Tag: PH yang

MELEWATKAN PERALIHAN KUASA HANYA AKAN MEMUDAHKAN BN KEMBALI BERKUASA

Sebelum PRU14, semua orang yang menyokong PH sedar bahawa jika menang PRU14, Tun Mahathir Mohamad hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja. Ketika mengundi logo PKR yang mewakili PH dalam PRU14, pengundi juga sedar bahawa Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri interim sebelum beliau harus menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim. Sebelum PRU14 […]

SUDAH SAMPAI MASANYA PKR MESTI ADA BANGUNAN SENDIRI SEPERTI PWTC

Menghadiri dan menyaksikan meriahnya Kongres Nasional Keadilan di MITC, Melaka hari ini mengingatkan kepada Perhimpunan Agung UMNO ketika parti itu berkuasa dahulu. Dalam erti kata lain, betapa meriah dan ramainya pengunjung membanjiri Perhimpunan Agung UMNO dahulu, begitulah meriah dan ramai mereka di sekitar MITC, Melaka hari ini. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana suasana Perhimpunan Agung UMNO […]

TETAP TARIKH SERAH KUASA WAJAR DIUSULKAN DALAM KONGRES PKR DI MELAKA INI

PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini. Lebih daripada itu, berdasarkan rekod rasmi SPR, yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu bertanding menggunakan logo dan nama parti tersebut. Meskipun Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada waktu […]

JAWATAN PM BUKAN HARTA PERIBADI TUN M, BUANG MASA SAJA UNTUK SESIAPA – SELAIN ANWAR – BERANGAN-ANGAN NAK JADI PM8

Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri. Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya. Pelbagai cara boleh dilakukan […]

PERALIHAN KUASA – ADAKAH JANJI MULUT DAN JANJI POLITIK BOLEH DIMUNGKIRI?

Ada dua perkara berbeza yang perlu difahami berhubung janji peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim yang berterusan menjadi perbualan ramai di sepanjang masa. Pertama, janji yang telah disepakati dalam Majlis Presiden PH itu menetapkan Anwar adalah pengganti tunggal kepada Tun Mahathir. Oleh kerana ia keputusan konsensus, bermakna janji itu turut dipersetujui oleh […]

BURUK BENAR JADINYA BILA PERANGAI PH AKHIRNYA TAK UBAH MACAM UMNO DAN BN

Dalam kehangatan kempen PRK Tanjung Piai yang sedang berjalan sekarang, tidak seperti beberapa pilihanraya sebelum ini, PH yang sudah menjadi kerajaan kali ini nampaknya turut ghairah memberi sumbangan wang tunai kepada pengundi. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada SRJK (C) Pei Chio, Kukup Laut, Tanjung Piai. “Tak […]

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, DAP ATAU PAS YANG PATUT TIADA?

Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara. Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media. Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini. Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah […]

RONNIE LIU ADALAH SUARA PENYELAMAT, PATUT ADA 100 LAGI SEPERTINYA DALAM PH

Jika diperhalusi, walaupun kenyataan AJK Pusat DAP, Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru-baru ini dilihat kasar dan tidak wajar, niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya yang sebenar. Lebih daripada itu, kenyataan beliau juga adalah sebagai tindak balas terhadap tindak-tanduk Tun Mahathir sendiri yang selama ini […]

PERSOAL PERALIHAN KUASA, TERMASUK GESAAN MELANJUT TEMPOH TUN M HINGGA HABIS PENGGAL ADALAH KHIANAT KEPADA PH

Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH, mereka tentu lebih maklum mengenai perjanjian itu kerana semua mereka hadir dalam Konvensyen PH di Shah Alam ketika mana perjanjian tersebut dimetrai […]

TIDAKKAH ADANYA PERJANJIAN SERAH KUASA BERERTI TUN M BUKAN PM HINGGA HABIS PENGGAL?

Tiada apa-apa yang pelik dan mengejutkan apabila Azmin Ali terus menyuarakan pandangan agar Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, walaupun gesaannya itu jelas bercanggah dengan ketetapan PH sendiri. Dalam gesaan terbarunya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, Tun Mahathir harus dibiarkan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15 akan datang. “Kalau ada […]

SEBAB ITULAH TARIKH PENYERAHAN JAWATAN PM PERLU SEGERA DITETAPKAN….

Walaupun dinafikan oleh Hishammuddin Hussein berhubung dakwaan penglibatannya untuk menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang, tetapi PKR berpendirian sebaliknya. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya mempunyai bukti tidak langsung berkaitan perkara tersebut. Katanya lagi, PKR mempunyai bukti tentang komplot mahu merampas kuasa daripada gabungan PH yang sedang mentadbir negara dan akan berusaha memberi […]

KERAJAAN PINTU BELAKANG SUATU PENGKHIANATAN, PEMIMPIN PH TERLIBAT HARUS DIAMBIL TINDAKAN

Kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah PH yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta merangkumi keanggotaan daripada Warisan daripada Sabah. Kemenangan PH dalam dalam PRU14 lalu adalah berasaskan sokongan rakyat yang mahukan perubahan dengan menyingkirkan BN yang telah berkuasa sejak lebih 60 tahun lamanya. Dengan kedudukan PH sebagai kerajaan yang telah diiberi mandat oleh […]

MEMAHAMI YANG TERSURAT DAN TERSIRAT BERKENAAN PERALIHAN KUASA

Dari masa ke semasa, topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan. Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu, di Dewan Rakyat sendiri pun topik itu kerap menjadi soalan celahan Ahli-Ahli Parlimen yang mahukan kepastian. Semalam, ketika Anwar membahaskan Belanjawan 2020, […]

APA SEBENARNYA GERAKAN HISHAMMUDDIN UNTUK HALANG PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR?

Berikut adalah antara petikan kata-kata Anwar Ibrahim di Parlimen semalam ketika menjawab celahan Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan berkaitan peralihan kuasa ketika beliau membahaskan Belanjawan 2020:- “Saya harap kalau Kinabatangan tandatangan, sign ke arah (pihak) ini, jangan sign yang lain. “Ini masalahnya nak ikut sangat Sembrong…Semua karut. “Semua ini kadang-kadang nak survive diri, nak […]

AWAL TAHUN 2020 SEBAIK-BAIKNYA MESTI SUDAH ADA TARIKH SERAH KUASA

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad tidak mahu menentukan tarikh sebenar untuk menyerahkan jawatan kepadanya. Menurut beliau, Tun Mahathir memberitahunya, soalan media yang berterusan tentang peralihan kuasa seolah-olah menggesanya segera meletakkan jawatan sehingga membuatkannya seperti seorang Perdana Menteri yang tidak berfungsi. “Tun Mahathir telah mengulangi kata-katanya, tetapi biasalah Tun Mahathir […]

MAHATHIR MELAYU MUDAH LUPA?

Di bawah ini adalah petikan berita yang pernah disiarkan oleh Berita Harian pada 30 Disember 2018 yang lalu. —————————————————- PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan cadangan beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu dirinya kekal sebagai Perdana Menteri selama sepenggal, tidak boleh dilaksanakan. Pengerusi BERSATU itu berkata, perjanjian supaya beliau menjadi Perdana Menteri […]

KENAPA MAHATHIR TIDAK SEBUT NAMA ANWAR LAGI, TAPI MULA MENYEBUT ‘CALON LAIN’?

Dalam tempoh kurang seminggu ini, sudah dua kali Tun Mahathir tidak menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai bakal penggantinya. Sebelum ini, apabila menjawab persoalan mengenai peralihan kuasa atau bakal penggantinya, beliau tidak pernah lupa menyebut nama Anwar secara terang dan nyata. Bagaimanapun, dalam dua kenytaannya terakhir ini, Tun Mahathir dilihat tidak lagi menyebut nama Anwar, tetapi […]

ANTARA 2020, 2030 DAN 2050, TENTULAH 2020 PALING MUNASABAH UNTUK ANWAR JADI PM

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, tiada tarikh khusus ditetapkan berhubung peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada pengganti yang telah dipersetujui, Anwar Ibrahim. Kata beliau, tiada dokumen dalam PH yang menyebut mengenai tempoh masa itu. “Persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh. “Tahun 2020 ke, 2030 […]