Tag: peralihan kuasa

JANGAN LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA, 2020 ADALAH TAHUN PERALIHAN KUASA

Hari ini, 1 Januari bermulalah lembaran baru tahun 2020 di hadapan kita. Menoleh ke belakang, pada awalnya ketibaan 2020 ini adalah detik di mana kita sepatutnya menyambutnya dengan penuh gembira kerana Malaysia telah ditargetkan akan muncul sebagai sebuah negara yang maju. Malangnya, Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991 setelah berakhirnya Dasar […]

BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH JAWATAN PM KEPADA PH….

Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu. Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah. Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan […]

KERAJAAN INI SEMAKIN JAUH DARIPADA HATI RAKYAT….

Jika mahu disenarai satu persatu, baru dalam tempoh 19 bulan PH menjadi kerajaan, sebenarnya terlalu banyak perkara-perkara yang mengecewakan dan mengguris hati rakyat telah berlaku. Harapan rakyat apabila mereka membuat keputusan menukar kerajaan dan menumbangkan BN, yang diminta hanyalah agar kehidupan selepas itu bertambah baik dengan kos sara hidup menurun, banyak peluang pekerjaan dan cara […]

TUN, CAKAP TERUS-TERANG SAJALAH TUN MAHU JADI PM SAMPAI MATI…..

Tun Mahathir Mohamad nampaknya terus mengelak untuk menetapkan tarikh pengundurannya bagi membolehkan Anwar Ibrahim mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri. Dalam respon terbaru, khususnya berkaitan desakan Dr Syed Husin Ali agar Majlis Presiden PH menetapkan tarikh peralihan kuasa, beliau berkata, tempoh peralihan akan ditentukan berdasarkan situasi semasa. Tambahan, katanya, masih ada kerja yang perlu dilakukannya […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

SEBELUM PENYATUAN UMMAH JADI ANCAMAN, PERALIHAN KUASA TIDAK BOLEH LAGI DILENGAHKAN

Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur. Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif. Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka […]

ADA MENTERI HANYA FIKIR UNTUK DAPAT PENCEN SEBELUM MATI

Malam tadi saya menikmati makan malam bersama beberapa kenalan yang antaranya adalah mereka yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim sejak zaman ABIM lagi. Dalam berbual-bual mengenai pelbagai isu dalam negara, termasuk politik semasa, tiba-tiba terkeluar cerita berkenaan perlakuan seorang menteri yang dirasa cukup memalukan perbuataannya. Menteri berkenaan dikatakan datang menemui Anwar dan meminta […]

SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen. Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama. Seolah-olah […]

SOALAN PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR PUN DITANYA DALAM PARLIMEN, KENAPA SAMPAI BEGITU?

Ada sesuatu yang pelik dalam sidang Parlimen kali ini yang bermula esok, 11 Mac hingga 11 April 2019. Ini berikutan persoalan tentang peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim adalah antara soalan yang turut dikemukakan dalam sidang kali ini. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim akan mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri […]