Tag: Perlembagaan Persekutuan

TIADA ALASAN PARLIMEN DITANGGUH ISNIN DEPAN, KP KESIHATAN TAK HARUS JADI ALAT POLITIK

Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti trend yang berlaku di Parlimen pada Khamis, 29 Julai lalu, iaitu siri penangguhan selepas terbitnya kenyataan media Istana Negara. Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai dengan berkata pembatalan Ordinan-Ordinan […]

MENGELIRUKAN PEMBATALAN DARURAT, MAHIADDIN MESTI LETAK JAWATAN

Beberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat pada hari ini Isnin 26 Julai 2021 untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker. Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, saya mengambil ruang melalui media untuk menzahirkan pendirian saya […]

MENJELANG SIDANG PARLIMEN ESOK, UMNO ANCAM LETAK JAWATAN…

Bersempena Sidang Parlimen Khas yang akan bersidang pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021, UMNO dengan ini membuat ketetapan berikut: 1. Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen mesti membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya. 2. Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya. […]

ADAKAH MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA2 16 JUN SAH DARI SEGI PERLEMBAGAAN?

Apakah pendirian Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap perbincangan khas Yang di-Pertuan Agong dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun 2021 depan? Adakah PM bertanyakan kepada Peguam Negara “Perbincangan Khas itu”? Adakah perbincangan khas itu sah dari segi Perlembagaan Persekutuan? Setahu kita yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Puas dicari […]

PENEGASAN ANWAR SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2021

Tema Hari Wanita Antarabangsa yang diangkat pada tahun ini adalah tema yang membawa kesedaran terhadap kepentingan kesaksamaan jantina serta meningkatkan usaha kita dalam mengarusperdanakan kesaksamaan jantina dalam semua sektor yang penting, termasuk kepimpinan wanita di setiap penjuru dan ruang yang munasabah. Dalam naratif #ChooseToChallenge atau #MemilihUntukMencabar pada tahun ini, saya menganjurkan agar kita mengambil pendekatan […]

HILANG MAJORITI, MUHYIDDIN HARUS SEGERA MENGADAP AGONG

Apabila Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermakna ketika ini jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN hanya ada 110 orang sahaja. 2. Dalam keadaan ini Perdana Menteri Muhyiddin hilang majoriti di Dewan Rakyat dan Kerajaan PN tumbang. 3. Berdasarkan Perkara […]

BEBERAPA KEMUNGKINAN JIKA BELANJAWAN 2021 DITOLAK

Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar. Pengundian di peringkat dasar dijangka akan berlaku pada 25hb November. 2. Belanjawan 2021 ini membawa dilema, tidak sahaja kepada Kerajaan Perikataan Nasional (PN) pimpinan […]

APAKAH HALANGAN SEBENAR UNTUK PN GUBAL AKTA ANTI LOMPAT PARTI?

1. Adakah Akta Antilompat Parti bercanggah dengan Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan? Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakaan bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (all citizens have the right to form associations). Ini ditafsirkan apabila si polan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN yang menang dalam pilihanraya atas tiket Parti […]

MUHYIDDIN PM KERAJAAN MINORITI, BUKAN MAJORITI

1. Esok, Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting. Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 2. Parlimen adalah simbol demokrasi berfungsi di Malaysia, sebuah negara demokratik, bebas, berdaulat yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. 3. Menjelang sidang […]

SETELAH MAHATHIR DILANTIK PM INTERIM, SIAPA PM BARU SELEPAS INI?

Tun Mahathir Mohamad telah sah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong juga sudah menerima perletakan jawatan beliau itu. Bagaimanapun, Yang Dipertuan Agong berkenan melantik Tun Mahathir sebagai sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri yang baru selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Selaku Perdana Menteri interim, tugas Tun Mahathir adalah […]