Tag: Pn

AZMIN PERLEKEH CALON KETUA MENTERI BN?

Selepas Muhyiddin Yassin baru-baru ini menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri sekiranya GRS memenangi PRN Sabah, isu itu kini tambah hangat dengan sokongan Azmin Ali terhadap perkara itu. Menurut beliau, Hajiji adalah seorang pemimpin yang dihormati dan sangat layak untuk memimpin Sabah. “Malah mendengarnya berucap saja, saya dapati Hajiji sememangnya layak untuk jadi Ketua Menteri. […]

HUBUNGAN UMNO DENGAN BERSATU TAK UBAH MACAM ORANG BERNIKAH MUTAAH

Walaupun bersama dalam membentuk kerajaan, pendirian UMNO tentang hubungannya dengan Perikatan Nasional (PN), Bersatu dan Muhyiddin Yassin adalah jelas tidak akan melebihi tempoh PRU15. Beberapa pemimpin utama UMNO seperti Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Najib Razak, Khaled Nordin, Asyraf Wajdi Dusuki dan yang lain-lain telah lebih awal memberi penegasan mengenai perkara tersebut. Semuanya senada mengatakan kerjasama […]

PENOLAKAN KEPADA PN SEKARANG MIRIP PENOLAKAN TERHADAP BN SEBELUM PRU14 LALU

Apakah kerajaan Perikatan Nasional atau PN benar-benar akan tumbang dalam masa terdekat ini atau ia sekadar perang psikologi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH)? Inilah antara persoalan yang sedang bermain dalam kepala majoriti rakyat ketika ini. Sesetengah rakyat percaya PN akan tumbang dalam masa terdekat, manakala yang lain pula yakin ia mampu bertahan sehingga PRU15 […]

JIKA DIJATUHKAN, MUHYIDDIN TIDAK MUNGKIN MOHON PARLIMEN DIBUBARKAN

Antara kelebihan yang dikatakan ada pada Muhyiddin Yassin jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya atau PN ditumbangkan dalam waktu terdekat ini ialah pilihan untuk membubarkan Parlimen. Ramai yang meyakini Muhyiddin akan menggunakan kelebihan yang ada padanya itu dan dengan demikian PH tidak dapat sesegera itu menjadi kerajaan semula. Lebih daripada itu, ada juga […]

SETELAH ANAKNYA ‘DIPANCUNG’, APA LANGKAH MAHATHIR SETERUSNYA TERHADAP MUHYIDDIN?

Mukhriz Mahathir kini sah sudah hilang sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah. Selepas dua Adun PKR mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas dan menyokong PN yang menjadi kerajaan di peringkat Pusat, difahamkan ada empat lagi Adun Bersatu juga turut berbuat demikian. Dengan yang demikian, dalam waktu terdekat ini sudah pasti Kedah akan memperolehi […]

BERAPA LAMA MUHYIDDIN MAMPU BERTAHAN?

Setelah kira-kira seminggu Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan serangan daripada PH serta Tun Mahathir Mohamad sudah bermula terhadapnya, pertanyaan paling kerap kedengaran di mana-mana ialah – berapa lamakah beliau mampu mempertahankan kerajaan pintu belakangnya ini? Tambah buruk lagi, sementara serangan terhadapnya kian dipertingkatkan, tetapi langsung tidak ada sesiapa daripada Perikatan Nasional atau PN yang […]