Tag: PKR

KOMPLOT JATUHKAN KERAJAAN MUNGKIN TERKAIT RASUAH, SPRM PERLU SIASAT SEGERA

1. Pendirian tegas PKR yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya Dato Seri Saifuddin Nasution hari ini dalam isu wujudnya komplot menjatuhkan kerajaan amat dialu2 kan. 2. Pendedahan yang dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam sidang Parlimen tempohari adalah serius dan perlu kepada tindakan tegas kerajaan. 3. Penafian Dato Seri Hishamudin Hussein tentunya tidak […]

CUMA SATU SAJA, JANGANLAH PONTENG MESYUARAT LAGI SELEPAS INI…..

Ada dua perkara menarik berlaku tentang Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali hari ini. Pertama, sejak sekian lama tanpa pencerahan, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk keluar atau meninggalkan PKR dan menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti lain. Ini kerana, katanya, kedudukan beliau adalah berdasarkan mandat yang selesa daripada ahli-ahli […]

TUBUH PARTI BARU, PILIHAN PALING MUNASABAH BUAT AZMIN

Walaupun dinafikan oleh Zuraidah Kamaruddin, dakwaan Dr Syed Husin Ali bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang merancang menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangan politiknya adalah sesuatu yang logik dan banyak kemunasabahannya. Dilihat daripada pelbagai sudut, itulah satu-satunya pilihan yang ada untuk beliau dan penyokongnya kalau mahu terus hidup dalam politik negara ini. Memilih […]

MAHATHIR PENYUMBANG TERBESAR PERPECAHAN MELAYU

Antara perkara yang disentuh Tun Mahathir Mohamad dalam amanatnya di Kongres Maruah Melayu semalam adalah tentang perpecahan orang Melayu dalam politik. Katanya, oleh sebab politik Melayu sekarang ini berpecah kepada enam kumpulan, tiada mana-mana parti mampu mendapat sokongan melebihi 50 peratus. Akibatnya, tambah beliau, mereka terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk mendapatkan kemenangan. “Kita sendiri […]

MAHATHIR MELAYU MUDAH LUPA?

Di bawah ini adalah petikan berita yang pernah disiarkan oleh Berita Harian pada 30 Disember 2018 yang lalu. —————————————————- PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan cadangan beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu dirinya kekal sebagai Perdana Menteri selama sepenggal, tidak boleh dilaksanakan. Pengerusi BERSATU itu berkata, perjanjian supaya beliau menjadi Perdana Menteri […]

TRAGEDI 1998 – KEKALAHAN TUN MAHATHIR, KEMENANGAN ANWAR

Khairuddin Abu Hassan, seorang pengampu dan pembodek Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini telah memberi amaran kemungkinan akan berulangnya Peristiwa 1998 berikutan desakan yang berterusan agar Perdana Menteri segera meletakkan jawatan untuk Anwar Ibrahim menggantikannya. Katanya, tindakan keterlaluan dan kurang ajar terhadap Tun Mahathir itu mungkin mendorongnya turun berkempen memberitahu tentang ketidaklayakan Anwar menjadi Perdana Menteri. […]

15 MEI 2020, TARIKH PALING SESUAI TUN M SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR

Bilakah tarikh paling sesuai untuk Anwar Ibrahim jadi PM? Memandangkan isu penyerahan jawatan daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar terus berlarutan dan tiada kesudahannya, semakin ramai kini merasakan amat wajar Majlis Presiden PH menetapkan suatu tarikh yang tetap mengenainya. Dirasakan, selagi tidak ditetapkan tarikh yang khusus, bukan saja ketidaktentuan akan berlanjutan, tetapi selagi itulah juga […]

BAGAIMANA DENGAN ANWAR? DIJEMPUT ATAU TIDAK KE KONGRES MARUAH MELAYU?

Pas telah mengesahkan kehadiran Presidennya, Hadi Awang ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Dengan kehadiran itu bermakna Hadi akan bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan amanat Melayunya di kongres tersebut. Dalam waktu yang sama, UMNO difahamkan masih belum menerima sebarang jemputan daripada penganjur […]

PRESTASI ANWAR TIDAK HARUS MEMBUATKAN TUN M GUSAR

Perkara lain yang turut disentuh oleh Tun Mahathir Mohamad di New York baru-baru ini ialah mengenai prestasi bakal penggantinya. Kata Tun Mahathir, beliau tidak pasti sama ada penggantinya nanti akan melakukan yang lebih baik daripada apa yang dilakukannya sekarang. “Saya tidak boleh menjamin orang yang menggantikan saya akan melakukan dengan baik, atau mungkin tidak terlalu […]

KENAPA MAKIN RAMAI CUBA HASUT TUN M MUNGKIR JANJI ATAU MUFTI PERLIS SEKADAR PEMBAWA SUARA SHAHIDAN KASSIM?

Dari semasa ke semasa, semakin dekat janji peralihan kuasa menemui titik kenyataan, ternampak semakin ramai yang mahu Tun Mahathir Mohamad memungkiri janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Terbaru, walaupun tidak menyebut dan hanya ditulis secara umum, tetapi tidaklah sukar untuk memahami bahawa surat terbuka Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin juga mempunyai maksud […]

BUKAN ANWAR TIDAK BERJIWA BESAR, TAPI ZURAIDAH YANG BERJIWA KECIL

Walaupun Anwar Ibrahim telah menyatakan agar hadir mesyuarat PKR, tetapi Zuraidah Kamaruddin – tak reti bahasa agaknya – terus juga mendesak untuk agar Presiden PKR itu sedia bertemu dengan pihaknya secara berasingan untuk mesyuarat perdamaian. Katanya, Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 perlu berjiwa besar dalam hal ini. “Kita nak bertemu dengan Anwar dalam mesyuarat […]