Tag: Perdana Menteri

PEMBODEK DAN PENGAMPU PUN MULA LARI, TANDA MAHIADDIN TAK DAPAT NAK DIPERTAHANKAN LAGI

Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri nampaknya semakin sukar untuk dipertahankan lagi. Berikutan sikapnya yang hanya sekadar mengambil maklum titah Yang Dipertuan Agong berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, beliau kini bukan saja terus ditekan oleh kian banyak pihak, malah terlihat penyokong serta pengampunya juga sudah mula mengalihkan sokongan. Kalau sebelum ini tekanan […]

SEWAKTU DARURAT, AGONG BUKAN SAJA BOLEH PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG, MALAH BOLEH JUGA PECAT PM – ZAID IBRAHIM

Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan, walaupun tidak menentu hala tuju. Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya. Dalam masa darurat (dan di mana Parlimen tidak bersidang) Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda boleh panggil Parlimen […]

SEBAGAI KERAJAAN, MAHIADDIN DAN MENTERI2 PN SEPATUTNYA PALING KE DEPAN TUNJUK KESETIAAN KEPADA AGONG

Sikap berlengah dan berdalih pimpinan dalam kerajaan PN terhadap titah Agong dan Majlis Raja-Raja berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ia bukan saja memperlihatkan PN sebagai kerajaan cuba derhaka kepada Agong dan Raja-Raja, bahkan menunjukkan mereka tidak menjunjung teras kedua Rukun Negara iaitu “Kesetiaan Kepada […]

ADAKAH MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA2 16 JUN SAH DARI SEGI PERLEMBAGAAN?

Apakah pendirian Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap perbincangan khas Yang di-Pertuan Agong dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun 2021 depan? Adakah PM bertanyakan kepada Peguam Negara “Perbincangan Khas itu”? Adakah perbincangan khas itu sah dari segi Perlembagaan Persekutuan? Setahu kita yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Puas dicari […]

MAGERAN LANGKAH KE BELAKANG, NEGARA KETIKA INI LEBIH MEMERLUKAN KERAJAAN BAHARU YANG BERANI BUKA PARLIMEN

Apa masalah kita di negara ini sekarang? Jika boleh dihurai-pendekkan, antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara, memerangi penularan Covid19, membina ekonomi, mengawal dan memberi keyakinan serta kesejahteraan kepada rakyat. Asasnya, selain Mahiaddin itu sendiri tiada kemampuan dan tidak berkeupayaan […]

KALAU BENAR MAHU AGONG CAMPURTANGAN, JATUHKANLAH MAHIADDIN LEBIH DULU…

Rasa meluat rakyat kepada kegagalan PN sebagai kerajaan, seterusnya disertai keinginan untuk mendapat kerajaan dan Perdana Menteri baharu kini boleh dikata sudah berada di tahap paling maksima yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia sehingga ke peringkat ada yang merayu dan mengutus surat kepada Yang Dipertuan Agong agar baginda sebagai ketua negara dapat berbuat sesuatu […]

MORATORIUM AUTOMATIK YANG TIDAK AUTOMATIK

Malam tadi Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin menyebut tentang pemberian moratorium automatik berikutan perlaksanaan PKP penuh antara 1 hingga 14 Jun ini. “Saya mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium. “Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman […]

INGATAN UNTUK MAHIADDIN, PKP PENUH TANPA BANTUAN MENYELURUH ADALAH SUATU KEZALIMAN

Walaupun agak lambat dan Mahiaddin Md Yasin dikira lembab, sementara rakyat sudah lama menyatakan kesediaan dengan perlaksanaan PKP penuh, kerajaan akhirnya akhirnya akur dengan perkara tersebut. Dalam kenyataan media sekadar berani melalui pdf saja lewat petang semalam, Mahiaddin mengumumkan perlaksanaan PKP penuh berkuatkuasa 1 hingga 14 Jun depan. Ia adalah PKP penuh fasa pertama di […]

MAHIADDIN KINI SERBA TAK KENA, TANDA KEBENCIAN RAKYAT KEPADANYA TIADA LAGI UBATNYA, KECUALI…

Di mata rakyat, khususnya netizen, tidak ada yang kena atau sesuai lagi dilakukan oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ketika ini. Asyik dengan perutusan khas tak kena, cuba tunjuk berani mengadakan bual bicara khas dengan media pun akhirnya sama tidak kena juga. Selain program itu dipertikaikan kerana ia merupakan rakaman, sedangkan beberapa saluran TV mempromosikannya […]

SEDIA DIANGGAP BODOH BERMAKNA MAHIADDIN TIDAK BOLEH DISANDARKAN APA-APA HARAPAN LAGI

Selepas kerajaan PN pimpinannya ditanggapi sebagai #kerajaanbodoh oleh wargamaya berhubung SOP PKP yang celaru dan mengelirukan, Mahiaddin Md Yasin semalam dengan terbuka mengakui beliau tak kisah dianggap bodoh oleh rakyat. “Bolehlah nak salahkan kerajaan, marah Perdana Menteri pun tak apalah, saya terimalah. “Rakyat kata: ‘Apa bodoh Perdana Menteri’, tak apa…,” katanya dalam program bual bicara […]

MAHIADDIN KINI UMPAMA JHO LOW, UNDURLAH DAN BIAR PARLIMEN PILIH PERDANA MENTERI BAHARU

Hampir seluruh rakyat, kecuali pengampu, pembodek dan pendedak, ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin. Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna berbanding semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini. Jangankan merangsang ekonomi atau memberi iklim perniagaan yang lebih baik dan membuat rakyat […]

#KERAJAANGAGAL ADALAH KERAJAAN YANG DIKETUAI PM YANG LEMBAB

Hari ini sudah masuk hari ketiga sejak Ketua Polis Negara yang akan bersara, Hamid Bador menyerang kerajaan PN dengan amalan lompat parti yang dikaitkan dengan rasuah dan dakwaannya berkaitan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pasukan polis. Tetapi, sehingga sekarang belum ada sebarang jawapan atau penjelasan daripada Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin dan Hamzah […]

EHH…JANGANLAH MENGAKU SUDAH TUA TUN, SIAPA PULA NAK JADI PM DARIPADA PEJUANG NANTI?

Kata Tun Mahathir Mohamad, beliau kini tidak lagi mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga kerana berasakan dirinya sudah terlalu tua. “Sekiranya saya masih muda, saya boleh menjadi Perdana Menteri lagi, tetapi saya sekarang berusia 95 tahun. “Saya rasa saya tidak seharusnya lagi menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga,” katanya kepada Bernama. Begitu pun, tambah […]

UNTUK ELAK ‘UMNO FOR SALE’, ZAHID HAMIDI KINI WAJAR UBAH FIKIRAN DAN TANGGUH PEMILIHAN PARTI

Walaupun Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji tidak akan menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini, perkembangan terbaru kebelakangan ini memperlihatkan beliau perlu membuat pusingan U dan mengubah fikirannya. Desakan demi desakan oleh kalangan kluster menteri yang muncul satu demi untuk menggesa pemilihan disegerakan adalah isyarat bahaya kepada masa depan UMNO. Mengubah fikiran […]

SEBELUM MAHU NAMAKAN CALON PM, TONJOLKANLAH DULU SIAPA NAK TANDING PRESIDEN UMNO?

Sana sini orang UMNO yang anti Ahmad Zahid Hamidi mula bersuara mahukan parti itu menyediakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang nanti. Serentak dengan itu, bergentayangan juga suara-suara menggesa agar pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak ditangguhkan. Kata mereka, dengan adanya pemilihan UMNO yang tidak ditangguhkan, maka calon […]

SEMBUNYI NAMA SEBENAR MAHIADDIN – TERTIPUKAH KITA SELAMA INI?

Tidak pernah surut dengan deretan pertikaian yang bertali arus berkaitan dirinya sejak bergelar Perdana Menteri setahun yang lalu, Mahiaddin Md Yasin sekali lagi menyerlahkan dirinya kepada perlakuan yang cukup memalukan. Kali ini, disebabkan menggunakan nama glamour Muhyiddin Yassin, perintah tahanan yang ditandatanganinya ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi […]

BELUM TERLEWAT UNTUK ZAHID HAMIDI BERTINDAK, LAGI LAMBAT UMNO KELUAR KERAJAAN, LAGI BANYAK MASALAH TIMBUL

Kenapa perbalahan dalam UMNO masih berterusan lagi seperti sekarang ini? Kalau ikut logik, oleh kerana ketetapan putus hubungan dengan Bersatu dan kemudian UMNO akan bertanding sendirian atas tiket BN dalam PRU15 adalah kehendak akar umbi parti itu sendiri, tidak sepatutnya wujud sebarang masalah lagi apabila ketetapan itu sudah dimuktamadkan. Keputusan tersebut seharusnya disokong penuh oleh […]

BUKAN SAJA MUHYIDDIN, SELURUH JEMAAH MENTERI TURUT DIKIRA DERHAKA KEPADA AGONG

Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Oleh yang demikian, titah baginda, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat. Seterusnya, Agong bertitah, perkenan baginda terhadap proklamasi darurat […]

SETAHUN SELEPAS BERKUASA, PN TIDAK HARUS LAGI DIBERI PELUANG KEDUA

Hari ini, 1 Mac bermakna genap setahun Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri dengan rekod sebagai Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara yang memperolehi jawatan tersebut melalui pengkhianatan dan jalan pintu belakang. Tetapi apakah yang boleh kita banggakan dalam tempoh setahun beliau menjadi Perdana Menteri? Selain tiada apa-apa yang membanggakan, kecuali dengan tertampal dalam sejarah […]

ADAKAH MUHYIDDIN TELAH MEMPERDAYA AGONG BERKENAAN PERLAKSANAAN DARURAT?

Yang Di-Pertuan Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara itu pada satu kenyataan hari ini. “Perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) 2021 […]