TAHNIAH di atas kejayaan PKP. Kalau PKP gagal mana mungkin shopping complex buka sepenuhnya apatah lagi PKP masih berkuat kuasa sehingga 4 Mac 2021. Ramai sungguh orang pergi shopping di Alamanda dan Mall IOI Putrajaya. Macam nak sambut hari raya. Sekolah pun akan buka pada 1 Mac iaitu tiga hari lebih awal sebelum PKP tamat. […]
Tag: PKP
UMNO JANGAN BERLENGAH LAGI, AMBIL PELUANG SEKARANG KETIKA KEBENCIAN SEDANG MEMUNCAK TERHADAP MUHYIDDIN
Hakikat bahawa rakyat kini begitu benci dan meluat dengan Muhyiddin Yassin bukanlah rekaan atau andaian semata-mata. Di mana-mana saja, suara kebencian dan penolakan itu tidak saja begitu ketara, malah tahapnya sudah melebihi apa yang diterima Najib Razak sebelum ini. Sebagaimana rakyat telah menghukum BN kerana penolakan terhadap Najib, kini sentimen yang sama sedang melanda PN […]
UMNO NAK TUNGGU APA LAGI, KEMASUKAN GERAKAN KE DALAM PN BUKTI DARURAT INI BERMOTIF POLITIK
Tanpa mengambil kira PKP atau darurat dan di sebalik omongan dirinya tidak berpolitik dan hanya ingin menumpukan kepada usaha melawan Covid19, Muhyiddin Yassin sekali lagi membuktikan bermain politik dan keinginan mengekalkan kuasa memang menjadi keutamaannya. Jika dalam tempoh PKP sebelum ini, beliau mengambil kesempatan mengukuhkan penguasaannya dalam Bersatu dengan memecat semua penentangnya, termasuk Tun Mahathir […]
PKP WAJAR DITUKAR JADI PKPP – RAKYAT PERLU CARI WANG UNTUK HIDUP, BUKAN NAK CARI KOS POTONG USUS BAGI KURUS
Ketika ini hampir semua sektor ekonomi telah dibuka, walaupun PKP dan darurat masih berkuatkuasa. Dalam pengumuman semalam, lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi temasuk kedai pakaian, aksesori, kedai peralatan sukan, kosmetik serta lain-lainnya dan paling menggembirakan tentunya kebenaran boleh makan di restoran. Dengan itu, kehidupan rakyat kini boleh dikata sudah kembali seperti sediakala, kecuali rentas […]
KALAU MENTERI PUN NAK MENGELAK SOP, BAIKLAH DITAMATKAN SAJA PKP….
Tidak ada sebab lain mengapa kerajaan melalui Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba tiba-tiba setuju melonggarkan SOP tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang daripada lawatan rasmi ke negara melainkan petanda ketidaksediaan golongan kayangan tersebut patuh kepada peraturan yang sama sebagaimana dilalui rakyat biasa. Ia juga hanya memperlihatkan benarnya tanggapan ramai sebelum ini bahawa negara kita seolah-olah […]
ABAH, CEPATLAH BLAH…..
Muhyiddin Yassin yang cuba menarik perhatian rakyat dengan mempopularkan panggilan Abah untuk dirinya sejak bergelar Perdana Menteri, adalah sosok paling dibenci dan tidak dikehendaki di Malaysia ketika ini. Di mana saja ada ruang untuk rakyat bercakap atau meluahkan kata-kata, pasti kita akan dapat mendengar cemuhan, kata nista dan makian terhadapnya. Jika sejak beberapa bulan sebelum […]
TUNJUKLAH TELADAN, TANGGUH DULU LAWATAN MERENTAS NEGARA, LAGI PUN TAK RASA MALU KE PERGI INDONESIA TANPA MAJORITI?
Hari ini, Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia. Diperkatakan lawatan itu diadakan atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi. Entah….kenapalah agaknya jemputan itu dilakukan ketika wabak Covid19 tengah melanda? Lebih-lebih lagi di kalangan negara-negara Asean, Indonesia adalah negara yang paling tinggi kes Covid19 setiap hari. Dalam hal ini, bukan […]
PKP HANYA SEHINGGA 4 FEB, PERLUKAH LAGI DARURAT DITERUSKAN HINGGA OGOS?
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara. Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan […]
PERMAI DIUMUM PM KURANG ASPIRASI UNTUK BANTU RAKYAT – ZAHID HAMIDI
Kita mendengar pengumuman kerajaan mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) semalam. Syukur Alhamdulillah, pengumuman yang dibuat selepas enam (6) hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Tidak terlalu cepat tetapi ada. Segala bantuan diumumkan untuk rakyat kita sokong penuh kerana ia sememangnya kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan. Sebuah kerajaan tidak boleh minta rakyat ikat […]
KERAJAAN PERLU UMUM BANTUAN, SAMBUNG SEGERA MORATORIUM DALAM PKP 2.0 INI – ANWAR
Saya mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi terkait Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan pada 13 Januari ini. Ini bermakna kerajaan tidak menggunakan kesempatan ini untuk mengumumkan darurat. Dalam minggu-minggu mutakhir ini kerajaan tidak memberi sebarang respon terkait strategi dan langkah yang akan diambil dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang kini telah melebihi […]
KERAJAAN DIGESA LONGGARKAN PKP HANYA SELEPAS 12 MEI
RAKYAT Malaysia memerlukan lebih daripada dua hari untuk menyesuaikan diri dengan prosedur baru di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilonggarkan, kata kumpulan sivil dan profesional kesihatan. Dalam petisyen ditandatangani oleh 359 doktor, kumpulan dan bekas pesakit Covid-19, mereka berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mempersiapkan diri dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik […]
TERUS KURUNG RAKYAT KEPUTUSAN MUDAH, TAPI JANGAN AMBIL MUDAH RAKYAT SUSAH
1. Perdana Menteri umum malam tadi PKP disambung 2 minggu lagi selepas 28 April ini. 2. Kita terima keputusan kerajaan ini tetapi jangan jadikan ianya satu kelaziman dan rutin. Ianya keputusan mudah bagi PM, orang2 besar, orang2 kaya. Tapi ia bukan satu keputusan mudah bagi rakyat biasa, orang susah, orang miskin. 3. Orang2 besar di […]
KEBETULAN ATAU MEMANG DIRANCANG?
⁃ Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 14 April 2020. ⁃ Umat Islam mula berpuasa pada 24 April 2020. ⁃ Pembukaan penggal pertama Sidang Parlimen di mana PH dijangka akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ialah 18 Mei 2020. ⁃ Berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan atau RoS yang […]
JOHOR PERLU PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Merujuk kepada laporan media mengenai kenyataan YAB Menteri Besar Johor Hasni Mohammad semalam, beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Johor merancang untuk membuka semula sempadan dengan Singapura dalam masa beberapa hari akan datang. Saya telah menerima pelbagai maklum balas daripada penduduk Johor Bahru yang melahirkan kebimbangan dan pertanyaan mengenai pengumuman Menteri Besar Johor tersebut. Pengumuman […]