Tag: pada

MAHATHIR CADANG DIRINYA SENDIRI CALON PM PH PLUS

Saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkenaan usaha Pakatan Harapan (PH) mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa rakan PH telah mengemukakan beberapa persoalan serta memberi sedikit penerangan tentang perbincangan PH dan gabungan yang disebut Pakatan Harapan Plus (PH Plus). Pada masa yang sama PKR sentiasa menghormati dan menghargai sokongan dan […]

AHLI2 PARLIMEN PKR SUDAH SIAP SEDIA DENGAN PERALIHAN KUASA

KENYATAAN MEDIA BERSAMA AHLI-AHLI PARLIMEN KEADILAN 39 Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN telah mengadakan satu pertemuan secara atas talian hari ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuk melipatgandakan usaha penelitian dan penggubalan dasar-dasar yang mengutamakan nasib rakyat, serta keperluan untuk mengemaskini gerak langkah memperkukuh agenda Reformasi di dalam dan luar Parlimen. Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN diingatkan agar menitikberatkan kebajikan […]

ISU PERALIHAN KUASA TIDAK SELESAI KERANA SALAH MAHATHIR

Jika difahami betul-betul, memang betul sebenarnya bahawa isu pengganti Perdana Menteri ini sudah lama selesai. Tidak perlu sesiapa lagi membangkitkannya, sejak dulu dan juga sekarang ini. Ini kerana sudah termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui oleh semua parti dalam PH sebelum PRU14 lagi telah menetapkan di mana selepas Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri seterusnya adalah Anwar […]

MENYASARKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN

Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri, salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu, semalam seluruh negara gempar jadinya dengan hampir semua orang bercakap dan mengulas perkara itu. Rata-rata menuding jari kepada bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi SD yang dibuat oleh […]

KALAU ANAKNYA PUN TIDAK BERJAYA DIBENTUK JADI PEMIMPIN TERBAIK, APAKAH TUGAS MAHATHIR MENILAI KEDUDUKAN ANWAR?

Kenyataan Tun Mahathir Mohamad di Qatar semalam bahawa beliau tidak dapat menjamin penggantinya, Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik untuk masa akan datang, bukan saja mengelirukan, malah seperti bercampur sedikit niat jahat. “Saya tidak dapat menjamin apa yang akan jadi, (atau) siapa orang terbaik untuk mengambil alih, kerana saya pernah mempunyai pengalaman buruk. […]

MENJELANG SIDANG APEC NOVEMBER 2020, APAKAH KETIKA ITU ANWAR SUDAH DIPENJARA?

Dalam interbiu dengan Reuters, meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020, beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung kata-katanya. Sementara menegaskan akan menunai dan mengotakan janjinya itu, beliau kemudian berkata, ia terpulang kepada keadaan pada waktu itu. “Setakat yang saya tahu, saya […]

PERALIHAN KUASA SELEPAS NOVEMBER 2020 SUKAR DITERIMA, DIBIMBANGI SELESAI SIDANG APEC, ALASAN LAIN PULA DICIPTA

Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad, nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan. Sebaliknya, kebimbangan banyak pihak bahawa Perdana Menteri tertua itu akan terus berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk melewat-lewatkan peralihan kuasa, sudah pun sekarang ini menjadi […]

ZURAIDA MELAMPAU, TINDAKAN DISIPLIN AKAN DICADANGKAN TERHADAPNYA

Usai Kongress Nasional KEADILAN di Melaka pada Ahad lalu dengan jelas menunjukkan bahawa suatu pergeseran dalaman parti sedang berlaku. Namun perkara ini sedaya upaya sedang cuba diselesaikan oleh Presiden KEADILAN YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dengan jelas dan tuntas menyatakan di dalam ucapan beliau dan kepada media bahawa satu titik temu penyelesaian perlu dicari […]

WOWW… WOWWW… WOWWWW….

Pendapatan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad naik 31 peratus kepada lebih RM100,000 sebulan. Ini berdasarkan rekod di laman web pengisyhtiharan harta dan pendapatan SPRM. Tun Mahathir pada 19 Oktober 2018 mengisyhtiharkan pendapatan bulanannya sebanyak RM75,861.57 bagi dirinya dan isteri Tun Hasmah Mohd Ali. Kemas kini pada 14 November lalu menunjukkan pendapatannya kini sebanyak RM100,004.32, hanya […]

ALHAMDULILLAH, DOA DIMAKBULKAN TUHAN DAN RAFIZI DIBEBASKAN

Syukur Alhamdulillah…itulah kata-kata yang paling sesuai dilafazkan berikutan keputusan hakim dalam kes rayuan Rafizi Ramli di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi. Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengetepikan sabitan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) dan membebaskan serta menggugurkan tertuduh […]

ELOKLAH DIGUGURKAN, KALAU DIJEMPUT PUN MUNGKIN AZMIN TAK DATANG

Kongres Pemuda PKR pada 6 Disember depan sah tidak menjemput Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk merasmikannya. Sebaliknya, perasmian kongres itu akan dilakukan oleh Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun secara tradisinya Timbalan Presiden PKR biasanya akan merasmikan Kongres Pemuda atau AMK, tetapi keputusan berbeza kali ini dipercayai kerana […]

BETULKAH MCA PARTI SEDERHANA?

Berkata Presiden Pas, Hadi Awang bahawa pembangkang memerlukan parti bukan Islam seperti MCA yang dianggapnya bersifat sederhana. Atas sebab itu, selain akan turun berkempen berkempen di Tanjung Piai, Hadi juga dilaporkan telah memberi arahan kepada penyokong parti itu agar memberikan undi kepada calon MCA dalam pengundian pada 16 November nanti. Benarkah MCA sebuah parti yang […]

MUNGKINKAH SEJARAH TELUK INTAN AKAN BERULANG DI TANJUNG PIAI?

Walaupun BN hanya akan mengumumkan calon PRK Tanjung Piai pada malam ini, tetapi teka-teki mengenainya tidak lagi menimbulkan rasa suspen kepada sesiapa. Seperti yang dijangka, beserta desakan berterusan MCA agar kerusi Tanjung Piai dikekalkan milik mereka, BN akhirnya akur dengan kehendak itu. Dalam mesyuarat bersama UMNO, MCA dan MIC semalam, difahamkan sudah diputuskan secara muktamad […]

AHLI PARLIMEN PH MEMALUKAN….

Walaupun semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, Ahli-Ahli Parlimen sudah diberi amaran agar menghadiri sidang Dewan Rakyat, keadaannya pada hari ini masih tidak berubah. Mereka bukan saja didapati tidak berada di Parlimen, malah tidak kelihatan ketika Tun Mahathir sendiri menjawab soalan. Keadaan ini sungguh-sungguh memalukan dan seolah-olah mereka tidak hormat kepada Perdana Menteri. Apa sudah jadi […]

ADA BENARNYA KATA2 KJ KALI INI…..

Walaupun Anwar Ibrahim pada minggu lalu meminta orangramai berhenti daripada bertanyakan kepada Tun Mahathir Mohamad tentang tarikh peralihan kuasa, apa yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin ini tidak boleh pula dinafikan kebenarannya. Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, peralihan kuasa bukan merupakan isu politik semata-mata, sebaliknya turut berkaitan ekonomi, perniagaan dan pelaburan untuk negara. Katanya, kekaburan tentang […]

KENAPA MAKIN RAMAI CUBA HASUT TUN M MUNGKIR JANJI ATAU MUFTI PERLIS SEKADAR PEMBAWA SUARA SHAHIDAN KASSIM?

Dari semasa ke semasa, semakin dekat janji peralihan kuasa menemui titik kenyataan, ternampak semakin ramai yang mahu Tun Mahathir Mohamad memungkiri janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Terbaru, walaupun tidak menyebut dan hanya ditulis secara umum, tetapi tidaklah sukar untuk memahami bahawa surat terbuka Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin juga mempunyai maksud […]

ANWAR PM – JANGANLAH CEPAT NAK STRESS…

Nampaknya ramai yang stress, malah sesetengahnya kelihatan seperti mula seram sejuk macam nak demam bila semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menetapkan tarikh penyerahan jawatannya kepada Anwar Ibrahim. Kenyataan Tun Mahathir itu adalah susulan interbiu Bloomberg dengan Anwar Ibrahim di mana beliau menzahirkan keyakinan akan mengambil alih teraju pentadbiran negara pada tahun 2020 iaitu […]