Tag: PM

KL SUMMIT 2019 GAGAL?

Sejak awal lagi ramai yang tidak faham dengan langkah Malaysia menganjurkan persidangan negara-negara Islam atau KL Summit 2019 yang bermula hari ini. Beberapa faktor melingkari ketidakfahaman ramai mengenai penganjuran sidang itu:- Pertama, mengapakah sidang itu mengecualikan Arab Saudi yang dikenali sebagai tunjang belakang OIC atau Pertubuhan Negara-Negara Islam dengan keanggotaan 57 negara di seluruh dunia? […]

UJIAN POLIGRAF LEBIH PENTING UNTUK PENUDUH, BUKAN KEPADA ANWAR

Setelah Mohamad Yusoff Rawther menjalani ujian poligraf semalam di Bukit Aman, ramai yang mendesak agar Anwar Ibrahim juga menjalani ujian yang sama. Kata mereka, jika Yusoff berani menjalani ujian itu, tidak ada sebab Presiden PKR itu takut melakukannya. Menyedapkan lagi rencah penceritaan, mereka menambah, sebagai bakal PM8 adalah penting untuk Anwar memperlihatkan keberanian dan kredibilitinya […]

MAHATHIR TAK HORMAT MAJLIS PRESIDEN PH, MASIHKAH BADAN ITU BERFUNGSI?

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan melalui media antarabangsa tentang keputusannya mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020 adalah perbuatan yang jelas tidak menghormati Majlis Presiden PH. Harus disedari bahawa kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah berdasarkan keputusan serta konsensus badan tersebut. Walaupun tidak disebut secara spesifik bila tarikh peralihan […]

AZMIN TAK PERNAH MASUK PENJARA KERANA REFORMASI…

Dalam ucapan berapi-apinya di Hotel Renaissance petang semalam, Azmin Ali berkata, beliau lebih dulu melalui pengalaman masuk penjara berbanding Presiden PKR. Anwar Ibrahim. Katanya, beliau masuk penjara pada 16 September 1998 iaitu sebelum Anwar ditangkap pada 20 September tahun yang sama. “Jangan padam sejarah, saya masuk penjara pada 16 September. “Saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan, dipijak, […]

MASA SUDAH TIBA ANWAR MENGENEPIKAN ‘SABAR TAHAP DEWA’ DALAM DIRINYA

Setelah Azmin Ali dan penyokongnya memboikot sekitar 80 peratus perjalanan Kongres Nasional Keadilan di Melaka dan kemudian menganjurkan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur petang semalam, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kini nampaknya tidak banyak pilihan lagi di tangannya. Sudah sampai masanya untuk beliau bertindak tegas dan mengenepikan “sabar tahap dewa” yang selama ini ada dalam […]

BERDAMAI MENANG – MENANG DENGAN AZMIN, LALUAN ANWAR MENUJU PM8 TIADA LAGI GANGGUAN

Sehari sebelum berlangsungnya kongres AMK dan Wanita PKR esok, satu berita gembira muncul hari ini iaitu berlakunya perdamaian antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali. Buat pertama kalinya sejak lebih setahun lalu, Azmin petang tadi hadir mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan Anwar di mana sebelum itu mereka berdua telah mengadakan perbincangan ke arah mengukuhkan parti […]

“TUN M KUTUK LAWAN POLITIKNYA, TAPI DALAM MASA SAMA BERTINDAK SEPERTI MEREKA”

1. Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam. 2. Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlaksanan pentadbiran beliau dan membidas kritikan terhadapnya khususnya daripada UMNO dan pemimpinnya. 3. Satu petanda yang tidak baik dan malang bagi sebuah negara apabila PM menjuruskan sidang medianya membalas kritikan terhadapnya malah mengutuk […]

NGOK NGEK PERGILAH MAIN JAUH-JAUH…TUN M TETAP MAHU ANWAR, BUKANNYA AZMIN!!

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan yang disandangnya sekarang kepada Anwar Ibrahim. Dalam waktu yang sama, beliau juga menegaskan tentang komitmennya untuk berhenti sebelum PRU15 akan datang. Kata-kata Tun Mahathir ini tidaklah ada apa-apa yang pelik sebenarnya kerana ia sudah pun kerap diulang-ulangnya sebelum ini. Cuma, kali ini beliau […]

PDRM, SPRM – MANA SIASATAN TERHADAP HISHAMMUDDIN, AZMIN?

1. Kenyataan PATRIOT oleh Presidennya Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menggesa siasatan dilakukan segera terhadap Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein berasas dan perlu dipandang serius. 2. Isu pembelian 6 helikopter McDonnell Douglas pada tahun 2016 berharga 300juta itu memperlihatkan beberapa ciri2 yang jelas berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan urustadbir yang amat buruk […]

LESEN UNTUK HENTAM KERAJAAN….

Kepada yang masih berkira-kira sama ada mahu menghentam PH atau tidak atas pelbagai kelemahan dan tidak terkecuali kebodohan seetengah menteri, kini mereka tentunya sudah mula rasa lapang di dada. Mereka mulai sekarang sudah boleh menghentam kerajaan tanpa rasa berdosa apa-apa. Ini berikutan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin sendiri memberi laluan ke […]

KOMPLOT JATUHKAN KERAJAAN MUNGKIN TERKAIT RASUAH, SPRM PERLU SIASAT SEGERA

1. Pendirian tegas PKR yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya Dato Seri Saifuddin Nasution hari ini dalam isu wujudnya komplot menjatuhkan kerajaan amat dialu2 kan. 2. Pendedahan yang dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam sidang Parlimen tempohari adalah serius dan perlu kepada tindakan tegas kerajaan. 3. Penafian Dato Seri Hishamudin Hussein tentunya tidak […]

SEBAGAIMANA TEGAS DALAM LTTE, PDRM HARUS JUGA TEGAS DALAM KES AZMIN – EZAM

1. Kita alu2kan tindakan pantas PDRM didalam isu yang membabitkan LTTE. 2. Kita bersetuju bahawa tiada kompromi didalam isu keselamatan negara tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik. 3. Kita menggesa PDRM mengambil sikap dan tindakan serupa terhadap mana2 individu yang boleh menggugatkan keselamtan negara. 4. Ini termasuk dalam kes yang membabitkan Menteri Ekonomi yang dituduh […]

BERPOLITIK 24 JAM – DR. PUAD HENTAM HISHAMMUDDIN

Apabila ada orang kata, jangan main politik dalam masjid, sebenarnya orang yang berkata itulah yang main politik. Maka apabila Hisham kata, cukup cukuplah berpolitik 24 jam, maka sebenarnya Hisham yang berpolitik 24 jam. Sebenarnya Hishamuddin mahu menpertahankan kesucian Kongres Maruah Melayu (KMM) yang padanya melangkaui batas kepartian dan kaum. Media minta komen saya. Ada baiknya […]

KENAPA MAHATHIR TIDAK SEBUT NAMA ANWAR LAGI, TAPI MULA MENYEBUT ‘CALON LAIN’?

Dalam tempoh kurang seminggu ini, sudah dua kali Tun Mahathir tidak menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai bakal penggantinya. Sebelum ini, apabila menjawab persoalan mengenai peralihan kuasa atau bakal penggantinya, beliau tidak pernah lupa menyebut nama Anwar secara terang dan nyata. Bagaimanapun, dalam dua kenytaannya terakhir ini, Tun Mahathir dilihat tidak lagi menyebut nama Anwar, tetapi […]

15 MEI 2020, TARIKH PALING SESUAI TUN M SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR

Bilakah tarikh paling sesuai untuk Anwar Ibrahim jadi PM? Memandangkan isu penyerahan jawatan daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar terus berlarutan dan tiada kesudahannya, semakin ramai kini merasakan amat wajar Majlis Presiden PH menetapkan suatu tarikh yang tetap mengenainya. Dirasakan, selagi tidak ditetapkan tarikh yang khusus, bukan saja ketidaktentuan akan berlanjutan, tetapi selagi itulah juga […]

“BERHENTILAH JADI MUNAFIK WAHAI TUN MAHATHIR”

1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya) 2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu. 3. Allah swt beri kita kuasa untuk […]

EZAM SERU SOKONG SYED HUSIN ALI, DAKWA TUN M PEJUANG PALSU

1. Kenyataan keras dan tegas Dr Syed Husin semalam pasti mengundang pelbagai reaksi. 2. Beliau memberi peringatan jelas kepada pelopor dan pejuang Reformasi bahawa mereka wajib terus kental dan tegas pertahan prinsip dan semangat reformasi. 3. Kedudukan dalam kerajaan tidak boleh menjadi alasan untuk mereka kendur daripada terus berjuang melakukan perubahan dan reformasi didalam negara […]

“TUN M CAKAP TAK SERUPA BIKIN, MACAM IBU KETAM”

1. Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di New York sekarang adalah medan pemimpin2 negara di dunia beraksi di pentas antarabangsa. 2. Tidak terkecuali PM kita yang diberikan ruang berucap beberapa minit sebagai ketua negara untuk menyatakan sikap terhadap isu negara dan antarabangsa. 3. Saban kali persidangan Tun Mahathir akan mempamerkan diri sebagai jaguh […]