Tag: pada Anwar

KALAU ANAKNYA PUN TIDAK BERJAYA DIBENTUK JADI PEMIMPIN TERBAIK, APAKAH TUGAS MAHATHIR MENILAI KEDUDUKAN ANWAR?

Kenyataan Tun Mahathir Mohamad di Qatar semalam bahawa beliau tidak dapat menjamin penggantinya, Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik untuk masa akan datang, bukan saja mengelirukan, malah seperti bercampur sedikit niat jahat. “Saya tidak dapat menjamin apa yang akan jadi, (atau) siapa orang terbaik untuk mengambil alih, kerana saya pernah mempunyai pengalaman buruk. […]

MENJELANG SIDANG APEC NOVEMBER 2020, APAKAH KETIKA ITU ANWAR SUDAH DIPENJARA?

Dalam interbiu dengan Reuters, meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020, beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung kata-katanya. Sementara menegaskan akan menunai dan mengotakan janjinya itu, beliau kemudian berkata, ia terpulang kepada keadaan pada waktu itu. “Setakat yang saya tahu, saya […]

PAS, PEMBANGKANG YANG KERJANYA LEBIH BANYAK MENJILAT PM

Pas adalah parti pembangkang di peringkat persekutuan dan atas kedudukan itu, ia sepatutnya memainkan peranan “semak dan imbang” terhadap kerajaan dengan sebaik-baiknya. Tetapi, kerja Pas kebelakangan ini lebih banyak mengampu, malah kadang-kadang menjilat siapa saja yang menjadi Perdana Menteri daripada menjadi pembangkang dalam erti kata yang sebenarnya. Barangkali kali terakhir Pas berperanan sebagai pembangkang yang […]

MAHATHIR SEKARANG MESTI BERTERUS-TERANG, NAK SERAH JAWATAN ATAU MAHU JADI PM HINGGA PRU AKAN DATANG?

Isu peralihan kuasa sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila hari ini enam Ahli Parlimen UMNO secara tiba-tiba tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal. Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Shahar Abdullah (Paya Besar), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Adham Baba (Tenggara), Ismail […]

APA SEBENARNYA GERAKAN HISHAMMUDDIN UNTUK HALANG PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR?

Berikut adalah antara petikan kata-kata Anwar Ibrahim di Parlimen semalam ketika menjawab celahan Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan berkaitan peralihan kuasa ketika beliau membahaskan Belanjawan 2020:- “Saya harap kalau Kinabatangan tandatangan, sign ke arah (pihak) ini, jangan sign yang lain. “Ini masalahnya nak ikut sangat Sembrong…Semua karut. “Semua ini kadang-kadang nak survive diri, nak […]

ADA BENARNYA KATA2 KJ KALI INI…..

Walaupun Anwar Ibrahim pada minggu lalu meminta orangramai berhenti daripada bertanyakan kepada Tun Mahathir Mohamad tentang tarikh peralihan kuasa, apa yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin ini tidak boleh pula dinafikan kebenarannya. Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, peralihan kuasa bukan merupakan isu politik semata-mata, sebaliknya turut berkaitan ekonomi, perniagaan dan pelaburan untuk negara. Katanya, kekaburan tentang […]

KENAPA MAKIN RAMAI CUBA HASUT TUN M MUNGKIR JANJI ATAU MUFTI PERLIS SEKADAR PEMBAWA SUARA SHAHIDAN KASSIM?

Dari semasa ke semasa, semakin dekat janji peralihan kuasa menemui titik kenyataan, ternampak semakin ramai yang mahu Tun Mahathir Mohamad memungkiri janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Terbaru, walaupun tidak menyebut dan hanya ditulis secara umum, tetapi tidaklah sukar untuk memahami bahawa surat terbuka Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin juga mempunyai maksud […]