Tag: ph

MUHYIDDIN SUDAH BOLEH BERKEMAS AWAL KECUALI…..

Mengikuti perbahasan Belanjawan 2021 setakat ini, masih tidak ternampak ada ruang untuk ia diluluskan dengan mudah. Baik melalui perbahasan oleh Anwar Ibrahim, Najib Razak dan lain-lain pemimpin sama ada daripada PH atau BN, rata-ratanya meletakkan syarat sebelum sedia memberi sokongan. Sehingga ini, sekurang-kurangnya ada empat halangan atau tuntutan yang menyukarkan Belanjawan 2021 daripada diluluskan – […]

MAHATHIR JUARA PERPECAHAN, SATU SEN PUN TAK LAYAK BERCAKAP TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

Jika kita perhatikan, setiap kali ada terbuka ruang untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, setiap kali itu jugalah Tun Mahathir Mohamad akan muncul dengan serangannya terhadap Ketua Pembangkang itu. Semalam, beliau mendakwa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana gagal dalam menangani krisis ekonomi pada 1998 dahulu. Tetapi, sebelum Tun Mahathir lebih banyak lupa, bukankah […]

BEBERAPA KEMUNGKINAN JIKA BELANJAWAN 2021 DITOLAK

Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar. Pengundian di peringkat dasar dijangka akan berlaku pada 25hb November. 2. Belanjawan 2021 ini membawa dilema, tidak sahaja kepada Kerajaan Perikataan Nasional (PN) pimpinan […]

GANGGUAN AIR MUNGKIN ADA KAITAN USAHA RAMPAS NEGERI, MB SELANGOR HARUS DITUKAR SEGERA

Berlakunya gangguan air yang kerap dan berulang di Selangor sejak kebelakangan tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang biasa. Dalam tempoh dua bulan terakhir ini di mana berlaku tiga kali gangguan, ia adalah sesuatu yang cukup luar biasa sebenarnya. Tidak pernah berlaku di mana-mana negeri lain, bahkan di Selangor di bawah kepimpinan mana-mana Menteri Besar sebelum […]

BAJET 2021 – SELAMATKAN NYAWA ATAU SELAMATKAN DEMOKRASI?

1. Seluruh negara tertumpu Jumaat lalu (6hb Nov) untuk mendengar Bajet 2021. Ini pertama kali Bajet Negara tahunan dibuat semasa era norma baharu dan dalam keadaan kerajaan yang tidak bermandat. Isu demokrasi dan keabsahan perundangan kerajaan PN telah membawa kepada krisis politik tidak bersudahan. 2. Era pendemik sebenarnya adalah peluang untuk menangani krisis politik. Sedari […]

TOLAK BELANJAWAN TIDAK BERMAKNA INGKAR AGONG, TAPI UNTUK SELAMATKAN DERITA RAKYAT

Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021, Jumaat lalu. Pertama, rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah maksimum RM10 ribu. Kedua, rakyat juga menolak, kecewa dan tidak gembira kerana kerajaan enggan melanjutkan moratorium pinjaman bank […]

MUHYIDDIN KINI LEBIH TERUK DIBENCI BERBANDING NAJIB SEBELUM INI

Hari demi hari yang berlalu, Muhyiddin Yassin kini bukannya makin disukai, tetapi nampaknya semakin dibenci dan dihamburkan kata-kata nista terhadapnya. Jika selepas pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, beliau lebih teruk dikecam daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri, terutama berkaitan isu KWSP dan moratorium pinjaman bank, semalam pula ketika muncul dalam wawancara Astro […]

JASA – BARISAN HADAPAN UNTUK KUKUHKAN GENG KARTEL DALAM PN?

Satu isu yang turut menjadi bualan hangat tentang Belanjawan 2021 ialah berkenaan peruntukan besar yang disediakan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas atau Jasa. Jasa adalah unit propaganda kerajaan yang diwujudkan sejak era BN, tetapi telah dimansuhkan pada 2018 sewaktu PH mentadbir negara. Dalam belanjawan yang dibentangkan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam, Jasa diperuntukkan sebanyak RM85.5 […]

BELANJAWAN 2021 TIADA YANG MENARIK, MALAH BAHAYA JIKA UNDIANNYA DISOKONG

Rata-rata rakyat tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi. Bagi mereka, tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini. Yang sinis berkata, kalau ada pun yang menarik hanyalah tentang kejayaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjaya membuatkan Speaker, Azhar Azizan […]

APA YANG SEBENARNYA ADA DALAM KEPALA MUHYIDDIN – COVID19 ATAU KEMARUK KUASA?

Semua parti utama di Sabah, kecuali Bersatu, sudah pun mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember depan. PH, BN, PBS, STAR dan SAPP membuat keputusan demikian sebagai sumbangan mereka untuk sama-sama mengekang penularan wabak Covid19. Dengan yang demikian, sebagaimana kerusi Batu Sapi dimenangi Warisan dalam PRU14 lalu, parti […]

KRONI SIAPA DAPAT PROJEK RUNDING TERUS ERA PH?

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan di Parlimen, sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. “Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan,” ujar beliau. Bukan di Parlimen jadi gempar dengan […]

PINDA PERLEMBAGAAN UNTUK AZMIN KUASAI BERSATU?

Walau apa alasan dan hujah sekali pun, keputusan yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin untuk membuka Bersatu kepada bukan Melayu, tujuan utamanya adalah bagi memenuhi keperluan politik Azmin Ali. Dalam pemgumumannya, Muhyiddin berkata, dengan pindaan perlembagaan Bersatu ke arah itu, bukan Melayu bukan saja boleh menjadi ahli, malah memegang jawatan utama dalam parti. Azmin yang merupakan […]

MUHYIDDIN TIDAK DIPERLUKAN DALAM MN, MAHATHIR TIDAK DIPERLUKAN DALAM PH

Walaupun sokongan kepada Muhyiddin Yassin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri telah dizahirkan oleh UMNO dan Pas, tetapi ramai yang percaya ia hanyalah untuk jangka masa pendek saja. Dipercayai, sokongan itu lebih bertujuan membantu Muhyiddin berdepan usul undi tidak percaya di Parlimen semata-mata. Sebaliknya, untuk jangka masa panjang atau berdepan PRU15 akan datang, tiada lagi […]

SIAPA YANG TIDAK BERMINAT AMBIL ALIH KERAJAAN?

Pakatan Harapan atau PH seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri, kata Tun Mahathir Mohamad. Menurut beliau, ia susulan keputusan PKR yang mahu Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, tidak sependapat dengan sesetengah pihak dalam PH sendiri. Sesetengah pihak dalam PH bersetuju dengan idea Tun Mahathir […]

KELIRU 1 – ANTARA MENGEMBALIKAN MANDAT PH DAN MEMILIH CALON PM

Ramai yang keliru antara menjatuhkan Muhyiddin Yassin dengan memilih calon Perdana Menteri bagi PH. Menyokong usaha menjatuhkan Muhyiddin, termasuk melalui apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad adalah semata-mata untuk mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH. Ini kerana yang dipilih dalam PRU14 lalu untuk menjadi kerajaan adalah PH, bukan PN yang ada sekarang. Tetapi, menyokong […]

BERBANDING PERLUNYA PH BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR, MAHATHIR JAUH LEBIH PERLU BEKERJASAMA DENGAN PH

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus dan dalam masa yang sama menganggap Anwar Ibrahim tidak boleh diterima untuk jawatan tersebut kerana mengetuai parti yang berbilang kaum, hakikat ini lebih menyerlahkan keinginan Pengerusi Bersatu terpecat itu untuk menghalang kemaraan Presiden PKR mengambil alih kedudukan ketua kerajaan daripada Muhyiddin Yassin. […]

JIKA MANDAT PH BERJAYA DIKEMBALIKAN SEMULA, TUN M ATAU ANWAR PATUT JADI PM?

Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat. Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR, tetapi kemenangan itu kemudian dirampas melalui pengkhianatan dan tebuk atap, maka PH ada tangungjawab moral untuk merampasnya semula. Tidak kira […]