Tag: PKR itu

AZMIN TAK PERNAH MASUK PENJARA KERANA REFORMASI…

Dalam ucapan berapi-apinya di Hotel Renaissance petang semalam, Azmin Ali berkata, beliau lebih dulu melalui pengalaman masuk penjara berbanding Presiden PKR. Anwar Ibrahim. Katanya, beliau masuk penjara pada 16 September 1998 iaitu sebelum Anwar ditangkap pada 20 September tahun yang sama. “Jangan padam sejarah, saya masuk penjara pada 16 September. “Saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan, dipijak, […]

AZMIN MAHU BERDAMAI DENGAN ANWAR?

Tidak sampai sejam sebelum Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan tengahari tadi, Azmin Ali yang tidak hadir di kongres tersebut tiba-tiba menulis di laman sosialnya mengiktiraf kepimpinan Presiden PKR itu. Beliau menyebut “Dia masih presiden saya. Itulah sebabnya saya perlu berunding dan bercakap dengan dia, yang saya lakukan dan saya akan terus […]

AZMIN TERLALU MANJA DAN MENGADA-NGADA….

Kalau dalam Kongres AMK semalam, kumpulan pro Azmin Ali yang diketuai oleh Hilman Idham telah meninggalkan dewan pada sebelah petang kononnya kerana faktor keselamatan, hari ini Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetuai penyokongnya keluar dewan pada sebelah petang Kongres Nasional Keadilan atas alasan tidak tahan disindir dan dihentam. Beliau bersama penyokong meninggalkan dewan kongres kira-kira […]

BERDAMAI MENANG – MENANG DENGAN AZMIN, LALUAN ANWAR MENUJU PM8 TIADA LAGI GANGGUAN

Sehari sebelum berlangsungnya kongres AMK dan Wanita PKR esok, satu berita gembira muncul hari ini iaitu berlakunya perdamaian antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali. Buat pertama kalinya sejak lebih setahun lalu, Azmin petang tadi hadir mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan Anwar di mana sebelum itu mereka berdua telah mengadakan perbincangan ke arah mengukuhkan parti […]

BOLEHKAH PENGAKUAN TAK MASUK CAMPUR TUN DAIM INI DIPERCAYAI?

Tun Daim Zainuddin berkata, beliau tidak akan masuk campur dalam soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. “Saya tak ingin masuk campur dalam hal itu, biar mereka selesaikannya. “Kami tak mahu masuk campur,” katanya lagi. Bolehkah sesiapa percaya pengakuan Tun Daim ini? Atau pengakuan ini merupakan isyarat terbalik daripadanya iaitu beliau memang […]

KALAU PKR TAK PILIH BULU, ZURAIDAH PUN PATUT DIPECAT JUGA?

Walaupun tidak menghadiri mesyuarat MPP PKR semalam, Zuraidah Kamaruddin terus membebel melalui media berhubung keputusan yang dibuat oleh parti itu. Semalam PKR membuat keputusan memecat dua ahlinya, temasuk seorang Ahli MPP, Zakaria Abdul Hamid dan seorang lain yang bernama Ismail Dulhadi. Pemecatan itu berikutan cadangan yang diusulkan oleh SPRM berkaitan kes rasuah yang dihadapi oleh […]

ZURAIDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN, MAHU ANWAR ‘MOVE ON’ TAPI DIA SENDIRI TAK PERNAH ‘MOVE ON’

Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin berkata, gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke-8. Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ini kerana sudah tiba masanya pemimpin PH mula bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. “Kita dah tak nak sentuh isu ini. Tiada lagi isu Perdana […]

MUNGKINKAH MUHYIDDIN AKAN SEKALI LAGI MENGGEGAR MINTA DICEPATKAN JANJI?

Muhyiddin Yassin merupakan satu-satunya pemimpin Bersatu yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berubah pendirian berhubung isu peralihan kuasa. Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri itu sentiasa berpegang kepada janji dan persetujuan Anwar Ibrahim adalah pengganti tunggal yang dinamakan sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini menginjak usia 95 pada tahun depan. “Perkara ini sesuatu […]