagi Tun Mahathir tidak memberikan jawapannya. Di dalam negara atau di luar negara, di forum antarabangsa atau oleh wartawan media, tidak pernah […]

MANA ZAHID HAMIDI PERGI?

Presiden UMNO dan Pengerusi BN tanpa kuasa, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir dalam majlis perasmian dan istiadat pembukaan sidang Parlimen yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, hari ini. Menurut Ketua Whip BN, Mahadzir Khalid, sebab Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri tidak dapat dipastikan. Beliau, kata Mahadzir, tidak dapat dihubungi. Zahid Hamidi bukan saja melepaskan […]

SOALAN PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR PUN DITANYA DALAM PARLIMEN, KENAPA SAMPAI BEGITU?

Ada sesuatu yang pelik dalam sidang Parlimen kali ini yang bermula esok, 11 Mac hingga 11 April 2019. Ini berikutan persoalan tentang peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim adalah antara soalan yang turut dikemukakan dalam sidang kali ini. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim akan mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri […]

TUN M MENJADIKAN UMNO DAN PAS BERBAIK, NAJIB MENJADIKAN TUN M DAN ANWAR BERBAIK, BAGAIMANA TUN M DENGAN NAJIB?

Wujudnya kerjasama UMNO dan Pas sekarang ini, setelah berpuluh tahun kedua-dua parti itu bermusuhan serta bercakaran, tidak lain ialah kerana Tun Mahathir Mohamad. Hanya kerana Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bersama PH dengan menumbangkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib Razak dalam PRU14 lalu, itulah sebenarnya yang menggerakkan kedua-duanya untuk bersatu. […]

PH TIDAK PERLU PANIK DENGAN KERJASAMA UMNO – PAS

Melihat kepada reaksi kebanyakan pemimpin PH berhubung kerjasama rasmi yang termetrai antara UMNO dan Pas, dapat dirasa seperti ada nada panik daripada mereka. Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan hubungan itu dengan mengatakan apakah Pas sudah menganggap UMNO sudah Islam berikutan pernah mengkafirkan parti Melayu itu sebelum ini? Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melihat […]

DI SEBALIK KERJASAMA UMNO – PAS, KESELESAAN HIDUP RAKYAT HARUS DIUTAMA

Perkembangan politik mutakhir terkait kerjasama UMNO-PAS atau kenyataan perkauman melampau mampu dilawan dan ditangani bijak melalui penerangan yang agresif dan program kepedulian rakyat yang mengesankan oleh Kerajaan Persekutuan. Reaksi kekalahan di Semenyih dibuat secara gopoh, walhal kenyataannya dukungan rakyat termasuk Melayu tidak banyak berubah. Diulangi bahawa yang diperlukan adalah Pakatan Harapan yang utuh dan bersatu, […]

ANWAR YANG SERBA SEDERHANA….

Presiden PKR yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 telah mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada SPRM baru-baru ini. Dalam pengisytiharan itu, harta yang dimilikinya hanya berjumlah RM10.75 juta saja Jumlah itu merangkami sebuah rumah di Bukit Segambut bernilai RM9.5 juta, sebidang tanah di Kuantan bernilai anggaran RM420 ribu dan wang simpanan serta pelaburan sebanyak […]

ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah melepaskan kuasanya selaku peneraju parti itu kepada timbalannya, Mohamad Hassan. Bermakna semua kuasa Presiden UMNO adalah dipindahkan kepada Mohamad Hassan, manakala Zahid Hamidi hanya menjadi Presiden UMNO yang tidak ada kuasa. Sejak menyerahkan kuasanya itu, Zahid Hamidi mengumumkan beliau bercuti, tetapi tiada tempoh masa yang ditetapkannya. Semenjak […]

WALAUPUN PELIK, PERKAHWINAN UMNO DAN PAS ADALAH BAIK UNTUK RAKYAT

Impian  yang sekian lama dinanti-nantikan dalam politik negara ini ialah wujudnya sistem dua parti yang seimbang serta menjadikan proses semak dan imbang dalam kerajaan nampak lebih berkesan. Melalui kewujudan sistem dua parti di mana kerajaan yang bertukar ganti lebih mudah berlaku setiap kali pilihanraya diadakan, sesiapa juga yang menjadi kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik […]