Tag: pas

SINETRON MIMPI JATUHKAN KERAJAAN…

Selain bagaimana memperolehi jumlah sokongan yang mencukupi yang menjadi persoalan di sebalik keghairahan blok pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan, perkara lain yang menjadi tanda tanya besar ialah siapa calon Perdana Menteri yang mereka ingin tonjolkan? Adakah Mahiaddin Md Yasin sekali lagi mahu dijadikan Perdana Menteri? Atau kali ini Hamzah Zainuddin yang kini Ketua Pembangkang pula yang […]

PAS BOLEH SABAR, TAK PERCAYA BUDAYA ‘SHOPPING’ UNTUK TUBUH KERAJAAN – HADI AWANG

Presiden PAS, Hadi Awang berkata partinya sedia menunggu perubahan kerajaan melalui “proses demokrasi dan raja berperlembagaan”. Mengulas “Langkah Dubai” dalam kolum Harakah Daily, Ahli Parlimen Marang itu berkata, semua parti politik mahu menjadi kerajaan, bukannya pembangkang sepanjang masa. “Pihak kerajaan pula tetap akan mempertahankan kedudukannya. “Dalam sistem demokrasi, perubahan dilakukan rakyat secara langsung melalui pilihan […]

NAK JATUHKAN KERAJAAN, JATUHKANLAH BETUL-BETUL…

Cerita mahu menjatuhkan kerajaan nampaknya terus menjadi bualan dan diperkatakan di mana-mana di sebalik khayalan Langkah Dubai terbukti telah tersadai di laluan angan-angan. Mentang-mentang untuk berkhayal dan berilusi tak perlu bayar sebarang yuran, suka-suka hati saja mereka mengoptimumkannya. Kononnya masih ada lagi langkah lain akan digerakkan selepas ini bagi menjatuhkan kerajaan. Kadangkala susah juga memikir […]

SUSULAN MAIN ISU ‘LANGKAH DUBAI’, PEMIMPIN UMNO GESA J-KOM SEGERA DIROMBAK

Seorang pemimpin Umno menggesa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujud “Langkah Dubai”. Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop mendakwa wujud “Langkah Dubai” ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menyifatkan […]

PESANAN UNTUK ZAHID HAMIDI – SEKADAR PERTEMUAN DUA TIGA PEMIMPIN, IA BUKANLAH GERAKAN MENJATUHKAN KERAJAAN NAMANYA

Di kala hampir semua pemimpin blok pembangkang dan pimpinan parti dalam kerajaan sendiri menolak kewujudan Langkah Dubai, tak semena-mena, sekembalinya daripada menunaikan umrah, Ahmad Zahid Hamidi mengakui pula kewujudan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan sempena mengambil nama sebuah bandar di Emiriyah Arab Bersatu itu. Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau menerima laporan perisikan berkaitan gerakan itu […]

LANGKAH DUBAI TIDAK MENJADI KENYATAAN BUKAN KERANA GAGAL ATAU DIGAGALKAN, TETAPI SEBAB TIDAK PERNAH DIGERAKKAN

Sejak malam tadi, begitu ramai yang bercakap dan menulis mengatakan Langkah Dubai sebagai langkah yang gagal. Ada nada gembira di sebalik luahan demikian, setidak-tidaknya yang pasti muncul esok ialah tahun baru, bukan kerajaan baru. Langkah Dubai yang dikatakan gagal itu kemudian ditukar menjadi Langkah Bye Bye, Langkah Terbarai dan macam-macam lagi. Yang belum kelihatan cuma […]

APA PERANAN J-KOM – MENANGKIS KHABAR ANGIN ATAU MENGIYAKAN KHABAR ANGIN?

J-Kom merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang paling diperkatakan ramai sejak terbentuknya kerajaan perpaduan lebih setahun yang lalu. Bermula dengan perlantikan Prof Dr Mohd Agus Yusof sebagai Ketua Pengarah, kegagalannya memimpin agensi tersebut dan sehinggalah kepada munculnya “video Wahab” yang memaksa beliau berundur secara mengejut, nama J-Kom hampir tidak pernah tertanggal daripada sebutan kebanyakan mereka yang […]

WOWWW…MENARA ILHAM BOLEH DISITA SEHINGGA 18 BULAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa oleh undang-undang untuk menyita Menara Ilham, bangunan pencakar langit setinggi 274m milik Daim Zainuddin dan keluarganya, sehingga 18 bulan sementara siasatan dijalankan, kata seorang peguam. Fahmi Abdul Moin berkata, walaupun tiada sesiapa yang didakwa mengikut mana-mana undang-undang kanun, pihak pendakwaan boleh memohon kepada hakim Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen […]

SELEPAS TUN DAIM DISIASAT SPRM, BILA LAGI GILIRAN TUN MAHATHIR?

Apabila bercakap tentang Tun Daim Zainuddin, mahu tidak mahu, ia mesti terkait dengan Tun Mahathir Mohamad. Meskipun sebelum dilantik menganggotai kabinet buat pertama kali dengan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1984 dahulu, Tun Daim memang sudah sedia kaya raya, tetapi kekayaan dan namanya menjadi lebih disebut ramai setelah lantikan itu. Diperkatakan dan dipercayai ramai bahawa […]

AMARAN UMNO WP KEPADA DAP – JANGAN BANGKIT LAGI CADANGAN P/RAYA PBT

Pembaziran wang rakyat merupakan salah satu sebab mengapa Umno Wilayah Persekutuan menolak cadangan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan mereka telah mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini dan mengambil ketetapan untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dikemukakan DAP Kuala Lumpur. “Umno Wilayah Persekutuan berpendapat adalah lebih baik peruntukan untuk pemilihan […]

HANYA DUA TIGA TIKTOKERS YANG SIBUK NAK JATUHKAN KERAJAAN…

Bagi mereka yang suka atau kerap menengok TikTok, pasti sedar tentang gelagat dua tiga orang TikTokers yang hari-hari bercakap mengenai kejatuhan kerajaan dan Anwar Ibrahim akan disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Selain itu mereka juga kerap membuat live untuk meyakinkan penonton bahawa Anwar pasti akan jatuh dalam waktu terdekat ini. Sesekali tertengok apa yang mereka perkatakan, […]

DAIM TAK MUNGKIN DUDUK DIAM…

Sejak berlakunya penyitaan Menara Ilham oleh SPRM dua hari lalu, daripada lebih 20 orang yang saya bercakap dengan mereka berkenaan isu tersebut – ahli politik, pemimpin NGO, ahli perniagaan, penganalisa politik dan ekonomi serta mereka yang sentiasa mengikuti isu-isu semasa negara sejak tahun 90-an – semuanya sependapat bahawa Tun Daim Zainuddin tidak mungkin duduk diam […]

SETELAH MENARA ILHAM MILIK TUN DAIM DISITA SPRM, APA BAKAL BERLAKU SELEPAS INI?

Berita paling panas di negara kita sekarang ialah laporan tentang penyitaan Menara Ilham, sebuah bangunan milik Tun Daim Zainuddin oleh SPRM yang diberitakan bermula semalam. Ia menjadi berita panas kerana menara setinggi 60 tingkat itu adalah milik Tun Daim, tokoh perniagaan dan politik yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum 2018, di bangunan itulah banyak berlaku […]

MENYANGGAH HUJAH PENGERUSI BERSIH KONONNYA MELAYU ADALAH MAJORITI DI KL

Bersurahlah Pengerusi Bersih yang baru, Muhammad Faisal Abdul Aziz bahawa orang Melayu tidak perlu binbang daripada sudut perkauman jika pilihan raya di PBT diadakan di Kuala Limpur. Ini kerana, menurut beliau, meskipun penduduk Kuala Lumpur adalah berbilang kaum, tetapi Melayu masih merupakan penduduk majoriti. Malah, kata beliau lagi, dengan trend pertambahan jumlah kelahiran kaum Melayu […]

ADAKAH TINDAKAN UMNO MENYUCIKAN DAP SEJAK SETAHUN LALU SUATU KERJA SIA-SIA?

UMNO dan DAP adalah dua parti yang bermusuhan sejak dulu lagi, walaupun mereka pada hakikatnya tidak berlawan di kawasan yang sama ketika pilihan raya. UMNO menjadikan DAP sebagai belasahan untuk menggambarkan buruk serta tamaknya politik chauvinis, khususnya berasaskan kepentingan kaum Cina. Selama puluhan tahun, yang untung di sebalik serangan kepada DAP itu ialah MCA, parti […]

UMNO YANG DIRINDUI…

Minggu lalu, saya secara kebetulan terjumpa dengan dua kawan lama yang sudah bertahun-tahun tidak ditemui. Mereka – seorang Melayu dan seorang Cina – adalah ahli perniagaan yang selama ini banyak terlibat dengan tender-tender kerajaan. Dapat berbual seketika dengan kedua-dua mereka, macam-macam topik menjadi tajuk perbualan, termasuk mengimbas cerita-cerita lama. Tidak terkecuali apabila lama tidak berjumpa, […]

KENAPA RAMAI KAWAN-KAWAN KITA MENINGGAL DUNIA….

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, antara kekerapan yang selalu hadir dalam hidup saya ialah mendapat berita mengenai kawan-kawan yang tiba-tiba ditimpa kesakitan dan sesetengahnya meninggal dunia. Di waktu yang sama, sentiasa pula disampaikan perkhabaran daripada kampung halaman tentang saudara-mara atau kawan sebaya semasa kecil dan zaman remaja dahulu yang juga ditimpa perkara yang sama. Mana-mana yang […]

TAK PATUT TIADA PEMIMPIN INDIA DALAM KABINET, SUSAH SANGATKAH UNTUK ANWAR WUJUDKAN SATU LAGI KEMENTERIAN BARU?

Beberapa pemimpin masyarakat India daripada pelbagai parti dilihat tidak senang dengan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Selasa lalu. Ini berikutan selepas rombakan tersebut, tiada pemimpin India diletakkan sebagai menteri. Sebelum rombakan, satu-satunya pemimpin India yang berada dalam kabinet ialah V Sivakumar daripada DAP dengan memegang portfolio sebagai Menteri Sumber Manusia. Tetapi […]

UNTUK ELAK ISU BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM TERUS DITIMBULKAN, UMNO PERLU DIKUATKAN SEMULA

Ramai orang Melayu tiba-tiba melompat, malah ada yang sentap, lalu membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang berkaitan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri. Membaca tajuk semata-mata atau tidak membawa secara keseluruhan apa yang diperkatakan Kit Siang itu, tidak dinafikan ia memang mudah menyentap “jiwa melayu” sebahagian besar orang-orang […]

HARAPAN KEPADA MENTERI KEWANGAN KEDUA

Sebaik diumumkan semalam, boleh dikata rata-rata orangramai menerima dengan baik perlantikan Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan Kedua sebagaimana dibentangkan dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Sebagai bekas CEO KWSP dan berpengalaman menerajui beberapa entiti korporat sebelum itu, beliau dilihat cukup layak untuk membantu Anwar mengemudi kementerian yang banyak berkaitan dengan hal ehwal […]